Pahang Daily Online |
- YB Fuziah Salleh Jadi Tetamu Jemputan Di Radio Internet Durian FM Dan Sedang Online Sekarang
- Haramkan PKR, Tian Chua Anggap Tindakan ROS Memberikan Notis Sebagai Kemuncak Penindasan Kerajaan UMNO BN Terhadap Parti Pembangkang
- Kontroversi: Cubaan Untuk Mengharamkan PKR, Anwar Dedah Tindakan ROS Itu 'Di Dalangi' Oleh Puak UMNO Untuk 'Terus Dera Rakyat' Malaysia !
- Panas: Gara-Gara Papar Berita Sampah, Akhirnya Saham Utusan Di Bursa Malaysia Alami Kerugian RM6.893 Bagi Suku Pertama Berakhir 31 Mac 2011!
- Pilihan Raya Umum Semakin Hampir Tetapi Parti Keadilan Rakyat Hadapi Risiko Bakal Di Batalkan Pendaftaran Oleh ROS Gara-Gara Pemilihan 2010
- Memalukan: Ramai "Terkilan" Jabatan Belia Dan Sukan Pahang Pinggirkan NGO Belia Untuk Kaut Untung Sambutan Hari Belia Negara Di Kuantan!
| YB Fuziah Salleh Jadi Tetamu Jemputan Di Radio Internet Durian FM Dan Sedang Online Sekarang Posted: 19 May 2011 05:36 AM PDT |
| Posted: 19 May 2011 01:54 AM PDT ![]() PETALING JAYA 19 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi notis memansuhkan parti itu sebagai kemuncak penindasan terhadap parti-parti pembangkang oleh Umno-Barisan Nasional (BN). Justeru, kepimpinan PKR menuntut Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan agenda kerajaan bersabit serangan bertali arus PKR sejak ia ditubuhkan pada tahun 1999. Naib Presiden PKR, Tian Chua (foto) dalam kenyataannya hari ini mendakwa Umno-BN membelakangkan persaingan sihat antara parti politik semata-mata untuk terus kekal berkuasa sehingga sanggup menindas parti-parti pembangkang dengan memperkudakan institusi-insititusi kerajaan. "Kini datang dengan satu surat yang tidak ada kene mengena dengan prosedur yang betul. Kita tidak melihat ini perkara yang kecil, kesilapan pegawai dan sebagainya. "Tapi saya mencabar ini memang satu rancangan yang datang dari atas. Menteri KDN harus jawab sama ada ini perancangan yang teliti yang ditujukan kepada PKR," ujar beliau kepada media sebentar tadi. PKR mendedahkan notis yang dikeluarkan oleh ROS kepada parti itu bertarikh 9 Mei 2011 menggunakan peruntukan perlembagaan PKR yang tidak wujud. ROS mendakwa PKR memecat ahli bernama A.Rajagopal tanpa merujuknya kepada Jawatankuasa Displin namun sekali lagi badan itu melakukan kesilapan. Ahli yang dipecat ialah A.Jayagopal yang dipecat kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihanraya kecil Bukit Selambau tahun 2009. "Saya nampak perkara ini harus dijawab oleh Menteri Dalam Negeri (Hishammuddin) dan Perdana Menteri harus memberi penjelasan samada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengenepikan dan menindas parti-parti pembangkang," ujar beliau. Tian membidas serangan terbaru terhadap PKR yang menyusul kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diikuti video lucah fitnah selain intimidasi jenayah mengugut beliau untuk berundur daripada arena politik. Sebelum ini KDN turut membatalkan permit lidah rasmi parti itu iaitu Suara Keadilan. Anwar, timbalannya Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Sivarasa Rasiah turut digantung enam bulan dari menghadiri Parlimen. Seterusnya beliau berkata ancaman nyawa turut berlaku apabile kereta Mercedes Benz yang dinaiki Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikatakan disabotaj dan Nurul Izzah menerima ugutan anaknya akan diculik jika terus menyokong Anwar. Kepimpinan parti itu turut dihalang daripada adakan ceramah di negeri Johor selain permit yang tidak dikeluarkan oleh polis, kata Tian. tvsnews [Apa yang jelas dapat dilihat sekarang ialah, semua ini menandakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 pasti akan berlaku bila-bila masa dari sekarang. Lantaran itulah kita tidak hairan Kerajaan UMNO BN sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Putrajaya terus berada ditangan mereka. Namun, permainan taktik kotor sebegini jelas sekali melanggar prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negera kita sebenarnya. Amatlah tidak logik dan masuk dek akal apabila pemimpin pembangkang dan parti yang didokongnya dikekang sedemikian rupa. Ini membuktikan kepada kita bahawa PM Najib Razak terlalu takut dan gusar kemaraan rakyat yang terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka juga hairan, dengan berbagai isu seks yang dimainkan rakyat tetap juga tidak percaya malahan mereka terus bersemangat untuk menolak kerajaan UMNO BN]. |
| Posted: 19 May 2011 12:40 AM PDT KUALA LUMPUR 19 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berkata cubaan mengharamkan parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah usaha terbaru yang didalangi UMNO untuk terus mendera rakyat. "Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat," kata Anwar ketika menjawab soalan pelayar Internet menerusi program "Question time" anjuran Yahoo Malaysia pagi tadi. Dalam wawancara itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke UMNO dan menyelar parti itu kerana menggunakan Perkasa untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia. Anwar juga berkata PKR dan Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk membawa pembahruan politik yang didahagakan oleh rakyat. Pendaftar Pertubuhan menghantar notis kepada PKR, memberitahu parti itu akan dibatalkan pendaftarannya kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti. Menurut ROS, pendaftaran PKR akan dibatalkan mulai 9 Jun jika parti itu tidak memberikan alasan yang munasabah kepada badan itu. Bagaimanapun Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan ROS menghantar notis itu berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa dan maklumat salah. ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR. Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin". Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud. Yang dipecat adalah A.Rajagopal yang disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, pada PRK Bukit Selambau di Kedah.Perkasa Adalah Alat UMNO Hina Rakyat Malaysia Sesi bersama Anwar yang dikendalikan Editor Yahoo News Malaysia itu mendapat sambutan hangat daripada warga Internet sehingga terpaksa dilanjutkan 15 minit lebih daripada sejam yang dijadualkan. Anwar menjawab soalan yang kebanyakan berkisar kepada kemelut politik negara dan harapan rakyat terhadap situasi politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum tidak lama lagi. Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telahpun bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal dilakukan UMNO. "Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!," kata Anwar. Menurut Anwar, politik perkauman UMNO sudah tidak lagi relevan dalam kancah politik negara. Malah menjawab pertanyaan, Anwar menyatakan beliau tidak akan menyertai UMNO kembali walau ditawarkan jawatan Perdana Menteri. "Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah," kata beliau. "Adalah amat dikesali pemimpin parti itu sekarang menggunakan taktik kotor politik dan pornografi. Saya dianggap membahaya kerana komitment saya kepada reformasi dan membanteras rasuah serta kronisme," tambah beliau. Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja UMNO dan Perkasa. "(Perkasa) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat UMNO untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum. "Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya UMNO dan Perkasa terdesak mengguna isu perkauman," tegas Anwar. Dalam wawancara maya itu, Anwar turut mengiktiraf sokongan sahabat yang masih setia kepada perjuangan beliau untuk mengubah Malaysia "Sahabat setia dan saya terharu. Teman lama ini berjuang kerana yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang tuntut saham dan dana. Jazakumullah khairan buat sahabat setia," kata Anwar. tvsnews[Jika benar dakwaan Anwar ini, maka ternyata amatlah malang sekali buat rakyat Malaysia jika teurs menyokong kerajaan UMNO BN ini sebenarnya. Ternyata mereka kini berada dalam ketakutan dan gusar dengan kebangkitan suara rakyat untuk melakukan perubahan. Mereka takut kehilangan kuasa, kerana mereka tahu sudah pasti segala dosa-dosa yang dilakukan akan dibongkarkan oleh kerajaan baru yang memerintah. Maka jalan terbaik, ialah mencari jua jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat termausuklah mengharamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sendiri. Soalnya, apakah rakyat boleh berdiam diri dengan tindakan "bodoh" ini?. Mereka takut sebelum turun gelanggang. Selepas menggunakan kuasa SPR, Polis, Media untuk berperang dengan pembangkang dalam pilihanraya kini mereka mencari jalan pula untuk menggagalkan hasrat PKR sertai pilihanraya umum pada kali ini. Bukankah ini satu strategi orang yang "bacul dan pengecut". Sungguh memalukan melihat adengan ini]. |
| Posted: 18 May 2011 10:19 PM PDT ![]() SHAH ALAM 19 Mei - Gara-gara memaparkan bahan lucah dan cerita sampah yang hanya sesuai dibaca oleh "binatang" (foto), akhirnya saham Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebanyak RM6.893 juta untuk suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2011. Itu makluman terbaru yang diterima dari Bursa Malaysia hari ini. Kejatuhan saham utusan sememangnya telah dijangka oleh seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula, akhbar terbabit masih menjadi "tali barut" kerajaan UMNO BN untuk menyebarkan dakyah-dakyah songsang kepada rakyat. Anehnya pihak Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus. Ia berkata perolehan bagaimana pun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya. Itu alasan orang yang sudah tiada idea, walhal sebenarnya pembaca akhbar terbabit semakin menyusut dari masa ke semasa akibat kebiadapan laporan yang dikeluarkan oleh akhbar itu mutakhir ini. Malah, Utusan bukan sahaja menyajikan berita fitnah malah sanggup pula menyajikan bahan lucah berunsur seks buat tatapan rakyat Malaysia. Makanya kejatuhan saham Utusan diharap menjadi pengajaran buat pihak terbabit agar lebih profesional dalam memaparkan berita mereka. Usahlah menjadi akhbar sampah yang hanya sesuai untuk dijadikan bahan alas tempat duduk semata-mata. Utusan perlu mengambil ikhtibar dengan senario ini, dikala semua saham akhbar lain meningkat mendadak sekarang. Mereka perlu lakukan perubahan jika ingin terus kekal berwibawa di negara ini. [Utusan Malaysia harus benar-benar jadi penyebar fikiran rakyat jika mahu terus kekal relevan sebenarnya. Jika apa yang disajikan hari ini dijadikan alasan, sememangnya kreadibiliti Utusan lebih teruk daripada akhbar tabloid mingguan yang terdapat di negara ini. Mana pergi profesionalisme mereka selama ini. Malah, berita yang dipaparkan lebih teruk dari akhbar Mingguan Misteri, Warta Perdana, Bacaria dan yang lainnya. Terkadang kasihan kita melihat sahabat-sahabat dan saudara mara kita yang kini bertugas dengan akhbar terbabit. Mereka kini merasa malu untuk menceritakan tempar kerja mereka jika ditanya oleh rakan-rakan yang lain. Ini semua kerana merasakan akhbar itu sendiri telah merosakkan imej mereka. Paparan berita fitnah dan seks yang keterlaluan bakal menjanamkan terus Utusan Malaysia dari hati rakyat pada masa yang akan datang. Apakah ini yang dimahukan oleh utusan itu agaknya?]. |
| Posted: 18 May 2011 09:05 PM PDT ![]() SHAH ALAM 19 Mei - Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu. Turut difahamkan PKR juga telah menerima surat berhubung pembatalan tersebut daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) awal bulan ini. "Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya," kata sumber. Sumber itu berkata berdasarkan surat ROS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999. Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini. "Kami tak terkejut dengan tindakan ROS ini, tunggu sidang media nanti," katanya lagi. PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian. Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan. Sejak selepas PRU 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar ROS mengambil tindakan ke atas parti itu. Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada PRU 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau lompat parti. [Sesuatu yang sungguh mengejutkan jika senario ini benar-benar berlaku. Tambahan pula diketika menjelangnya Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Seandainya keputusan ini muktamad, maka apa akan jadi kepada semua ahli PKR termasuk mereka yang bergelar wakil rakyat agaknya?. Sesungguhnya isu ini jelas membuktikan kepada kita bahawa kerajaan UMNO BN sudah tiada cara lain untuk menghalang kebangkitan rakyat terutamanya penyokong Anwar Ibrahim itu sendiri. Sudahlah Anwar kemungkinan besar akan kembali ke penjara Sg.Buloh, kini parti pimpinan beliau juga akan dipenjarakan bersama dengan jasad Anwar. Apapun, sama-sama kita nantikan keputusan yang pasti panas dan kontroversi ini]. |
| Posted: 18 May 2011 05:31 PM PDT ![]() KUANTAN, 19 Mei - Biar pun sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang sudah pun berakhir pada hujung minggu yang lalu. Namun, kini banyak kedengaran suara-suara "terkilan" berkenaan penganjuran acara berkenaan. Ramai yang tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut, tambahan pula bagi NGO-NGO Belia yang khabarnya "dianaktirikan" oleh Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Pahang. Acara yang diadakan di Padang MPK 2 dekat sini bermula dari 13 hingga 15 Mei lalu jelas sekali dilihat gagal mencapai matlamatnya. Apatah lagi dengan kehadiran orang ramai yang sangat mendukacitakan. Sambutan yang kononnya gah pada nama itu sebenarnya telah memalukan Hari Belia itu sendiri. Difahamkan sambutan dingin orang ramai terhadap program tersebut disebatkan pengisiannya yang bercelaru dan haru-biru. Bayangkan, ada pihak yang telah melawat ke tapak lokasi pada 13 dan 14 Mei untuk menyaksikan acara atau pameran yang diadakan, namun hanya yang ada ialah khemah-khemah kosong yang tidak berpenghuni. Sedangkan hebahan media dibuat kononnya acara berkenaan bermula dari 13 Mei, tapi hakikatnya tiada apa yang boleh disaksikan pada tarikh tersebut. Hanya yang ada beberapa petugas kontrak memasang khemah sahaja yang sedang membuat kerja. Maknya, tarikh yang diwar-warkan program bermula 13-14 Mei adalah tidak benar, kerana acara di padang itu hanya benar-benar wujud pada petang hingga malam 24 Mei dan perasmiannya pada 15 Mei sahaja. Kami cuba menyiasat dan membongkarkan kenapakan Hari Belia itu nampak hambar dan tidak bertenaga langsung. Rupa-rupanya ada banyak rahsia yang tersembunyi dan perlu didedahkan untuk tatapan umum di sini. Ternyata ada pihak yang "menangguk di air yang keruh" dan membolot segalanya untuk kepentingan mereka dan bukannya menjaga kebajikan para NGO belia itu. Hari Belia Negara Sudah Jadi 'Hari Jabatan Belia' Ramai yang mungkin terkejut dengan pendedahan ini. Namun hakikatnya perlu ditelan oleh Pengarah dan Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Pahang sendiri. Ternyata mereka rupanya kemaruk dan tamak untuk "membolot" sumber bajet Hari Belia Negara yang diluluskan oleh pusat. Khabarnya semua kerja dan tugas mengendalikan acara tersebut telah diambil alih oleh kakitangan JBS sendiri. Mereka tidak mengagih-agihkan kepada NGO-NGO Belia yang sepatutnya dipertanggungjawabkan merencana dan melaksanakan program berkenaan. Bayangkan dana sebanyak RM300,000 (Tiga Ratus Ribu) untuk program berkenaan hanya dimonolpoli dan berlegar dikalangan kakitangan jabatan berkenaan semata-mata. Sedangkan NGO belia terpaksa "melopong" dan "berputih mata" tanpa ada sebarang peruntukan atau projek yang diberikan. Mereka melalukan semua tugas yang sepatutnya diagihkan kepada NGO Belia yang terbabit. Ini menyebabkan NGO Belia seolah-olah "macam tunggul", mereka hanya diarahkan membawa seberapa ramai belia dari segenap pelusuk negeri untuk hadir beramai-ramai pada hari perasmian (15 Mei) sahaja. Itu pun peruntukan RM3,000 diagihkan kepada Jabatan Belia Dan Sukan Daerah masing-masing dan bukannya kepada NGO Belia yang berkenaan. Akhirnya banyak kelemahan yang berlaku dan memalukan. Antaranya masalah "jamuan makan rakyat" yang diwar-warkan tidak ada dan berbagai lagi. Malahan perkara ini sendiri telah ditegur oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob dalam ucapannya. Kenapa ini terjadi?, Sedangkan wang peruntukkan ratusan ribu mereka sapu, tiba-tiba para beliau yang hadir tidak diberi makan dan minum seperti yang dijanjikan. Hanya para tetamu dan dif jemputan terhormat sahaja yang diberi kemudahan itu. Ini menimbulkan kemarahan sebahagian besar belia yang diarahakan hadir pada hari tersebut sebenarnya.Acara Hiburan Di Utamakan, Agama Di Pinggirkan Paling mengejutkan ialah acara sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pahang kali ini lebih mengutamakan acara hibura semata-mata, sebaliknya acara berbentuk agama dipinggirkan. Jika pada tahun-tahun yang telah sudah, acara seperti Tahlil dan Forum Perdana mendapat tempat kini ia tiada lagi. Hanya yang ada acara Imam Muda, itu pun sekadar melengkapkan jadual dan mahu membolot bajet RM10,000 yang digunakan. Khabarnya acara terbabit diadakan di Hotel Shahzan Inn dan diuruskan juga oleh kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Pahang sendiri. Maknanya mereka membolot semua acara yang disediakan tanpa memberi ruang kepada NGO belia yang sepatutnya mengambil bahagian. Pihak penganjur lebih mengutamakan acara hiburan semata-mata, di mana buktinya mereka tergamak mengadakan acara Battle Of The Band iaitu program yang menghimpunkan kumpulan muzik belia untuk dipertandingkan secara live di pentas utama sambutan tersebut. Acara itu diadakan pada malam 14 Mei 2011 di Padang MPK2 dan disertai oleh band-band belia sekitar daerah Kuantan dan yang berhampiran. Biar pun acara itu jelas bertentangan dengan nilai dan budaya ketimuran apatah lagi keislaman namun ia tetap mendapat tempat utama pada sambutan tersebut. Malah kehadiran Exco Beliau Dan Sukan Pahang, Dato' Wan Adnan Wan Mamat, YB Norul Azali (Presiden Majlis Belia Negeri Pahang) dan YB Zaili Besar (ADUN Panching) jelas sekali menggalakkan lagi acara seperti itu. Malah, Exco terbabit juga difahamkan tanpa segan silu turut menyanyi pada malam itu. Beliau sanggup tunggu dari awal hingga ke akhir untuk menikmati acara sebegitu, sebaliknya acara agama diketepikan. Tidak cukup dengan itu, acara karaoke santai turut diadakan bagi mewarnai program berkenaan. Semuanya disokong pihak penganjur tanpa ada perasaan bersalah langsung. Sedangkan ia jelas bertentangan dengan hala tuju belia itu sendiri.![]() Inilah pemimpin belia Pahang yang hadir pada malam Battle Of The Band baru-baru ini, Wan Adnan (kiri), Norul Azali (tengah) dan Zaili Besar (kanan) Ramai yang terkejut dengan kehadiran pemimpin terbabit dalam program Battle Of The Band itu. Mereka semuanya pemimpin Melayu yang beragama Islam. Sepatutnya sedar bahawa acara itu adalah terkeluar dari lunas-lunas agama apatah lagi nilai budaya Melayu itu sendiri. Namun dek kerana leka dan tidak memahami ke mana hala tuju beliau mahu dibawa, maka tiga pemimpin yang bergelar exco dan wakil rakyat ini sanggup tunggu dari awal hingga ke larut malam semata-mata untuk memeriahkan dan memberi sokongan kepada acara berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Apakah ini cara kehidupan belia yang mahu dibawa?. Apakah hiburan itu boleh dijadikan sebagai alat untuk membolehkan beliau itu lebih berwawasan dan diperkasakan agaknya?. Justeru itu, kegiatan seperti ini haruslah dipantau dan dihalang pada program yang sama pada masa akan datang. Ini kerana ia jelas sekali bertentangan dengan lunas-lunas agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri sebenarnya. Adalah lebih elok pentas digunakan untuk membawa kebaikan seperti ceramah motivasi serta program-program yang boleh menyedarkan beliau kepada tanggungjawab sebenar mereka. Usahlah mereka terus dibuai dengan hiburan yang akhirnya menyebabkan mereka terus lesu dan tidak bermaya. NGO-NGO Belia Dinafikan Hak Oleh Jabatan Belia Ramai pemimpin beliau yang ditemui merasa kecewa dengan senario yang berlaku. Mereka terkilan kerana Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang gagal memainkan peranan untuk berkerjasama atau membantu NGO Belia mengisi dana masing-masing dengan adanya acara seperti itu. Segalanya dimonopoli oleh kakitangan jabatan terbabit baik dari segi pengurusan acara, persembahan, alat siaraya, aturcara program, penyediaan khemah dan kanopi serta segalanya. NGO Belia hanya hadir sebagai pemerhati dan langsung tidak boleg memainkan peranan untuk bersama-sama menjayakan acara tersebut. Sudahlah Jabatan Belia Dan Sukan Pahang gagal mengadakan Konvensyen Belia peringkat negeri sejak dua tahun yang lalu. Kini mereka pula dinafikan hak untuk bersama-sama dalam program sehebat itu. Apa sudah jadi sebenarnya?. Kenapa ini berlaku dikala belia mahu diperkasakan oleh mereka. Soalnya kenapa peruntukan yang disalurkan oleh pusat terhadap program seperti ini gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu kantung NGO Belia. Tenaga kerja mereka dinafikan, sedangkan hari belia itu sepatutnya untuk belia dan bukannya untuk kakitangan jabatan belia sendiri. Kenapa harus kakitangan jabatan terbabit membolot semua bajet tersebut sesama mereka. Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang, Tuan Rahim Tuan Bahru (foto) perlu menjawab semua ini dengan jujur. Sepatunya Jabatan Belia memberikan peruntukan tersebut untuk diagihkan kepada NGO Belia bagi tujuan perlaksanaannya. Namun aneh, lain pula jadinya. Kakitangan jabatan terbabit pula yang membolot semua peruntukan tersebut. Bukankah ini sungguh memalukan sebenarnya. Malah, difahamkan pihak terbabit hanya menggunakan nama Presiden Majlis Belia Negeri Pahang untuk penganjuran acara tersebut. Mereka berselindung disebalik Majli Belia, tetapi NGO terbabit tidak dapat apa-apa keuntungan hanya sekadar nama bagi lengkapkan mesyuarat semata-mata.[Terdapat juga sumber mengatakan tindakan Jabatan Belia Dan Sukan membolot segala peruntukan acara tersebut kerana mahu membolehkan kakitangan jabatan terbabit menikmati habuan atas bajet berkenaan. Tambahan pula mereka sudah lama tidak menerima kemudahan "Claim OT". Lantaran itulah peruntukan RM300,000 bagi program tersebut tidak langsung disalurkan kepada NGO Belia, sebaliknya disapu oleh kakitangan jabatan terbabit sendiri. Satu siasatan yang rapi perlulah diadakan bagi mendedahkan siapakah punya angkara semua ini. Mereka jelas telah menyeleweng daripada amanah yang dipertanggungjawabkan. Jika begini keadaannya, sudah pasti belia di negeri Pahang ini akan terus lesu kerana "dibunuh" oleh jabatan yang sepatutnya membantu membangunkan mereka. Kini terserlah, Jabatan Belia Dan Sukan Pahang telah gagal berperanan untuk membangunkan ekonomi dan aktiviti para belia. Lantaran itu mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan, kerana sudah jelas khianat kepada amanah]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan