Muslimeen United |
- Osama: Jika Saya Mati, Misi Saya Tetap Hidup
- Utusan pecat Presiden NUJ Hata Wahari
- Semua Turun...Hari 'Marah' Di Masjid Negara..
- Hanya di Malaysia: Lembu pakai uniform
- Husam Cabar Datuk T Jalani Ujian Poligraf
- Obama dakwa Osama meninggal dunia
- 'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'
- Terbukti UMNO Tolak Islam, Maka Sebabnya MCA Boleh Bersamanya
- Biarlah kita hina kerana menuntut ilmu - Bob Lokman
- 4 Lelaki, RM7 Juta, 3 Minit = Berbaloi-baloi!!!
- Lakukan Sumpah Balas - Perlukah DSAI Layan Cadangan Tokoh Agama?
- Israel Melenting Hamas Dan Fatah Berdamai
- Dr Jeya & Arul antara 21 ditahan, suasana berbeza di negara jiran
- Eskay Perlu Dijatuhkan Hukuman Qazaf, Disebat 80 Kali Kerana Tiada 4 Saksi
Osama: Jika Saya Mati, Misi Saya Tetap Hidup Posted: 02 May 2011 09:58 AM PDT ~ Photo yang diedit.. Gambar di atas menunjukkan bagaimana 'pakar' mendedahkan gambar Osama 'mati' yg digembar-gemburkan adalah gambar individu lain (gambar kedua). Perhatikan dan bezakan antara gambar ketiga dan pertama (lihat warna kulit antara hidung dan mata) Pada tahun 2004, Osama bin Laden telah menawarkan gencatan senjata kepada negara-negara Eropah agar tidak menyerang umat Islam. Dia pun menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) boleh terhindar dari serangan 11 September jika mereka menghentikan tindakannya untuk mengancam keamanan umat Muslim. Namun, setelah sekian lama berdiam diri, Osama kembali muncul pada 2006. Kali ini pesanannya lebih cenderung ke politik. Pada Januari 2006, dia memberikan komentar kepada rakyat Amerika, dia memberi komen jejak pendapat yang menyatakan bahawa rakyat Amerika menginginkan penarikan pasukan dari Irak. Dia pun menyarankan para warga Amerika sebuah buku berjudul "Rogue State: A Guide to the World's Only Superpower" yang menawarkan jalan perdamaian. Dalam kurun waktu beberapa tahun ini, setelah serangan 11 September, pencarian terhadap Osama semakin mendekati titik terang. Setelah ditangkapnya Khalid Shaikh Mohammed, yang dikatakan menjadi otak serangan 11 September, pada Mac 2003, para pejabat di Islamabad dan Washington selalu memberikan pernyataan adanya khabar angin tertangkapnya Osama bin Laden. Pasukan AS pun diterjunkan di wilayah perbatasan untuk mencari Osama, para mantan anggota Taliban mengatakan bahawa Osama selama ini selalu berpindah-pindah, dia selalu melakukan perjalanan di wilayah pegunungan dengan sekelompok kecil rombongan pasukan keamanannya. Osama selalu berjanji berulangkali bahawa dia bersedia mati dalam perjuangannya untuk mengusir Israel dari tanah Jerusalem dan Amerika dari tanah Arab Saudi dan Irak. "Amerika tidak akan dapat menangkap saya hidup-hidup," demikian pernyataan Osama pada saat wawancara dengan wartawan Pakistan sesaat setelah ipencerobohan AS dimulai di Afghanistan, seperti disiarkan oleh Associated Press. "Saya mungkin dapat dimusnahkan, namun misi saya tidak akan pernah berhenti," demikian pesanan Osama. -okezone
|
Utusan pecat Presiden NUJ Hata Wahari Posted: 02 May 2011 09:55 AM PDT Wakakak .... hilang akal ke? Imej Utusan dah lama hancus ... Surat khabar tak laku bukan sebab Hata .. tapi sebab surat khabar lain tak layak buat bungkus nasi lemak .. wakakak !!! Bengong ... !!! Wakakak !!! KUALA LUMPUR – Kumpulan Utusan telah memecat Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu. Syarikat itu memaklumkan keputusannya itu dalam satu surat bertarikh 21 April 2011, yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman. Pada 14 April lalu, panel siasatan dalaman Kumpulan Utusan mendapati Hata bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media tempatan. Hata (gambar), wartawan kanan akhbar Utusan Malaysia, berhadapan dengan lapan tuduhan yang dikemukakan berdasarkan lapan laporan berlainan yang disiarkan portal dan akhbar. Hata sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantang berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan. Dia telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh Kumpulan Utusan. Tidak jelas sama ada Hata akan dibenarkan meneruskan jawatannya sebagai presiden NUJ ekoran pemecatan hari ini, tetapi wartawan itu yakin kesatuan kebangsaan tersebut akan terus menyokongnya. Dia juga merujuk kes J. Solomon yang terus kekal sebagai Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) meskipun dipecat oleh majikannya. Hata menyertai Kumpulan Utusan pada 1995. Pada 2009, Kumpulan Utusan turut menjalankan siasatan dan memecat Pengerusi NUJ cawangan Utusan, Amran Ahmad selepas didapati bersalah memfitnah syarikat itu dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. -TMI |
Semua Turun...Hari 'Marah' Di Masjid Negara.. Posted: 02 May 2011 04:10 AM PDT GOMBAK, 2 Mei: Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia. "Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama. "Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya. Bercakap pada Harakahdaily malam ini, Azmi berkata, selepas menunaikan solat Jumaat, himpunan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan segera terhadap Eskay yang berbuat demikian di dalam sebuah masjid di Sentul, Jumaat lepas. Dalam isu sama, Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyentuh perkara itu dalam Majlis Selamatkan Dewan Bahasa Pustaka (DBP)di Perpustakaan Bandar Dalam, dekat sini, malam tadi. Azmi bertegas, nampaknya terlalu banyak perlu diselamatkan di negara ini seperti kampung orang Melayu, tanah orang Melayu, aqidah bangsa, Bahasa Melayu dan berbagai lagi. "Negara kita seperti sedang mengalami konsep pandang ke belakang meskipun yang dilaungkan kepada rakyat adalah pertumbuhan, kemajuan dan pembangunan kebendaan tetapi dalam masa sama, banyak perkara yang hilang," jelasnya. Mengambil contoh, DBP yang ditegakkan atas keringat, darah dan air mata rakyat, ia bukan sekadar satu lembaga tetapi lahir dari aspirasi bangsa yang luar biasa, kini sudah tidak bermaya lagi dengan hutang ratusan juta. Lebih menyedihkan, tambahnya, apabila Dewan Bahasa Pustaka kini lebih dikenali dengan Dewan Pusara Bahasa kerana akibat salah urus dan tindakan pihak terbabit campur tangan dalam pentadbirannya, tiada kemajuan bahasa yang dapat dilakukan. Namun, katanya, apabila ada rakyat bangun menyuarakan bantahan, pihak berkaitan menyifatkan 'ini suara orang gila, mereka yang suka berhimpun di jalan raya dan hanya beremosi'. Dalam pada itu, tegasnya, tanyalah hati kecil mereka yang berbicara sedemikian rupa, mereka sendiri akan mengakui bahawa gara-gara merekalah rakyat Melayu khususnya, sedang berbicara dalam bahasa bangsat di negara sendiri. Orang Melayu sedang menagih simpati dan meminta-minta dengan siapa lagi dan memohon pertolongan dan yang lebih parah kerana golongan atasan itu telah mati rasa dan perasaan yang lebih teruk dari mati pucuk. -Hrkh |
Hanya di Malaysia: Lembu pakai uniform Posted: 02 May 2011 04:07 AM PDT Kalau di negara lain, nak tengok lembu pakai uniform... hanya di sarkas tapi di Malaysia... selagi BN memerintah... selagi itulah lembu-lembu diberi uniform percuma untuk menjalankan arahan ketua lembu. Cuma bedanya lembu-lembu Malaysia makan nasi hasil duit rasuah... !! JOHOR BAHRU: Polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Dahlia, Kempas malam tadi apabila mengarahkannya memendekkan ucapan. Kira-kira 200 anggota polis termasuk bahagian trafik dilihat berkawal di sekitar kawasan ceramah. Manakala jalan menuju ke lokasi turut ditutup dalam jarak 300 meter. Anwar sepatutnya berceramah di program terakhir dalam siri lawatannya ke Johor di Markaz Pas Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, namun akibat halangan polis menyebabkan pihak penganjur terpaksa memindahkan lokasi ke Taman Dahlia. Jarak antara dua lokasi berkenaan sejauh 30 kilometer, menyebabkan orang ramai yang ingin hadir terperangkap dalam kesesakan teruk. Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohammad dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Anwar dalam ucapannya sempat menyelar kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional, khususnya Kementerian Dalam Negeri kerana menjalankan dasar autokratik kerana menyekat kebebasan bersuara. "Apa maknanya ini. Apakah mahu ikut perangai Mubarak? Apakah rakyat tiada pilihan lain? Sokong Umno dan Barisan Nasional, atau ditangkap. "Jelas ini adalah atas arahan oleh Menteri Dalam Negeri. Mereka takut kepada kebangkitan rakyat, lalu mereka cuba menakut-nakutkan (rakyat). Secara sinis Anwar berkata, beliau 'diawasi' pihak polis sejak memimpin gerakan mahasiswa. "Saya ini memang sentiasa 'dijaga' oleh polis. Dari zaman mahasiswa di Universiti Malaya, jadi Timbalan Perdana Menteri sampailah sekarang ini pun. "Apakah rakyat ini hamba yang buta dan tuli? Tidak dibenar untuk dengar sebarang penjelasan? Bila kita ada kuasa, kita fikir negeri ini kita yang punya. Sekarang ini ada budaya baru, mahu ugut orang pula," ujarnya. Beliau dalam masa sama memberi amaran kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional supaya tidak terlalu angkuh dengan memperalat polis bagi mempertahan kuasa. "Kita ini perintah negara ikut undang-undang. Tindakan apa sampai begitu sombong dengan meletakkan lori polis di depan tempat ceramah? "Yang letakkan kamu sehingga ke peringkat itu, bukan semata-mata kerana kamu, tetapi rakyat. Dan rakyat yang berkuasa untuk menurunkan kamu," kata Anwar. Terdahulu sebelum itu, Anwar menyampaikan ucapan di Konvensyen Keadilan negeri di Pulai Spring Resort dan merasmikan ibu pejabat baru Keadilan negeri Johor di Bandar Baru Uda. |
Husam Cabar Datuk T Jalani Ujian Poligraf Posted: 02 May 2011 04:06 AM PDT Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio 'Datuk T' menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan. "Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong 9mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini. Selain itu Husam turut mempersoalkan tindakan Datuk Shazrul Eskay Abdullah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa agama ketika kejadian seks itu berlaku, sebaliknya mendedahkannya ketika musim pilihan raya Sarawak berlangsung. "Mengapa ketika kejadian itu berlaku dia (Eskay) tidak panggil penguat kuasa jabatan agama sebab itu lebih mudah kerana mempunyai saksi cukup untuk dakwa si pelaku dalam video itu," katanya. Bagaimanapun katanya, isu video seks berkenaan tidak akan menggugat kedudukan dan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mampu untuk mengubah pendirian rakyat terhadap kredibiliti kepimpinan mereka. "Cabaran boleh ditukar menjadi peluang jika dihadapi dengan tenang dan masalah ini (isu video seks) boleh digunakan untuk bangkitkan sentimen orang Melayu. Tidak mustahil isu ini juga akan tikam UMNO semula," katanya. Beliau turut menyifatkan pendedahan video aksi seks itu sebagai politik lucah yang diamalkan parti tertentu untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. "Kejadian yang dirakam dalam video itu berlaku pada malam 21 Februari tetapi pagi keesokannya (22 Februari) Anwar dilihat menghadiri perbicaraan di mahkamah. "Kemudian rambut individu dalam video itu jauh lebih pendek berbanding rambut Anwar pada 22 Februari. Jika Anwar adalah individu itu, tidak mungkin rambutnya boleh tumbuh panjang dengan begitu pantas dalam masa beberapa jam sahaja. "Jadi besar kemungkinan bahawa pelakunya merupakan orang berbeza dan ini perlu disiasat dengan lebih terperinci," katanya. -SH |
Obama dakwa Osama meninggal dunia Posted: 02 May 2011 04:02 AM PDT
Al-Jazeera melaporkan, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, Osama yang menjadi buruan amat dikehendaki Amerika terkorban dalam operasi tentera negara itu di Pakistan, malam tadi. Stesen televisyen satelit itu juga melaporkan rakyat Amerika berpesta di hadapan Rumah Putih menyambut pengumuman Obama berhubung perkara itu. Sementara itu, wakil stesen al-Jazeera di Pakistan melaporkan ada di kalangan rakyat negara itu yang menganggap berita kematian Osama sebagai khabar angin. -Hrkh |
'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar' Posted: 02 May 2011 03:58 AM PDT Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu. Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas. Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas. Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand. Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand. Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam. "Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. -M'kini |
Terbukti UMNO Tolak Islam, Maka Sebabnya MCA Boleh Bersamanya Posted: 01 May 2011 05:52 PM PDT MCA tolak PAS sertai BN jika kekal dasar Islam MELAKA — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup pintu menyertai Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu. Dr Chua (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam. "Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau. "Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Semalam, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN. Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP. Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu. "Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau. "PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong. Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. "Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? "Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu. Bagaimanapun hari ini Dr Chua menegaskan, MCA tidak akan menghalang Umno dan PAS daripada mengadakan perbincangan antara satu sama lain. "Baik, ia adalah baik bagi perpaduan orang Melayu dan Muslim, tiada masalah jika mahu berbincang. Kita tidak boleh menghalang orang daripada berbincang. "Perdana Menteri dan Umno sangat menyedari tetapi jika mereka mahu bertemu tiada masalah untuk mengadakan pertemuan," kata Dr Chua sambil menambah, dalam negara demokratik, mana-mana pihak boleh mengadakan pertemuan dari dari semasa ke semasa mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama. Pelawaan Najib semalam muncul kira-kira seminggu selepas akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melontarkan idea mengenai gerakan "1Melayu, 1Bumi" iaitu kempen untuk menyatukan orang Melayu kononnya bagi mengekang politik perkauman dibawa DAP. Pelawaan Najib itu bagaimanapun ditolak oleh pemimpin-pemimpin PAS. Membalas kenyataan Najib itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti teras BN itu untuk menyertai PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan bagi semua kaum. "Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" kata beliau dalam satu kenyataan. Selain Hadi, semalam pemimpin-pemimpin kanan PAS yang lain, antaranya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayub juga menolak bulat-bulat pelawaan Najib. TERNYATA KINI bahawa UMNO diterima MCA selama ini kerana UMNO menolak dasar Islam. Jika UMNO melaksanakan dasar Islam, berarti MCA akan tolak UMNO juga. Ia adalah satu penjelasan yang terang kepada rakyat bahawa apa yang dilakukan oleh UMNO kini disenangi oleh MCA lantaran ketidak-pedulian UMNO terhadap dasar-dasar Islam, maka dengan sebab itu undang-undang dan mahkamah syariah tidak berfungsi selama ini. Tahniah UMNO kerana mengikut telunjuk dan kehendak MCA yang hampir pupus itu. -GB |
Biarlah kita hina kerana menuntut ilmu - Bob Lokman Posted: 01 May 2011 05:50 PM PDT "Kehinaan yang kita tempuhi dalam perjalanan mencari ilmu tidak mengapa kerana nanti ilmu itu akan memuliakan kita. Saya amat menyukai suasana sebegini. Di sekolah-sekolah kelolaan PAS sahaja kita akan jumpa, masjidnya lebih besar dari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan, muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300 orang. Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda penting kerajaan. Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yang berilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anak saya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa, doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenal Allah." Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketika program sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan Muassasah Matla'in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agenda kalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitar Besut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebih berjauhan turut mengunjunginya. -BO |
4 Lelaki, RM7 Juta, 3 Minit = Berbaloi-baloi!!! Posted: 01 May 2011 03:50 PM PDT Inilah yang dikatakan 'smart' penjenayah. Bijak dan berbaloi-baloi. Kalau ditangkap hukumannya pun berbaloi-baloi juga. Tanpa senjata namun tetap berhasil. Empat lelaki disyaki warga asing melarikan sejumlah barangan kemas bernilai RM7 juta tanpa menggunakan sebarang senjata selepas memperdaya seorang pekerja kedai emas di Jalan Petaling Jaya Utama, malam semalam. Masanya dikhabarkan hanya 3 minit. Ketika kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, semua pekerja dikatakan sedang sibuk memasukkan sejumlah berlian dan emas ke dalam beg selepas pameran selesai dijalankan.Tiba-tiba muncul tiga individu dan berpura-pura bertanya kepada salah seorang pekerja kononnya untuk membeli barangan kemas. Ketika pekerja itu sibuk melayan tiga individu terbabit, seorang suspek lain segera melarikan beg yang berisi barang kemas tersebut. Pekerja terbabit hanya menyedari kehilangan barang berkenaan selepas kesemua suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian. Bukannya apa dan bukannya menyokong penjenayah. Kita juga selalu mendengar berita, dikenakan hukuman penjara hanya kerana mencuri sesuatu di pasaraya, amat tidak berbaloi-baloi. Guru saya pernah berpesan juga "Kalau buat sesuatu kena bersungguh-sungguh". Kah! Kah! Kah! |
Lakukan Sumpah Balas - Perlukah DSAI Layan Cadangan Tokoh Agama? Posted: 01 May 2011 03:48 PM PDT Harap DS Anwar Ibrahim tak melayan idea tokoh agama yang mencadangkan agar beliau melakukan sumpah balas. Sebelum ini, semasa kes Saiful ada cadangan dari tokoh agama agar DSAI bermubahalah, ia tidak dilayan oleh beliau. Nampaknya langkah tidak melayannya adalah langkah yang terbaik. Ketika itu Dr Abd Basit Abd Rahman membuat teguran dalam khutbahnya ketika cadangan sumpah diketengahkan. Katanya, sikit-sikit nak suruh orang bersumpah. Ingat sumpah itu perkara main-main. Sumpah itu adalah permainan orang munafiqin! Janganlah ajar masyarakat bersumpah.. Berman-main dengan nama Allah. - al-ahkam.net |
Israel Melenting Hamas Dan Fatah Berdamai Posted: 01 May 2011 03:46 PM PDT
Ramallah: Pemimpin Fatah dan Hamas membuat kejutan apabila mencapai persetujuan semalam untuk berdamai seterusnya membentuk kerajaan perpaduan sementara dan berikrar mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun lagi, langkah yang dikecam Israel sebagai 'melangkah garis merah.' AZZAM (kanan) bersalaman dengan timbalan ketua Hamas, Mussa Abu Marzuq selepas mencapai persefahaman membentuk kerajaan perpaduan sementara dan mengadakan pilihan raya.Ia mendapat pujian Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad yang berharap dapat menjadi asas untuk segera mewujudkan pentadbiran perpaduan. Perjanjian antara perunding Fatah dan Hamas itu dicapai di Kaherah kelmarin selepas rundingan berlangsung 18 bulan. Iran turut menyatakan pujian kerana percaya ia dapat mempercepat perkembangan di Palestin dan mencapai kemenangan besar ke atas Israel sejak dua pergerakan Palestin itu bermusuh pada awal 1990-an. Israel pula memberi reaksi marah dengan Menteri Luar Luar, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak memberi amaran bahawa rejim Tel Aviv tidak akan menerima kerajaan Hamas. "Perjanjian itu satu langkah melepasi garisan merah," kata Lieberman kepada radio tentera Israel sambil memberi amaran mereka akan mengambil tindakan balas manakala Barak berkata tentera Yahudi akan bersikap kuku besi untuk menangani sebarang ancaman dan berikar tidak akan berunding dengan Hamas.' Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menuntut pemimpun Fatah, Mahmoud Abbas, memilih antara perdamaian dengan Israel atau berdamai dengan Hamas. Persetujuan itu menetapkan dua pihak berkenaan akan bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan daripada ahli politik pilihan dua pergerakan berkenaan sehingga pilihan raya tempatan diadakan, kata ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmad. Wakil Hamas dan Fatah akan pulang ke Kaherah minggu depan bagi menandatangani dokumen yang turut menetapkan syarat pembebasan tahanan politik dua parti berkenaan. – AF |
Dr Jeya & Arul antara 21 ditahan, suasana berbeza di negara jiran Posted: 01 May 2011 03:45 PM PDT Lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum pada perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini. Bagaimanapun, mereka terpaksa berdepan dengan gerombolan polis hingga menyebabkan beberapa tangkapan dibuat termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam. Polis turut dibantu anggota dari unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) beserta kelengkapan mereka. Sehingga jam 2.30 petang, mengikut twitter Suaram, bilangan tangkapan terus meningkat kepada 21 orang dan kini ditahan di balai Dang Wangi dan kini proses mengambil keterangan sedang dijalankan. Suasana perarakan golongan pekerja di Jakarta berlangsung meriah tanpa diganggu polis Suasana ini jauh berbeza di negara jiran termasuk di Jakarta yang menyaksikan golongan pekerja seramai lebih 10,000 orang berarak dengan dibantu anggota polis. Suasana sama juga berlangsung dengan baik di Singapura. |
Eskay Perlu Dijatuhkan Hukuman Qazaf, Disebat 80 Kali Kerana Tiada 4 Saksi Posted: 01 May 2011 03:42 PM PDT Perbezaan antara mubahalah dan sumpah biasa Lafaz sumpah laknat oleh Eskay tidak menepati hukum syarak - Dr Asri PETALING JAYA: Sumpah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bagi membuktikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam klip video seks bukanlah sumpah laknat (mubahalah) kerana ia tidak menepati hukum syarak. Menurut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mubahalah membawa pengertian berikut: "Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga kemudian kedua-dua pihak memohon agar Allah swt melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama." Peristiwa mubahalah disebut dalam Al Quran, ayat 61 Surah Ali Imran, yang bermaksud, "Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu. "Kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta." Seorang pakar akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah dan Ilmu Hadis, Abu Syafiq Al-Asy'ary yang menulis di dalam blognya, berkata bahawa sumpah dan mubahalah mempunyai pengertian berbeza. Kebenaran dalam agama Pengertian mubahalah adalah seperti yang disebutkan di atas dan dilakukan pada perselisihan tegar antara pandangan kedua-belah pihak pada perkara berkaitan kebenaran dalam agama. Dalam Surah Al Imran ayat 59 hingga 61, Allah swt berfirman bermaksud: "Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia. "Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi di kalangan mereka yang ragu-ragu. "Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu. Kemudian kita memohon kepada Allah serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta." Sumpah disebut sebagai halaf caranya seperti dimulakan kenyataan seseorang itu dengan dia menyebut perkataan Wallahi atau Billahi atau Tallahi (bersumpah dengan nama Allah) dengan maksud apa yang dinyatakan adalah benar (tanpa ada melaknat pihak yang lain). Surah An-Nur ayat 4, sepertimana yang tertera di dalam laman sesawang Jabatan Perdana Menteri menyatakan seperti berikut: Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. Dalam tafsir Ar Rahman, cetakan 1980, menafsirkan ayat yang sama seperti berikut: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka delapan puluh sebat dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. Berdasarkan perlakuan Shazryl yang melafazkan sumpah laknat tanpa membawa empat orang saksi di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu maka beliau boleh dijatuhkan hukuman 'Qazaf' iaitu dengan 80 kali sebatan. Sumpah laknat yang dilafazkan oleh Shazyrl bukanlah sumpah mubahalah dan tidak menepati hukum syarak, sebaliknya bersumpah biasa sahaja bagi membuktikan dirinya benar. Jumaat lalu, di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan bahawa Anwar adalah pelaku dalam klip video seks yang ditayangkan kepada pihak media di Carcosa 21 Februari lalu. -FMT
1) JELAS, sumpah laknat itu tertolak kerana tidak mengikut peraturan syarak. Yang utama Eskay yang menuduh perlu membawa 4 orang saksi yang tsiqah. 2) Jika gagal bawa saksi, maka beliau perlu disebat 80 kali sebatan. 3) Beliau bersumpah atau pun tidak itu di antara dia dengan Allah. 4) Tugas umat Islam di alam syahadah ialah laksana perintah hukum syariat iaitu Qazaf. Jika tidak seluruh umat Islam berdosa dan mengundang bencana Allah. -GB |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan