Pahang Daily Online |
- Musykil: Polis Di Minta Adil Dalam Tugas, Kenapa Masih Perlu Bersikap Double Standard Terhadap Rakyat Di Negara Berdaulat Seperti Malaysia Ini !
- Terkini: Kes Tanah Runtuh, Enam Belas Mangsa Terbunuh Dan Sembilan Orang Lagi Terselamat !
- Kontroversi: Si Hishamuddin Melangkaui Bidang Kuasanya Apabila Mendakwa Pelakon Video Seks Datuk T Bakal Di Dedahkan Di Mahkamah Nanti !
- Terkini: Kes Tanah Runtuh, Dua Belas Terbunuh, Sembilan 'Berjaya Di Selamatkan' Dan Empat Lagi Mangsa Masih Hilang Serta Tertimbus Setakat Ini
Posted: 22 May 2011 12:34 AM PDT Rakyat semakin hairan dengan peranan pihak polis di negara ini sebenarnya. Apa tidaknya, mereka yang sepatutnya ditugaskan menjaga keselamatan rakyat sebaliknya dilihat cuba untuk memusuhi dan berperang dengan rakyat. Malah, jelas dapat dilihat mereka lebih bersopan dan berhemah hanya untuk menjaga rakyat yang menyokong kerajaan semata-mata. Sebaliknya bagi mereka yang tidak sealiran dan menyokong aspirasi kerajaan pasti akan ditentang habis-habisan. Sangkaan kita ia hanya berlaku dalam kes-kes yang melibatkan isu politik semata-mata. Namun, sikap polis ini terbawa-bawa dalam isu rakyat yang lain termasuklah ketika himpunan bantah Lynas dimana rakyat berbondong-bondong hadir untuk menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia baru-baru ini. Isu tersebut adalah isu rakyat dan menjadi hak kepada mereka untuk mempertahankan hak dari berhadapan dengan risiko akibat pembinaan kilang memproses rare earth di Gebeng Kuantan itu. Namun, oleh kerana perjuangan rakyat itu didokong oleh pemimpin pembangkang maka pihak polis diarahkan menggunakan segala jentera dan kuasa mereka untuk menghalang rakyat menyatakan bantahan. Bukti jelas dapat dilihat apabila pihak polis dari berbagai unit termasuk FRU dikerahkan berkawal di hadapan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur baru-baru ini. Beratus-ratus anggota polis dikerahkan berkawal termasuk menggunakan senjata api, seolah-olah mahu menggempur musuh di medan peperangan. Rakyat bukan sahaja dihalang, sedangkan pihak Pesuruhjaya Tinggi Australia sendiri membenarkan memorandum dihantar kepada mereka. Tetapi, kenapakan pihak polis begitu ramai dikerahkan untuk menakutkan rakyat. Mereka datang bukan untuk buat kekecohan atau kerosakan, sekadar mahu nyatakan bantahan. Bukti, ada polis yang bersenjata cuba menakutkan rakyat berhimpun Aneh, himpunan penyokong kerajaan di pejabat Utusan mereka berhemah Cuba lihat himpunan bantahan Lynas, suasananya jauh sekali berbeza |
Terkini: Kes Tanah Runtuh, Enam Belas Mangsa Terbunuh Dan Sembilan Orang Lagi Terselamat ! Posted: 21 May 2011 11:36 PM PDT KAJANG, 22 Mei - Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat. Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya. Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat. Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John. "Operasi mencari (menyelamat) dihentikan setakat ini dan akan disambung 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," tambahnya. [Pahang Daily Online (PDO) sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Semoga apa yang terjadi ini dapat dijadikan ikhtibar kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam mendirikan bangunan di kawasan lereng bukit pada masa akan datang. Biar pun kes di Bukit Antarabangsa telah menggemparkan kita sebelum ini, namun langkah keselamatan yang sewajarnya tidak diambil oleh pihak-pihak tertentu. Justeru itu, mereka haruslah lebih bertanggungjawab lagi pada masa akan datang. Begitu juga dengan pihak pengurusan rumah anak-anak yatim ini, kejadian pertama yang berlaku sebelum ini sengaja dirahsiakan dan tidak diadukan kepada pihak bertanggungjawab. Akibat kealpaan inilah akhirnya meragut nyawa banyak mangsa yang tidak berdosa. Oleh itu, kepada mereka yang mendirikan bangunan kediaman di kawasan berisiko seperti ini diminta lebih berhati-hati terutamanya dikala musim tengkujuh. Keselamatan perlulah diutamakan daripada segalanya]. |
Posted: 21 May 2011 11:02 PM PDT KUALA LUMPUR 22 Mei - Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein (foto) dilihat melangkaui bidang kuasanya apabila mendakwa pelaku dalam video lucah Datuk T akan didedahkan di mahkamah. Pejabat Peguam Negara yang bertanggungjawab ke atas sebarang pendakwaan jenayah, setakat ini belum mengumumkan sama ada kes itu akan dibawa ke mahkamah. Namun Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO memberitahu Mingguan Malaysia bahawa proses mahkamah akan mendedahkan pelaku dalam video berkenaan. Malah beliau dilihat cuba "mengarahkan" Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimana untuk memastikan pelaku dalam video itu didedahkan di mahkamah. Hishamuddin berkata "butir-butir rakaman itu masih tetap perlu dibangkitkan dalam keterangan yang dikemukakan di mahkamah," lapor Mingguan Malaysia. "Tidak perlu bimbang kerana orang ramai akhirnya akan tahu segala-galanya termasuk siapa pelakunya," kata beliau dipetik lapor akhbar tempatan hari ini. Sehingga kini, polis enggan mendedahkan identiti tersebut atas alasan tiada keperluan berbuat demikian. Namun juak-juak UMNO menabur fitnah kononnya pelaku video itu adalah Anwar. Rakaman itu disebarkan di masjid, pasar malam dan kawasan perumahan selain dimuatnaik di Internet. [Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (foto) berkali-kali menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti si pelaku dalam rakaman itu. Kata Hishammuddin, selain siasatan terhadap pihak yang mendedahkan rakaman itu, siasatan juga dibuat terhadap laporan polis oleh pihak yang mendakwa lelaki dalam video itu bukan dirinya. "Berbohong dalam laporan polis juga adalah satu kesalahan di sisi undang-undang," ujarnya. Anwar dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau. Selain itu Anwar juga mahukan undang-undang Qazaf digunakan untuk menyiasat fitnah yang dibuat oleh Datuk T iaitu Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzryl Eskay. Soalnya sekarang, kenapa Hishamuddin boleh mendahului mahkamah dalam mengeluarkan kenyataan yang sebegini rupa? tvsnews] |
Posted: 21 May 2011 11:45 AM PDT KAJANG, 22 Mei - Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak empat mangsa lagi masih tertimbus dalam runtuhan itu setakat ini. Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa. Tambahnya, kesemua penghuni rumah tersebut adalah lelaki. [Sementara itu seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat dikeluarkan dengan selamat. Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam tadi. Dalam pada itu seorang lagi mangsa tanah runtuh terbabit dipercayai telah meninggal dunia di Hospital Ampang malam tadi. Kami sekali lagi mengucapkan salam takziah buat semua yang terlibat dan terselamat dalam insiden yang mengerikan ini hendaknya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan