Muslimeen United |
- Rahsia terbongkar.. bidio lucah telah di edit.. wajib bace beb!
- Mimpi sang pembodek!!!
- Sidang Media DSAI Terkini..!!(video)
- TG Nik Aziz dipercayai cuba 'menyiku' Najib ?
- Foto Palsu, Amerika Masih Diam. Taliban Dakwa Osama Masih Hidup
- Analisis : Merungkai Permainan Kata Kata Najib Dan Soi Lek
- PKR Dedah Polis Adalah Agen Umno Apco Yahudi..!!!
- RDPT : Pembantah serbu SPR Selangor
- Anwar curiga kerana ada asasnya...
- Salahudin kesal kenyataan Najib ekoran kematian Osama
- Foto Masa Muda Osama Laden
- Jenazah "Osama" Dicampak Ke Laut, Tidak Ikut Peraturan Islam
- Nah kebanggan Kerajaan 1 msia
- Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya
- UMNO Dilanda Perpecahan Hebat, Rafidah Turut Tolak 1Melayu
- Beri E-Book tapi masih mengajar guna papan hitam
Rahsia terbongkar.. bidio lucah telah di edit.. wajib bace beb! Posted: 03 May 2011 09:36 AM PDT Salam perjuangan dan salam perubahan minda sume beb.. terpetame kalinye gua nak cite sikit pasal edit mengedit nie beb.. ape yg umno apco berserte gerombolan2 dungu lagi membebalkan kate.. bidio tidak mungkin dapek di edit termasuklah gerombolan2 filem yg menjadi akar pade umngok yahudi jahanam.. sile lihat nie beb.. bidio yg di edit.. jgn lew cube lagi temberang rakyat mesia dan olang mude.. lu olang dalam umno tu dah busuk sampai keperingkat nanah dan bangkai.. fitnah itu lebey dasat dari membunuh.. nasihat gua pade gerombolan2 songkok 3 jengkal.. bertaubat lew dari melakukan fitnah aib dan mungkar demi kuase dunia yg hampir2 padam.. pade mat mongol berserte gerombolan2 yg beriman pade fitnah bidio lucah umporno nie.. gua ucapkan semoge lu olang cepat mampos dan sempat minta ampun.. kalu tak sempat.. g lew mampos same lu olang Sumenye bise di edit.. gambo bidio obama nie siap HD lagi.. ni kan pule gambo hitam putih ? kahkahkah.. kot ye pun nak temberang.. temberang lew kek org asli kek afrika.. kek mesia nie olang mude sangat terbuke lagi berilmu .. dapek membezakan yg baik dan buruk.. bukan macam gerombolan umporno.. lembu2 penambat yg setia pade perjuangan elitis yg hanye mengkayekan diri mereka.. tapi lu olang ? lebey mulia vavi lagi dari lu olang.. ingat beb.. seks dan jubo adelah makanan harian pade gerombolan2 dan pemimpin2ngok mereka.. ingat umno.. ingat lew umporno! |
Posted: 03 May 2011 09:28 AM PDT Ada yang membodohkan diri.. Ada yang cuba memperbodohkan... Jangan ada lagi yang diperbodohkan... kah..kah...kah..mengampu lah lagi...dah dekat PRU 13 ni.. |
Sidang Media DSAI Terkini..!!(video) Posted: 03 May 2011 09:22 AM PDT |
TG Nik Aziz dipercayai cuba 'menyiku' Najib ? Posted: 03 May 2011 09:20 AM PDT TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika". "Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu. Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu. Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu. "Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Amerika juga pengganas |
Foto Palsu, Amerika Masih Diam. Taliban Dakwa Osama Masih Hidup Posted: 03 May 2011 09:17 AM PDT Soal Foto Palsu Jenazah Osama Pejabat AS Belum Memberikan Reaksinya Foto jenazah Osama bin Laden, yang diterbitkan sebelum ini, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeza yang disiarkan online dua tahun terakhir. Foto yang didakwa sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu. Beberapa lamanweb akhbar Inggeris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar khabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai lamanweb surat kabar dan pejabat berita dunia. Akhbar The Guardian terbitan Inggeris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak dapat memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu. Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mendakwa bahawa pemimpin AlQaeda telah terbunuh. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh pejabat berita Reuters. Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahawa bin Laden terbunuh di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan. Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahawa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu. -republika
|
Analisis : Merungkai Permainan Kata Kata Najib Dan Soi Lek Posted: 03 May 2011 04:56 AM PDT Rakyat kini berhadapan dengan satu permainan teka-teki yang dimainkan oleh dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan juga Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Baru-baru ini, Najib yang juga merupakan Perdana Menteri telah menjemput PAS untuk bersama-sama BN kerana parti Islam tersebut tidak mungkin dapat merealisasikan matlamat mereka di dalam Pakatan Rakyat kerana DAP tidak memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama. Secara tidak langsung dan teoritis, jemputan Najib bermaksud bahawa BN secara dasarnya sudah setuju (maklumlah beliau ialah Presiden BN), dan dapat membantu PAS untuk menjayakan dasar Islamnya di dalam sistem negara. Manakala bagi Chua pula, beliau menyatakan bahawa MCA secara dasarnya bersetuju untuk PAS menyertai Barisan Nasional, namun bersyarat – "hanya dan jika hanya" parti Islam tersebut menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu. "Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini. "Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata Chua. Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, ini bermaksud Presiden MCA telah mendedahkan ketidakikhlasan Najib dalam memberikan 'wadah' yang lebih baik untuk PAS untuk melaksanakan perjuangannya kerana beliau amat sedar bahawa MCA (seperti yang didakwa Chua bahawa beliau tahu) akan membantah sekeras-kerasnya dasar Islam yang dibawa PAS tanpa mempedulikan pendirian Umno. Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, MCA telah membuktikan bahawa tanggapan semua orang ternyata silap bahawa Umno menentukan segala-galanya dalam BN kerana Chua telah menunjukkan bahawa beliau boleh tidak mengendahkan Umno dalam perkara-perkara yang tidak disukainya. Dengan mengganggap kenyataan Chua sebagai benar, maka DAP bukan penghalang terbesar untuk PAS mencapai cita-citanya, sebaliknya ia adalah MCA, tidak kira di mana PAS berada asalkan parti Islam tersebut kekal konsisten dengan perjuangannya. Menjawab balas kepada permainan teka-teki Najib-Chua, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) dari PAS telah memberi penjelasan yang cukup ringkas bagi merungkai permainan politik ini jika ada di antara rakyat yang keliru dengan drama 'good cop, bad cop' (polis baik, polis jahat) yang dilakonkan oleh Najib dan Chua. "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak! "Tapi, DAP tidak pernah sesekali meminta PAS untuk menggugurkan negara Islam, ia cuma bukan agenda bersama Pakatan Rakyat," tulis Dzulkefly di laman Twitternya, yang secara langsung ingin memberitahu Najib bahawa MCA adalah jauh lebih teruk daripada DAP dalam hal yang berkaitan dengan Islam. Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan. "Chua tengah memberikan Umno lesen untuk memburukkan kaum Tionghua, dan Umno memberikan lesen kepada Chua untuk membusukkan PAS dan Islam. Satu gabungan yang sesat!" kata Dzulkefly. "Chua selalu didedahkan oleh Umno bahawa PAS sentiasa berpendirian untuk sebuah negara teokratis dan otokratik. Aduh, betapa ianya jauh menyimpang daripada kebenaran!" Apa yang dikatakan Dzulkefly agak benar kerana Chua, yang mengakui bahawa beliaulah pelakon dalam video seks dengan seorang wanita tiga tahun yang lalu, terkenal dengan sikap biadapnya terhadap Islam yang diberikan lampu hijau oleh Umno secara senyap. Sebagai contoh, Chua pernah menyoal mengapa kedai-kedai di Kelantan tidak beroperasi ketika Hari Raya Haji, memandang rendah serta menghina kaum Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim atas kehendak agama dan juga mengeluarkan kenyataan menyimpang bahawa negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam 'is naturally corrupt' (biasanya mengamalkan rasuah). Watak Chua juga terjejas teruk apabila beliau mencetus kontroversi di Twitter bulan Mac yang lalu setelah menggunakan kata-kata kesat dalam bahasanya ketika membalas pengkritik yang merentasi isteri-isteri mereka, orang tua dan juga saudara kandung. Namun demikian, walaupun sedar dengan kelakuan Chua, Umno dan terutamanya Najib tidak pernah menegur beliau atas tindakannya menghina Islam, dan bagi kebanyakan orang, sebenarnya Najib mengizinkan Chua untuk terus meremehkan Islam sebagaimana yang beliau suka buat di hadapan komuniti bukan Islam, terutamanya kaum Tionghua. Sekiranya ada pemimpin DAP yang melakukan perkara yang sama seperti Chua, sudah pasti ulama-ulama Umno akan melenting dan menyarankan bahawa pemimpin terbabit didakwa di bawah akta hasutan, dan lebih teruk lagi dikurungkan dalam ISA yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam. Dengan kelalaian yang cukup jelas dalam menjaga nama baik Islam, parti dan golongan manusia yang sama ini cukup bebal dalam mengajak PAS untuk menyertai pasukan mereka, yang kononya demi mencapai cita-cita yang tidak boleh dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat. Ia dilakukan dalam keadaan cukup sedar bahawa dalam pasukan tersebut terdapat satu parti anti-Islam, MCA yang menentukan syarat penyertaan dengan menyuruh parti Islam menggugurkan dasar Islam sebelum menyertai BN. Sekarang, siapa lagi yang masih betul-betul keliru dalam permainan teka-teki Najib-Chua ini? -Hrkh |
PKR Dedah Polis Adalah Agen Umno Apco Yahudi..!!! Posted: 03 May 2011 04:54 AM PDT |
RDPT : Pembantah serbu SPR Selangor Posted: 03 May 2011 03:52 AM PDT Tepat jam 2.00 petang tadi SPR Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam telah diserbu oleh pembantah-pembantah dari DUN dan Parlimen Negeri Selangor. RDPT atau Rang Daftar Pemilih suku tahun 1/2011 yang mula di pamirkan pada 28 hb April 2011 dan berakhir pada 4hb May 2011 ini menampakkan kelemahan ketara yang dilakukan oleh SPR menyebabkan kemungkinan ribuan bantahan akan dibuat keatas SPR. Para pembantah pada kali ini nampaknya sudah benar-benar bersedia dengan bukti yang kukuh bahawa ada terlalu ramai pengundi yang didaftarkan bukan merupakan pemastautin tetap di sesuatu Daerah Mengundi. Terdapat juga kes dimana jumlah pengundi dari luar yang pindah mengundi ditempat baru sungguh luar biasa jumlahnya. Pada hari ini sahaja sebanyak hampir 500 bantahan telah dibuat di SPR. Kota Raja sendiri untuk hari ini telah membantah sebanyak 99 nama pengundi yang baru yang mencurigakan telah didaftarkan oleh SPR dalam RDPT ini. Esok merupakan hari terakhir bantahan dan adalah dijangkan ribuan bantahan akan dihartar esok kepada SPR Selangor. JPrK PAS Kawasan seluruh Selangor diminta meneruskan semakan kepada RDPT pada malam ini dan jika terdapat asas yang kukuh untuk membuat bantahan mesti dilakukan pada esok hari iaitu hari terakhir bantahan ini. Selepas tarikh ini SPR akan menutup pintu penerimaan bantahan ini. Selain bantahan bagi PPS pula boleh membuat tuntutan kepada mana-mana bakal pengundi yang telah didaftarkan mulai 1 Januari hingga 31hb Mac 2011, tetapi tiada dalam RDPT ini. Turut kelihatan pagi ini di SPR Selangor ialah Ahli Parlimen Shah Alam YB Hj Khalid Samad yang menghantar lebih 1400 senarai nama pengundi yang tidak lengkap kepada pegawai SPR untuk tindakan. Manakala YB Dr Siti Mariah akan menghantar bantahan beliau kepada Pengarah SPR Selangor esok 4hb Mei 2011 jam 9.00 pagi. Untuk maklumat pada RDPT suku tahun 4/2010 PAS Kawasan Kota Raja telah menang 3 kes bantahan ini dari 6 kes yang yang dibantah pada ketika itu. Lakukan sesuatu kerana kita mahu penyertaan kita dalam PRU 13 nanti dalam suasana yang sihat. Sementara itu petang semalam bertempat di Taman Lembayung Shah Alam, YDP Kota Raja En Jaafar Samsuddin dan YB Shuhaimi ADUN Sri Muda telah mengadakan sidang media berkaitan pemindahan untuk kemasukkan luar biasa pengundi ke dun Sri Muda khususnya. Sinar Harian hari ini ada mengeluarkan berita ini. Penulis ialah Ketua Urusan Pemilih (UPP) Jentera Pilihanraya PAS (JPrK) Kota Raja. |
Anwar curiga kerana ada asasnya... Posted: 03 May 2011 03:42 AM PDT Apa sebenarnya keutamaan Hishamuddin dalam menangani kes video hitam putih ini. Polis lambat bertindak apabila ketiga-tiga datuk T membuat sidang media mengakui mereka terlibat dalam tayangan video seks ini. Anwar juga telah membuat laporan. Jadi apa bukti yang kamu (polis) hendak lagi. Sepatutnya Hishamuddin ambil tindakan dengan mengambil prosedur biasa mengikut undang-undang, seperti juga kes-kes yang lain apabila seseorang mangsa mengadu, dan saspek telah mengaku. Polis kena ambil tindakan dengan menyiasat dan mendakwa mereka. Trio Umno itu telah secara terang mengaku mendedahkan video tersebut kepada orang ramai, yang nyata bercanggah dengan undang-undang iaitu Seksyen 5, Akta Penapisan filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayang video lucah. Itu terlalu lambat. Pada 21 Mac video ditayangkan, seminggu tak ada apa lagi. Kalau sebagai pemimpin, sudah tentu Anwar mempunyai kecurigaan mengatakan polis terlibat. Oleh kerana polis lambat bertindak dan orang yang kena fitnah ini merasakan polis mengambil kes ini sambil lewa, sudah tentu dia mempunyai pemikiran bahawa kelewatan ini ada hubungkait dengan polis. Ini soal maruah. Dia mempunyai sebab musabab yang tinggi untuk mempercayai kelewatan polis bertindak dengan membuat kenyataan besar kemungkinan polis terlibat. Percayalah, Anwar tidak gentar dengan ancaman hendak disaman tersebut. Kalau benar, biarkan sahaja dia memfailkan saman. Kemudian kita, rakyat Malaysia boleh melihat kemampuannya sama ada wujud bukti bahawa polis tidak berpihak kepada kerajaan yang memerintah. Apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional akan 'backlash' kepada mereka, sehinggakan Barisan Nasional sesama mereka sendiri tidak yakin dengan isu tersebut. |
Salahudin kesal kenyataan Najib ekoran kematian Osama Posted: 03 May 2011 02:38 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seni Najib Razak seolah-olah bersorak gembira bersama dengan Amerika Syarikat ekoran kejayaan membunuh Osama Bin Ladin tidak disenangi oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Ekoran itu, Najib dalam kenyataannya berkata, kematian Osama akan menyebabkan dunia akan lebih aman, selamat dan adil. |
Posted: 03 May 2011 02:38 AM PDT Pemimpin tertinggi Al Qaeda ini lahir dengan nama Usamah bin Muhammad bin Awwad bin Ladin di Jeddah, Arab Saudi pada 10 Mac 1957. Osama merupakan putra pasangan Muhammad bin Awad bin Ladin dengan isteri kesepuluhnya, Hamida al-Attas. |
Jenazah "Osama" Dicampak Ke Laut, Tidak Ikut Peraturan Islam Posted: 03 May 2011 02:36 AM PDT Kaherah: Islam menentang keras mayat Osama disemadikan di laut, demikian kenyataan seorang jurucakap Universiti Al-Azhar, di sini semalam selepas pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama. "Jika benar jenazah itu dicampakkan ke laut, maka Islam menentangnya sama sekali," kata Mahmud Azab, penasihat kepada Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb, memberitahu AFP. "Jenazah siapa pun, jika ia dimilik oleh seseornag yang terbunuh atau mati kerana benncana alam, hendaklah dihormati. Batang tubuh orang beriman atau tidak beriman, Islam atau Kristian, mesti dihormati," tambahnya. Universiti Al-Azhar adalah pusat pembelajran yang amat berprstitij di kalangan dunia Islam Sunnah. Seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut. "Kami ingin mengelakkan situasi di mana makam itu akan dijadikan seperti keramat," kata seorang pegawai AS kepada AFP, dan menambah sekarang tiada masa untuk berunding dengan lain-lain negara untuk mengaturkan pengkebumian yang wajar. Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam. "Kami memastikan bahawa ia (jenazah Osama) dikendalikan menurut amalan dan tradisi agama Islam," kata pegawai berkenaan. Meskipun Amerika berjanji untuk mengkebumikan jenzah Osama mengikut amalan dan tradisi Islam, ternyata mereka penipu. Mereka mengambil keputusan untuk mencampakkan jenazah ke laut, yang menurut ulamak Universiti Al-Azhar bukan merupakan peraturan dan amalan Islam. Masyarakat semakin mempertikaikan benarkah Osama dibunuh? Apakah mencampakkan mayatnya ke laut adalah usaha untuk menutup terus cerita Osama supaya dia tidak lagi boleh dicari dan dikaji untuk menentukan kesahihan dan kebenaran bahawa itu adalah Osama? Sedangkan gambar yang dikatakan Osama ditembak itu adalah sebenarnya sekeping gambar palsu? =GB |
Posted: 03 May 2011 02:35 AM PDT Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas. Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas. Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika. Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini. Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar. "Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan. Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia. Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'. 'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191). Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141. Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau. Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan. Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland. Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas.-mkini |
Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya Posted: 03 May 2011 02:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Mei: "Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan. Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain. Berikut kenyataan penuh beliau. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika? Sekian, wassalam. TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M |
UMNO Dilanda Perpecahan Hebat, Rafidah Turut Tolak 1Melayu Posted: 02 May 2011 05:24 PM PDT 1Melayu jejaskan 1Malaysia, kata Rafidah Aziz Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz. Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini. Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini. "Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi". Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan. Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan. Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat. "Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya. Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan.--Bernama Ahli-ahli UMNO khususnya kini telah terperangkap di antara dua: mahu sokong 1Melayu atau tidak. Utusan Malaysia, PERKASA, Muhyiddin Yassin, para blogger pencacai UMNO mendokong gagasan berkenaan, manaka Mahathir, Najib dan Rafidah menolaknya. Malah TDM kata ia bakal bawa malapetaka kepada negara. Hebat perpecahan UMNO kali ini. Apakah ini bakal merupakan "perpecahan terakhir" untuk membawa UMNO terus ke jurang kehancuran? Sama-sama kita tunggu. -GB |
Beri E-Book tapi masih mengajar guna papan hitam Posted: 02 May 2011 05:22 PM PDT HULU TERENGGANU - Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof mendakwa, walaupun para pelajar di sekolah-sekolah Terengganu mendapat komputer riba E-Book, namun guru-guru masih mengajar menggunakan papan hitam. Beliau berkata, ia berbeza dengan proses pembelajaran di negara Singapura, dimana pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah. "saya nak sebut, waris-waris saya dapat E-Book (tetapi) tidak gunakan E-Book untuk belajar. (Ia) berbeza dengan (pemerintah) Singapura (yang) bagi E-Book kepada rakyat, "rakyat di Singapura dapat E-Book, (mereka) tidak bawa lagi buku teks, semua mata pelajaran, semua guna E-Book, (sebaliknya) yang kita ini guna E-Book (hanya) nak tengok internet saja, "belajar matematik (dan matapelajaran lain) masih guna papan putih ataupun papan hitam,"ujarnya sebagai ahli Panel dalam program Kempen Siber, pengalaman di Asia Barat, yang diadakan di Pekan Manir, dekat sini, 29 April. Beliau turut mendedahkan, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan. Lebih malang lagi, katanya, apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih. Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book. Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin dikalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut. "maknanya saya nak katakan disini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book, (bila) diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,"jelasnya. -BO |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan