Pahang Daily Online |
- Kontroversi: Presiden PAS Tegaskan Tindakan Si Eskay Ambil Sumpah Laknat Tidak Berlandaskan Hukum Islam & Al-Quran Yang Di Tuntut Agama !
- Panas: Kecoh Di Karnival Jom Heboh TV3, Yang Di Pertua MPK Perlu Bertanggung Jawab Isu Adanya Dua Kelulusan Di Atas 'Tapak Jualan' Yang Sama !
- Panas: Gambar Orang Kanan Special Branch (SB) Bukit Aman Yang "Menghasutkan" Rakyat Supaya Percaya "Anwar Pelaku Video Seks" Di Dedahkan !
| Posted: 03 May 2011 06:28 AM PDT PETALING JAYA 3 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan tindakan Sahzryl Eskay mengambil sumpah laknat mengenai video lucah ysng ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan Al-Quran. "Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai. Mengapa bersumpah al-Quran di gunakan tetapi hukum tidak dipakai? Biar dia jawab," kata Hadi selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. "Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya", tambah beliau. Jelas Hadi, Shazryl hanya menggunakan kitab Al Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak mengikut syiar Islam yang ditetapkan. Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas. Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac, sungguhpun diingatkan bahawa sumpah itu tidak laku dalam kes-kes fitnah. Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor bersetuju isu fitnah harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar. Anwar menolak fitnah bahawa beliau pelaku video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan UMNO dan polis untuk menjatuhkannya sebelum pilihanraya umum akan datang. Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat. Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya fitnah yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf. Anwar berkata Eskay dan dua rakannya, Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama. |
| Posted: 03 May 2011 01:29 AM PDT KUANTAN, 3 Mei - Baru-baru ini kami telah mendedahkan satu insiden yang tidak diingini berlaku menjelangnya program Karnival Jom Heboh TV3 di Padang MPK 2 dekat sini. Artikel Panas: 'Belum Pun Bermula', Karnival Jom Heboh TV3 Kecoh Gara-Gara Isu 'Perebutan Tapak' Gerai Jualan Di 'Kawasan Letak Kereta' Padang MPK 2 !! yang kami siarkan itu rupa-rupanya telah mendapat perhatian serius daripada pihak atasan TV3. Dalam kejadian itu, difahamkan beberapa orang Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah bertindak mengalihkan kanopi yang telah dipasang oleh TV3 berhampiran kawasan letak kereta Padang MPK2. Kejadian itu sungguh memalukan, tambahan pula ia disaksikan oleh beberapa orang awam yang berada disitu. Malah, ada sebahagian daripada mereka telah bertindak mengambil gambar dan video sebagai bukti. Difahamkan, kekecohan "berebut tapak gerai jualan" itu menyebabkan pihak TV3 terpaksa membenarkan gerai jualan basah (makanan dan minuman) didirikan atas kawasan gelanggang Futsal. Ini sungguh mengejutkan, kerana gelanggang tersebut sebenarnya masih digunakan oleh pihak yang berkenaan. Semua ini berlaku kerana tekanan daripada pihak yang berkenaan. Biarpun karnival tersebut sudah berakhir dua hari lalu (1 Mei), namun kekalutan akibat kekecohan itu wajar dibongkarkan demi keadilan untuk semua pihak. Kami melihat, perkara ini tidak berlaku jika adanya sikap profesional dan bertanggungjawab pihak-pihak yang berkenaan. Soalnya, kenapa harus berlaku kekecohan sedangkan ia jelas memalukan pihak terbabit.Dua Kelulusan Atas Tapak Sama, YDP Perlu Jawab Siasatan kami jelas mendapati kekalutan berpunca daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri. Ia berikutan tindakan mereka meluluskan kawasan tapak gerai jualan yang telah disewakan kepada TV3 untuk penganjur lain. Difahamkan, dalam beberapa mesyuarat yang diadakan oleh pihak berkenaan dengan majlis tempatan itu, sememangnya tiada kebenaran ruang niaga diperuntukkan kepada pihak lain melainkan TV3 sahaja. Malah, TV3 pula dipercayai telah membayar sewaan tapak karnival terbabit lebih dari RM50,000 termasuk kawasan tapak letak kerata berkenaan (RM4,000). Keputusan telah dibuat oleh Yang DiPertuanya Dato' Haji Zulkifli bin Haji Yaacob (foto). Namun, anehnya beberapa hari menjelang karnival terbabit berlangsung, satu kelulusan "luar biasa" telah diberikan kepada penganjur lain di lokasi yang sama. Permit dan surat kelulusan yang asli telah diperolehi dan ditandatangani oleh Yang Dipertua terbabit sendiri. Soalnya, kenapa berlaku pertindihan kelulusan atas tapak yang sama?. Inilah yang menjadi punca kekecohan berkenaan sebenarnya. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kepada sebuah agensi kerajaan seperti itu. Tambahan pula MPK telah beberapa kali menerima anugerah kecemerlangan termasuk ISO 9000. Soalnya, kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan tidak diketahui oleh YDP sendiri yang ketika itu berada di luar kawasan. Janji beliau untuk menyelesaikan perkara itu haruslah ditunaikan. Ini kerana jika benar kelulusan dan sewaan tapak gerai jualan terbabit telah diberikan kepada pihak TV3, maka bagaimana pula ada surat kelulusan dan permit lain dikeluarkan oleh agensi yang sama?. Inilah punca berlaku kekecohan itu. [Satu siasatan yang rapi harus dilakukan oleh Yang DiPertua MPK bagi mencari punca kenapa kelulusan boleh berlapis atas tapak yang sama. Bayangkan jika pihak TV3 mengambil tindakan saman terhadap MPK, bukankah risiko yang lebih besar akan berlaku sebenarnya. Pihak MPK cuba melakukan satu tindakan yang profesional untuk tidak membenarkan penganjur lain membuka gerai di kawasan berkenaan. Namun anehnya kelulusan telah diberikan, malah lebih teruk lagi apabila gerai-gerai "pasang siap" yang berselerak muncul di saat akhir karnival itu bermula juga amat mengejutkan. Sepatutnya Penguatkuasa MPK mengambil tindakan menyaman atau mengarahkan peniaga terbabit menutupnya jika benar mereka begitu tegas dalam isu tapak yang menjadi perebutan itu. Namun, anehnya MPK mengutip pula sewaan RM20 terhadap peniaga berkenaan. Ini sungguh memalukan sebenarnya? Ketegasan yang jelas tidak bertempat. Tambah mengejutkan disaat ratusan ribu rakyat datang ke Karnival Jom Heboh TV3, pihak MPK juga membuat operasi saman "parking". Bukankah mereka sudah mengaut keuntungan besar hasil penganjuran karnival terbabit, maka tidak wajar mereka membebankan orang ramai dengan kesalahan meletak kereta. Bukankah ketika itu, semua "parking lot" penuh dan merupakan hari peristiwa. Sudah sewajarnya dua hari itu diberi kelonggaran kepada orang ramai, asalkan ia tidak mengganggu lalu lintas. Difahamkan, pihak TV3 juga khabarnya akan mengkaji sama ada akan meneruskan karnival Jom Heboh di Kuantan atau membatalkannya pada masa yang akan datang. Semuanya, gara-gara tindakan memalukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri sebenarnya]. |
| Posted: 02 May 2011 10:55 PM PDT ![]() PETALING JAYA 3 Mei - Tuduhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dibuktikan hari ini. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali (foto) mendakwa pegawai polis di peringkat nasional bertindak sebagai "agen politik" untuk UMNO. Azmin turut mendedahkan gambar Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan. Dalam program 'Seminar Isu- isu Keselamatan Negara Masa Kini' pada 19 Februari lalu, Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukti Aman itu mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam kes video seks dan fitnah liwat 2. Selain itu Abdul Rahman turut mengatakan Anwar sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Dengan pendekatan sebegitu, Azmin mendakwa Abdul Rahman menjadi seorang daripada "agen fitnah untuk bercakap tentang isu liwat dan seks". "Dia dakwa Anwar bersalah dalam kes liwat dan video seks," dakwa Azmin sambil menyifatkan penglibatan polis sebagai penyalahgunaan kuasa oleh UMNO. Perkara sama didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. ![]() Bukti, inilah foto Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan baru-baru ini |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan