Pahang Daily Online |
- Panas: MB 'Adnan Yaakob' Risau Parti Komponen BN Yang Wakili Kaum Cina Iaitu MCA Tidak Dapat Sokongan Dalam Pilihanraya Umum Akan Datang
- Edisi Sukan: Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona Tewaskan Manchester United 3-1 Awal Pagi Tadi !!
- Majlis Dialog NGO Bantah Lynas Telah Di Adakan Di GC Curry House Dekat Jalan Air Putih Kuantan
| Posted: 28 May 2011 08:45 PM PDT
[Adnan tidak boleh menuding jari menyalahkan pemimpin MCA Negeri semata-mata jika parti itu ditolak rakyat hatta kaum Cina dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana kesalahan besar yang membuatkan MCA ditolak rakyat Pahang pada PRU-13 ini ialah kegagalan Kerajaan Negeri pimpin Adnan Yaakob mendengar suara rakyat untuk membatalkan projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation di Gebeng. Isu tersebut kini semakin hangat diperkatakan dan MB tidak boleh lepas tangan dalam hal ini. Malah, dijangka majoriti kaum Cina termasuk MCA sendiri akan mengundi pembangkang dalam PRU nanti. Mereka sudah tidak yakin dengan kepimpinan BN yang diterajui oleh Adnan sendiri. Oleh itu, Adnan jangan terkejut jika banyak kerusi terutamanya di kawasan bandar akan jatuh ke tangan pembangkang. Jika mereka tidak melakukan sesuatu, maka kemungkinan besar banyak kerusi BN pasti akan tumbang. Jangan dibiarkan rakyat terus hidup dalam risiko]. | |||||||||
| Edisi Sukan: Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona Tewaskan Manchester United 3-1 Awal Pagi Tadi !! Posted: 28 May 2011 04:36 PM PDT
[Biar pun bergembira menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah antara Barcelona dengan Manchester United awal pagi tadi, namun rakyat Pahang terus berdukacita apabila pasukan negeri ini ditewaskan 1-0 oleh pasukan Kelantan dalam Liga Super semalam. Kemenangan Barcelona 3-1 ke atas Manchester diharap menjadi pengubat kedukaan penyokong Pahang. Sampai bilakah mutu bolasepak negeri ini akan terus merundum. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan semua imej dan maruah bolasepak negeri ini. Tambahan pula Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga adalah dari negeri Pahang. Agak malang, ketika pasukan negara menjuang Pingat Emas di sukan SEA dulu juga, tiada seorang pun anak Pahang dipilih dalam senarai 22 pemain negara. Apakah fenomena ini harus dibiarkan berterusan?. Kenapa masih dikekalkan jurulatih dan pengurus sedia ada, sedangkan tahap keupayaan mereka sudah terbukti jelas gagal!]. | |||||||||
| Majlis Dialog NGO Bantah Lynas Telah Di Adakan Di GC Curry House Dekat Jalan Air Putih Kuantan Posted: 28 May 2011 12:31 PM PDT ![]() KUANTAN, 29 Mei - Program Majlis Dialog NGO Tempatan (Negeri) "Hentikan Lynas" telah diadakan di GC Curry House, Jalan Air Putih Kuantan petang semalam. Progam anjuran Save Malaysia, Stop Lynas ini berakhir dengan dialog terbuka antara orang ramai yang hadir dengan wakil NGO yang diundang. Agak menarik bila beberapa orang wakil dari Pemuda MCA Indera Mahkota turut dilihat hadir memberi sokongan. Ternyata ini memberi gambaran bahawa bantahan Lynas bukanlah isu yang sengaja dimainkan oleh parti pembangkang, tetapi ia adalah isu rakyat secara keseluruhannya. Majlis yang bermula jam 3.00 petang itu berakhir kira-kiran jam 5.00 petang selepas sessi dialog. Banyak komen dan pandangan yang diberikan. Apapun secara keseluruhannya, majlis tersebut dilihat berjaya dan menyemarakkkan sokongan rakyat terhadap perjuangan membantah Lynas. Difahamkan, Jumaat lalu satu program edaran "Tie Ribbon" berwarna hitam dan kuning untuk diikat pada areal keenderaan telah dijalankan oleh Save Malaysia Stop Lynas. Program diadakan di Jalan Hj.Abd Aziz itu telah berjaya mendapat sambutan hangat dari kalangan orang ramai. Sesungguhnya, majoriti rakyat Kuantan tetap mahu Lynas dinyah keluar dari Gebeng dalam apa jua keadaan sekali pun. Sokongan terus meningkat dalam kebanyakkan program yang diadakan. Ia menggambarkan bahawa, isu ini adalah isu rakyat dan isu nasional yang perlu ditangani secara berhemah oleh kerajaan. Jika tidak, sudah pasti majoriti rakyat akan menolak UMNO BN dalam PRU akan datang pastinya. ![]() Pimpinan NGO Save Malaysia Stop Lynas yang semakin aktif sekarang ini Empat ahli panel yang diundang bersama NGO Save Malaysia Stop Lynas Antara pimpinan NGO Save Malaysia Stop Lynas yang bersama semalam Saudara Siew bertanya soalan tentang isu Lynas kepada pengerusi majlis Dua orang peserta yang banyak bertanya soalan dan berikan pandangan ![]() Orang ramai yang hadir asyik mendengar penerangan daripada ahli panel Antara pimpinan PKR dan NGO Save Malaysia Stop Lynas yang hadir sama Antara orang ramai yang mendengar dari awal hingga ke akhir program ![]() Ini bukti, wakil daripada Pemuda MCA Indera Mahkota juga turut bersama ![]() ![]() Program pada hari Jumaat, edaran tie ribbon di Jalan Hj.Abd Aziz Kuantan ![]() ![]() Orang ramai gembira memasang Tie Ribbon pada kereta masing-masing ![]() Wakil Pemuda MCA Indera Mahkota (Mr.David) turut hadir bersama-sama [Nampaknya, Save Malaysia Stop Lynas semakin aktif menjalankan berbagai aktiviti untuk menyedarkan rakyat tentang bahayanya pembinaan kilang memproses rare earth di Gebeng. Kini sokongan rakyat semakin bertambah, malah bukan sahaja golongan profresional mengambil peranan masing-masing. Malahan, wakil parti politik komponen BN itu sendiri mula berani menyatakan sokongan mereka. Ini dibuktikan dengan kehadiran beberapa orang pemimpin Pemuda MCA Indera Mahkota ke program bantah Lynas sejak akhir-akhir ini. Secara tidak langsung, apa yang dilihat ini bakal menidakkan tanggapan kerajaan bahawa isu ini hanya dimainkan oleh parti pembangkang untuk tujuan politik semata-mata. Walhal, itu Lynas adalah isu rakyat yang perlu ditangani secara berhemah oleh pihak terbabit sebenarnya. Jika mereka tersilap langkah, maka isu Lynas akan menjadi petanda kejatuhan BN di Pahang dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun syabas kepada semua pihak yang terlibat !!]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan