Jumaat, 6 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Lynas: Perhimpunan Aman Di Masjid Al-Fatah Selepas Solat Jumaat Petang Tadi Dapat Sokongan

Posted: 06 May 2011 03:56 AM PDT

KUANTAN 6 Mei - Satu perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas telah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al Fatah, Batu Tiga dekat sini petang tadi. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Anti-Lynas itu diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Pusat , Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi (foto) dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Suhaimi Saad. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan "Selamatkan Kuantan, Hentikan Lynas" mereka juga mendesak pembinaan kilang itu dihentikan segera. Ada juga kain rentang yang mempunyai logo 1Malaysia tetapi dengan mesej "1Bantah Kilang Radioaktif (rare earth) di Gebeng". Pada perhimpunan ini, Nasaruddin dan Suhaimi mendakwa UMNO cuba membawa dimensi perkauman dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi itu. Mereka berkata UMNO ke kampung-kampung Melayu dan memberitahu penduduk bahawa hanya masyarkat Cina yang menentang projek Lynas. "Radioaktif adalah isu sejagat," kata mereka hari ini.

Speaker Selangor Gesa PM Najib Dan UMNO Tidak Main Taktik Kotor Untuk Rampas Negeri Selangor Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Yang Akan Datang

Posted: 06 May 2011 12:49 AM PDT

SHAH ALAM, 6 Mei - Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Datuk Teng Chang Khim (foto) mengalu-alukan Perdana Menteri Malaysia menggesa UMNO Selangor supaya bekerja keras merampas semula negeri ini dari tangan Pakatan Rakyat. Teng bagaimanapun mengingatkan Perdana Menteri itu bahawa beliau boleh menggunakan apa jua 'senjata' atau cara yang di mahukan, namun ia haruslah dilakukan dengan cara yang betul dan bukannya menggunakan politik wang ketika rampasan kuasa di Perak dua tahun lalu. "Setiap parti memang berhak untuk bertanding bagi mendapatkan kuasa tapi saya berharap pihak BN gunakan cara yang mengikut peraturan, undang-undang, cara yang bersih, jangan menggunakan cara yang kotor dengan menfitnah dan tidak menggunakan cara yang tidak direstui agama bagi mencapai matlamat tersebut," katanya. Menurut Teng, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kekhuatiran tidak perlu wujud ketika menjelang pilihan raya kerana kuasa adalah di tangan rakyat. Justeru, beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bertindak zalim terhadap rakyat sedangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mendapat sambutan baik dari masyarakat di negeri ini. Ia ujar Teng hanyalah strategi terdesak UMNO-BN untuk meraih kembali sokongan rakyat kepada parti itu. "Kita mengakui kalau ada kelemahan, tidak ada manusia dan sistem yang sempurna tapi kalau kita membandingkan program dan juga dasar yang dilaksanakan oleh PR dan BN, sudah jelas ketara perbezaannya dimana program PR memang meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan", tambah Teng.

PM Najib Di Gesa Supaya Tidak Main Taktik Kotor

Jelas beliau contoh paling ketara yang dilakukan kerajaan negeri adalah dengan memberi air percuma, di mana Pakatan Rakyat mampu melakukannya pada tahun pertama memerintah sedangkan Barisan Nasional yang memerintah selama 50 tahun namun tidak membantu meringankan beban rakyat. Malah katanya lagi baru-baru ini kerajaan negeri telah menubuhkan Kumpulan Wang Tabung Warisan Bencana Alam sebagai langkah menghadapi bencana yang tidak pernah difikirkan UMNO-BN sebelum ini. Najib malam tadi menggesa UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional dapat merampas kembali negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba." Presiden UMNO itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. "Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah UMNO Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lalu). "Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya. tvsnews
[Kerakusan UMNO BN untu berkuasa jelas sekali bakal menjerat diri mereka sendiri sebenarnya. Apa yang berlaku di Perak harus dijadikan ikhtibar oleh Najib, yang dipercayai menjadi "mastermind" dalam kes itu ketika dia menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. Mereka boleh merampas kuasa secara paksa, namun rakyat yang tidak berdosa melihat semua ini dengan mata kepala mereka. Maka itulah, harapan besar untuk melihat Tsunami melanda sekali lagi di Perak bakal tercapai. Soalnya, apakah tempias itu bakal terkena negeri Selangor. Harus diingat, Selangor merupakan sebuah negeri kaya dan mempunyai banyak wang dalam menjana pembangunan negeri itu. Oleh itu, sudah pasti rakyat akan melihat beza berada dalam Pakatan Rakyat dengan lebih 50 tahun bersama UMNO BN. Mereka pasti akan membuat pilihan yang terbaik demi masa depan anak cucu dan generasi akan datang. Tindakan Najib untuk mengugut akan menggunakan segala senjata bagi merampas kembali Selangor adalah satu kenyataan biadap yang tidak wajar dikeluarkan oleh pemimpin besar seperti itu. Soalnya, apakah rakyat mahu terus berubah atau kembali kepada UMNO BN selepas PRU13 nanti. Inilah yang menggusarkan Najib Razak dan juak-juak mereka sekarang ini].

Jenayah: Suspek Meminum Racun Selepas Bunuh Tunangnya Kelmarin Di Sahkan Meninggal Dunia Di Hospital Seberang Jaya Jam 11.45 Malam Tadi !!

Posted: 05 May 2011 11:01 PM PDT

BUKIT MERTAJAM, 6 Mei - Suspek yang dipercayai meminum racun selepas menikam tunangnya sehingga mati di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Prai di sini, kelmarin, disahkan meninggal dunia. Shahimi Ismail, 37, yang masih bujang, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jam 11.45 malam, selepas 12 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayob Yaakob, mengesahkan lelaki itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan, meninggal dunia, dipercayai meminum racun paraquat. Katanya, walaupun lelaki terbabit sudah meninggal dunia, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Kami masih menunggu laporan bedah siasat ke atas mayat lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam. Sebelum ini kita media melaporkan berita Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak. Wanita terbabit yang dipercayai seorang janda Karimah Jusuh, 25, ditemui mati oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak tersebut pada pukul 8 pagi. Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan dan dipercaya ia bermotifkan cemburu. Selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan kemudian meminum racun.


Bila nafsu syaitan sudah menguasai diri, maka jenayah akhirnya terjadi

[Kejadian jenayah kini dilihat semakin menjadi-jadi. Benarkah kenyataan menteri berkaitan bahawa indeks jenayah di selruuh negara telah menurun?. Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang ini jelas membuktikan rakyat sudah tidak takut lagi untuk terlibat dengan jenayah. Mereka tidak takut lagi dengan undang-undang serta hukuman yang bakal diterima. Ini kerana mereka tahu, undang-undang dunia hanyalah ciptaan manusia. Lantaran itulah hukuman Allah perlu ditegakkan di atas muka bumi ini supaya manusia itu takut untuk bertindak zalim kepada manusia lain. Ambillah ikhtibar atas apa yang berlaku ini. Bayangkan, gara-gara sikap cemburu buta seseoang itu boleh mengambil keputusan drastik untuk membunuh tunangannya sendiri. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Kita mahu negara Malaysia yang lebih aman dan selamat untuk terus dinikmati oleh generasi akan datang].

Kontroversi: PM 'Najib Razak' Cetuskan Teka-Teki Buat Seluruh Rakyat Malaysia Mengenai Ramalan Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 Mungkin 11.11.11!

Posted: 05 May 2011 10:37 PM PDT

KUALA LUMPUR 6 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau. Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini. "Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya. Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat. "Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan. "Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya. Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam". Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV. Dalam wawancara itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Beliau juga turut mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini. "Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah," katanya. Di bawah skim itu, beliau berkata pemaju swasta akan terbabit sebagai projek tanggungjawab sosial korporat mereka, manakala kerajaan akan menyediakan tanah sebagai tapak rumah.

[Anehnya di Malaysia, Pilihanraya Umum hanya ditetapkan oleh seorang individu iaitu Perdana Menteri sahaja. Apakah ini namanya demokrasi?. Sedangkan di negara yang bukan Islam yang dipimpin oleh Yahudi sekali pun mereka akan mewar-warkan bilakah tarikh pilihanraya negara masing-masing. Soalnya, kenapa ini tidak berlaku di negara kita? Bukankah ini jelas merupakan satu tindakan bacul bagi kerajaan yang memerintah negara ini. PM Najib boleh mempermain-mainkan tarikh pilihanraya sesuka hatinya, begitu juga dengan PM yang terdahulu. Bagi mereka "biarlah rahsia" demi memastikan parti mereka bersedia seadanya. Jika begini situasinya. maka apakah layak Malaysia digelar sebuah negara demokrasi?. Sudahlah kempen pilihanraya dimonopoli oleh kerajaan itu sendiri. Tambah mengelirukan kerajaan yang sudah dibubarkan itu masih terkinja-kinja menggunakan pangkat dan jawatan kerajaan yang ada untuk turun berkempen di sana sini. Sedangkan sepatutnya semua jawatan tersebut sudah terlucut secara automatik bila parlimen dibubarkan. Terkadang senario ini menyebabkan rakyat semakin benci dengan kerajaan yang memerintah. Mereka ternyata tidak mengikut keluhuran perlembagaan yang telah termaktub dalam prinsip rukunegara itu sendiri sebenarnya].

Panas: 'Tiada Keputusan' Aduan Pemilihan 2010, Benarkah 'Chegubard' Bakal Meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dalam Masa Terdekat Ini!

Posted: 05 May 2011 11:37 AM PDT

Badrul Hisham Shaharin (foto) atau yang lebih dikenali Chegubard dijangka akan meninggalkan PKR jika isu Pemilihan Parti 2010 tidak dapat diselesaikan, dakwa blogger Cucu Mat Kilau (CMK). Kenyataan itu dibuat oleh blogger CMK hasil pertemuannya dengan Chegubard di sebuah restoran mamak dekat bandar Kuantan, pada 2 Mei lalu. Dalam berbual, Chegubard sekali lagi meluahkan perasaan terkilan beliau akibat kegagalan PKR menyelesaikan kemelut pemilihan 2010 lalu. Parti katanya, seolah-olah cuba mengalih pandangan dan mahu beliau melupakan apa yang sudah berlaku, sedangkan perkara itu sepatutnya diselesaikan seperti janji dua minggu yang dibuat oleh Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution semasa Kongres PKR di Petaling Jaya tahun lalu. Namun sehingga kini segalanya "indah khabar dari rupa". Ini menyebabkan Chegubard terpaksa memberi sedikit masa sahaja lagi untuk PKR membuat keputusan, sama ada mahu menyelesaikan kemelut itu atau membiarkan sahaja ia berlalu. Beliau turut menegaskan akan bertindak untuk "meninggalkan parti itu andai jalan penyelesaian tiada", kata CMK dalam blognya. "Ketika ditanya ke mana hala tuju politiknya andai keluar PKR. Chegubard beberapa kali tegaskan dia akan buat keputusan mengejut berkenaan perkara itu", katanya. anwaraidc

[Namun, itu pun jika tiada tindakan daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR sendiri. "CMK merasakan, PKR bakal menerima pukulan TKO jika anak muda seperti Chegubard pula meninggalkan parti itu. Malah, dia khabarnya akan membawa bersama para penyokong dan pemimpin muda di peringkat cabang-cabang di seluruh negara. Ini satu tamparan hebat buat PKR, maka seharusnya Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk menyelesaikan kemelut ini. "Agak malang bila beliau yang masih bersama PKR tiba-tiba dihalang melakukan aktiviti termasuk berceramah di sana-sini oleh parti sendiri. Senario ini memang berlaku, dan sungguh memalukan", katanya lagi].

Panas: Gambar Chegubard Dengan MB Negeri Sembilan Di Dedahkan

Tranungkita Online Bakal Adakan Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa "Kelab TKO Timur" Di Black Stone Resort, "Batu Hitam Kuantan" Pada 7 Mei 2011 Ini

Posted: 05 May 2011 10:40 AM PDT

KUANTAN, 6 Mei - Portal Rakyat antara yang paling lama dan popular iaitu Tranungkite Online (TKO) bakal mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab TKO Timur pada hari esok Sabtu, 7 Mei 2011 ini. Program akan diadakan di Black Stone Resort, Pantai Batu Hitam dekat sini. Antara lain pada mesyuarat itu bertujuan untuk melantik beberapa biro dan membincangkan tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kelab TKO Timur. Antara biro yang bakal ditubuhkan ialah Biro Ekonomi, Biro Pendidikan-Dakwah, Biro Sukan-Rekreasi-Riadah, Biro Perhubungan Luar (Pro) dan Biro Kebajikan. Disamping itu juga perbincangan tertumpu untuk menetapkan yuran keahlian dan pendaftaran kelab ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Mesyuarat dijangka bermula jam 10.30 pagi, sebelum diikuti dengan majlis jamuan makan tengahari. Sebelah petangnya ialah acara bersantai, berukhwah serta bergambar bersama keluarga. Program berakhir sekitar jam 5.00 petang. Justeru itu orang ramai terutamanya pembaca setia Tranungkite dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga masing-masing pada majlis itu nanti. Sokongan semua amatlah dialu-alukan bagi menjayakan program. Selamat bermesyuarat !!

[Syabas kepada warga kerja Tranungkite Online (TKO) atas usaha murni ini. Nampaknya portal terbabit masih mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat Malaysia. Malah, TKO antara portal yang paling lama dan antara yang popular di negara ini. Biarpun warga kerjanya sudah bertukar, namun perjuangan yang dilakukan jelas sekali berjaya merubah minda dan persepsi rakyat terhadap kerajaan UMNO BN sejak era awal reformasi lagi. Kami ucapkan ribuan terima kasih kerana TKO masih terus linkkan blog Pahang Daily Online di laman terbabit sejak sekian lama. Sesungguhnya kerjasama yang dilakukan ini bakal menjadi pemangkin ke arah membawa agenda perubahan besar buat seluruh rakyat Malaysia. Jika tiada aral melintang kami juga akan menghantar wakil kami untuk bersama dalam majlis tersebut nanti. Kepada anda yang berminat untuk menyertai program ini sila klik SINI].

Tiada ulasan: