Pahang Daily Online |
- Mahkamah Tinggi Mengarahkan Anwar Ibrahim Bela Diri Atas Pertuduhan Liwat Saiful Bukhari !
- Orang Ramai 'Terkejut' Susulan Seminar Maqasid Shari'ah Anjuran 'Gabungan NGO Islam' Pahang Tiba-Tiba Ada Sambutan Luar Biasa Bukan Islam!
- Muktamar Pemuda Negeri Pahang, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim 'Menang' Tanpa Bertanding Bagi Jawatan Ketua Pemuda PAS Sessi 2011 - 2013
- Demo Bantah Lynas DAP, Empat Aktivis Akhirnya Di Bebaskan Dengan Jaminan Mulut Petang Tadi!
Mahkamah Tinggi Mengarahkan Anwar Ibrahim Bela Diri Atas Pertuduhan Liwat Saiful Bukhari ! Posted: 15 May 2011 09:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "berwibawa." "Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," katanya Mohamad Zabidin dalam penghakiman lebih dua jam. Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan. Sementara itu Hakim Zabidin berkata mahkamah tetapkan tarikh 6 hingga 30 Jun bagi mendengar hujjah pembelaan oleh Anwar. [Satu keputusan yang memang sudah dijangka, tambahan pula dengan keluarnya video seks yang dikaitkan dengan mantan TPM itu baru-baru ini. Nampaknya mereka beriya-iya benar untuk menghantar semula Anwar ke Penjara Sg.Buloh dalam apa jua cara sekali pun. Biar pun perbicaraan dan banyak keterangan saksi yang bercanggah dengan fakta, namun Saiful tetap diterima sebagai saksi yang berwibawa. Inilah juga yang berlaku dalam kes liwat I dulu. Hakim Ariffin Jaka mengesahkan Azizan adalah saksi berwibawa sedangkan individu terbabit banyak memutar-belitkan fakta ketika di mahkamah. Sejarah akan bermula dan ia akan membuatkan gelombang kebangkitan rakyat pasti akan bermula kembali sebenarnya]. |
Posted: 15 May 2011 01:19 PM PDT KUANTAN, 16 Mei - Orang ramai yang hadir ke Seminar Maqasid Shari'ah Dan Masyarak Majmuk di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini petang semalam terkejut dengan sambutan orang bukan Islam terhadap program itu. Program anjuran Gabungan NGO-NGO Islam Pahang itu menampilkan Dr.Muhammd Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang & Naib Presiden PAS Pusat) dan Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ketua Pemuda PAS). Kehadiran peserta dari kalangan kaum India dan Cina amatlah memeranjatkan kerana program yang bermula sekitar jam 2.15 petang itu hanya disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dua jam kemudian. Anehnya, peserta bukan Islam dilihat duduk mendengar penjelasan daripada penceramah undangan dengan begitu kyusuk sekali, seolah-olah mereka memahami setiap penjelasan yang dibuat. Ini sesuatu yang amat luar biasa kerana program ini sendiri sebenarnya lebih difokuskan kepada umat Islam pada peringkat awalnya. Malah apa yang lebih menarik, mereka bukan sahaja mendengar tetapi juga mengeluarkan wang RM5 untuk membayar yuran penyertaan. Senario ini tidak mungkin berlaku dalam program Islamik anjuran UMNO BN sebenarnya. Namun, apa yang berlaku semalam membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini malah juga berjaya mendidik orang bukan Islam supaya lebih mengenali agama itu sendiri. Apakah perkara sebegini boleh dilakukan oleh parti perkauman seperti UMNO agaknya?. Mungkin sampai kiamat pun mereka tetap gagal !. Dato' Fauzi memperkatakan sesuatu kepada para penceramah seminar Bukti, sebahagian daripada kaum Cina yang kyusuk mendengar taklimat Wakil kaum India juga kyusuk dengar penjelasan tentang hukum Islam [Program yang menampilkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman sebagai Moderator itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang selepas Anwar selesai membentangkan hujah-hujahnya. Ternyata penerimaan kaum lain terhadap Islam semakin menampakkan hasilnya biar pun baru beberapa tahun sahaja gabungan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Ia jauh berbeza dengan gabungan Barisan Nasional yang begitu lama wujud tetapi masih tidak mampu memberi kesedaran tentang perundangan Islam kepada kaum lain di negara ini. Seminar itu diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta memahami matlamat utama hukum syarak yang bersifat universal untuk masyarakt majmuk di negara ini. Disamping itu juga ia memberi peluang kepada peserta menghayati bahawa perlaksanaan hukum, undang-undang bahkan kejayaan sesuatu program itu diukur dari segi pencapaian matlamat murni yang digariskan. Malah, ia juga diadakan khas untuk memberika para peserta berupaya menjadikan maqasid shari'ah sebagai neraca dalam menilai dan mengganggap sesuatu. Secara amnya, peserta yang hadir berpuas hati dengan program tersebut].Orang ramai mengambil peluang bergambar kenangan dengan Anwar |
Posted: 15 May 2011 09:31 AM PDT KERDAU, 15 Mei - Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (foto) memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS Pahang tanpa bertanding untuk sesi 2011-2013 dalam Muktamar Pemuda Negeri hari ini. Beliau menggantikan Ustaz Suhaimi Saad yang sudah melepasi usia 40 tahun. Shahril ialah Timbalan Ketua sebelum ini dan merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Timbalan Ketua Pemuda Negeri pula disandang oleh Ketua Pemuda Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim dalam pertandingan satu lawan satu dengan Setiausaha Dewan, Ustaz Junaidi Ishak. Ustaz Nazri dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda setelah mengalahkan Ustaz Yuslaidi dari Jerantut. Bagi jawatankuasa pula, undi teringgi diperolehi oleh muka lama Ustaz Muhammad Azmi diikuti Naib pada sesi lalu Fadzli Ramly. Muktamar Pemuda bermula petang semalam dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berlangsung di Darul Hikmah, Kerdau. Sementara itu Muktamar Dewan Pemuda PAS yang sedang berlangsung hari ini di Dewan Markas PAS Kerdau mengambil ketetapan mengutuk penangkapan empat aktivis rakyat dari DAP dalam himpunan Bantah Lynas di hadapan Pusat Khidmat DAP, Jalan Beserah pagi tadi. Menurut satu kenyataan pemuda, polis sepatutnya bertindak untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya jaga syarikat yang meresahkan rakyat dalam isu Lynas. selamatkanpahang [Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru, Ustaz Shahril Azman atas kemenangan yang sungguh menyakinkan ini. Semoga dengan ini pemuda akan bertambah perkasa dengan arus perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara tercinta ini hendaknya. Amatlah diharapkan agar Ketua Pemuda PAS yang baru dapat mengembling tenaga dengan Ketua Pemuda DAP dan Ketua AMK PKR dalam merealisasikan hasrat untuk membawa perubahan besar rakyat negeri ini dalam Pilihanraya Umum akan datang hendaknya. Selama ini dilihat, PAS lebih banyak menjuarai berbagai program seperti ceramah dan aktiviti lain tanpa melibatkan mereka yang terbabit. Justeru itu, selaras dengan perubahan semasa sekarang ini Pemuda Pakatan Rakyat Pahang perlu dibentuk segera untuk memberi ruang yang lebih terbuka kepada semua pihak memainkan peranan menjelangnya pilihanraya umum ke-13 nanti]. |
Demo Bantah Lynas DAP, Empat Aktivis Akhirnya Di Bebaskan Dengan Jaminan Mulut Petang Tadi! Posted: 15 May 2011 08:25 AM PDT KUANTAN, 15 Mei - Kesemua aktivis rakyat yang ditangkap polis semasa demo bantah Lynas di hadapan Pejabat Khidmat DAP, Jalan Beserah dekat sini telah dibebaskan oleh pihak polis sekitar jam 4.30 petang tadi. Mereka yang terbabit ialah Setiausaha publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui dan Setiausaha Penganjur Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen. Kesemua mereka dibebaskan selepas pihak polis mengambil keterangan atas alasan engkar terhadap arahan pihak polis. Difahamkan mereka dibebaskan dengan jaminan mulut dan perlu melaporkan diri semula ke IPD Kuantan pada 15 Jun depan. Turut hadir di IPD Kuantan selepas kesemua mereka dibebaskan petang tadi ialah YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang). Syabas buat kesemua aktivis. [Kami amat terkejut melihat apa yang berlaku hari ini. Ia memandangkan tindakan yang agak keterlaluan daripada OCP Kuantan Jasmani Yusoff, sedangkan sebelum ini kami sudah memaklumkan bahawa beliau amat berhemah dalam melaksanakan tanggungjawabnya itu. Nampak benar ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkan pasukan polis lebih agreasif untuk menghalang rakyat berdemo membantan pembinaan kilang memproses rare-earth di Gebeng itu sebenarnya. Soalnya skarang, apakah bila berlaku malapetaka akibat dari bahan radioaktif kilang terbabit ia tidak akan terkena sama kepada anggota polis?. Makanya, apakah wajar mereka menghalang rakyat untuk membantah dan menyatakan pandangan tentang hal ini?. Polis tidak wajar bertindak sedemikian dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Kita masih amalkan undang-undang yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman. Lainlah kalau himpunan itu diwar-warkan akan berbuat sesuatu yang jelas bertentangan dengan undang-undang. Apappun syabas buat anggota polis yang sanggup berpanas semata-mata akur dengan arahan tugas oleh pihak berkenaan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan