Isnin, 30 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Himpunan 'Bantahan Lynas' Di Hotel Hyatt Kecoh Apabila 'Penyokong Kerajaan' Membuat Provokasi Terhadap Ahli MCA Yang Turut Hadir Menyokong!

Posted: 30 May 2011 02:10 AM PDT

KUANTAN, 30 Mei - Himpunan Bantahan Lynas yang diadakan di Hotel Hyatt dekat sini kecoh apabila sekumpulan penyokong kerajaan tiba-tiba membuat provokasi terhadap peserta demontrasi berkenaan. Mereka yang terdiri dari kalangan ahli UMNO dan beberapa NGO berkaitan menyerbu sekumpulan ahli Pemuda MCA yang turut berada bersama peserta demo. Difahamkan, tolak menolak berlaku dan kata-kata kesat dilontarkan kepada pihak terbabit hingga menyebabkan pihak polis terpaksa camput tangan. Seorang ahli pemuda UMNO hampir-hampir bertumbuk dengan wakil Pemuda MCA yang hadir. Program diadakan untuk menyatakan bantahan dan menghantar petisyen kepada pakar-pakar yang dijemput kerajaan untuk mengkaji tahap keselamatan kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng. Pakar-pakar terbabit dipercaya berada di Kuantan untuk memantau projek Lynas seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan. Mereka dipercayai menginap di Hotel Hyatt dekat Teluk Chempedak. Himpunan anjuran Save Malaysia Stop Lynas itu adalah kesinambungan demo yang diadakan sebelah paginya di tempat yang sama. Difahamkan hampir 200 orang peserta menyertai demo yang bermula pada jam 8.00 pagi tadi. Kekecohan berlaku buat kali yang kedua sekitar jam 4.30 petang apabila rombongan yang membawa Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tiba untuk menghadiri mesyuarat dengan lima orang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Ia berikutan beberapa orang pemimpin UMNO tidak mahu pihak terbabit membawa bersama petisyen yang telah ditandatangani oleh rakyat ke dalam mesyuarat yang diadakan. Tindakan tersebut menyebabkan Ketua Polis IPD Kuantan, Tuan Jasmani Yusoff terpaksa meninggikan suara dan mengarahkan penyokong kerajaan bersurai. Keadaan mulai reda dan masing-masing beredar ke arah pintu masuk laluan ke Hotel Hyatt. Penyokong kerajaan berada dibawah pokok yang berhampiran sementara itu peserta demo berada di tepi jalan masuk ke hotel terbabit. Keadaan terkawal, beberapa orang anggota polis FRU dilihat berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu kejadian tidak diingini berlaku.





[Mesyuarat yang berlangsung antara YB Fuziah Salleh dengan pakar-pakar IAEA dikatakan hanya sekitar 30 minit sahaja. Masa 10 minit digunakan oleh pihak terbabit untuk memperkenalkan diri masing-masing dan selebihnya diberika kepada Fuziah untuk membentangkan isu yang menjadi bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang Lynas itu. Secara keseluruhannya, pihak terbabit berjanji untuk mengkaji dan membawa perkara itu kepada pihak kerajaan. Orang ramai yang berada di persekitaran Hotel Hyatt didapati mula beredar selepas suasana agak reda. Hanya kelihatan pihak polis yang masih berkawal di lokasi berkenaan. Sekitar jam 6.00 petang, didapati sebuah kenderaan VVIP menuju masuk ke hotel terbabit. Tidak diketahui siapakah pihak berkenaan dan apakah tujuannya. Apapun, program anjuran Save Malaysia Stop Lynas hari ini dilihat berjaya biarpun terdapat pertembungan luar biasa dengan penyokong kerajaan. Apapun kehadiran mereka adalah dengan paksaan dan ada imbuhan diberikan sebenarnya. Esok, satu lagi himpunan akan diadakan di Pantai Teluk Chempedak sekitar jam 8.00 pagi. Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama menyokong bantahan pembinaan kilang memproses rare earth ini. Stop Lynas!].

'Save Malaysia Stop Lynas' Anjurkan Demontrasi Aman Di Pantai Teluk Chempedak Pagi Ini Untuk Nyatakan Bantahan Terhadap Panel Pakar IAEA

Posted: 29 May 2011 11:27 AM PDT

KUANTAN, 30 Mei - NGO "Save Malaysia Stop Lynas", akan mengadakan demonstrasi aman jam 8.00 pagi ini di pantai Teluk Chempedak. Program akan diadakan berhadapan dengan Balkoni Cafe Hotel Hyatt (mengadap pantai). Tindakan tersebut dibuat bagi membolehkan panel pakar luar negara untuk mengkaji Lynas yang dipercayai menginap dan akan bersarapan pagi di hotel itu melihat sendiri bantahan rakyat Kuantan terhadap isu ini. Difahamkan tindakan tersebut terpaksa dibuat oleh pihak berkenaan kerana panel pakar terbabit yang dijemput oleh kerajaan dikatakan tidak mahu mengadakan sessi pertemuan dengan NGO terbabit. Perhimpunan aman terbabit dijangka akan disertai oleh beberapa orang aktivis yang akan memakan baju T-Shirt hitam Save Malaysia. Berdasarkan memo yang dihantar oleh pihak terbabit menerusi SMS dan Facebook Group Pahang Don't Need "Hazardous" Project juga menyatakan agar semua yang hadir turut membawa kain rentang dan poster bantahan Lynas. Sementara itu, difahamkan juga sebelah petangnya NGO terbabit bersama Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh akan menghantar borang petisyen yang sudah ditangani rakyat kepada pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkenaan. Petisyen yang dipercayai sudah ditandatangani oleh lebih 60 ribu rakyat itu bagi membuktikan bahawa warga Kuantan tidak mahu Lynas berada di kawasan ini. Malah mereka mahu Lynas dibawa balik ke negara asalnya Australia. Pakar-Pakar IAEA yang dijemput khas oleh Kerajaan Malaysia untuk mengkaji tahap keselamatan projek Lynas dijangka akan berada beberapa hari di sini. Mereka akan dibawa melawat kilang Lynas dan membuat kajian berdasarkan kepakaran masing-masing. Tempoh sebulan diberikan kepada mereka menyiapkan hasil kajian itu.

Soalnya, siapakah yang menanggung segala kos yang berkaitan?. Adakah Kerajaan Malaysia atau Lynas Corporation itu sendiri. Inilah yang menimbulkan keraguan sebenarnya. Jika kerajaan Malaysia yang menanggungnya, apakah pakar terbabit berani mengatakan sesuatu yang negatif terhadap projek tersebut?. Begitu juga jika Lynas sendiri yang menanggung kos mereka, apakah pakar-pakar itu berani keluarkan kenyataan yang berpihak kepada rakyat?. Maknanya disini, sehebat mana pakar yang dibawa jika segalanya sudah diragui maka sampai bila pun projek berkenaan akan tetap dipertikaikan. Malahan rakyat sebenarnya mahu Lynas dibatalkan operasinya bukannya diteruskan atas nasihat pakar itu nanti. Apakah pakar-pakar terbbait akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini 20 tahun akan datang?. Mereka bukannya terus bermastautin di sini, maka itu kehadiran mereka sebenarnya tidak ubah hanya melancong dan makan angin semata-mata].

Tiada ulasan: