Pahang Daily Online |
- Parti Keadilan Rakyat Pahang Rasmikan Satu Lagi Pusat Khidmat Mereka Di DUN Semambu Hari Ini!
- Artikel Blog Berunsur Hasutan Dan Perkauman, PKR 'Buat Laporan Polis' Terhadap 'Blogger' Pro UMNO 'Si Braveheart' Di IPD Kuantan Pagi Tadi !
- Kontroversi: Chegubard Masih Lagi Bersama PKR, Tapi Akui Dirinya Kini Amat Tidak Disenangi Oleh Sesetengah Pemimpin Tertinggi Parti Itu Sendiri !!
- Panas: Laporan "Meloyakan", Bukti Jelas Utusan Kini Semakin Biadap Dalam Merosakkan Fikiran Rakyat Demi "Kepentingan Politik" Kerajaan BN !
| Parti Keadilan Rakyat Pahang Rasmikan Satu Lagi Pusat Khidmat Mereka Di DUN Semambu Hari Ini! Posted: 08 May 2011 01:16 AM PDT [Satu perkembangan yang amat menakjubkan. Di kala Ketua Umum PKR dihentam dan dituduh dengan berbagai kesalahan moral dan dikala ada pemimpin PKR Indera Mahkota yang meninggalkan parti itu baru-baru ini, tiba-tiba mereka pula menubuhkan bilik gerakan dan pusat khidmat yang baru. Malah, penubuhan itu jelas sekali satu usaha pihak terbabit untuk memperkemaskan jentera pilihanraya mereka menjelan PRU-13 nanti. Cuma, harapan kita agar kemudahan yang dibina itu digunakan sepenuhnya oleh pihak terbabit. Perbanyakkan ceramah umum yang melibatkan pimpinan tertinggi parti selepas ini. Kita tidak mahu pusat khidmat yang diwujudkan itu akhirnya menjadi hiasan semata-mata. Apapun syabas dan tahniah kepada Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Lee Chean Chung (foto) atas usaha beliau itu. Khabarnya beliau antara nama yang bakal terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya umum akan datang]. |
| Posted: 07 May 2011 09:16 PM PDT ![]() KUANTAN, 8 Mei - Satu laporan polis terhadap blogger Braveheart telah dibuat berhubung dengan artikel terbaru dalam blognya yang dipercayai berbaur hasutan dan perkauman. Laporan telah dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Pahang iaitu Razali Alias (foto). Dalam laporan tersebut beliau meminta pihak polis menyiasat blogger terbabit yang secara jelas cuba menghasut rakyat dalam artikel terbaru di blognya yang bertarikh 7 Mei 2011 atas tajuk "Sarawak - DAP Ingin Mengusir Kepimpinan Melayu?". Menurut Razali dalam artikel itu secara jelas blogger terbabit telah menaikkan api sentimen perkauman terhadap rakyat Sarawak. "Pada 7 Mei 2011, kira-kira jam 9.30 pagi saya telah menerima pautan blog milik blogger Braveheart iaitu http://braveheart-blogger.blogspot.com di dalam facebook saya iaitu www.facebook.com/razalialias. Saya terus melayari blog berkenaan dan telah membaca sepenuhnya artikel tersebut", kata Razali dalam laporannya. Setelah meneliti empat perenggan ayat-ayat berkenaan, beliau mendapati blogger berkenaan sengaja menghasut dan menimbulkan sentimen perkauman di dalam artikelnya. "Beliau dengan segaja mengajak bangsa Melayu dan kaum Bumiputera du Sabah dan Sarawak supaya bangkit menentang kaum Cina dan India dengan menunjukkan yang Melayu berkuasa terhadap negara ini. Apa yang menyedihkan kita dalam tulisannya Braveheart menuduh kaum Cina terutamanay (DAP) tidak layak untuk berkuasa kerana mereka dulunya didatangkan ke negara ini sebagai pelacur dan kongsi gelap", kata Razali dalam kenyataan laporan polisnya itu. Malah kata Razali artikel tersebut turut menghina kaum Cina dan India dengan gelaran-gelaran tertentu. "Ia amatlah tidak wajar disiarkan dalam blog tersebut kerana boleh mengundang kemarahan dan permusuhan kaum-kaum tersebut terhadap Bangsa Melayu", katanya. Maka itu beliau meminta pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat penulis terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya. Malahan beliau juga tidak mahu isu tersebur menyebabkan tercetusnya permusuhan antara kaum di negara kita ini. Malah, tindakan biadap blogger terbabit jelas sekali didalangi oleh UMNO sebenarnya. Beliau bebas mengeluarkan kenyataan yang dilihat berunsur hasutan kerana memikirkan diri mereka akan terlepas dari undang-undang. Namun, mereka juga harus sedar akan tanggungjawab untuk satupadukan rakyat dan bukan sekadar retorik politik semata-mata. Sifat kebencian ini akan merosakkan agenda 1Malaysia itu sendiri sebenarnya. Apakah ini yang dimahukan agaknya?. [Blogger terbabit yang merupakan bekas orang kanan team Blogger Pembela Negara (BPN) kini dipercayai telah dipelihara oleh Unit Media Baru UMNO Pahang. Beliau bersama rakan-rakanya seperti blogger Sri Tri Buana (Waris Pahang), YB Raz, Semut Hitam kini sibuk menguruskan blog pembela UMNO Pahang iaitu Pahang-Ku dibawah tajaaan Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir dalam laporan polis yang dibuat itu tadi ialah Fook Chan Siew (Timbalan Ketua PKR Kuantan), Ram Ponnusamy (MPN PKR Pahang), Saudara Alang (Ketua AMK Kuantan), Kamarulzaman Md Yunus (PKR Ranting Indera Mahkota) dan yang lainnya. Cuma persoalannya, apakah pihak polis akan menyiasat dengan telus dan adil laporan yang dibuat oleh pembangkang ini agaknya?. Ini kerana banyak yang berlaku dalam laporan terdahulu, sehingga kini masih tiada tindakan susulan yang dibuat. Semoga pihak polis akan bersikap telus, adil dan profesional terhadap situasi yang berlaku ini. Kita tidak mahu masih ada rakyat Malaysia yang terus memainkan api perkauman dalam keadaan Perdana Menteri Najib Razak yang melaungkan gagasan 1Malaysia untuk perpaduan itu sebenarnya]. |
| Posted: 07 May 2011 10:12 AM PDT ![]() SHAH ALAM 8 Mei - Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin (foto) menegaskan beliau masih ahli seumur hidup PKR tetapi secara terbuka mengakui dirinya "tidak disenangi beberapa pemuka" dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) itu. Meskipun mengakui beliau ahli seumur hidup PKR namun Badrul Hisham tidak menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya banyak pihak sama ada akan keluar PKR untuk menyertai gagasan Pakatan Rakyat (PR) iaitu PAS atau DAP. Malah tegas Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard", ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepadanya dan mungkin ada yang seronok dan mengharapkan beliau benar-benar meninggalkan PKR. "Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya," katanya dalam satu kenyataan semalam. Katanya, mereka yang pro-BN sudah tentu kecewa dan "saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita saya keluar parti, namun ternyata mereka makan hati bila dengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR", kata beliau lagi. Keluar PKR Tetapi Masih Bersama Pakatan Rakyat Semalam The Malaysian Insider melaporkan Badrul Hisham yang hujung tahun lalu tewas pemilihan jawatan ketua Angkatan Muda PKR disebut-sebut kemungkinan akan keluar PKR, dan jikapun keluar akan menyertai DAP atau PAS. Pemimpin-pemimpin sayap muda DAP dan PAS pula menjelaskan mereka tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu. Dalam penjelasannya hari ini, Badrul Hisham menambah, ketika ramai meninggalkan parti semasa tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih satu dekad lalu, "saya melihat suasana kosong yang mendesak, maka saya telah melangkah sepenuh masa bersama perjuangan ini.""Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat?" kata beliau lagi. Badrul Hisham juga berkata, beliau tidak menafikan beliau berdepan dengan pelbagai masalah pascapemilihan selepas mendesak keadilan dan ketelusan. "Tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan diselesaikan dengan langsung saya tak dipanggil menghadap mana-mana jawatankuasa terbabit," kata beliau.Beliau Mahu Terus Menggasak Untuk Perubahan Namun katanya, beliau tetap bersabar kerana ada agenda besar menumbangkan BN dan mendesak perubahan dalam negara. Badrul Hisham juga berkata, pergerakannya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki, termasuk program Solidariti Anak Muda Malaysia (foto) berbentuk karnival yang diadakan Febuari lalu mahu dibatal oleh sesetengah pihak dalam PKR dengan menemui Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan "kami tak dibantu atau dibatal lesen." "Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung. "Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PKR sebagai NGO mendekati anak muda," katanya yang juga pengerusi SAMM. Kata Badrul, jika beliau mahukan jawatan banyak cara yang boleh digunakan untuk memperolehinya, malah "saya pernah menolak tawaran pun." Badrul Hisham menolak pelantikannya sebagai penolong setiausaha agung selepas tewas pemilihan pusat tahun lalu. "Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu," kata Chegubard lagi. tvsnews[Ke mana hala tuju Chegubard selepas ini hanya akan diketahui dalam masa terdekat ini. Itu pun jika pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil jalan "berani" untuk menyelesaikan segala laporan dan aduan yang dibuat olehnya ketika Pemilihan parti tahun lalu. Memang agak memusykilkan apabila kepincangan yang berlaku dikatakan sudah selesai, sedangkan tiada pun keputusan dan beliau sendiri dipanggil mengadap jawatankuasa terbabit untuk memberikan kenyataan. Inilah yang menyebabkan, ramai dikalangan penyokong kuat Chegubard mengesyaki ada campurtangan pihak atasan parti hingga menyebabkan beliau sendiri akhirnya dihalang dari menjalankan aktivitinya. Perkara ini amatlah tidak wajar sebenarnya, tambahan pula Chegubard masih lagi setia dengan perjuangan PKR biarpun dia tewas secara "misteri" kepada Samsul Iskandar semasa perebutan jawatan Ketua AMK tahun lalu. Tindakan kebudak-budakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti amatlah memalukan, tambahan pula dalam setiap ceramahnya Chegubard langsung tidak menyentuh kemelut dalaman yang melanda PKR itu sendiri sebenarnya. Maka, kenapakah beliau dihalang sebegitu rupa?]. |
| Posted: 07 May 2011 07:36 AM PDT Ramai yang terkejut dengan tindakan lidah rasmi Kerajaan UMNO Barisan Nasional, Utusan Malaysia yang tiba-tiba sahaja memainkan isu perkauman dengan memaparkan tajuk utama "Kristian Agama Rasmi" di muka depan akhbar itu hari ini. Utusan seolah-olah sudah jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya. Motto "Pemangkin Fikiran Rakyat" seperti yang diwar-warkan nampaknya semakin "tempang" dan jelas "lari dari matlamat" asalnya. Malah, mereka langsung tidak belajar sejarah tentang perlembagaan sebelum menyiarkan artikel tersebut. Bukankah Artikel/Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Makanya, apakah begitu muda Utusan menuduh DAP mahu jadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara kita?. Bukankah kita ada undang-undang untuk itu. Soalnya, kenapa Editor Utusan begitu "bangang" boleh melepaskan artikel tersebut di muka depan?. Bukankah ianya adalah arahan politik UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Utusan kini sudah menjadi "akhbar sampah" yang hanya sesuai untuk menjadi "alas tempat duduk" dan pembalut "nasi lemak" semata-mata. Utusan kini memang benar-benar "meloya" dan selayaknya menjadi akhbar "Utusan Meloya" selepas ini. Malah mottonya juga wajar ditukarkan kepada "Perosak Fikiran Rakyat". Ini kerana, semakin hari semakin jelas akhbar itu hanya mahu memenuhi agenda pemimpin UMNO BN semata-mata. Sedangkan ilmu dan informasi yang mahu diberikan kepada rakyat hanyalah "tempias" yang langsung tidak menjadi motif utama mereka. Kini Utusan lebih teruk dari akhbar tabloid mingguan, malah lebih dasyat dari akhbar hiburan yang memaparkan aksi seksi dan lucah artis tempatan. Apakah Utusan sanggup dihina rakyat sehingga begini. Soalnya kenapa mereka tergamak terus membiarkan "orang politik" terus campurtangan dan mempergunakan akhbar itu sesuka hati?. Jika inilah caranya, maka kami amat yakin Utusan Malaysia hanya akan "tinggal sejarah" dan diletakkan di "Arkib Negara" 10 atau dua puluh tahun dari sekarang. Akhirnya anak cucu kita dan generasi akan datang akan "meloya" tengok akhbar terbabit. Apakah ini yang mereka mahukan agaknya?. Hanya rakyat yang bijak dapat menilai setiap bahan berita "double standard" yang mereka sampaikan sahaja yang akan berfikir secara rasional isu yang dimainkan oleh Utusan sejak sekian lama. Namun, mereka tetap tidak mahu berubah biarpun mereka sebenarnya tahu yang rakyat kini mahukan perubahan. [Justeru itu, Utusan tidak harus terkilan jika rakyat melancarkan kembali "Kempen Boikot Utusan" di seluruh negara selepas ini. Ia kerana mereka kini terus biadap dan lari dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk jadi penyebar fikiran rakyat. Apa yang jelas laporan muka depan Utusan itu menandakan Pilihanraya Umum Ke-13 kini kian hampir. UMNO BN pula semakin menggila untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap pembangkang sekarang ini. Selepas tawaran bergabung ditolak oleh PAS dan DAP, kini mereka terpaksa memainkan pula isu perkauman bagi menyemai benih kebencian rakyat kepada pembangkang. Kononnya bila Pakatan Rakyat memerintah maka DAP akan memaksa PAS dan PKR menerima kenyataan bahawa Kristian harus dijadikan agama rasmi negara kita. Ini akan menakutkan rakyat dan akhirnya tidak mengundi pembangkang dan terus memberi sokongan kepada UMNO BN yang kononnya lebih jujur dalam perjuangan. Inilah motif utama yang dimainkan utusan sebenarnya. Maka itu, marilah kita sama-sama boikot Utusan dulu, kini dan selamanya]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan