Tak sampai seminggu setelah Presiden Barack Obama mengumumkan kematian pemimpin Al-Qaeda Osama Bin Laden.
Berita mengenai nya tersebar dengan cepat dan merangkumi 84 juta kutipan di media cetak dan elektronik, termasuk jejaring social ternama sama ada Twitter, Facebook dan blog.
Global Language Monitor telah mengadakan serve nya menunjukkan berita kematian Osama bin Laden telah menjadi berita ketiga terbesar di dunia abad 21 ini dan menenggelamkan berita pernikahan kerajaan Inggris William dan Kate Middleton
Sementara pernikahan Putera William dan Kate Middleton pada 29 April lalu berada ditangga ke lima dengan 63 juta kutipan di seluruh dunia, di ikuti kepopularan berita berita kematian tiba-tiba Michael Jackson pada 2009 dengan 56 juta kutipan.
Walau bagaimana pun berita terbesar dan menduduki tangga teratas satu dekad ini sejak Januari 2000 lalu tetap diungguli berita "Kebangkitan China" dalam hal ekonomi dan kekuatan politik, kata Global Language Monitor mengikut seperti mana lapuran dari Reuters.
Global Language Monitor yang berpangkalan di Texas menggunakan sebuah alogaritma untuk mengesan kutipan berita terbesar di 750.000 media cetak dan elektronik papan atas, dan juga di Internet, termasuk kutipan di blogosphere, Twitter, Facebook, dan media sosial lainnya.
Berikut 10 berita terpopular abad 21 menurut Global Language Monitor:
1. The rise of China (Kebangkitan China) 2. Election of Barack Obama (Terpilihnya Obama sebagai presiden AS) 3. Death of Osama bin Laden (Kematian Osama bin Laden) 4. Wikileaks (pemberitaan mengenai kawat diplomatik Wikileaks) 5. British royal wedding (Pernikahan kerajaan Inggris) 6. Death of Michael Jackson (Kematian Michael Jackson) 7. Sept 11, 2001 attack on the United States. (Serangan terosis 11 September di AS) 8. Japanese quake/tsunami/nuclear crisis. (gempa/tsunami/krisis nuklir Jepang) 9. Arab Spring uprisings (Pemberontakan Arab) 10. Global economic meltdown. (Krisis ekonomi global)
harap-harap.. Inilah golongan agamawan terakhir dalam UMNO.. Yang rela diperbodohkan oleh Presiden UMNO dan juak-juaknya..
Kenyataan Jamil Khir ni benar-benar membuka pekung sebenar fungsinya sebagai Menteri yang sepatutnya jaga hal Ehwal Islam.. bukan hal ehwal UMNO!
Yang si Eskay khurafat tu bersumpah dalam masjid hari tu.. Senyap la pulak... rasanya siap sokong lagik!!
Yang nie.. ehh?? Pandai pulak nasihat orang ye??
Ada jugak geng-geng Syeikh Azmi TERAS ni buat di luar masjid.. Yang Trio dato khurafat tu betul-betul depan mimbar!
Adehhh!!
Masjid bukan tempat luah rasa marah, kata Jamil Khir
Jamil Khir berkata ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid. — Foto Choo Choy May
SEPANG, 6 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.
Tegas Jamil Khir, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di masjid.
"Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama jugalah kan," katanya mengulas mengenai Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara. - MI
Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.
Tidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN, MCA, yang menolak agenda Islam PAS.
Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihan raya umum seperti yang dialami parti itu pada tahun 2008.
Inilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak BN, satu-satunya parti yang memerintah negara sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.
Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi.
Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru, keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.
Selamatkan Islam
Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?
Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa "sokong kami, jika tidak…"
Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih tepat.
Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.
Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.
Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.
"Pentingnya" Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran Umno kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.
Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.
Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?
Muhyiddin-Mahathir menunggu
Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.
MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.
Bagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?
Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Najib.
Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada pilihan raya umum ke-13.
Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.
Walaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib.
PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.
Tidak akan kerjasama
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," katanya lagi.
Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.
Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa.
Itulah realiti politik BN. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.
Sebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputera dan pribumi.
Kedudukan Islam
Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.
Namun hakikat adalah penyatuan antara PAS dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.
"Lesen" ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.
Tun Dr Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.
Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.
Kini tiba giliran Najib untuk mencari semula balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.
Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk
Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan editorial Malaysiakini
SHAH ALAM 6 MEI : Kenyataan berubah- ubah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam fitnah video seks, dilihat cenderung kepada ciri- ciri orang munafik dan tidak amanah.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata watak rakyat seperti Eskay ini bukan sahaja mencerminkan kerugian besar kepada negara bahkan ia mampu mengguggat keamanan negara.
"Selepas beliau membuat sumpah laknat itu, beberapa hari selepas itu pengakuannya berbeza, ini menunjukan beliau tidak amanah, jujur dan pembohong besar malah ciri-ciri munafik sudah pun ada pada sikapnya, inikah orang yang kita boleh angkat sebagai orang yang boleh dipercayai ?,
"Amat malang negara kita kerana mempunyai seorang pembohong besar seperti beliau," tegas Abdullah.
Beliau berkata demimkian ketika ditemui Tv Selangor di Ibu Pejabat Tv Selangor.
Kelmarin, Eskay menafikan beliau menuduh Anwar berzina...pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.
Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.
Semalam, turut menyaksikan Trio Datuk T itu gagal menjawab apakah jam omega yang diserahkan kepada polis, terakam dalam video seks yang didedahkan pada 21 Mac lalu.
Mengulas persoalan ini, Abdullah Sani menjelaskan kegagalan Eskay dalam berhubung kewujudan Jam omega dalam klip video itu, sekali lagi membuktikan beliau seorang munafik dengan pelbagai persoalan yang tidak terjawab.
"Ini satu isu yang rapuh dan tidak kukuh dijadikan bukti, malah saya sifatkan ia sebagai resipi menyedapkan rasa tetapi tidak mampu diangkat sebagai bahan bukti penting, jadi isu jam omega sebanarnya bukannya isu," katanya.
-Pentas Rosmah RM250,000, peniaga rugi kerana Najib....??? KUALA TERENGGANU - Buletinonline dimaklumkan kos pentas Pandu Puteri Turun Padang Bersama Masyarakat Nelayan, untuk program isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, adalah bernilai RM250,000.00
Program yang diadakan pada Sabtu 30 April, di Padang Astaka Seberang Pintasan, Dungun, adalah program berkembar lawatan suaminya, Presiden Umno, Najib Razak, ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir dan Bukit Tunggal.
Dengan harga pentas yang begitu mahal, Rosmah yang juga adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia kini menjadikan pergerakan sukarelawan itu sebagai pergerakan elit.[Gambar kiri]
Lawatan Najib dan Rosmah itu, didakwa menyebabkan rakyat kerugian beribu-ribu ringgit.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata program Rosmah itu adalah program biasa tetapi melibatkan perbelanjaan melampau.
Ia perlu ditegur kerana, katanya, dalam keadaan ekonomi serta kewangan negara yang 'lemah' tiba-tiba pemimpin bersikap boros.
"Saya rasa tidak seronok apabila ada sumber mengatakan kos perbelanjaan pentas sahaja hingga mencecah melebih RM200 ribu.
"Jika diambilkira semua kos perbelanjaan yang digunakan wang rakyat untuk program melibatkan isteri PM, Datin Rosmah Mansor itu boleh mencecah RM500 ribu atau RM1 juta," ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, pemimpin seumpama itu tidak prihatin dengan masalah negara yang patut mengamalkan langkah berjimat-cermat.
Sementara itu, menurut Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu Ariffin Deraman, duit rakyat dikorbankan bagi melaksanakan projek-projek 'mee segera' yang dibuat kerana lawatan Najib.
Katanya, ada satu kes, seorang 'rakyat marhaen' menjadi mangsa lawatan Najib apabila perniagaan besi buruknya di Bukit Tunggal, terpaksa dipindahkan kerana 'menyedapkan pandangan' mata Najib.
"apabila Najib datang, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu terpaksa 'punggah', tak mahu tengok besi buruk ni, terpaksa belanjakan puluhan ribu ringgit,
"siapa yang kena tanggung, tuan punya (perniagaan) tersebut terpaksa menanggung, (semata-mata) kerana Najib melawat,"ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Cabang Tiga, disini Khamis 5 Mei [Gambar kanan]
Ariffin yang ditemui selepas ceramah itu berkata, sepatutnya pemimpin datang melawat membawa kemudahan dan kesenangan kepada rakyat, namun ia jadi 'terbalik' apabila Presiden Umno datang melawat.
"Saya katakan Presiden Umno, bukan Perdana Menteri kerana bukan bendera Malaysia yang dipasang menyambut Najib, tetapi bendera-bendera Umno,
"ia menjelaskan lagi kepada rakyat, setelah lebih 50 tahun berkuasa, Umno terus menyusahkan hidup rakyat,"tegasnya.-BO
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Gerakan Saf Anti Fitnah (Saf) menuntut pelbagai pihak melaksanakan 10 perkara sempena perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat yang diadakan di Dataran Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini.
Pengerusinya, Azmi Abdul Hamid menegaskan, pihaknya memberikan tempoh sebulan kepada pihak-pihak terbabit untuk mengambil tindakan terhadap tuntutan-tuntutan itu dan sekiranya tidak, perhimpunan kemarahan mereka akan dilanjutkan dengan perhimpunan lebih besar dari yang diadakan hari ini.
Tuntutan pertama dari pihaknya berupa tuntutan ke atas Majlis Raja-Raja Melayu agar campur tangan untuk menghentikan gejala menabur fitnah dan menghina undang-undang Islam berkaitan sumpah laknat yang dilakukan secara bertentangan dengan hukum syarak, di samping diperalatkan untuk mempertahankan tuduhan zina yang mengaibkan keperibadian seseorang.
Menurut beliau, manakala Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dituntut melaksanakan peruntukan undang-undang terhadap pelanggaran Jenayah Syariah Qazaf dalam kes tuduhan zina dan liwat yang kini sedang menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, selain itu, Saf turut menuntut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan terhadap media massa yang menyiarkan bahan lucah yang membawa kepada penyebaran fitnah dan mencetuskan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat.
"Pihak kami juga menuntut pihak mufti-mufti di negeri-negeri di seluruh negara menyuarakan ketegasan mereka terhadap fitnah zina dan penguatkuasaan hukum qazaf serta menegur dengan keras mereka yang terbabit dalam penyebaran dan menyemarakkan fitnah zina.
"Sementara sidang Parlimen akan datang dituntut membentangkan keperluan untuk mengkaji ketelusan dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dimandatkan untuk menjalankan pilihanraya secara bebas dan profesional," katanya.
Di samping itu, Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Operasi dan Pengurusan Polis yang ditubuh pada tahun 2008 untuk mengkaji tingkah laku badan kepolisan di negara kita yang telah menghasilkan 125 cadangan bagi pembaikan polis pula, dituntut dilaksanakan sepenuhnya melalui penubuhan sebuah suruhanjaya bebas, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (ASP/IPCMC).
"Kami juga menuntut agar imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dipulihkan segera akibat beberapa insiden yang telah mencemarkan wibawa agensi tersebut dalam melaksanakan fungsinya secara bebas, berintegriti dan profesional," tegasnya yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras).
Perkara-perkara lain yang turut dituntut termasuk menuntut Majlis Raja-Raja Melayu bertindak untuk mempertahankan kedudukan Islam di negara ini mengikut peruntukan perlembagaan persekutuan, bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terjamin.
"Menerusi perhimpunan ini, kami menuntut agar agensi yang berkaitan dengan undang-undang iaitu polis, Peguam Negara, Ketua Hakim Mahkamah Sivil dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah melaksanakan tugas merek dengan telus, berintegriti dan profesional," tegasnya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura) menegaskan, pihaknya juga turut menuntut menteri kabinet memberikan perhatian serius kepada semua suara kemarahan yang dilafazkan pada hari ini dan meneliti setiap isu yang dibangkitkan secara khusus mahupun secara umum dan mengambil tindakan sewajarnya.
Kesemua tuntutan itu dikeluarkan dengan persetujuan bersama kesemua pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut yang melibatkan parti-parti politik dan lebih 80 NGO termasuk Teras, Shura, Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy), Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).
Menurut Azmi, memorandum yang mengandungi 10 tuntutan itu akan dihantar oleh pihak Saf dalam masa terdekat kepada Majlis Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, Perdana Menteri, Ahli Jamaah Menteri Kabinet Malaysia, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti-Mufti Negeri.
Selain itu, memorandum itu juga akan turut dihantar kepada Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia, Semua Ahli Parlimen, Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Semua Pengerusi Ahli Lembaga dan Ketua Pengarang Akhbar Harian, Semua CEO Stesyen TV awam dan Swasta.
Perhimpunan yang turut mendapat kerjasama Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah) bagi membantah gejala politik fitnah dan lucah di tanah air itu diadakan selepas solat Jumaat, dengan disertai lebih 1,000 orang dari seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain di seluruh negara.
Selesai tuntutan itu dibacakan, beliau dengan diiringi Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Rozan, Exco Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, beberapa pemimpin lain dari PAS, PKR dan beberapa NGO, bergerak beramai-ramai menuju ke Pejabat Jawi untuk penyerahan memorandum.
Disebabkan halangan pihak polis, hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan mengiringinya untuk penyerahan memorandum yang mengandungi tuntutan itu yang diterima oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jawi, Abdul Murad Wahab bagi pihak Pengarah Jawi.
Terdahulu dari itu, beberapa orang pemimpin politik dan NGO turut berucap. Masing-masing mengutuk keras budaya politik kotor, hina, lucah dan fitnah yang sedang berleluasa di negara kita. -Hrkh
Kerana semboyan perang dari Grombolan songkok tinggi telan dilancarkan oleh Memanda Pedana Menteri dengan slogan yang menakutkan dan mengerunkan .Memanda Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka.
Wow hebat !! ada class moskot Memanda menyeru warga Umno tak kira muda dan tua untuk menawan kembali negeri terkaya di Malaya ini semasa berucap pada majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan di sini semalam. Memanda Tok Jib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor,.
Dengan imej Umno/BN yang tercalar setelah tsunami kecil pada Pru 12 yng mengakibatkan 5 negeri di takluk pembangkang serta pembangkang berjaya menepis ego BN dengan menafikan majoroti 2/3 Bn di Parlimen.
"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas."Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,"
"Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas).
"Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.
Kepada MB selangor jangan berminpi lagi jika mahu mempertahankan kerusi empuk yang dimiliki, harus berkerja kuat untuk memenangi hati rakyat dan harus berhati hati kerana tak mustahil negeri Selangor Umno akan berjaya tawan kembali jika kita lena kerana tak mustahil Pembangkang Selangor yang pengalaman luas dalam tipu daya muslihat serta di sokong oleh jentera kerajaan yang hebat seperti media dan harta benda akan berjaya menawan kembali negeri ini.
Dengan ramalan kemungkinan pilihan raya mengejut pada tahun ini saya harap Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan pembubaran Parlimen oleh Memanda Pedana Menteri. Peringatan ini juga bukan setakat untuk kerajaan negeri selangor pimpinan Pakatan Rakyat sahaja tetapi untuk semua kepada pertugas sekutu Pakatan Rakyat negeri lain ayuh gerakan kerja kita untuk menghadapi PRU yang akan tiba bila masa sahaja lagi.
Jangan kita bermimpi idah dengan tsunami PRU yg lalu sesungguhnya ayuh kita tingkatkan kerja untuk misi menawan Putra Jaya dengan tsunami yang lebih besar dari pru yang lepas insyaallah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.
Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.
Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
DJ stesen radio berkenaan Fara Fauzana dan Faizal Ismail juga sempat bertanyakan mengenai pasukan bolasepak kegemaran perdana menteri Manchester United yang akan berentap dengan Chelsea bagi menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Selain itu, Najib juga menceritakan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dalam nada yang serius, beliau juga mengumumkan kerajaan akan melancarkan satu program baru iaitu Rumah Mampu Milik Berkualiti bagi memantapkan Skim Rumah Pertamaku selewat-lewatnya Julai ini.
"Melalui program tersebut, kos rumah untuk Skim Rumah Pertamaku akan dipastikan berharga RM220,000 ke bawah," katanya.
Di bawah skim itu, beliau berkata pemaju swasta akan terbabit sebagai projek tanggungjawab sosial korporat mereka, manakala kerajaan akan menyediakan tanah sebagai tapak rumah.
Perdana Menteri juga sempat bermain catur dengan DJ radio Hot FM. -M'kini
TEMERLOH, 6 Mei: "Apakah saudara juga meminta PAS untuk mendukung segala kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan Umno, sama ada dalam aspek agama Islam atau pengurusan negara supaya tidak digelar sebagai pengkhianat Islam?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dr Juanda Jaya dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya.
Beliau melontarkan pertanyaan itu sebagai menjawab balas kepada kenyataan yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kelmarin, di mana beliau menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Tuan Ibrahim berkata apabila soal perpaduan, penyatuan dan kerjasama diketengahkan, sudah tentunya keadaan akan disifatkan sebagai janggal sekiranya ada pihak yang menentang usaha tersebut, tambahan pula bila mana Islam sendiri telah meletakkan asas yang sangat kukuh ke arah nilai tersebut.
Namun begitu, dengan bersangka baik pada niat Dr Juanda, beliau berpendapat mungkin idea yang dilontarkan olehnya disebabkan perkara itu dilihat daripada aspek penyatuan kaum Melayu, sudah pastinya tidak menepati apa yang dibawa ajaran Islam kerana Islam membina penyatuan yang jauh lebih luas daripada penyatuan kaum.
"Islam sendiri melihat penyatuan Islam melampaui kaum, dan seruan penyatuan universal di atas nama Islam inilah telah berjaya merobohkan asaniyah qaumiyah yang selama ini menjadi penghalang kepada pembanguan sesebuah negara, dan terutamanya bilamana sesuatu kaum merasa cemburu di atas kejayaan kaum lain," terang Tuan Ibrahim.
Namun, beliau mengingatkan bahawa dalam Islam, penyatuan besar ini telah mencipta satu sejarah bangsa manusia yang hebat bilamana Islam yang sifatnya rahmatul lil Alamin telah berjaya diterima dengan penuh hormat oleh seluruh manusia.
Sebagai seorang mufti, nasihat Tuan Ibrahim, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah.
Dari sudut ini, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kewujudan PAS dan Umno tidak seharusnya dilihat dari sudut perpecahan.
"Kerana kalau ianya dianggap perpecahan kerana wujudnya pelbagai parti politik, sepatutnya yang dipersalahkan ialah kerajaan yang menerima pendaftaran parti-parti politik; tapi ini sudah tentunya ini bertentangan dengan kehendak demokrasi itu sendiri," jelasnya.
Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Tuan Ibrahim menyeru supaya seharusnya memikirkan persoalan bahawa, "Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, sama ada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?"
"Bukankah jauh lebih baik bagi Dr Juanda untuk bertindak menasihati UMNO agar jangan menganiaya negeri yang majoriti umat Islam, seperti Kelantan dengan menyekat royalti minyak milik negeri, bantuan perkapita tahunan mengikut jadual yang telah dimeteraikan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, pelaburan asing dan selainnya?
Lihatlah bagaimana hebatnya Umno menyerang negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, sedangkan sepatutnya kerajaan pusat bersikap adil dengan pilihan rakyat," tambah beliau.
Di samping itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan pesanan kepada Dr Juanda agar tidak mengaitkan PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat seperti melihat parti Islam sebagai punca kegagalan penyatuan Melayu kerana ia adalah tidak adil dan bakal mengundang pelbagai reaksi ahli-ahli dan para pimpinan PAS yang masih terasa luka lama akibat ditendang keluar Barisan Nasional pada 1978.
"Melihat PAS sebagai punca gagal penyatuan Melayu juga adalah tidak adil kerana sejarah lampau yang dilalui oleh PAS sewaktu penggabungan dengan BN sangat besar kesannya, terutama apabila PAS ditendang keluar.
Ekoran itu, PAS pecah kepada tiga kumpulan dan kehilangan Kelantan akibat perbuatan khianat Umno terhadap pengorbanan PAS pada waktu itu. Lantaran itu, menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat sepatutnya tidak berlaku, kerana ianya akan mengundang pelbagai reaksi ahli dan pimpinan yang masih terasa luka lama tersebut," tegur beliau secara halus. -Hrkh
Peguam Lawyers For Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri yang membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat menerima ugutan dari seorang anggota polis ketika menjalankan tugasnya di Ibu Pejabat Polis Derah Gombak semalam.
Ugutan berbunyi "jangan sampai jadi macam SPRM" itu diterima Fadiah ketika mengambil keterangan anak guamnya, Mohamad Arif Abu Samah.
Peguam kepada Fadiah, N. Surendran berkata tindakan anggota polis berkenaan adalah perbuatan melampau yang salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa di bawah Seksyen 503 dan Seksyen 506 Kanun keseksaan Imiditasi Jenayah dengan niat menakutkan individu dengan kematian.
"Kita memberikan tempoh 24 jam untuk menahan pegawai polis yang terlibat, ugutan ini bukan sahaja kepada individu tetapi terhadap sistem keadilan negara, jika peguam diugut, rakyat akan menderita," katanya.
Pada sidang media yang diadakan di pejabat LFL hari ini, Surendran menjelaskan anak guamnya ada mencabar anggota polis berkenaan membuang beliau dari tingkap dan ia tidak dinafikan oleh pegawai berkenaan.
Tindakan agresif anggota polis itu kata Surendran jelas melangkaui batas undang-undang yang sepatutnya menjadi amalan mereka.
Ugutan untuk mencampak Fadiah keluar dari tingkap mirip kejadian yang berlaku terhadap mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu.
"Sekali lagi masalah daripada pihak kerajaan, Menteri Dalam Negeri kerana kerajaan terus-menerus melindungi pihak berkuasa setiap kali mereka melakukan kesalahan. Jika berlaku seperti kes Teoh beng Hock, semalam anggota terbabit tanpa rasa takut mengugut peguam untuk menghumbannya keluar daripada tingkap," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Jelas Surendran, ketika insiden itu, Fadiah menemui anak guamnya yang merupakan satu prosedur biasa terhadap mana-mana individu yang ditahan dan kehadiran anggota polis dilihat bertujuan untuk mengganggu tugas pihak peguam.
Beliau memaklumkan kejadian ugutan ini tertakluk di bawah Seksyen 503 dan Seksyen 506 Kanun keseksaan Imiditasi Jenayah dengan niat menakutkan individu dengan kematian, jika sabit kesalahan hukuman penjara selama 7 tahun boleh dikenakan.
Fadiah sebelum ini membantah keras penguatkuasaan undang-undang Ordinan Darurat ke atas remaja berusia 19 tahun yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari.
Menurut Fadiah penggunaan undang-undang berkenaan untuk menahan remaja yang kini adalah anak guamnya begitu kejam memandangkan remaja berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah untuk disabitkan kesalahan. -tvsnews
Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam.
Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan.
1) Penyelewengan dalam perniagaan arang batu di Indonesia
Eskay pernah menceburkan diri dalam perniagaan jual beli arang batu di Indonesia. Beliau menggunakan nama Dr. Mahathir (ketika itu PM) untuk mendapatkan kontrak membeli arang batu di Indonesia menerusi Jeneral Probowo (bekas menantu Presiden Soeharto).
Eskay menerima modal pusingan sebanyak RM2juta dari seorang Tan Sri taukey judi yang mendominasi perjudian mesin slot utama di Malaysia. Dengan kelicikannya, Eskay hanya menggunakan RM 1juta sahaja untuk urusan pembelian arang batu. Lebihan RM 1juta lagi dipindahkan melalui seorang pengurup wang bernama Haji Shah di Malaysia dan wang ini kemudiannya diterima oleh isteri Eskay.
2) Perniagaan membekal baja dari Thailand
Sebuah syarikat yang telah diberikan kontrak oleh sebuah syarikat baja dari Thailand sebagai pengedar tunggal baja keluaran Thailand ke seluruh Malaysia telah disabotaj oleh Eskay.
Eskay, dengan menggunakan jaringan politiknya telah menggunakan salah seorang anak Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) untuk melobi bagi mendapatkan hak membekalkan baja tersebut ke seluruh Negeri Sarawak.
Eskay seterusnya ke Thailand dan bertemu dengan pihak syarikat pembekal baja tersebut dan mendesak agar kontrak sebagai pengedar tunggal baja ke seluruh Malaysia yang telah diberikan kepada syarikat asal dibatalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat milik Eskay iaitu Aman Agropreneur Sdn Bhd. Eskay berjaya dalam usahanya dan menjadi pembekal baja ke seluruh Malaysia termasuklah untuk Risda yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Tambi Chik bekas Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan salah seorang Datuk T.
Difahamkan Eskay kini sedang berusaha menyogok pengurusan Felcra untuk memberikan beliau kontrak membekalkan baja di ladang-ladang milik Felcra.
3) Komisyen RM 20 juta dalam tender 'jambatan bengkok'
Eskay berbekalkan kelicikannya cuba mendapatkan "duit atas angin" sebanyak RM20 Juta daripada tender "jambatan bengkok" menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Negeri Johor dan Singapura.
Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan [Msian Insider]
Bagaimanapun dari laporan Malaysiakini, kes saman beliau terhadap Merong Mahawangsa telah ditolak hari ini. Merong Mahawangsa tidak perlu membayar RM 20 Juta kepada Eskay berikutan projek itu tidak lagi diteruskan.
Jelas sekali Eskay adalah seorang ahli perniagaan yang licik dan bijak mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya walaupun dengan cara menipu. Orang seperti ini sanggup berbuat apa saja termasuk bersumpah dengan nama Allah demi memenuhi cita-cita beliau.
Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000. - Mat Zain bin Ibrahim
Kepada,
Yang Berbahagia Datin Kalsom Taib, 43 Persiaran Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Malaysia.
YBhg Datin,
THE SHAFEE YAHAYA STORY – Estate Boy To ACA Chief.
Dengan penuh hormat takzim, saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk di atas (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11, 12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuluh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.
2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes "Mata-Lebam" satu insiden bersejarah di mana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam Buku Tersebut).
3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000. Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.
3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan di atas, saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI di antara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang). PELANCARAN BUKU TERSEBUT
4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga di salah sebuah restoran di situ. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Seperti mana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.
SURAT TERBUKA INI.
5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang "Estate Boy to ACA Chief". Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11, 12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param Cumaraswamy atau pun Kim Quek (seperti mana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah menyoal "What happened to the probe on Dr. Mahathir?". Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebenarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; "And mix not truth with falsehood, n or conceal the truth while you know (the truth)" Surah Al-Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.
Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj. Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.
6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 Mei 2010 atas tajuk "Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula" yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.
6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bila mana berkenaan.
Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.
7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Perintah di bawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato' Mohd. Zaki bin Mat Yasin.
7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.
7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan di mana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tanda tangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.
7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.
7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee di rumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut di bawah tajuk "The aftermath") (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa "simple dan humble serta peramahnya" Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung ke rumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.
7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah "on a one to one basis". Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatatkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan subjek dalam persoalan.
"Rampasan" Kertas Siasatan BPR.
7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;
7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj. Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktiviti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.
7.6.2. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE di mana RM100, 000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.
7.7. Untuk makluman Datin, penelitian ke atas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catatan atau arahan bertulis, yang menjurus ke arah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, seperti mana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes "mata-lebam" (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).
7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis "merampas" kertas siasatan BPR.
"Jikalau kail panjang sejengkal".
7.9. Saya percaya Datin boleh menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, "on a one to one basis" dalam suasana yang lebih "tense" lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah "self-inflicted".
Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang "disyaki" melakukannnya oleh kerana siasatan masih di peringkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan "self-inflicted" pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang "transpired" dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan.
Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada di hadapan Pegawai perakam tersebut).
Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah "Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi". Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatatkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan.
Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.
7.10. Untuk faedah Datin, saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;
"Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Bangunan Bank Rakyat, Kuala Lumpur.
………….
Para 5: RUMUSAN.
Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-
5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catatan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.
5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini, percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai "evidential value" oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan "hearsay" sahaja.
5.3.Semakan serta penelitian ke atas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catatan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus ke arah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosedur pengedaran yang sewajarnya.
5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk "hearsay" atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik. Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan di atas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.
Salam sejahtera dan terima kasih.
Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.
(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur."
Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan ke atas Tun Mahathir.
7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;
The IGP confirmed that an investigation on Dr. Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)
"Our records show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case."
In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,
"The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations"
7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti di atas adalah tidak benar, tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.
7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001, Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catatan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).
7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagi pun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.
7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka "flood-gates" untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah "undermine" penyiasatan Polis dalam kes ini, seperti mana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan ke atas DSAI dalam penyiasatan kes "mata-lebam", yang bukan sahaja mereka telah "undermine" siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.
Cadangan kepada Dato Shafee.
7.16. Walau bagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.
7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus "tepuk dada tanya seleranya sendiri". Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya seperti mana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.
Tiada campur tangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.
8. Untuk faedah Datin juga, saya boleh mengesahkan di sini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.
INSIDEN MATA-LEBAM
9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, seperti mana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagi pun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah "mendedahkan" sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan. Laporan DSAI pada 1.7.2008.
10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.
10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudiannya SPRM). Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat "rampasan" dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggungjawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, seperti mana juga saya lakukan ketika membuat "rampasan" dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan di atas.
10.2. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh "mengaitkan" seseorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh "mensabitkan" kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.
10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini.
Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama.
Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diisytiharkan bersih ("cleared") dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah-olah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak "dibersihkan" sekali dengan mereka berdua.
10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.
10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan: MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli-ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, seperti mana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.
10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan pelantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian pelantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengisytiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.
10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu pelantikan Panel Bebas ini.
10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa pelantikan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.
10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana di akhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg. Tun seperti diperturunkan;..
"Para 48.
Saya percaya Y.A.Bhg.Tun, serta Yang Berbahagia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan integriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan seseorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini. Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.
Yang benar,
t.t.bertarikh:15 April 2009.
(Mat Zain bin Ibrahim)"
10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat "pengisytiharan" yang berbunyi antaranya;
"Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya, selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut di bawah;
a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan ke atas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.
b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;……."
10.9.1. Saya turut mengisytiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut. Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah ke atas seorang Dr. Abdul Halim Mansar (gambar) yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan ke atas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan "complications" pada kemudian hari.
Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.
Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.
11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi "isyarat awal" berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II.
Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara subjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai akses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan "scape-goat" sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.
12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononnya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.
12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah-olah BAB XI dalam Kanun Kesiksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak wujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada "precedent" yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri.
Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka.
Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig. Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Briged Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuluh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.
13. Memandangkan keadaan terbaru ini, mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya di perenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.
14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain-lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan di bawah;
"Para 32.
Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini. Saya sedar siapa saya dan kedudukan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku ke atas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan.
Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan-bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN.
Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri di dalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.
Para 33.
Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia ke arah kecemelangan dan kegemilangan serta dihormati seperti mana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.
Wassalam.
Bth:6 Mei 2010.
PENUTUP
15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negatif. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.
16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tanda tangan saya, akan dikirim pos.
17. Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hormat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.
Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; "And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Syawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.
Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G
KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.
Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."
"Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.
"Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri," kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.
Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.
"Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat," katanya lagi.
Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.
Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.
Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.
"Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet'," katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.
Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.
"Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali 1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.
"Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang," katanya.
Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.
"Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.
"Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian," katanya lagi.
Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.
Katanya, "sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali. -TMI
Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu.
Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin. -GB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan