Khamis, 5 Mei 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Al-Qaeda ciptaan Amerika Syarikat

Posted: 04 May 2011 03:52 PM PDT


Dalam sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul "The Power of Nightmares" pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda sebenarnya merupakan 'rekacipta' yang tidak pernah ada kebenarannya. Pentadbiran George W Bush memerlukan sebuah alasan yang logik sesuai dengan undang-undang sehingga mereka mampu mencari kambing hitam 'the bad guy of their choice' iaitu Undang-undang yang telah dijalankan, dalam rangka melindungi kita dari demonstrasi dan "organisasi pengganas" seperti mafia. Mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya mencipta 'story line' mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika Syarikat.

"Al Qaeda bukanlah sebuah organisasi. Al Qaeda sebenarnya merupakan sebuah cara kerja ...tetapi hal tersebut mempunyai hallmark dalam pendekatannya."

Dokumentari penuh The Power of Nightmare 




Al-Jazeera

Al-Jazeera merupakan saluran berita Arab terbesar dan yang paling kontroversi di Timur Tengah. Stesen TV itu menawarkan berita dari seluruh dunia selama 24 jam setiap harinya dan memusatkan pemberitaannya pada wilayah konflik terpanas. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Qatar, jaringan berita Al-Jazeera merupakan jaringan berita yang paling cepat berkembang di antara komuniti Arab dan orang-orang yang bertutur dalam bahasa Arab di seluruh dunia. 

Al-Jazeera dimiliki oleh Putera Alwaleed Talal, rakan kongki Rupert Murdoch (taikun Yahudi) 
Putera Alwaleed (al-Jazeera) dan Rupert Murdoch (20th Century)
Ketahuilah bahawa Al-Jazeera sebenarnya merupakan media propaganda utama untuk kepentingan Amerika Syarikat dan keseluruhan rancangannya dilakukan di Amerika Syarikat dengan kerjasama Allied Media Corp. Setiap kali Al-Jazeera melaporkan berita terbaru sama ada melalui video atau audio mengenai Al-Qaeda atau Osama yang mengancam keselamatan Amerika Syarikat, ia sebenarnya telah dilakukan di studio Allied Media Corp. Padahal dengan melakukan hal itu, secara tidak sengaja pentadbiran Amerika Syarikat mengancam keselamatan rakyatnya sendiri. Studio-studio Allied Media Corp membuat video dan audio tape untuk Presiden Bush dalam rangka Amerika Syarikat untuk meneruskan Perang Menentang Pengganas serta perang saraf menentang rakyatnya sendiri (anti-Zionis dan pro-Kristian Katholik) selain negara-negara berdaulat lainnya di dunia.
 
Hebat...Osama bin Laden juga sudah memakai 'dai' pada jambangnya. hehehe
George W. Bush telah menggunakan Allied Media Corp dengan mencipta sebuah video dan audio tape yang dilakonkan oleh seorang lelaki berpewatakan seakan-akan Osama. Rata-rata video tersebut memperlihatkan bahawa Osama serta al-Qaeda membuat ancaman untuk menyerang Amerika Syarikat. Ia dilakukan oleh pentadbiran Bush sebagai dalam rangka mempengaruhi serta memaksa Kongres untuk memberikan Bush kekuasaan diktator serta merampok hak-hak sivil dan kemerdekaan rakyat Amerika.

Wajah-wajah presiden dan bekas presiden 'perang' Amerika Syarikat
Osama tidak menyingkirkan kebebasan anda, Bush di White House-lah yang melakukannya. Bin Laden tidak menyerang Amerika Syarikat pada 11 September 2001, kerajaan andalah yang melakukannya. Bin Laden tidak membuat ekonomi Amerika Syarikat terjejas, kerajaan andalah yang melakukannya. (Sejarah menunjukkan bahawa semua kerajaan besar runtuh akibat pembiayaan yang sangat mahal dalam kampen yang agresif) Bin Laden dan Saddam Hussein tidak membunuh lebih dari 1 juta orang warganegaranya yang tidak bersalah, kerajaan andalah yang melakukannya (Pertama dilakukan oleh pemerintahan Clinton, kemudian semasa pemerintahan George W. Bush dan Dick Cheney dan sekarang ketika pemerintahan Barack Obama. 

Kesimpulan

Al Qaeda adalah sebuah organisasi ciptaan pemerintah Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada 'pendekatan matlamat menghalalkan cara' untuk menghapuskan umat Islam di sebelah Timur. Terorisme yang dicipta adalah untuk tujuan sebuah agenda politik Amerika Syarikat semata-mata.

Tiada ulasan: