Pahang Daily Online |
| Posted: 07 May 2011 03:53 AM PDT ![]() Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (foto) berang dengan laporan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'. Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog pro-Umno, Utusan sanggup "membakar 1Malaysia" dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini. "Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang," kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini. "Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?" Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan. Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu Perdana Menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu. Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan "selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa." Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad. Utusan Sebar Fitnah Berdasarkan Skrip UMNO BN Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi." Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri. Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain. "Ini permainan politik orang yang terdesak," kata Lim sambil menambah, "dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja". Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai "tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia." Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah. Menurut mereka, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya. "Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau tukar agama rasmi negara," kata mereka. malaysiakini[Apa yang disajikan kepada kita ini jelas sekali sungguh memalukan sebenarnya. Selepas mereka nampak jalan buntu dengan isu liwat dan video seks kini mereka cuba mengalih isu kepada soal perkauman dan agama pula. Ternyata UMNO BN kini semakin takut dengan DAP, lantaran itulah mereka melakukan apa saja bagi tujuan menghakis sokongan rakyat terhadap parti yang semakin diterima itu. Bermula dengan tuduhan DAP sebuah parti perkauman (rasis) dan sebagainya, kini mereka mainkan pula isu mahu tukar agama rasmi negara. Bukankah, sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa agama rasmi negara ialah Islam, malah Perdana Menteri juga dari kalangan orang Melayu. Maka bagaimana DAP boleh disalahkan mahu mengubah agama rasmi negara?. Utusan Malaysia kini semakin biadap dan wajar ditentang habis-habisan oleh rakyat. Jika tidak ia akan terus meracuni minda mereka dulu, kini dan selamanya. Senario ini menunjukkan kepada kita Pilihan Raya Umum Ke-13 kini semakin hampir]. |
| Isu Video Seks: Ribuan Umat Islam Wakili 80 NGO Mengadakan Demontrasi Aman Di Masjid Negara ! Posted: 06 May 2011 11:12 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR 6 Mei - Ribuan umat Islam mewakili 80 badan bukan kerajaan berkumpul secara aman di Masjid Negara bagi membantah budaya fitnah yang semakin ghairah disebarkan dan tindakan pihak berkuasa Islam membelakangkan hukum Qazaf terhadap gandingan Trio Datuk T kerana menayangkan video lucah untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka kemudian berarak ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) untuk menghantar memorandum bantahan terhadap tindakan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay mengambil sumpah laknat kononnya Anwar adalah pelaku dalam rakaman itu Jumaat lalu. 80 NGO itu yang bergabung sebagai SAF Anti Fitnah turut menuntut supaya JAWI mengambil mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Eskay, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video itu pada 21 Mac lalu untuk memaksa Anwar berundur dari politik. Kira-kira seratus anggota polis mengawal ketat perkarangan Masjid Negara dan merampas segala sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan serta melarang mereka daripada menggunakan pembesar suara. Sepanduk itu antara lain berbunyi "Kami tolak politik fitnah" dan "Mahasiswa tolak politik jijik". Selain mengecam penyebaran fitnah, penunjuk perasaan juga meluahkan kemarahan terhadap Utusan Malaysia dan TV3 kerana menghebahkan fitnah itu termasuk menyiarkan rakaman video seks berkenaan berulang kali. Penyokong-penyokong yang hadir mengoyakkan akhbar Utusan Malaysia di hadapan masjid bagi menandakan "Himpunan Amarah Rakyat Malaysia". Pengarah Jawi Belum Jelas Restu Sumpah Laknat Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis Gabungan NGO itu kemudian berarak ke JAWI untuk menuntu supaya badan itu menguatkuasakan Jenayah Syariah Qazaf bagi menangani fitnah tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar. Pengerusi Saf Anti Fitnah Mohd Azmi Abdul Hamid (foto) berkata, perbuatan fitnah bukan lagi berkisarkan politik negara semata-mata tetapi melibatkan prinsip agama Islam. Justeru pihaknya bercadang menyampaikan memorandum kepada Raja-Raja Melayu di setiap negeri untuk menzahirkan keresahan rakyat Islam terhadap penyebaran fitnah seks yang semakin berleluasa tanpa penguatkuasaan undang-undang syariah. "Kami akan berterusan berjumpa dengan Majlis Raja-raja Melayu bermula di negeri Kedah," kata Mohd Azmi pada Hari Amarah Rakyat hari ini. Seterusnya SAF memberikan JAWI sebulan untuk mengangkat perundangan Qazaf bagi menangani dakwaan-dakwaan Datuk T. Jika JAWI gagal berbuat demikian, SAF akan meneruskan siri bantahan demi mempertahankan kewibawaan Undang-Undang Syariah di Malaysia. Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pengarah Jawi (Pengurusan), Abdul Murat Abdul Wahab oleh liwa wakil NGO berkenaan. Selain membantah penyebaran fitnah menerusi media kawalan Umno, penunjuk perasaan juga senada dengan beberapa mufti negeri dalam mengutuk tindakan Eskay mengambil sumpah laknat yang bertentangan dengan syariat Islam. Sehingga hari ini, Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali belum menjelaskan kenapa beliau merestui sumpah laknat Eskay itu yang diambil Masjid Amru Al-As Sentul, walaupun ia jelas di luar peruntukan hukum Syariah Islam.[Rakyat semakin jemu dan benci dengan permainan politik kotor kerajaan UMNO Barisan Nasional mutakhir ini. Sudah tiba masanya mereka menzahirkan kebencian itu dengan mengadakan demontrasi aman untuk menyatakan bantahan tersebut. Makanya, rakyat akhirnya terpaksa bersuara dalam keadaan terus menerima tekanan demi tekanan. Hanya mereka yang bermaruah dan mempunyai prinsip perjuangan yang jujur dan ikhlas sahaja mampu memikirkan kebenaran yang berlaku dalam kes seperti ini. Justeru itu rakyat perlu terus melakukan agenda perubahan untuk melihat satu sistem politik yang lebih bersih dan suci pada masa akan datang. Jika tidak maka senario ini akan berterusan dan sudah pasti bakal merosakkan seluruh institusi pentadbiran negara itu sendiri]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan