Pahang Daily Online |
Posted: 05 May 2011 10:40 AM PDT KUANTAN, 6 Mei - Portal Rakyat antara yang paling lama dan popular iaitu Tranungkite Online (TKO) bakal mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab TKO Timur pada hari esok Sabtu, 7 Mei 2011 ini. Program akan diadakan di Black Stone Resort, Pantai Batu Hitam dekat sini. Antara lain pada mesyuarat itu bertujuan untuk melantik beberapa biro dan membincangkan tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kelab TKO Timur. Antara biro yang bakal ditubuhkan ialah Biro Ekonomi, Biro Pendidikan-Dakwah, Biro Sukan-Rekreasi-Riadah, Biro Perhubungan Luar (Pro) dan Biro Kebajikan. Disamping itu juga perbincangan tertumpu untuk menetapkan yuran keahlian dan pendaftaran kelab ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Mesyuarat dijangka bermula jam 10.30 pagi, sebelum diikuti dengan majlis jamuan makan tengahari. Sebelah petangnya ialah acara bersantai, berukhwah serta bergambar bersama keluarga. Program berakhir sekitar jam 5.00 petang. Justeru itu orang ramai terutamanya pembaca setia Tranungkite dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga masing-masing pada majlis itu nanti. Sokongan semua amatlah dialu-alukan bagi menjayakan program. Selamat bermesyuarat !! [Syabas kepada warga kerja Tranungkite Online (TKO) atas usaha murni ini. Nampaknya portal terbabit masih mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat Malaysia. Malah, TKO antara portal yang paling lama dan antara yang popular di negara ini. Biarpun warga kerjanya sudah bertukar, namun perjuangan yang dilakukan jelas sekali berjaya merubah minda dan persepsi rakyat terhadap kerajaan UMNO BN sejak era awal reformasi lagi. Kami ucapkan ribuan terima kasih kerana TKO masih terus linkkan blog Pahang Daily Online di laman terbabit sejak sekian lama. Sesungguhnya kerjasama yang dilakukan ini bakal menjadi pemangkin ke arah membawa agenda perubahan besar buat seluruh rakyat Malaysia. Jika tiada aral melintang kami juga akan menghantar wakil kami untuk bersama dalam majlis tersebut nanti. Kepada anda yang berminat untuk menyertai program ini sila klik SINI]. |
Posted: 05 May 2011 01:29 AM PDT KUALA LUMPUR 5 Mie - Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim. Beliau berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan." "Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara. " Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam egara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini. Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'. "Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya. [Tan Sri Musa Hassan adalah merupakan Pegawai Penyiasat ketika kes Anwar Ibrahim muncul pada 1998 manakala Abdul Gani pula anggota pasukan pendakwaan. Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara. Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan. Soalnya sekarang, apakah kerajaan Najib berani menubuhkan Suruhanjaya DiRaja dikala penasihatnya Mahathir Mohamad masih bernyawa?. Bukankah kedua-dua mereka yang terlibat itu melakukan kerja atas arahan "tangan-tangan ghaib" yang lebih berkuasa. Sepatutnya individu terbabitlah yang perlu disiasat dan dihukum kerana mencampuri urusan kedua-dua agensi terbabit. Perubahan harus dilakukan jika rakyat mahu melihat satu sistem undang-undang yang lebih adil dan telus pada masa akan datang. Pastikan kuasa ditangan BN diserahkan kepada mereka yang lebih jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan]. tvsnews |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan