Pahang Daily Online |
- Sikap Profesional OCPD Kuantan Dan Anak-Anak Buahnya Dalam 'Memantau Kempen' Membantah Lynas Di Teluk Chempedak Sewajarnya Di Hargai!
- Pemilihan: "Ustaz Moktar Senik", Berjaya Menang Jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang
- Provokasi: Dato' Tuan Ibrahim "Terkilan" Utusan Malaysia Makin Melampau, Kerajaan Sewajarnya Kenakan Tindakan Tegas Terhadap Akhbar Itu !!
- Himpunan "Seribu Ibu Mengandung Membantah Loji Rare Earth" Di Teluk Chempedak Berjaya Biar Pun Ada Pantauan Oleh Pihak Polis IPD Kuantan!
Posted: 09 May 2011 01:18 AM PDT Laporan portal rakyat, Malaysiakini yang bertajuk "Polis Baik, Benarkan Perhimpunan Anti - Lynas" sesungguhnya amat menggembirakan rakyat Kuantan sebenarnya. Ramai yang tidak menafikan sikap "bertimbangrasa" anggota polis dalam memantau program "1,000 Ibu Mengandung Bantah Rare Earth" di Pantai Teluk Chempedak semalam. Rata-rata mereka berpendapat jika beginilah caranya pihak polis menjalankan tugas mereka, maka rakyat akan merasa lebih terjamin dan selamat sebenarnya. Malah, rakyat juga merasa lebih "dihormati dan menghormati" pihak polis itu sendiri. Inilah yang dimahukan mereka selama ini. Polis diharapkan tidak terus menjadi alat dan perkakas kepada parti pemerintah semata-mata. Adalah lebih elok pihak polis bertindak adil kepada semua pihak demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Mohd Jasmani Yusof (foto) atas sikap profesional beliau dan anak buahnya memantau program himpunan rakyat itu semalam. Biar pun ada yang berkata, polis tidak bertindak atau berlembut kerana kawasan itu (Teluk Chempedak) adalah "public area" dan merupakan kawasan tumpuan pelancing dari dalam dan luar negara. Namun, harus diingat bahawa ia bergantung juga kepada sikap pihak polis itu sendiri. Anda mereka mahu mengambil tindakan maka mereka sebenarnya boleh melakukan. Makanya kita harus menghargai sikap mereka yang lebih berkhemah itu. Semoga apa yang dilakukan ini akan memberi contoh kepada anggota polis lain di seluruh negara pada masa yang akan datang. Ingatlah, kerajaan boleh bertukar-tukar bila-bila masa tetapi rakyat tetap sama. Maka itu hargailah dan hormatilah rakyat dan pulihkan kembali integriti polis yang sedikit tercemar akibat beberapa tindakan yang kononnya "zalim terhadap rakyat" selama ini. Keratan portal Malaysiakini yang memaparkan sikap polis Kuantan itu [Senario yang berlaku di Kuantan ini adalah satu perkembangan sihat yang dijangka akan memulihkan kembali persepsi negatif rakyat kepada pihak polis selama ini. Dengan syaratnya, polis perlu melakukan kerja dan tanggungjawab berdasarkan keutaman untuk rakyat dan bukannya pemimpin parti politik tertentu. Pihak polis diharap dapat melakukan yang terbaik untuk mengangkat kembali imej dan integriti mereka yang sedikit tercemar selama ini. Apa yang pasti, memang rakyat tahu ramai anggota polis yang sudah pencen akan kembali bersama rakyat dan mengakui kesilapan di masa lampau. Mereka mengaku terpaksa buat kerja ikut arahan bos tanpa membantah, hatta perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak rakyat itu sendiri. Inilah fenomena yang berlaku di Malaysia sebenarnya. Justeru itu, rakyat amatlah berharap dan berdoa agar institusi polis ini akan kembali dipersada kegemilangannya. Semoga apa yang berlaku di Kuantan ini dapat jadi tauladan berguna untuk semua]. |
Pemilihan: "Ustaz Moktar Senik", Berjaya Menang Jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang Posted: 08 May 2011 10:43 PM PDT BERA, 9 Mei - Dewan Ulamak PAS Pahang mendapat ketua yang baru apabila Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang sesi lalu, Ustaz Moktar Senik (foto), dipilih dengan undi majoriti dalam pertandingan empat penjuru. Dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pahang di Darul Hikmah Kerdau semalam, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulamak PAS Pusat sejak tahun 2009 menang menggantikan ketuanya Ustaz Abu Kasim Manaf yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan sejak 1999. Mokhtar mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 42 undi berbanding Abu Kasim, (31), Mohd Baki Osman (2) dan Mohd Nafiri Toazi (1). Naib Ketua sebelum ini, Ustaz Nafiri Toazi dipilih sebagai Timbalan Ketua dan Ustaz Arifin Abdullah menang sebagai Naib Ketua dewan tersebut. Nafiri ialah Ketua Urusan Ulamak (KUU) Kuala Krau sementara Arifin merupakan KUU PAS Temerloh. Muktamar dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan dihadiri lebih 100 perwakilan dari seluruh Pahang. Dalam pertandingan secara pencalonan terbuka pada pada waktu muktamar itu, 10 AJK muka lama kekal iaitu Ahmad Nazmi Abdul Rahim, Mohd Redha, Jauhari ishak, Zakaria Omar, Fadhli Ibrahim, Zakaria Khalid, Khairul Azmi Ismail, Zakaria Da, Zuridan Daud dan Che Zuhar Haron. Tujuh orang AJK akan dipilih kemudian. selamatkanpahang [Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Mokhtar Senik atas kejayaan ini. Semoga perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di bumi Pahang ini akan lebih bersemarak lagi dengan perubahan kepimpinan yang berlaku ini. Perjuangan untuk mengambil alih kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang harus menjadi fokus utama sekarang, tambahan pula menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Semoga PAS akan berjaya membawa kesedaran agama yang lebih tinggi kepada umat Islam di negeri ini hendaknya. Ustaz Mokhtar Senik memang amat disegani oleh kawan serta lawan sejak sekian lama]. |
Posted: 08 May 2011 08:34 PM PDT PAS menggesa tindakan tegas dikenakan ke atas akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang dalam laporannya mendakwa pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas, lapor Harkahdaily. "Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut. "Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini," kata Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), dalam satu kenyataannya. Laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu yang bertajuk "Kristian agama rasmi?" ditulis berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri. Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Mengulas taktik kotor Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan berkenaan tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang sebahagian besar mereka beragama Islam. Ikuti seterusnya di SINI [Usaha terancang harus dilakukan oleh kepimpinan pakatan rakyat untuk mencari jalan bagaimana mengajak rakyat Malaysia memboikot utusan secara lebih praktikal. Bagi penyokong pakatan, mungkin ia tidak menjadi masalah tetapi apa ceita dengan para pengundi atas pagar. Apakah kita mahu membiarkan jiwa-jiwa mereka terus dirasuk dengan "ajaran sesat utusan" buat selama-lamanya. Saranan Pesuruhajaya PAS Pahang ini agar menarik, namun apakah kerajaan akan bertindak terhadap sebuah akhbar yang memang menjadi "bahan kempen" mereka itu?. Akhirnya Utusan pasti akan terus dibiarkan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan seperti itu. Maka itu, rakyat perlu berani "menganyang" utusan sekarang. Jangan biarkan mereka terus bertindak biadap seperti sekarang]. |
Posted: 08 May 2011 07:26 AM PDT KUANTAN, 8 Mei - Program Himpunan Rakyat "Seribu Ibu Mengandung Bantah Loji Rare Earth" yang diadakan di pantai Teluk Chempedak dekat sini hari ini berjaya biarpun ada pemantauan daripada pihak polis. Program yang bermula sekitar jam 6.00 petang itu berakhir beberapa jam kemudian tanpa ada sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku. Edaran risalah, air mineral dan jualan T-Shirt bantah Lynas yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK Pahang) telah mendapat sambutan hangat dikalangan pengunjung pantai peranginan itu. Sekitar jam 6.30 petang Naib Presiden PKR, YB Tian Chua telah menyampaikan ucapan ringkas. Beliau beberapa kali menyatakan kehairanannya kenapa Kerajaan Malaysia boleh menerima projek berbahaya dan berisiko tinggi itu, sedangkan kerajaan Australia sendiri menghalang projek itu di negara mereka. Turut berucap ialah YB Fuziah Salleh yang tiba kemudian. Beliau turut mengedarkan sekuntum bunga rosa "hari ibu" kepada kaum Ibu yang berada di situ. Sekitar jam 6.45 petang, pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, OCPD Tuan Jasmani Yusof telah mengarahkan orang ramai bersurai kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit. Sedikit kekecohan berlaku sebelum ditenangkan oleh YB Fuziah. Pihak polis akhirnya membenarkan pengedaran risalah dan air mineral oleh AMK, kecuali tidak dibenarkan menjual baju T-Shirt "Stop Lynas, Save Malaysia". Biar pun diarahkan bersurai, orang ramai tidak berganjak dari lokasi tersebut. Malah, selepas jam 7.00 malam kelihatan semakin ramai yang hadir. Sementara itu, pihak polis terus berjaga-jaga dan memantau keadaan cuma mereka tidak menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan tersebut. Mungkin kerana lokasi berkenaan ialah tempat awam dan merupakan sebuah pantai peranginan serta pusat tumpunan pelancong. Apapun keadaan terkawal. Sekitar jam 8.00 malam orang ramai mula berpusu-pusu berhimpun di lokasi. Pihak polis pula cuba memantau lebih dekat dengan dua kereta peronda diletakkan bersebelahan dengan Restoran McDonald yang berhampiran. Acara membakar lilin tanda sokongan terhadap bantahan Lynas mula dilakukan di atas kawasan berpasir. Suasana menjadi semakin meriah apabila lilin mula dinyalakan satu persatu. Sementara itu lagu "Suara Rakyat, Suara Rakyat Bergema .. Kita Bangun, Kita Bangun Dan Lawan" dinyanyikan oleh beberapa anak muda AMK Pahang. Turut dilaungkan "Hidup, Hidup, Rakyat ... Jahanam, Jahanam, Lynas" dan "Hantar Balik Lynas Ke Negara Australia". [Situasi semakin hangat bila beberapa orang pegawai polis juga turun ke kawasan tepi pantai berkenaan termasuk dari unit Cawangan Khas (SB). Namun, mereka kelihatan lebih mesra dari apa yang disangka. Mereka hanya mengawal keadaan sekiranya ada berlaku kekacauan atau kejadian tidak diingini. Ini menyebabkan orang ramai yang berhimpun menjadi bertambah bersemangat dan terus membakar lilin. Keadaan menjadi begitu meriah dengan berbagai slogan yang dibunyikan. Selain itu poster dan kain rentang turut dikibarkan dan digantung sebagai makluman orang awam yang lalu di situ. Secara keseluruhannya program telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Syabas kepada semua yang terlibat. Orang ramai mula bersurai secara beransur-ansur sekitar jam 9.00 malam. Sesungguhnya program hari ini jelas sekali melambangkan betapa rakyat Kuantan menolak pembinaan kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan. Stop Lynas, Save Malaysia dan Selamatkan Kuantan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan