Rabu, 4 Mei 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Kenyataan Terkini 'Datuk Eskay' Sungguh Meragukan Serta 'Berbelit-Belit', Apakah Dia Kini Sudah Mula Termakan Sumpah Laknat Agaknya !

Posted: 04 May 2011 03:39 AM PDT

Apa sudah jadi dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) agaknya. Tiba-tiba pula hari ini dia mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin dan penyokong pembangkang agar tidak gusar dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh beliau Beliau berkata, ini kerana sumpah laknat itu dibuat supaya Allah melaknat diri mereka iaitu trio Datuk T dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, jawapan kepada tuduhan zina atau qazaf yang diminta oleh penyokong Anwar berikutan kes itu tidak perlu dilakukan kerana dia tidak menuduh pemimpin pembangkang itu berzina. Sebaliknya, Shazryl Eskay meminta rakyat menilai sendiri siapa pelaku seks dalam video itu dan moral pelaku tersebut. Kenapa beliau jadi begini?. Apakah Eskay sudah "termakan sumpah" agaknya?. Masih kita ingat Eskay bersumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku".



[Maknanya, dalam akuan sumpah laknatnya itu dia begitu yakin yang pelaku dalam video yang digembar-gemburkan itu adalah Anwar Ibrahim. Anehnya Eskay juga mengaku dia adalah orang ketiga dalam pita video berkenaan namun dia menafikan membekal wanita didalam video terbabit. "Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan," katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia. Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya. Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Nampak benar skrip "video seks" semakin tidak menjadi atau mungkin juga ia sudah memakan diri beliau agaknya].

Isu Lynas: Ceramah Khas Sabtu Ini Oleh Individu Yang Berjaya 'Patahkan Cadangan' Dirikan Kilang Jana Kuasa Letrik Berasas 'Arang Batu' Di Sabah !

Posted: 04 May 2011 01:34 AM PDT

KUANTAN, 4 Mei - Orang ramai di sekitar bandar ini yang rasa terpanggil untuk sama-sama membantah projek pembinaan kilang memproses "rare earth" milik Lynas Corporation di kawasan perindustrian Gebeng adalah dijemput hadir beramai-ramai ke Putra Balok pada hari Sabtu, 7 Mei ini. Ia berikutan satu ceramah khas oleh En.Wong Tack (foto), yang pernah berjaya mematahkan cadangan Lembaga Letrik Sabah untuk mendirikan kilang penjana kuasa letrik berasaskan penggunaan arang batu di negeri terbabit. Pengalaman yang amat bernilai ini boleh dipelajari dan dicontohi oleh rakyat Kuantan dalam menangani isu bantahan Lynas. Banyak perkara yang akan didedahkan oleh Wong Tack dalam ceramah beliau itu nanti. Justeru itu orang ramai digesa tidak melepaskan peluang keemasan ini. Program akan diadakan mulai jam 9.00 malam, manakala program untuk masyarakat Tionghua akan diadakan di lokasi lain sebelah petangnya. Sementara itu Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas, Vincent Jiam, khabarnya akan melawat negeri-negeri di Malaysia untuk mengadakan roadshow kesedaran Pertubuhan-pertubuhan seperti persatuan, gereja, kolej, kem, syarikat, institusi, pejabat kerajaan, kuil-kuil, hospital, masjid, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, tadika, universiti dan lain-lain. Beliau akan mengutip tandatangan atas Borang Petisyen Tandatangan Hentikan Lynas ini untuk menunjukkan suara rakyat yang tidak mahu projek radiasi yang berbahaya terhadap makhluk bumi itu dilaksanakan.

[Khabarnya pada 8 Mei 2011 iaitu hari Ahad, bermula jam 6.00 petang hingga 9.00 malam satu program yang dinamakan "Kempen 1,000 Ibu Membantah Loji Rare Earth" akan diadakan di Pantai Teluk Chempedak. Kempen yang bertujuan menarik seberapa ramai kaum ibu untuk sama-sama membantah projek pembinaan kilang rare earth Lynas Corporation itu dijangka mendapat sambutan hangat berdasarkan maklumat terkini yang kami terima setakat ini. Malah difahamkan, selain daripada rakyat biasa beberapa buah klinik swasta dan kerajaan juga akan menghantar wakil mereka untuk sama-sama menyatakan bantahan terhadap isu ini. Terdapat juga kenyataan daripada beberapa orang pakar perubatan yang ditemui mengatakan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku di Bukit Merah dulu. Kementerian Kesihatan sengaja merahsiakan kisah sebenar tentang meningkatkan penyakit Leukimia serta lain-lain penyakit serius akibat radiasi yang dihasilkan oleh Asean Rare Earth di situ ketika itu. Cuma mereka dihalang untuk memberikan maklumat tentang perkara itu oleh pihak kerajaan. Kini apabila isu yang sama timbul di Kuantan, maka reka rela untuk sama-sama menyatakan bantahan. Syabas dan tahniah rakyat Kuantan yang prihatin].

Panas: Ceramah Umum PKR Dekat Felda Jenderak Selatan Malam Ahad Lalu 'Di Ganggu' Pihak Polis !

Posted: 03 May 2011 08:44 PM PDT

KUALA KRAU, 4 Mei - Orang ramai yang hadir ke Ceramah Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Felda Jenderak Selatan dekat sini terkejut dengan tindakan pihak polis menganggu program tersebut. Ini kerana ceramah berkenaan telah diadakan di kawasan premis sendiri dan sudah semestinya ia tidak memerlukan permit berlandaskan kepada peruntukan undang-undang negara kita. Difahamkan ceramah telah diadakan di sebuah rumah peneroka di Felda berkenaan. Menurut Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Hj.Suhami Said (foto) berkata "Seminggu yang lepas saya telah membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Temerloh untuk mendapatkan kebenaran mengadakan ceramah pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan. Ceramah yang dipinta itu adalah didalam rumah dan dari segi undang-undangnya tidak perlu dipohon permit polis. Tetapi memandangkan bahawa PKR Cabang Kuala Krau berhajat mengujudkan hubungan yang baik dengan pihak keselamatan maka permit polis dipohon juga". Menurut Hj.Suhaimi lagi, barisan Penceramah yang diundang dan telahdiletakkan didalam permohonan tersebut adalah terdiri daripada YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Komunikasi PKR Pusat), Haji Abd Aziz Abd Rahman (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau), Bob Manolan (Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal), dan Rebin Birham (Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal).



Dato' Fauzi (kiri) dan Saifuddin (kanan) sempat bagi ceramah mereka

Akis hebat, sebahagian daripada anggota polis yang terlibat operasi itu
Difahamkan pada petang 29 April 2011, pihak polis memberi jawapan dengan menyatakan permit program itu tidak diluluskan. "Memang menjadi satu kehairanan yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Pembangkang tidak dibenarkan berceramah di tempat-tempat awam seperti Balai Raya, Dewan, Padang dan sebagainya, dan ceramah untuk dibuat dirumah persendirian juga tidak dibenarkan. Ini samasekali bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan jelas sekali bahawa Akta Polis sudah mengatasi Perlembagaan Persekutuan",katanya. "Saya menyatakan kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bahawa ceramah yang sudah dijadualkan pada 1Mei 2011 ini tetap akan dijalankan, dan agar ia dilindung dibawah undang-undang maka ceramah itu akan dibuat di dalam rumah beliau.

[Maka, mulai jam 9.00 malam pada 1 Mei 2011, Ceramah di dalam Rumah dengan diperkarangannya disiapkan 3 buah khemah untuk tempat duduk orang ramai didalam kawasan rumah berkenaan dimulakan. Sdr Rebin Birham, Sdr Bob Manolan dan Haji Abd Aziz Abd Rahman menghabiskan ucapan masing-masing sebelum Dato' Fauzi Abdul Rahman mengambil gilirannya. Semasa inilah barisan anggota-anggota Polis telah mengepung rumah tersebut bermula dengan pengambilan gambar-gambar"
, tambah beliau lagi. Difahamkan beberapa orang anggota Polis yang beruniform berbaris mengelilingi rumah seolah-olah memulakan satu operasi "perang". Ketika itu tuan Rumah telah dipanggil dan diberi amaran bahawa jika Ceramah itu tidak dihentikan dalam tempoh 10 minit, maka Polis akan menangkap dan menahan beliau. Lagi informasi berkaitan insiden tersebut, sila klik SINI]

Tiada ulasan: