Khamis, 12 Mei 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Buku anti-Anwar diedar pada ulang tahun Umno

Posted: 12 May 2011 05:44 AM PDT

NONESerangan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan dengan pengedaran buku berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam.

Buku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label "18SX".

Antara lain, buku itu mendakwa simbol PKR melambangkan biseksual.

Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita.

NONEBuku ini juga banyak memaparkan gambar dengan keterangan yang jelas juga mempersendakan ketua umum PKR itu.

Antaranya gambar Anwar dan Azizah dengan keterangan: "Anwar Ibrahim tersenggih setelah melarikan Azizah dan menikah di Siam. Bagaimanapun ibu Anwar, Hajah Che Yang mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka di rumah mereka di Cerun Tok Kun, Bukit Mertajam."Jantan mahu, perempuan pun mahu...

Satu lagi berbunyi: "Jantan mahu, perempuan pun mahu salam juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual? Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM".

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourTurut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk "Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk".

Antara petikan yang dilihat mempermainkan menteri besar Kelantan itu berbunyi: "Siapa kata saya nyanyuk? Kalau saya nyanyuk tentu PAS tidak pilih saya kekal di kerusi Mursyidul Am PAS untuk satu penggal lagi."

Skandal presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku bahawa beliau lelaki yang terbabit dalam DVD seks juga disebut dalam buku itu.

syed hussein al atas interview 131107 smileMalah Syed Hussein memuji Chua sebagai pemimpin sebenar.

"Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh luar biasa keberanian Chua tetapi dia tak buat kerja luar tabie," tulisnya.

Syed Hussein, 74, juga dikenali sebagai Pak Habib, adalah seorang penulis buku politik yang telah menghasilkan tidak kurang 60 buah buku.

Namun tidak kurang juga pengkritik yang menganggap beliau tidak layak digelar penulis politik dan melabelkan tulisan picisannya itu lebih sebagai seorang penulis upahan. -M'kini

Politik lucah: Ulama muda diseru tinggal Umno

Posted: 12 May 2011 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.

Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama.

Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.

"Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini.

"Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?" soalnya melalui responsnya di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengakui rakaman video seks mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan.

Ini kerana perkara tersebut menurutnya bertentangan dengan prinsip Islam yang mengharamkan umatnya mengaibkan orang lain.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

Beliau berkata demikian pada satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu semalam.

NONEUmno dan akhbarnya, Utusan Malaysia sebelum ini dikecam banyak pihak termasuk oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran mengaibkan Anwar dalam isu video seks yang didedahkan trio Umno iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Akhbar itu tanpa memikirkan hukum hakam agama, telah melapor dan menyiarkan gambar dan berita berunsur lucah berhubung video seks tersebut.

Fitnah tersebut juga, digunakan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Harussani dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, adalah fitnah dan dosa besar membuka rahsia orang tanpa ada bukti yang jelas menurut Islam seperti yang dilakukan terhadap Anwar.

"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.

Selain mengecam tindakan mengaibkan Anwar itu, beliau juga kesal dengan tindakan Utusan yang dakwanya tidak menyiarkan pandangan penuhnya itu malah hanya mengambil sekerat sahaja.

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya. -Hrkh

Tidak Bertindak ke Atas Utusan: Sikap 2 Menteri Dibawa Ke Parlimen

Posted: 12 May 2011 05:37 AM PDT

Kristian-Islam: Usul bantah tindakan Hishamuddin, Rais dibawa ke Parlimen

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Kesal dengan tindakan dua anggota Kabinet, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran mencadangkan usul membantah tindakan kedua-dua menteri itu kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia.

Sidang Parlimen akan berlangsung bulan depan Julai.

Tegas Kulasegaran, sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Utusan Malaysia walaupun laporan yang dikeluarkan salah dan berunsur fitnah disifatkan beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

"Hishammuddin dan Rais telah menerima laporan itu tanpa mempersoalkan kesahihan, malah telah memberi amaran kepada rakyat agar tidak mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Sepatutnya mereka harus menyiasat segera kesahihan laporan yang berniat jahat dan tidak berasas itu bukannya melakukan siasatan terhadap dakwaan itu, nampaknya mereka bermain politik,"
katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga menyifatkan tindakan Hishammuddin dan Rais mempercayai laporan Utusan Malaysia sebagai tidak rasional.

"Sebagai ahli politik, mereka patut tahu laporan Utusan Malaysia itu berniat jahat dan mengancam keharmonian negara selain bersifat perkauman.

"Oleh itu tiada alasan untuk menerima laporan Utusan Malaysia itu, malah saya percaya mana-mana ahli politik yang rasional mereka sudah pasti tidak akan mempercayai laporan Utusan Malaysia it
u.

"Hishammuddin dan Rais harus meminta maaf kerana menerima kesahihan laporan Utusan Malaysia, yang mana usul ini akan dibawa pada pembentangan belanjawan 2012," katanya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Kelmarin Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut Hishammuddin dan Rais memohon maaf secara terbuka kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia.

Beliau berkata sikap yang diambil Hishammuddin dan Rais dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.

Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang telah memfailkan satu aduan rasmi mendesak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia ekoran laporan yang mengaitkan DAP dengan konspirasi Kristian.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut.

Kata Lim, dua wakil rakyat Umno yang turut menyokong usul itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Bahang, Datuk Hilmi Yahya dan Adun Pulau Betong Muhammad Faris Saad ketika sidang DUN kelmarin. -TMI

TERKINI


Kristian-Islam: KDN panggil ketua pengarang Utusan, beri teguran

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak (gambar) dipanggil menghadap Kementerian Dalam Negeri petang tadi dan diberi teguran berhubung laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bertajuk "Kristian agama rasmi?".

The Malaysian Insider difahamkan Aziz bersama seorang editor kanan dipanggil bertemu dengan kementerian itu sekitar 4 petang tadi.

"Datuk Aziz dipanggil datang ke KDN kira-kira 3.45 petang tadi. Saya dimaklumkan seorang editor juga ikut sama. Utusan diberikan teguran, berhubung laporan isu penganut Kristian," kata sumber kepada The Malaysian Insider petang ini.

Sabtu lalu, ekoran pendedahan dua blog, Utusan Malaysia yang telah memetik laporan tersebut dan disiarkan dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?", mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Petang tadi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Perdana Mwnteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Utusan Malaysia menarik balik dan memohon maaf secara terbuka ekoran laporan berunsur fitnah yang mengaitkan parti itu dengan konspirasi menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, Lim berkata pihaknya juga mahu Utusan Malaysia menggantikan editor dan wartawan akbar itu yang terlibat dengan penyiaran laporan bersifat fitnah dan boleh merosakkan gagasan 1 Malaysia yang diperjuangkan Najib.

Kata beliau, hanya dengan cara itu Najib boleh membuktikan bahawa Utusan Malaysia tidak mendapat imuniti apabila mengeluarkan laporan salah dan fitnah. -TMI

Dah berkali-kali buat salah, panggil dan beri teguran sahajakah?

Sedangkan Suara Keadilan, Harakahdaily, Rocket .. kesemuanya pernah digantung malah ada yang digantung terus sampai sekarang tak dapat-dapat permit lagi...

Atau KDN terpaksa bertindak tergesa-gesa kerana tahu nama menterinya akan dibawa ke parlimen?

Senang cerita, dua-dua menteri ini, adalah terlebih baik, Hishamuddin dan Rais letak jawatanlah. Jika diadakan pungutan suara satu Malaysia, kedua-dua menteri ini adalah diantara yang akan memperolehi peratus paling rendah. -GB

Presiden NUJ di pentas PAS esok

Posted: 12 May 2011 05:35 AM PDT

NONEPresiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan tampil di pentas PAS esok bagi menyatakan pandangannya terhadap Utusan Malaysia -- akhbar yang memecatnya sebelum ini.

Menurut penganjur, mereka menjemput Hata dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS Taman Melewar di Gombak malam esok berdasarkan penglibatan langsungnya dalam Utusan sehingga dipecat baru-baru ini.

"Beliau dijangka mendedahkan perkara penting berhubung peranan Utusan yang di belakangnya Umno-BN ekoran survival mereka kini terancam kerana kehilangan sokongan.

"Mereka peralatkan Utusan untuk menstabilkan semula pengaruh mereka dengan melaporkan berita palsu, sarat propaganda dan bersifat perkauman," kata editor Harakah Tarmizi Mohd Jam bagi pihak penganjur bersama - PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipeden (KAMI).

Beliau merujuk kepada laporan Utusan pada 6 Mei lalu yang melaporkan terdapat usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada golongan penganut agama itu.

Tarmizi - aktivis PAS dan setiausaha KAMI - juga berkata, ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" yang bermula pada jam 9.30 malam, akan turut melibatkan Peguam PAS Hanipa Maidin dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Hanipa mengulas dari aspek undang-undang manakala Zuraida yang juga ketua Wanita PKR akan mengulas berdasarkan situasi politik semasa, jelas Tarmizi.

Tarmizi berkata, program itu merupakan yang kedua selepas acara membakar Utusan kerana tidak puas hati dengan laporannya bulan lalu.

Hata walaupun lantang mengkritik Utusan, sekaligus meraih simpati ramai pemimpin pembangkang ekoran pemecatannya, belum pernah naik ke pentas mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. -M'kini

Kenapa Ganu boleh Klate x boleh !! Umno perompak wang rakyat ?

Posted: 11 May 2011 09:05 PM PDT


Wang Ehsan oh Wang ehsan ......Lihat betapa kotornya dan busuknya politik Umno,duit royalti yang sekian lama dinikmati oleh rakyat Trengganu semasa diera pemerentahan BN di rampas dan ditukar menjadi wang ehsan setelah Umno kehilangan kuasa setelah tewas dalam pilihanraya umum pada tahun 1999 ditangan Pas.

Dengan sombong dan bongkak seperti zionis merampas tanah orang Palastin Umno dengan kerjasama kerajaan pusat dengan sewenang wenangnya merampas hasil royalti minyak ditukar menjadi wang ehsan dengan melanggar perjajian antara Petronas dan Kerajaan Negeri yang ditandatanganipada tahun 1975.

Tetapi bila BN kembali memerentah dan berkuasa di Trengganu wang ehsan itu ditukar balik kepada royalti. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sehingga Mac tahun ini Kerajaan Negeri sudah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta bagi bayaran pertama manakala bayaran kedua berjumlah RM150 juta akan diterima minggu ini.

Pembayaran semula royalti minyak Terengganu itu juga menunjukkan sikap membuli Kerajaan Pusat terhadap musuh politik mereka.

Kita lihat di Kelantan pula kemelut wang royalti seakan sama seperti di Trengganu sehingga kini kes masih cabar mencabar di Mahkamah . Kenapa Umno /Bn bergitu jijik dan kotor permainan politik .Sekiranya Petronas boleh membayar royalti semula kepada Terengganu takan mereka boleh menafikan hak Kelantan sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran , jika kelantan gagal dalam tuntutan ini nanti menjelaskan hasrat kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan atas faktor politik dan dendam.

Disini kita boleh lihat kesimpulan dan pengajaram dari isu wang royalti di Trengganu yang kita nampak ialah Umno adalah perompak wang rakyat ,Umno pencabul perjajian kerana perkara yang telah termaktub didalam perjanjian pun Umno boleh mengekplotasikan untuk kepentingan politik dan dendam kesumat ,cuba kita bayangkan khanzanah negara yang lain berapa banyak Umno telah salah gunakan atau songlap ?

Kepada kerajaan tolonglah jagan menunjuk sikap double standard dalan isu ini kembalilah wang rakyat untuk ditakbir kepada yang berhak. Berlaku adil dalam merealisasikan kebajikan secara saksama demi kepentingan rakyat . Buangkan sifat ego kerajaan pusat bagi merealisasikan slogan Rakyat didahulukan pencapain di utamakan. Jangan slogan tingal slogan.


Terima royalti minyak RM938 juta

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri menerima bayaran royalti minyak berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sehingga Mac tahun ini Kerajaan Negeri sudah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta bagi bayaran pertama manakala bayaran kedua berjumlah RM150 juta akan diterima minggu ini.

Menurutnya, Petronas akan membayar sebanyak RM938 juta secara berperingkat sebagaimana dijanjikan dan kekal seperti mana perjanjian asal, cuma cara pembayarannya dibuat melalui Kerajaan Pusat.

"Tidak ada terma dan perjanjian baru akan dibuat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak yang diterima Kerajaan Negeri.

"Sehingga kini Kerajaan Negeri telah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta," katanya.

Belian berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Wahid Endut (Pas/Wakaf Mempelam) mewakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas/Rhu Rendang) yang tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, semalam kerana ada urusan di Kuala Lumpur, meminta Kerajaan Negeri menyatakan terma yang dipersetujui dalam rundingan antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri dan Petronas untuk mengembalikan semula royalti Petroleum.

Menjawab soalan tambahan daripada Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas/Batu Buruk) Ahmad menjelaskan, Petronas telah membuat pembayaran sebanyak lima peratus hasil royalti (RM938 juta) berkenaan melalui Kerajaan Pusat yang kemudiannya menyalurkannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tidak ambil satu sen pun wang berkenaan.

"Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama berkaitan Dana Khas, dulu ada peruntukan Kerajaan Negeri yang digunakan bertujuan membiayai projek lain dan bayaran projek yang komited itu masih belum diselesaikan.

"Hasil rundingan terakhir baru-baru ini, kita mencapai kata sepakat bahawa semua baki yang tinggal akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM400 juta setelah semua urusan berkaitan projek pembinaan fasa kedua Lapangan Terbang Sultan Mahmud selesai," katanya.- sinar

Bila Anak Pemimpin Kita Bersosial

Posted: 11 May 2011 09:00 PM PDT


Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak disangka, patutnya dia berasa bertanggungjawab untuk menjaga status parent yang sangat disegani. Kalau dah jadi pemimpin nanti, habislah Malaysia ni tak ubah menjadi seperti negara sosial macam Singapura. Hancus lebus!

Kalau dilihat keruntuhan akhlak kat Malaysia ni kan, dah teruk bahkan anak pemimpin tak langsung menggambarkan anak kepada pemimpin negara Isam. Kalau ini yang ditonjol'kan anak pemimpin di Malaysia ni, no wonder Islam di Malaysia selalu diperlekehkan. Dek kerana orang yang tak takut Tuhan, agama menjadi mangsa. Islam dihina. Adilkah? Sebelum orang luar pandang rakyat, dia akan pandang cara hidup, keluarga dan kepimpinan pemimpin itu sendiri.
Bukan nak kata diri ni baik sangat, but apa pun kita nak buat, kita kena sedar siapa kita. Jangan kerana kita, ibu bapa kita yang kena tempias'nya. Biarpun hidup dinegara orang, kita ada budaya kita sendiri. Orang kata biar mati anak, jangan mati adat.

Bro, bapa ramai perempuan daaa?!! rasanya tangan dia ni betul-betul dah tak boleh nak kawal. Kalau boleh semua perempuan dia nak peluk. Best nye kan jadi anak menteri ni. Sapa nak jadi anak menteri angkat tangan. Yay!!

Jom nengok video ni kejap..



Dan di forums ada yang mengatakan ayat ringkas tapi pedas berbunyi...

"LIKE FATHER LIKE SON!"

Apa maksud dia ye? .. Huhuhu. Jangan saman saya, saya orang susah. Apapun tak enak'lah jika kita nak salahkan ibu bapa atas perangai anak itu sendiri. Bila dah matang dan dah boleh berfikir mana baik dan buruk, patutnya pandai-pandai la bawa diri.
Ini sebenarnya gambar lama dan korang boleh jumpa kat mana-mana forums je. Bukan setakat forums, kalau Google "Anak Najib" pun dah keluar muka depan. Ini bukan mendedahkan aib, tapi mendedahkan manusia yang mengaibkan diri sendiri. Bila ambil gambar, faham-faham'lah kalau bukan disimpan dalam album, pasti diupload di internet. So harap kita dapat jadikan pengajaran. Jaga peribadi diri lagi-lagi jika kita seorang role model dan apalagi seorang anak menteri. Ianya memalukan..
Pssttt: Ustaz ustaz diluar sana, tolong bantu budak ni. Atau nasihat sikit mak bapak dia ke suh nengok-nengok'kan anak tu.. Uhuk-uhuk. - Sumber

Umno mainkan isu bangsa dan agama

Posted: 11 May 2011 08:54 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/idrisceramahcukai.jpg- kerana perlukan 5% sokongan Melayu Islam
KEMAMAN - Kekerapan Umno dan Barisan Nasional (BN) memainkan isu yang menyentuh bangsa dan agama menandakan pilihanraya umum ke-13 adalah terlalu hampir.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan paling awal pada bulan Julai akan datang dan selewat-lewatnya akan diadakan pada bulan November.

Menurutnya ada empat isu yang berkaitan bangsa dan ugama yang akan di'heret' oleh Umno-BN sehingga pilihanraya umum diadakan.

"Bunga-bunga pilihanraya (umum ke-13 akan diadakan) sudah dekat, dijangka pilihanraya akan diadakan pada bulanJulai, secepat-cepatnya, kemungkinan juga (kalau) habis lewat dalam bulan November,

"Teruitama kalau kita lihat dari segi isu yang dibangkitkan, isu video seks, isu Umno mahu berbaik dengan PAS supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, isu (agama rasmi) negara digantikan dengan kristian (dan) PAS dianggap sebagai kuda tunggangan DAP,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kuala Kemaman, disini, 9 Mei.

Namun begitu, katanya, isu-isu yang dimainkan tidak mendapat perhatian, sebaliknya menimbulkan kemarahangolongan terbabit kepada Umno-BN.

Menurutnya, oleh kerana sokongan masyarakat Cina dilihat tidak akan kembali, BN akan memberikan kepada pengundi Melayu.

"Mutakhir, dengan daftar pemilih penggal pertama yang baru saja dikeluarkan, kita lihat di Selangor klhususnya, hampir 80,000 berlaku penambahan pengundi, teruitama DUN (majoriti orang Melayu) untuk mereka fokus,

"jadi, mereka tidak boleh tunggu lama, yang penting mereka mahukan kuasa,"jelasnya.

Beliau mendakwa, Umno-BN akan cuba mendapatkan undi Melayu sebanyak lima peratus dikawasan-kawasan Melayu yang ditandingi, samada peringkat DUN atau Parlimen bagi mengekalkan kuasa mereka.

Belaiu menolak dakwaan bahawa orang Melayu tdak boleh berubah, malah yakin, orang Melayu juga boleh berubah sebagaimana kaum lain yang menyokong PAS dan Pakatan, sekiranya diberikan penerangan.

"jentera penerangan kita (mungkin) tidak sampai ke kawasan (dimana) orang Melayu menjadi pengundi tegar, bukan orang Melayu tidak boleh berubah,

"kita mesti terangkan (kepada mereka) antaranya PAS lebih bijak untuk menjaga (orang) Melayu daripada Umno,"tegasnya.

Selain itu, menurutnya, maklumat juga mesti disampaikan kepada orang Melayu bahawa Umno telah berpakat dengan MCA untuk mengkhianati Islam dan Melayu.

Katanya, Umno telah menggunakan kapasitinya, bukan untuk menaikkan taraf orang-orang Melayu, malah sebenarnya Umno telah menindas mereka. -BO


Ajak PAS Bersatu Sebab Ada Pemimpin UMNO Dah Tinggal Seluar Dalam Saja

Posted: 11 May 2011 08:45 PM PDT

PAS wajar tinggalkan pembangkang demi kepentingan Melayu

KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata demi kepentingan bangsa Melayu dan rakyat secara menyeluruh adalah wajar untuk PAS meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Ahmad berkata, perpecahan di kalangan Melayu tidak akan menguntungkan bangsanya sendiri sebaliknya perpaduan itu pula tidak akan merugikan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang umat Islam dan Melayu, hasrat saya adalah untuk melihat semua kaum di negara ini maju menjelang 2020 serta menganggap satu sama lain sebagai rakan dan bukannya lawan.

"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, hasrat saya adalah untuk melihat PAS masuk BN, saya cuba mengusahakan perkara itu..., Melayu harus berhenti bergaduh semasa sendiri..., cukuplah ia hanya membuang masa.

"Sudah lama kita bergaduh, di masjid kita bergaduh, di luar masjid kita bergaduh, di surau kita bergaduh, di kedai kopi kita bergaduh..., tiada gunanya PAS dan UMNO bergaduh lagi..., marilah kita bersatu," katanya ketika berucap pada Forum 65 Tahun UMNO di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya.

Ahmad berkata, jika sebelum ini bapa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein membawa PAS menyertai BN dan kemudian terpaksa keluar, apa salahnya PAS kembali semula kepada BN sebagai kemuncak kesepaduan dan kesepakatan yang boleh memanfaatkan bangsa melaluinya.

"Kebaikan juga bukan hanya membabitkan bangsa Melayu tetapi juga rakyat Malaysia keseluruhannya kerana perpecahan itu tak menguntungkan dan perpaduan juga tidak sedikit pun merugikan," katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi parti berkenaan perlu lebih kepada menjauhi DAP yang hanya akan membawa banyak kebinasaan dan merosakkan perjuangan parti itu.

Katanya, PAS perlu wujud sebagai pembangkang kerana perbezaan ideologi dan dasar, tetapi masih menjadi parti yang memperjuangkan Melayu Islam yang boleh menjadi penimbangtara terhadap kepemimpinan yang dibawa oleh UMNO.

Bagi Fathul Bari, UMNO perlu lebih menampilkan imej yang lebih Islamik dalam menarik masyarakat untuk terus mendekatinya dan bukan menjauhkan masyarakat dengan mengelak pengisian yang berbentuk agama.


Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.


Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad. -mk

Oh rupa-rupanya ada pemimpin UMNO yang dah hanya tinggal seluar dalam, tu yang mengelitik sangat nak kan Kerajaan Perpaduan, nak ajak sama pemimpin PAS supaya hanya tinggal seluar dalam jugak seperti mereka. Banyak cantik.

Ada pemimpin UMNO sekarang lansung dah tak berseluar dalam, pun ada. Kemaluan semakin terdedah satu demi satu... fitnah tak menjadi, malah backfire kepada diri sendiri. Berniaga dengan fitnah, tidak akan beruntung malah akan sentiasa rugi. Utusan gigit jari, begitu juga UMNO dan BN punya pak menteri.

PAS tak akan tertipu lagi. -GB

Membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS - TGHH

Posted: 11 May 2011 08:40 PM PDT

Dikatakan, TG Hj Hadi mula belajar IT semenjak tahun 1984. Komputer pertama beliau ialah IBM. Selepas itu rakan-rakan beliau menghadiahkannya Macintosh versi Arab. Laptop pertama yang digunakan ialah pada tahun 1986.

Khabarnya TG juga jarang lekang dengan komputer. Beliau juga pengguna Maktabah Syamilah, sebuah perisian yang menyediakan ribuan kitab untuk rujukan melalui komputer. Program ini boleh diinstall terus ke dalam laptop, boleh dirujuk pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Beliau turut menasihatkan ahli PAS supaya membudayakan ICT khususnya para ulama dan pemimpin PAS. Jika mereka lambat, tentu akan ketinggalan.

TG Hj Hadi adalah orang PAS paling sibuk, tetapi beliau punya masa untuk menulis dan membaca termasuk membuka beberapa laman web kesukaannya seperti al-Jazeerah dan sebagainya.

Mengapa saya timbulkan perkara ini?

Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Seseorang takkan terpilih sebagai tentera sehingga dia pandai menunggang kuda dan memanah. Jika dia tidak pandai dia perlu berlatih sehingga pandai.

Peperangan zaman ini adalah peperangan maklumat. Semua itu berada di layar komputer. Jika seseorang itu tidak pandai komputer, bagaimana dia ingin menyertai peperangan zaman ini. Sekarang, orang meletupkan bom pun menggunakan komputer.

Belajar komputer bukan sukar, anak-anak Pasti pun sudah boleh menguasainya. Jika Najib ada laman facebook, twitter dan blog, bolehkah pemimpin PAS, termasuk pemimpin kanan, ada yang masih 'belum' tahu untuk membuka kotak SMS?

Ada pemimpin yang beralasan begini, "Ini bukan dunia saya! Cukuplah orang-orang muda yang menguasainya, saya sudah tua!" Atau ada pula yang berkata, "Tak sempatlah nak belajar…!"

Kepada pemimpin yang beralasan begitu, kita tanyakan soalan ini, "Adakah TG Hj Hadi masih muda? Mengapa TG Hj Hadi masih sempat belajar?"

Tidak perlu semua pemimpin PAS menjadi seperti Ust Abdul Ghani Shamsuddin, tetapi memadailah dengan ada email dan tahu membuka laman-laman web utama untuk mendapat maklumat segera. Kalau ada FB, twit dan blog, tentu itu lebih bagus.

Pemimpin PAS memang pandai berceramah dan berkuliah. Cuma, pendengar ceramah dan kuliah adalah orang yang sama dan kuat PAS pula. Bahkan, semenjak akhir-akhir ini, ceramah PAS semakin kurang, kalau ada ceramah pun pendengarnya tidak seramai dahulu.

Mengapa? Tentu kerana maklumat di layar komputer lebih pantas daripada maklumat penceramah. Kadang-kadang analisis sesuatu isu di laman sesawang lebih menarik, pedas dan terkini daripada analisis yang dibuat oleh penceramah.

Justeru, apa perlunya dengar ceramah.

Situasi sebegitu menjadi hujah kuat supaya pemimpin PAS menguasai ICT. Bukan bermakna kalau pemimpin PAS tidak tahu ICT tidak boleh menjadi pemimpin. Boleh, tiada masalah.

Cuma, dia tidak boleh memimpin PAS pada zaman ini. Dia boleh menjadi pemimpin PAS tahun 70 an. Kalau dia mahu menjadi pemimpin zaman ini, dia wajib menguasai ilmu ICT.

Ini adalah 'Wajibul Waqti' – kewajipan semasa.

PAS: Rakyat hitung hari tunggu tindakan polis

Posted: 11 May 2011 08:38 PM PDT


Polis dinasihatkan agar tidak menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes jenayah dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

pas seminar 071109 tuan ibrahimNaib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dipetik Harakahdaily berkata sikap polis dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.

"Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno BN timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

NONEBeliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis "menjaga" demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas.

"Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan 'dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ia menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.

"Jikalau Pakatan yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Pahang.

gaps protest at pkr hq 130311 walkMengulas tindakan polis yang seringkali rajin mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana jika pihak Pakatan memohon sekalipun, permit tetap tidak diberikan.

"Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini, ia pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut terserlah dalam dua isu sensasi terbaru ini.

NONEIsu pertama membabitkan kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala yang kedua pula, katanya, permainan berbahaya media arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melaga-lagakan penganut Kristian dengan orang Islam. Ini dilakukan dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai 'negara Kristian'.

"Sebelum ini dalam isu klip video; sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharyl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

utusan malaysia kritsian agama rasmi"Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan.

"Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?" soal Tuan Ibrahim.

Katanya, kini rakyat menunggu dan menghitung hari menunggu bila polis akan bertindak terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu video seks. -M'kini

Tiada ulasan: