Khamis, 5 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Datuk Mat Zain Menggesa Kerajaan Menubuhkan Suruhanjaya DiRaja Untuk Siasat Penyelewengan Yang Dilakukan Oleh Gani Patail Dan Musa Hasan

Posted: 05 May 2011 01:29 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Mie - Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim. Beliau berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan." "Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara. " Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam egara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini. Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'. "Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya.

[Tan Sri Musa Hassan adalah merupakan Pegawai Penyiasat ketika kes Anwar Ibrahim muncul pada 1998 manakala Abdul Gani pula anggota pasukan pendakwaan. Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara. Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan. Soalnya sekarang, apakah kerajaan Najib berani menubuhkan Suruhanjaya DiRaja dikala penasihatnya Mahathir Mohamad masih bernyawa?. Bukankah kedua-dua mereka yang terlibat itu melakukan kerja atas arahan "tangan-tangan ghaib" yang lebih berkuasa. Sepatutnya individu terbabitlah yang perlu disiasat dan dihukum kerana mencampuri urusan kedua-dua agensi terbabit. Perubahan harus dilakukan jika rakyat mahu melihat satu sistem undang-undang yang lebih adil dan telus pada masa akan datang. Pastikan kuasa ditangan BN diserahkan kepada mereka yang lebih jujur dan amanah dalam melaksanaka tanggungjawab yang diberikan]. tvsnews

Isu Video Seks: Rafizi Ramli Tegaskan Kreadibiliti Eskay Terus 'Di Pertikaikan' Malah Rakyat Sedikit Pun Tidak Terpedaya Dengan Fitnah Terbaru Ini!

Posted: 04 May 2011 10:51 PM PDT

Pembohongan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli (foto). Beliau diminta mengulas kenyataan Eskay semalam yang menafikan menuduh Anwar melakukan zina, ketika ditanya wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu. "Orang seperti Eskay, lama kelamaan kredibiliti akan terserlah dengan kebohongan. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula-mula kata tempat (kejadian seks) berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang. "Selain itu, perkara asas dia berbohong pasal jam (Omega) yang dikata dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pula. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula. "Ini salah satu dari rentetan penipuan, kita boleh masukkan senarai-senarai baru. Malah sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan. Seperti pepatah Inggeris, orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya," ujar Rafizi. Rafizi dalam pada itu turut ditanya mengenai ugutan Eskay, kononnya akan mendedahkan 'perkara baru' mengenai Anwar. Menurut Rafizi, sejak dari awal tuduhan yang dibuat Eskay terhadap Ketua Umum KEADILAN itu tidak beri sebarang kesan kepada KEADILAN, kerana rakyat tidak percaya fitnah yang dilemparkan.

Rakyat Tidak Sedikit Pun Terngaruh Fitnah Eskay

"Ia tidak memberi kesan kepada kita, fokus kita jadi kerajaan dan memenuhi kehendak rakyat yang bersabit tentang menjaga kebajikan rakyat. "Di pihak KEADILAN, ini perkara biasa apabila kita dilontar fitnah demi fitnah. Tetapi kita tumpu hal ehwal pentadbiran negara dan membanteras rasuah. "Mereka cipta fitnah baru, kita dah lali. Rakyat sudah muak dan tidak teruja lagi dengan cerita mereka, akhirnya ia makan diri," ujar beliau yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kenyataan terbaru Eskay itu juga menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini. "Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Tetapi kita akan teruskan dan pastikan dia dikenakan tuduhan qazaf di mahkamah syariah. "Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina," katanya. Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu. "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," "Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu.

[Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan. Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China. Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara. Ini bukti jelas kenyataan Eskay yang dilihat semakin berubah-ubah terutamanya selepas beliau melakukan sumpah laknat baru-baru ini. Soalnya, apakah rakyat mahu percaya dengan kenyataan manusia seperti ini?. Makanya, teruskan perjuangan dan usah dilayan dengan cerita seks yang jelas menyerlahkan betapa terdesaknya kerajaan BN menjelang PRU13 sebenarnya]. anwaribrahimblog

Panas: Isu Jambatan Bengkok, Datuk Eskay Mula Terkena Bahang Sumpah Laknat Bila Mahkamah Menggugurkan Tuntutan RM20 Jutanya Hari Ini

Posted: 04 May 2011 10:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Mei - Mahkamah Tinggi hari ini menggugurkan saman RM20 juta ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Pengarah Eksekutifnya Datuk Yahya A. Jalil berhubung peranannya dalam perjanjian projek jambatan bengkok di Johor. Shazryl sebelum ini mengambil tindakan guaman pada Januari 2002 mendakwa syarikat Merong Mahawangsa dan Yahya melanggar kontrak perjanjian apabila gagal membayar RM20 juta kepada beliau selepas memperolehi hak projek jambatan bengkok Malaysia-Singapore International Gateway (SIG). Dalam keterangannya kepada mahkamah beliau mendakwa meminta pertolongan dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid selain membantu Yahya mendapatkan akses untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Yahya kemudian mengakui mengadakan satu pertemuan bersama Anwar di rumah menteri itu yang turut dihadiri Shazryl pada 1998 tetapi menyatakan mereka tidak berbincang mengenai projek jambatan tersebut.

[Nampaknya masa depan Eskay semakin merudum sekarang. Sudahlah beliau dihina oleh masyarakat gara-gara fitnah "video seks" yang dilakukan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Kini harapan mendapatkan RM20 juta pula berkecai bila ia ditolak oleh mahkamah. Maknya Eskay "masuk angin keluar asap", jasa-jasanya mendedahkan kes video seks langsung tidak dihargai oleh kerajaan. Malah, sepatutnya pemimpin UMNO BN menggunakan kuasa mereka untuk mengarahkan supaya sebahagian daripada jumlah tersebut diterimanya jika dia berjaya mengaitkan Anwar dalam isu itu. Namun, segalanya meleset dan terdapat maklumat yang memang Eskay ada berjumpa Anwar namun peranan beliau hanyalah adalah hanyalah menyerahkan surat mereka (Yahya dan Merong Mahawangsa) kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Makanya beginilah nasib Eskay sekarang "sudah jatuh ditimpa tangga". Semoga Eskay insaf atas segala apa yang berlaku ini].

Kerajaan Pulau Pinang 'Naikkan 80% Elaun' Para Pegawai Agama 200 Masjid Di Seluruh Negeri Itu !

Posted: 04 May 2011 09:42 PM PDT

GEORGETOWN 5 Mei - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus. Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman (foto) berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu. Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya. Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak. Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan. Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600. Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambah beliau lagi.

[Satu tindakan yang cukup baik bagi sebuah Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh bukan Islam sebenarnya. Biar pun Ketua Menteri, Lim Guan Eng (foto) terus diasak dengan berbagai tohmahan dan dakyah oleh seteru politiknya, namun beliau masih berjaya bertindak secara adil dan saksama terhadap rakyatnya. Inilah bukti bahawa pembangunan agama Islam dan orang Melayu tidak pernah dipinggirkan seperti yang sering diwar-warkan oleh puak-puak UMNO BN selama ini. Kerja tetap diteruskan demi masa depan rakyat yang sudah lama teraniaya sejak merdeka ketika negeri itu berada dibawah pentadbiran BN. Kini, perubahan telah dibuat hari demi hari untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang mementingkan kaum semata-mata, tetapi ia adalah parti untuk semua kaum. Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO sejak zaman berzaman, tambahan pula melihat apa yang berlaku di Sarawak baru-baru ini. Apapaun, syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang].

Gempar: Sumpah Laknat Si Datuk Eskay Di Ragui Serta 'Tidak Boleh Untuk Dipercayai', Dek Kerana KeIslaman Diri Beliau Sendiri Kini Di Pertikaikan

Posted: 04 May 2011 09:07 PM PDT

Artikel ini dipetik dari blog sahabat MiloSuam yang banyak mendedahkan perihal video seks mutakhir ini. Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini? Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini. Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau. Soalnya sekarang siapakah Eskay?
1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, kakak, serta seorang adik. Nama abangnya ialah Chandran.
2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.
3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.
4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa diminumnya.
5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama Setiausaha Peribadinya itu.
6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat tentang dakwaan ini.
7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sg.Petani bersama ibubapanya. Mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung sehingga ke hari ini.
[Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya... ReJaM© "Nantikan pendedahan seterusnya beserta dokumen dan bukti-bukti lain..." PERHATIAN: Maklumat ini didedahkan oleh orang yang sangat rapat dengan Eskay, namun beliau tidak mahu identitinya didedahkan. MiLo SuaM juga telah berjanji tidak mahu mendedahkan identiti beliau, bagaimanapun pendedahan seterusnya akan disertai bukti-bukti dan dokumen berkaitan. Pendedahan ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Banyak lagi info panas berkaitan di blognya, Klik DI SINI].

Panas: Wajah Sebenar Anak Mantan ADUN Serta Exco Pahang Yang Menyertai Pertandingan Ratu Cantik Nyah "Miss Malaysia 2010" Di Dedahkan !!

Posted: 04 May 2011 10:00 AM PDT

KUANTAN, 5 Mei - Susulan pendedahan yang telah kami buat berhubung ada anak mantan ADUN serta Exco Pahang yang terlibat dengan Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah "Miss Malaysia Pahang 2010" baru-baru ini, maka ramai pihak yang meluahkan perasaan terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku. Ramai diantara mereka yang lansung tidak tahu menahu insiden itu, memandangkan tiada kain rentang promosi yang dibuat oleh pihak penganjur. Selepas lokasi sebenar kejadian iaitu di Hotel Vistana Kuantan dikenal pasti, maka isu lebih menggemparkan telah berjaya dibongkarkan. Seperti yang dijanjikan, berikutan tiada langsung kenyataan daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang atau pihak berkuasa agama tentang perkara ini maka kami terpaksa juga memndedahkan tentang keterlibatan seorang anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Exco Kerajaan Negeri Pahang dalam acara tersebut. Pada awalnya perkara itu tidak dapat disahkan, namun selepas segala dokumen berkaitan berjaya dikumpul maka memang sah anak pemimpin UMNO Pahang terlibat dengan acara yang sungguh memalukan itu. Sudahlah ia diadakan di sebuah hotel yang mana Kerajaan Negeri Pahang mempunyai kepentingan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Rupa-rupanya, ia disemarakkan lagi dengan sokongan oleh pihak berkenaan. Soalnya sekarang, siapakah anak bekas exco terbabit?. Maka itu untuk kali ini cukuplah kami keluarkan bukti bahawa beliau sememangnya seorang lelaki suatu ketika dulu. Namun, kini sudah bertukar imej dan penampilan menjadi seperti wanita. Bahkah kami berjaya mengumpul berbagai bahan bukti untuk mengaitkan beliau dengan aktiviti ini. Difahamkan beliau kini sudah menetap dan bekerja di Kuala Lumpur dan tidak lagi tinggal bersama keluarganya di negeri Pahang ini. Nantikan pendedahan seterusnya !


Inilah dia video panas yang telah berjaya diperolehi tentang acara tersebut
[Soalnya kenapa exco berkenaan membiarkan perkara ini berlaku, malah tergamak membenarkan anaknya menyertai pertandingan yang jelas bertentangan dengan agama itu?. Bukankah dia beragama Islam dan sudah semestinya memahami apa yang dilakukan itu salah dan jelas melanggar hukum Allah. Siasatan kami mendapati anak bekas exco berkenaan berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut dan dikenali sebagai Areesya Iskandar (foto). Kami akan bongkarkan dalam laporan eksklusif seterusnya tentang siapakah exco terbabit selepas ini. Apa yang jelas dapat dilihat disini ialah, patutlah pertandingan itu berjaya di adakan di Pahang. Ini kerana keterlibatan seorang anak bekas exco dan pemimpin UMNO negeri dalam acara terbabit. Bukankan ini jelas membuktikan bahawa mereka sengaja mahu menyuburkan aktiviti maksiat yang jelas sekali bertentangan dengan norma-norma Islam itu sendiri sebenarnya. Pendedahan ini bukanlah bertujuan untuk memalukan sesiapa, namun ia lebih kepada satu pengajaran agar pihak terbabit tidak sewenang-wenangnya membawa acara seperti ini ke bumi Pahang. Diharapkan pihak berkuasa agama dapat membuat siasatan terhadap pendedahan panas kami ini demi maruah agama Islam itu sendiri].

Tiada ulasan: