Ahad, 15 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Empat Aktivis Rakyat Di Tangkap Oleh Pihak Polis Ketika Himpunan 'Bantah Lynas' Hadapan Pusat Khidmat DAP Di Jalan Beserah Kuantan Pagi Tadi

Posted: 14 May 2011 07:50 PM PDT

KUANTAN, 15 Mei - Himpunan Bantah Lynas dihadapan Pusat Perkhidmatan DAP Jalan Beserah dekat sini kecoh apabila empat orang orang aktivis rakyat ditangkap polis. Mereka yang telah ditangkap ialah Setiausaha publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui (foto), dan Setiausaha penganjur Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP, telah ditahan Pihak polis berbagai unit dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan seramai lebih kurang 50 orang termasuk pegawai telah berada di lokasi terbabit sejak awal pagi lagi. Kelihatan beberapa orang anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota Cawangan Khas (SB) telah bersiap sedia untuk menggempur mereka yang berada di situ. Peserta perhimpunan hari ini diketuai oleh Pengerusi DAP Negeri Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan pimpinan pusat DAP YB Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) dan YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang). Ucapan bantahan Lynas telah dimulakan oleh YB Leong Ngah Ngah selepas semua peserta mula berhimpun di kaki lima Pejabat DAP sekitar jam 11.15 pagi. Ucapan ringkas turut disampaikan oleh YB Anthony Loke, YB Azan Ismail dan beberapa yang lain. Sementara itu kawasan terbabit telah dikepong oleh anggota polis yang membuat benteng mengadap pejabat tersebut. Seolah-olah satu peperangan besar akan berlaku. Anggota trafik pula dilihat mengawal lalu lintas dan beberapa orang pegawai polis dilihat mundar mandir di kawasan terbabit, seolah-olah mendapat arahan pihak tertentu supaya melakukan provokasi.


Pimpinan DAP dan Pakatan Rakyat laungkan "Hidup Rakyat, Stop Lynas"

Orang ramai panik melihat polis lebih ramai dari peserta perhimpunan

OCPD Kuantan, Tuan Jasmani mengarahkan YB Azan hentikan demontasi

Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui antara yang turut ditahan

YB Azan Ismail (kiri) sedang berbincang sesuatu dengan OCPD Kuantan

Salah seorang aktivis wanita antara empat peserta yang ditangkap oleh polis

Benteng, polis sanggup berjemur ditengah panas untuk menghalang rakyat

OCPD Kuantan mengarahkan YB Anthony Loke memberhentikan ucapan
Laungan "Hidup Rakyat, Bantah Lynas" bergema dan ini menimbulkan sedikit ketengangan bila pihak polis mula mahu bertindak agreasif selepas ketibaan Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Jasmani Yusoff. Beliau yang agak berlembut ketika himpunan 1,000 Ibu mengandung Bantah Rare Earth sempena hari ibu di Teluk Chempedak baru-baru ini tiba-tiba bersikap keras dengan mengarahkan ucapan dihentikan dan perhimpunan tersebut dibatalkan kerana tidak mempunyai permit. YB Azan cuba berunding dan mohon kerjasama polis untuk memberi ruang mereka berhimpun secara aman, atas alasan ia tidak perlu permit kerana diadakan di premis sendiri. Ketika itu YB Anthonay Loke sedang menyampai ucapan beliau. Namun, OCPD tetap bertegas mahu perhimpunan tersebut dihentikan atau polis bertindak terhadap mereka. Akhirnya himpunan dihentikan ketika dan mereka memohon pihak polis untuk mengambil gambar beramai-ramai di tempat letak kereta berhampiran. Kebenaran diberikan untuk seketika dan kemudian polis mengarahkan semua bersurai. OCPD sendiri telah menggunakan pembesar suara mendesak serta merayu supaya orang ramai bersurai.

Di Tangkap Kerana Meniarap Atas Kain Rentang

Ketika gambar diambil, OCPD mengarahkan mereka bersurai dan ketika itulah empat orang aktivis itu terbabit ditahan. Mereka digertak untuk ditahan hanya kerana bergambar sambil meniarap di atas kain rentang berlogo "radioaktif". Keempat mereka telah dikejar oleh pihak polis sehingga terpaksa melarikan diri ke dalam pejabat DAP. Namun, mereka akhirnya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atas arahan OCPD Kuantan sendiri. Laungan "Hidup Rakyat, Stop Lynas" sekali lagi bergema ketika kenderaan yang membawa mereka beredar. Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), YB Cheong Siew Onn (ADUN Teras) dan yang lainnya. Mereka yang berhimpun di perkarangan IPD Kuantan kemudianya diarahkan bersurai oleh pihak polis. Sementara itu di Pusat Khidmat DAP, pula Pengerusi PKR Pahang Dato' Fauzi Abd Rahman dikatakan berang dengan tindakan pihak polis itu. Ini katanya perhimpunan yang diadakan adalah secara aman dan tidak ada sebarang provokasi dan kekerasan oleh peserta. Makanya beliau mempersoalkan tindakan polis tersebut. Alasan permit adalah tidak masuk akal kerana himpunan itu diadakan di premis sendiri dan bukannya dalam tempoh yang lama sebenarnya. Ini menunjukkan polis sepatutnya lebih bertimbangrasa dalam menangani perhimpunan aman seperti ini.


Gara-gara aksi inilah empat aktivis rakyat di tangkap oleh polis pagi tadi

Aktivis yang ditangkap dimasukkan dalam trak polis untuk dibawa ke balai

Antara pemimpin kanan DAP yang hadir ke IPD Kuantan selepas kejadian

Sebenarnya ramai pihak yang kecewa dengan tindakan pihak polis itu, mereka seolah-olah mendapat arahan politik agar menggempur program anjuran parti pembangkang sekarang ini. Ia mungkin dek kerana perasaan takut yang begitu menebal dikalangan pemimpin UMNO Pahang yang melihat rakyat terutamanya orang Cina kini majoritinya beralih arah kepada pembangkang apabila isu Lynas ini gagal ditangani dengan sebaik mungkin. Malah, terdapat ramalan yang mengatakan banyak kerusi DUN di negeri ini pasti akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang jika Kerajaan UMNO BN gagal mendahulukan rakyat dalam isu panas ini. Bayangkan, kini semakin ramai ahli UMNO, MCA dan MIC secara terang-terangan bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk sama-sama menyatakan bantahan. Difahamkan, terdapat juga pemimpin MCA Pahang yang telah bersama-sama menghulurkan dana besar untuk kempen anti-Lynas sekarang. Inilah yang memeningkan kepala pemimpin UMNO BN di Pahang. Jika mereka terus gagal membela rakyat maka pasti harapan besar untuk melihat BN tumbang ditangan pembangkang akan tercapai jua akhirnya. Oleh itu, mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat termasuk menggunakan polis seperti yang berlaku dalam demo Lynas hari ini.
[Sementara itu Muktamar Dewan Pemuda PAS yang sedang berlangsung hari ini di Dewan Markas PAS Kerdau mengambil ketetapan mengutuk penangkapan empat aktivis rakyat dari DAP dalam himpunan Bantah Lynas di hadapan Pusat Khidmat DAP, Jalan Beserah. Menurut Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md.Saad (foto) pihak polis sepatutnya bertindak untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menjaga syarikat yang meresahkan rakyat dalam isu Lynas. Apapun, kami ucapkan shabas dan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mengadapkan demo tersebut. Biar pun masanya agak singkat, namun ia berjaya menyedarkan rakyat Kuantan betapa perlunya mereka membantah kewujudan kilang Lynas di Gebeng. Difahamnkan keempat-empat aktivis yang ditangkap itu telah dibebaskan oleh pihak polis sekitar jam 5.00 petang tadi. Tidak diketahui apakah mereka akan didakwa atas kesalahan berhimpun tanpa permit atau sebaliknya. Apapun, perjuangan harus diteruskan untuk membolehkan seluruh rakyat di negeri ini benar-benar faham akan bahayanya kewujudan kilang memproses rare earth di negeri ini. Stop Lynas Save Malaysia!].

Edisi Rakyat: Datuk Seri Anwar Ibrahim Dijadual Berada Di Daerah Kuantan, Temerloh Serta Bera Dalam Siri Jelajahnya Ke Negeri Pahang Hari Ini !

Posted: 14 May 2011 09:03 AM PDT

KUANTAN, 15 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), dijadualkan mengadakan siri jelajahnya ke Negeri Pahang hari ini. Dalam jelajanya itu, beliau dijangkan akan mengadakan beberapa program berasingan di sini dan daerah Bera. Beliau akan beradan di Restoran Tanjung, Jalan Hj.Ahmad (sebelah Petronas) dekat sini pada jam 2.30 petang untuk menjadi ahli panel Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Pahang. Seminar selama kira-kira dua jam itu akan juga menampilkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat) dan Prof Dr.Muhammad Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR). Sementara itu Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman akan bertindak sebagai Moderator program itu nanti. Selepas berakhir program di Kuantan, Anwar dijangka akan terus ke Temerloh dan menyampaikan Tazkirah Maghrib di Masjid Batu Satu. Sebelum itu beliau turut bersama jemaah masjid berkenaan untuk bersolat Maghrib dan Solat Hajat Rakyat Pahang terhadap dirinya. Di sebelah malamnya, Anwar dijangka hadir dalam satu Majlis Makan Malam di Dewan Seri Kerayong, Bandar Bera. Turut dijangka bersama ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhajaya PAS Pahang), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) dan Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong). Program jelajah Anwar ke Pahang hari ini akan berakhir dengan program ceramah perdana di Markas PAS Felda Purun. Biarpun mendapat bantahan segelintir penduduk Felda terbabit, namun program tetap diteruskan kerana ia sudah dirancang sejak awal lagi. Orang ramai diseru hadir beramai-ramai ke lokasi yang telah dinyatakan untuk sama-sama memberi sokongan padu.

[Daripada beberapa maklumat dalaman yang diterima, terdapat dakwaan pihak polis akan melancarkan lagi operasi mereka untuk menghalang rakyat mendapat maklumat tepat tentang isu-isu semasa yang dimainkan oleh kerajaan UMNO BN itu sejak sekian lama. Apapun, rakya perlu bangkit membuat perubahan jika mereka tidak mahu anak cucu serta gerenasi akan datang menerima impak negatif atas kesilapan kita hari ini. Teruskan perjuangan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Cuma, harapan kita agar pihak polis membuat tindakan segera tentang isu yang sedang hangat dibincangkan sekarang ini hendaknya. Teruskan perjuangan rakyat !!].

Tiada ulasan: