Pahang Daily Online |
| Posted: 19 May 2011 11:07 AM PDT ![]() KUANTAN, 20 Mei - Pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan lebih 50 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa dan 20 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min dekat sini muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas meminum susu sekolah "1Malaysia" pada 18 Mei lalu benar-benar telah mengejut semua pihak terutamanya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP). Khabarnya semalam, rombongan JPNP telah membuat tinjauan ke sekolah terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden ini. Malah, mereka terkejut kerana ia didedahkan di blog ini sedangkan pihak media sebenarnya masih belum dapat menghidu kejadian pada hari itu. Paling mendukacitakan, terdapat maklumat mengatakan pihak JPNP cuba menyiasat siapakah "guru" yang telah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak kami. Mereka sepatutnya menyelesaikan masalah yang mengganggu para pelajar itu, sebaliknya mereka pula cuba untuk menyiasat pemberi maklumat yang berkenaan. Soalnya, kenapa mereka mahu menjejaki pemberi maklumat sedangkan pokok utamanya ialah menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami tidak teragak-agak akan mendedahkan nama-nama pengawai terbabit jika mereka terus menekan pihak sekolah mendedahkan siapakah yang memberikan maklumat berkenaan insiden itu. Kami cuba menyiasat rahsia besar disebalik isu susu sekolah 1Malaysia yang menjadi kontroversi ini. Projek Susu Di Bolot Kroni Najib Serta Muhyiddin Difahamkan pada dasarnya projek susu sekolah adalah projek yang mulia dan dilaksanakan hampir di seluruh dunia. Iran adalah negara yang mengeluarkan perbelanjaan tertinggi di dunia untuk menjayakan projek susu sekolah ini. Kejayaan projek susu sekolah di China dan Thailand umpamanya telah melahirkan generasi muda yang lebih tinggi dan tegap, begitu juga di Eropah dan Amerika. Berkaitan projek susu sekolah di Malaysia sebenarnya projek itu lebih kepada untuk mengkayakan kroni UMNO BN sebenarnya, tetapi mereka menggunakan alasan yang murni iaitu untuk melahirkan generasi muda yang lebih sihat dan cergas. Adalah dipercayai syarikat yang dapat kontrak membekal susu sekolah di Pahang ini sememangnya adalah kroni kepada Perdana Menteri, Najib Razak itu sendiri. Semua ini memang satu projek untuk memperkayakan kroni-kroni beliau sebenarnya. Justeru itu kualiti susu yang diimport dari Korea (foto) ini adalah meragukan, kerana harga yang diterima mereka adalah lebih murah berbanding susu yang dibekalkan dari Sabah dan kawasan lain di negara kita. Bayangkan susu yang dimport dari Korea lebih murah dari susu tempatan?. Sungguh tidak masuk dek akal dan pasti ada sesuatu yang tidak betul berkaitan kualiti susu dari Korea ini sebenarnya. Besar kemungkinan susu yang dibeli dari Korea sudah hampir tamat tempoh dibekalkan oleh syarikat terbabit (yang dapat projek susu 1Malaysia). Kerana dipercayai pihak syarikat berkenaan telah pergi ke seluruh kilang susu di Malaysia untuk mendapat harga yang paling murah tetapi tiada syarikat di Malaysia yang sanggup membekalkannya. Lantaran itulah mereka terpaksa import susu dari Korea yang kualitinya diragui.![]() ![]() PM Najib dan TPM Muhyiddin gembira lancarkan projek susu sekolah 1Malaysia Rupanya kroni masing-masing yang mendapat untung besar dari projek itu |
| Posted: 19 May 2011 07:48 AM PDT
|
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan