Muslimeen United |
- Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah
- Gereja Terbesar Dunia Terletak Di Malaysia?
- Rasuah, candu umno/BN lesapkan RM28 billion setahun
- Potongan Subsidi - Kerajaan tiada hak tegur rakyat
- Lagi Foto-foto Tragedi Tanah Runtuh - 5 Maut Sehingga Jam 8 Mlm
- Himpunan Bersih kedua, 9 Julai
- Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Kelantan
- Sham Kamikaze terima hidayah selepas bertemu Imam Mekah
- Ramai lepasan Pra-sekolah, tadika kerajaan tidak boleh membaca
- SPR sediakan 26K pengundi baru untuk BN rampas Kedah
- Iklan Arak Masuk Sekolah, Menteri Pelajaran Pejam Mata?
- Wow !! Gelombang Hijau umNO pasti kecut - ( Fhoto Menarik )
- Osama Muncul kembali di Internet?
Tanah runtuh: Presiden PAS rakam takziah Posted: 21 May 2011 08:26 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. "Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," tulis beliau di laman twitter malam ini. Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selain mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT. "Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi. "Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini. -Hrkh |
Gereja Terbesar Dunia Terletak Di Malaysia? Posted: 21 May 2011 08:24 AM PDT Tahukah anda gereja terbesar di dunia di bina di mana? Gereja tersebut terletak berdekatan dengan stadium Nasional Bukit Jalil apabila siap nanti. Gereja tersebut merupakan gereja terbesar, termoden serta tercanggih dalam dunia yang terletak dalam negara Malaysia. Puak-puak songkok tinggi heboh memperkatakan tentang Malaysia negara Islam tetapi gambar ini membuktikan segala-galanya tindakan sebenar kerajaan songkok tinggi. Gereja itu tidak dapat ditandingi oleh masjid-masjid yang dibina oleh puak-puak songkok tinggi seperti Masjid Kristal, di Terengganu. Gereja ini diberikan nama CCC atau Calvary Convention Centre. Gereja ini masih dalam proses pembinaan dan siap dengan billboard bertulis dengan perkataan 'AND THERE IS HOPE'. Apakah tujuan sebenar pembinaan Pusat Konvesyen Kalvari tersebut? Kos membina bangunana ini dianggarkan berjumlah RM100 juta dan tidak termasuk dengan harga kos tanah yang bernilai RM35 juta. Gereja ini juga mempunyai 6 (enam) tingkat apabila siap nanti. Ia merangkumi kegiatan termasuk sebagai hos konvensyen antarabangsa, serantau dan nasional, jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan anak muda bangsa kita, orang-orang dari segenap usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna. Rupa-rupanya ia juga mempunyai ciri-ciri FREEMASON seperti gambarajah di bawah ini. Klik imej bagi pembesaran The Calvary Convention Centre The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities. These activities include the hosting of international, regional and national conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation's young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia. The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements. The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility. Klik gambar untuk ke website ini Klik gambar untuk ke website ini Terjemahan (Indonesia) Pusat Konvensyen Kalvari Para Kalvari Convention Centre (CCC) adalah sebuah pusat konvensyen yang unik yang didedikasikan untuk mengejar kegiatan holistik. Kegiatan ini termasuk hosting dari antarabangsa, serantau dan nasional konvensyen, Jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, dan pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan muda bangsa kita, dan orang-orang dari segala usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna dan teladan Malaysia. CCC, saat selesai, akan menjadi multiplex 6 lantai, terdiri daripada sebuah auditorium 5.000 kerusi dan sebuah lampiran pendidikan dan latihan, dengan jumlah dibina luas sekitar 600.000 sq ft ini akan mempunyai kemudahan yang unik dan didedikasikan untuk meningkatkan konvensyen dan keperluan pendidikan. CCC adalah projek non-profit yang sedang dibangunkan oleh Gereja Kalvari selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara, iaitu untuk menanamkan nilai-nilai spiritual, moral yang benar, perilaku yang baik, sosial dan tanggung jawab awam. |
Rasuah, candu umno/BN lesapkan RM28 billion setahun Posted: 21 May 2011 07:39 AM PDT Ketirisan sebanyak RM28 billion setahun itu adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan itu belaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara sekali. Ianya sudah menjadi budaya tegar umpama candu dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan tidak ada siapa dan pihak yang serius untuk mengambil tindakan membetulkan keadaan. Pihak yang sepatutnya membetulkan keadaan ini juga terlibat dalam ketirisan yang begitu besar ini. Aspan Alias: Belum tahu siapa yang setia dan siapa yang lari lintang pukang Situasi kehidupan rakyat semakin hari semakin menyempit dengan kenaikan harga makanan dan barangan serta perkhidmatan 'essentials' naik dan tidak nampak akan turun atau setidak-tidaknya mendatar. Tidak ada siapa yang tidak bersungut dan mengeluh dengan kenaikan harga barang yang tidak ada hentinya ini. Itulah sebabnya rakyat terus sahaja memberikan keyakinan kepada kerajaan Negeri P Pinang yang telah jelas berjaya menyelesaikan ketirisan yang selama ini tidak dilakukan oleh kerajaan sebelumnya. Begitu juga dengan kerajaan negeri Selangor. - Aspan Alias (suntingan M@rhaen) |
Potongan Subsidi - Kerajaan tiada hak tegur rakyat Posted: 21 May 2011 07:37 AM PDT Kerajaan Umno-BN tidak harus mempersalahkan rakyat yang membantah pemotongan subsidi barangan keperluan kerana langkah itu amat membebankan mereka, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. Beliau berkata selagi kerajaan Umno-BN terus memberi subsidi kepada syarikat kroni dalam jumlah yang jauh mengatasi apa yang diperuntukan untuk rakyat, selagi itu rasa tidak puas hati awam akan berkekalan. "Rakyat sudah lama menjadi mangsa kerajaan UMNO-BN ini. Subsidi gas yang pemerintah perkenalkan itu telah lama digunakan pakai iaitu sekitar tahun 96-97 tetapi kini dikurangkan. Rakyat terpaksa menanggung beban dan pada masa sama terpaksa melihat wang negara berpuluh billion tiap-tiap tahun masuk ke poket kroni," kata beliau kepada TvSelangor. Kerajaan Umno-BN hanya memperuntukan subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebanyak RM4 Billion manakala subsidi untuk pengeluar tenaga bebas (IPP) adalah RM19 Billion. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein semalam mengesa rakyat bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan subsidi untuk mengimbangi defisit negara. Seperti masa-masa lalu, beliau berjanji kerajaan akan mencari jalan supaya pemotongan subsidi "tidak membebankan rakyat". Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran bahawa harga barangan keperluan akan melonjak naik 30 peratus akhir tahun ini berbanding lima tahun lalu, jika pemotongan subsidi terus berkekalan pada tahap sekarang. Paras harga barangan keperluan sekarang adalah yang tertinggi sejak tahun 2008. Harga tepung, gula dan minyak sudah pun mengalami kenaikan yang semakin menghimpit sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Rafizi menjelaskan "nasihat-nasihat" UMNO-BN, mahukan rakyat mengamalkan cara hidup berhemah jelas menyerlahkan sifat hipokritnya. "Kerajaan engesa rakyat mengubah cara hidup dengan hidup berjimat, kurangkan pengambilan gula dan minyak sedangkan kerajaan tidak laksanakan apa-apa langkah untuk mengurangkan perbelanjaan negara meskipun dalam soal membanteras rasuah." Rafizi berkata kerajaan tidak seharusnya terus menerus menjadikan rakyat sebagai mangsa bahana dari kepincangan pemerintahan korup mereka. "Pakatan Rakyat berpendirian bahawa kerajaan Malaysia mampu untuk menampung harga minyak tanpa menaikan harga minyak sekiranya kerajaan mengawal ketirisan dan amalan rasuah," kata beliau. "Amalan rasuah ini yang jelas banyak telan wang rakyat, kalau rasuah ini dapat dibanteraswang ini boleh digunakan untuk menampung dan mengekalkan harga minyak, malah pada paras yang lebih rendah." tambah beliau.. tvs |
Lagi Foto-foto Tragedi Tanah Runtuh - 5 Maut Sehingga Jam 8 Mlm Posted: 21 May 2011 07:36 AM PDT Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkaat sementara itu 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian. "Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya. -BH
|
Himpunan Bersih kedua, 9 Julai Posted: 21 May 2011 07:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur. Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini. "Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya. Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini. Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang. Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat. "Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya. Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad. Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih. Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya. Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan. PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan. "Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi biarlah adil dan saksama. "Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi. Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan. Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan. Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti. "Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya. -Hrkh |
Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Kelantan Posted: 21 May 2011 01:28 AM PDT |
Sham Kamikaze terima hidayah selepas bertemu Imam Mekah Posted: 20 May 2011 11:04 PM PDT Shamril Salleh, atau lebih diketahui sebagai Sham Kamikaze bukan orang asing kepada peminat-peminat muzik rock tempatan. Pemain gitar yang dihormati ini dan juga merupakan pengasas kumpulan Kamikaze bukan sahaja seorang artis tetapi juga penerbit muzik, pengubah, penyusun dan gitar sessionist. Sham Kamikaze dikenali sebagai pemain gitar rock popular di Malaysia. Lahir pada 1976 di dalam sebuah keluarga berlatarbelakang muzik, dia terdedah kepada pelbagai jenis muzik sejak di usia muda. Dia mula belajar bermain gitar pada usia 12 dan telah bermain dalam kumpulan sejak berumur 14 tahun. Sebagai pemain gitar muda, Sham berterusan mengasah kemahirannya dan membantu ramai artis-artis utama di Malaysia dan luar negara selama bertahun-tahun; dia juga mengajar di Guitar Institute of Malaysia di Kuala Lumpur. Dia membentuk kumpulan Kamikaze pada 1999 dan merekodkan tiga album - Kontroversi, Inspirasi dan 3. Kesemuanya pernah dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik - iaitu sebuah Anugerah Industri Muzik Malaysia, sama seperti U.S. Grammy - dengan album Inspirasi memenangi anugerah AlbumRockTerbaik 2001. Sham pernah bermain dengan ahli-ahli muzik seperti Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens , dan bermain untuk persembahan pembukaan kepada Joe Satriani / Steve Vai / pelancongan Eric Johnson G3 dalam 2000. Kali ini, Sham Kamikaze akan menceritakan pengalamannya mendapat hidayah selepas bertemu dengan Imam Besar Mekah, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais di Kangar, Perlis. Seterusnya mengubah identiti beliau yang sebelum ini memakai gelang dan bersubang. |
Ramai lepasan Pra-sekolah, tadika kerajaan tidak boleh membaca Posted: 20 May 2011 11:03 PM PDT KUALA TERENGGANU - Pengarah PASTI negeri Terengganu yang baru, Ustaz Sulaiman Sulong berkata guru-guru PASTI adalah teras dan tenaga utama dalam meneruskan legasi pendidikan Islam khususnya pra-sekolah di negeri Terengganu. Menurutnya, sesuai dengan tema sambutan Hari Guru PASTI Terengganu, 'Guru Menjana Kemenangan Ummah', guru-guru PASTI akan digerakkan seiring dengan Badan Perhubungan PAS Terengganu dalam program 'PAS Ganti Umno'. "Sesuai dengan tema 'Guru Menjana Kemenangan Ummah', guru-guru akan bersama Dewan Muslimat dan Badan Perhubungan PAS menggerakkan program PAS Ganti Umno, "untuk mengubah minda dan peranan masyarakat suapaya mereka bersama-sama dengan PAS,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Prasmian Sambutan Hari Guru PASTI negeri Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, Sabtu, 20 Mei. Dalam masa yang sama, beliau berkata, guru-guru diperingkat PASTI Qaryah mesti memberikan tumpuan mencapai matlamat 5M; Membaca, Mengira, Menulis, Mengamal dan Menghafaz, disamping penekanan dalam subjek al-Quran. Menurutnya, PASTI negeri akan mengadakan satu kajian menyeluruh bagi memastikan matmalat 5M dan penguasaan al-Quran dapat dicapai oleh lepasan pelajar PASTI. "InsyaAllah, PASTI negeri akan menjelajah untuk menjalankan kajian menyeluruh di semua PASTI peringkat Qaryah supaya sasaran kita untuk menguasai 5M dan pelajar-pelajar boleh membaca al-Quran, "dapat dicapai bila mana (mereka) lepas (tamat) dari pada pendidikan PASTI,"jelasnya. Katanya, ia adalah penting bagi menarik semua golongan masyarakat supaya dapat bersama PASTI. Oleh itu, beliau menyeru semua guru-guru PASTI Terengganu supaya bangkit menjadi contoh dan alternatif kepada masyarakat diwaktu kerjaya guru semakin dipandang kritikal masakini. Beliau mengucapkan syukur kerana produk PASTI tidak termasuk dalam angka 23, 300 orang pelajar tegar tahun 1 yang tidak tahu membaca, berdasarkan maklumat terbaru dari Kementerian. "AlhamduliLlah, berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran seramai 23, 300 (orang) pelajar yang masuk ke kelas tegar, (pelajar) kita, PASTI terselamat, "yang menjadi penyumbang utama kepada kelas (tersebut) yang tidak pandai membaca walaupun sukukata-sukukata terbuka, adalah lahir dari pra-sekolah kerajaan,"ujarnya. Menurutnya, ramai lepasan pelajar yang bermasalah tersebut adalah produk Tadika yang berasaskan modul bermain, menyanyi, maka, minum dan pulang ke rumah. -BO |
SPR sediakan 26K pengundi baru untuk BN rampas Kedah Posted: 20 May 2011 11:02 PM PDT KUALA LUMPUR : PAS menyifatkan pertambahan mendadak pengundi baru di Kedah sehingga 26,000 orang pada suku pertama tahun ini sebagai satu strategi jahat Kerajaan BN dengan kerjasama SPR, bagi membolehkan BN merampas Kedah dari PAS. Strategi jahat seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu untuk membolehkan BN merampas Kerajaan Terengganu dari PAS. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, PAS amat ragu dengan pertambahan pengundi sebanyak itu di Kedah, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan oleh PAS pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah sebanyak 4,000 orang sahaja. Menurut beliau, sebelum ini PAS yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar. Lebih meragukan lagi, katanya, berdasarkan semakan, didapati pertambahan pengundi-pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi-pengundi yang didaftarkan di Kedah, tetapi di Kuala Lumpur. "Ini sememangnya jelas satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR yang perlu diketahui oleh rakyat," jelasnya pada sidang akhbar di Pejabat Harakah, di sini, hari ini. Strategi jahat itu juga, menurut beliau, turut dilakukan oleh BN dengan kerjasama SPR di Selangor dalam menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi. Katanya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar untuk diatasi oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia turut membabitkan kerjasama SPR sendiri. Dalam masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk melakukan semakannya kerana masa yang diberi amat pendek. "Sungguhpun begitu, PAS dan Pakatan Rakyat tetap akan terus mengadakan bantahan mengenai perkara itu kerana ia jelas satu strategi jahat BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya. Beliau berharap agar orang ramai sedar dengan taktik jahat yang digunakan oleh BN dalam menghadapi pilihanraya di negara ini kerana ia jelas melanggar peraturan sama sekali. Oleh Aziz Muda - Harakah Daily |
Iklan Arak Masuk Sekolah, Menteri Pelajaran Pejam Mata? Posted: 20 May 2011 10:58 PM PDT Lindungi pelajar daripada alkohol di sekolah Oleh SM Mohamed Idris Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan. Fakta sebenar yang menyedihkan ialah syarikat alkohol diberikan laluan utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak sekolah terhadap tabiat meminum minuman keras. Dengan mewujudkan keadaan yang biasa melalui keadaan yang dilihat dan didengar, pihak syarikat akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja untuk menerima nama jenama secara positif, dan dengan itu melanjutkan lagi pengambilan produk mereka. Contoh bagaimana syarikat alkohol diterima tanpa dikawal dengan kelulusan tanpa bertulis daripada pihak berkuasa untuk mengganggu ke sekolah dan menjejaskan minda anak-anak kita adalah bukti jelas dalam strategi yang digunakan oleh pihak Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB). Melayari laman sesawang Carlsberg Malaysia mendedahkan gambar kanak-kanak yang tersenyum memegang beg hijau Carlsberg berisi barangan dengan nama jenama yang terpampang, sewaktu kegiatan luar bagi pelajar sekolah yang ditaja oleh syarikat itu pada Disember lalu. Mesej pengambilan minuman keras sebagai diterima ditanam ke dalam pemikiran anak-anak muda dengan promosi sebegini. Carlsberg Malaysia juga menyerbu masuk ke dalam pendidikan melalui cara mengatur kerjasama dengan media berbahasa Inggeris arus perdana. Dinyatakan bahawa Carlsberg Malaysia "menaja akhbar harian tempatan untuk 40 sekolah rendah Tamil di wilayah utara" untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris di sekolah ini. Dakwaan oleh syarikat alkohol bahawa mereka membantu untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat India boleh dipersoalkan apabila realitinya mereka memusnahkan keluarga mereka dengan memupuk peminum alkohol di masa depan. Kenyataan mereka bahawa mereka "tidak menggalakkan pengambilan minuman alkohol oleh mereka yang di bawah umur" adalah tidak benar sama sekali. Satu lagi syarikat alkohol utama, Guinness Anchor Berhad (GAB), terus tanpa halangan untuk bekerjasama dengan sekolah Tamil di Malaysia dengan alasan mempromosikan pembelajaran walaupun pada hakikat sebenarnya mempromosikan nama jenama kepada mereka yang di bawah umur. Melalui Program GAB Foundation SMILES (Supporting Malaysian Indian Learning, Education and Sports), syarikat minuman keras itu 'menjual' jenama dengan menawarkan kelas pemulihan bahasa Inggeris secara percuma dan mewujudkan sudut membaca di sekolah Tamil. Program Pengayaan Bahasa Inggeris ini mensasarkan beratus kanak-kanak sekolah setiap tahun, dengan rancangan untuk meliputi semua kumpulan usia yang berbeza di sekolah rendah dalam fasa masa depan. Anak-anak muda terutama sekali daripada awal hingga lewat remaja adalah sasaran yang sesuai memandangkan mereka merupakan pasaran masa depan untuk peminum alkohol. Tidak kira bagaimana mendesaknya syarikat itu untuk menafikan hubungan antara pengiklanan dan pengambilan alkohol yang tinggi, pengiklanan mereka memang menggalakkan pengambilan alkohol. Kita perlu menghentikan mitos yang disebarkan oleh syarikat itu bahawa iklan hanya menyebabkan orang ramai bertukar jenama. Tambahan pula pengiklanan jenama tertentu oleh pengeluar alkohol adalah khusus disasarkan kepada golongan muda daripada etnik tertentu. Pergantungan alkohol berkembang dalam kalangan orang ramai apabila mereka memasuki usia 20-an. Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pelajaran bertindak sebagai penjaga yang bertanggungjawab terhadap pelajar sekolah, dan menjauhkan mereka daripada pengaruh syarikat alkohol di sekolah. Apabila kanak-kanak melihat syarikat alkohol diiktiraf, dipuji dan diterima dari segi sosial dalam kalangan pendidik dan kerajaan, mereka akan memikirkan bahawa alkohol tidaklah buruk sepenuhnya. Ini membolehkan syarikat alkohol mempengaruhi dan meningkatkan pengambilan dan penjualan minuman alkohol dengan mengambil peminum baru. CAP juga menggesa kerajaan dan badan sukan di negara ini menilai sama ada kecenderungan semasa penajaan sukan oleh syarikat alkohol mencabuli Piagam Alkohol WHO yang menyatakan bahawa "semua kanak-kanak dan remaja mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang dilindungi daripada kesan negatif pengambilan alkohol dan daripada promosi minuman alkohol". Kini sudah pun terdapat kebimbangan di seluruh dunia terhadap bahaya yang disebabkan oleh alkohol. Lebih daripada dua juta orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat yang berkaitan dengan alkohol. Bahaya penggunaan alkohol merupakan faktor risiko utama bagi kematian pramatang dan kecacatan di seluruh dunia. Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30 peratus kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh memandu dalam pengaruh alkohol. Pengambilan alkohol menjejaskan penilaian dan mencetuskan tingkah laku agresif dan ganas, membawa kepada keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pergaduhan dan jenayah lain. Penyelidikan saintifik dan agensi kesihatan boleh menunjukkan pengiklanan alkohol boleh meningkatkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol juga turut menyumbangkan kos kepada negara dari segi ketidakhadiran ke tempat kerja, kehilangan kemahiran kerja, dan kehilangan produktiviti yang menjejaskan pekerja. CAP menggesa kerajaan melarang dengan tegas syarikat alkohol daripada menaja sebarang projek atau program di sekolah atau terlibat di sekolah dalam sebarang cara. Kerajaan juga perlu menaikkan cukai duti eksais produk alkohol dan memantau industri terhadap pencabulan undang-undang dan menggunakan cukai dan denda yang dikumpul daripada industri untuk membiayai pendidikan dan aktiviti berkaitan komuniti yang lain. * Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) |
Wow !! Gelombang Hijau umNO pasti kecut - ( Fhoto Menarik ) Posted: 20 May 2011 10:53 PM PDT Gambar sekitar Himpunan 10 ribu pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu. adakah mereka di taja untuk datang atau mereka di paksa datang untuk majlis ini? Kalau perhimpunan seperti ini di buat oleh Gelombang Merah pasti di serikan dan di sogok dengan artis baru meriah dan dapat menarik minat orang datang , tetapi kita saksikan sendiri perhimpunan gelombang hijau yang penuh dgn keberkatan insyaallah dengan ikhlas berbongdong bondong rakyat datang untuk berjemaah dan mendengar amanat dari MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Takbir ... |
Osama Muncul kembali di Internet? Posted: 20 May 2011 04:24 PM PDT Adakah anda yakin tentang Osama? Lelaki misteri ini dikatakan ketua pengganas Islam antarabangsa telah ditembak mati oleh Amerika di Wilayah Pakistan. Tetapi ramai yang ragu-ragu dan tak percaya. Kebanyakannya merupakan andaian demi andaian dan penuh tersalut misteri. Terbaru rakaman audio Osama beredar di internet menyerukan revolusi dinegara-negara Arab dengan menguling pimpinan yang ada? Cairo - Kelompok militan Al-Qaidah telah mengedarkan sebuah rekaman audio Osama bin Laden yang menyerukan revolusi di seluruh negara Arab dan digulingkannya musuh Islam dari dari kekuasaannya. Al-Qaidah nampaknya tidak memiliki peranan besar dalam rangkaian revolusi yang terjadi di kebanyakan negara Arab dan Afrika sejak Januari lalu yang berhasil menjatuhkan pemerintahan otokrasi dan korup. Menurut Al-Qaidah, rekaman itu dibuat sebelum Bin Laden tewas dibunuh pasukan khas AS. Pesan audio itu terdapat dalam sebuah rekaman yang dikirim melalui internet yang berdurasi selama 12 minit. ''Matahari revolusi telah terbit dari wilayah Maghrib. Cahaya revolusi datang dari Tunisia, membuat negara menjadi tenang dan rakyat bahagia,'' bunyi rekaman yang diyakini suara Osama bin Laden. Namun, orang nomor satu di Al-Qaidah itu tidak memberikan keterangan jelas soal Libya, Syiria, Bahrain dan Yaman kerana demosntrasi di negara tersebut kurang berhasil dibanding Mesir dan Tunisia. Bin Laden meminta warga Arab untuk melakukan perubahan dan tentangan, bekerja sama dan menyelamatkan rakyat dari tirani. klip video di sini. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan