Selasa, 31 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kita ajar mereka!! Ajar mereka!!

Posted: 31 May 2011 09:00 AM PDT


PETALING JAYA: Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad, sebelum disalur terus kepada pengguna.

"TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.

"Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.

Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapat diterima.

Ini kerana beban isi rumah akan terus meningkat berikutan kenaikan harga barang ekoran kenaikan tarif elektrik tersebut.

"Ini hanyalah dandanan kosmetik Barisan Nasional untuk menenangkan kritikan yang semakin memuncak terhadap sektor penjanaan tenaga.

"Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas," tegas Rafizi.

Beliau dalam masa yang sama membandingkan kos tenaga bagi penggunaan domestik di Thailand pada kadar 18.4 sen kilowatt/jam seunit berbanding 21.8 sen kilowatt/jam di Malaysia, sedangkan rakyat di Thailand tidak menerima subsidi elektrik.

Tarif baru yang diperkenal akan menjadi pampasan kepada TNB untuk menggantikan potongan subsidi gas akibat kenaikan harga gas asli dari RM 10.70 kepada RM13.70 setiap mmbtu.

"Sektor penjanaan elektrik dinegara ini dihantui oleh warisan perjanjian yang berat sebelah kerana TNB dipaksa untuk membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalamannya sendiri.

"Untuk mengimbangi harga elektrik yang tinggi, maka TNB dan IPP diberikan subsidi gas yang tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.

Berikutan itu, katanya, negara bakal menyaksikan peningkatan harga barangan dan kadar inflasi kedua tertinggi dalam separuh dekad berikutan pengumuman kenaikan tarif tersebut.

Ia katanya, diakibatkan kesan berganda dari gabungan kenaikan harga petrol, dan dalam masa yang sama pendapatan boleh belanja rakyat semakin mengecil.-KeadilanDaily

Kerajaan rompak kita... Kita sepak mereka!

Kerajaan bebankan kita... Kita korbankan mereka!!

Kerajaan gandakan kesengsaraan kita.... Kita hantar mereka ke pintu 'neraka'

PRU 13 nanti, bulat semangat, perkuatkan tekad dan jom kita hajau mereka!! Sebab... tanpa kerajaan UMporNO@BN, rakyat pasti lebih sejahtera dan terbela.

Katak Gilerr al-Bangang

Posted: 31 May 2011 05:00 AM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Datuk Ibrahim Ali juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung jawatan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga hasil siasatan rakaman video seks selesai. [Lagi di sini]

Nak siasat apa lagi?? Bukan ke pihak polis dah kata mereka dah kenal pasti pelakon dalam bideo seks tersebut. Tunggu apa lagi?? Dedahkan jer.... Kenapa tak dedah-dedah lagi.??

Kalau sah Anwar pelakonnya.... aku rasa dah lama mereka dedahkan tapi hingga sekarang tak dedah-dedah lagi. Apa maknanya itu??

Kalau anu si pelakon tak bersunat... Anwarkah itu?? Kalau perutnya boroi... Anwarkah itu?? Kalau janggut Anwar macam iklan chipsmore... sekejap ada sekejap tak berapa ada.... Anwarkah itu??

Jelas... bideo blue itu dimanipulasi untuk disensasikan bagi memberi persepsi negatif terhadap Anwar. Tapi, sori..... rakyat tak 'beli' ler.

Tapi.... akibat diserang sindrom bangang tahap melampau serta sindrom ketakutan tahap kronik, maka... sang Katak cadangkan agar Anwar digantung lagi. Fuuhh... bersambung-sambung gantungnyer. Ada ke nak gantung Anwar atas bideo lucah yang obvoius satu projek gagal UMporNO dan barua-barua mereka?? Tak ke gilerr namanyer tu??

Sah... katak tu, gilerr al-bangang!!

Tiada daki. Tuan Haji bersih!!

Posted: 31 May 2011 03:00 AM PDT


Eeee.... conoknyer dia. 'Daki'nyer telah dibersihkan.

Ikan kelah mati dituba
Eleh... telah diduga!!


Kah kah kah kah...


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada dakwaan rasuah berkaitan dengan ibadat haji dikerjakan oleh Peguam Negara itu tahun lalu.

Pengerusi panel penilaian operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil berkata kes itu digugurkan kerana siasatan menunjukkan tiada keterangan yang boleh membuktikan ada kesalahan jenayah. [sini]

Soooo... bangang!!

Posted: 31 May 2011 01:52 AM PDT


"Tetapi kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Jika kita kekalkan harga rendahdan membiarkannya memberi kesan kepada perbelanjaan persekutuan hanya untuk menggembirakan orang ramai, pada jangka panjang rakyat akan merana dan ini tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan."

[Lagi di sini]

Malas nak ulas pepanjang. Ulasan pendek jer....

Kenyataan bangang from:
The Greatest Bangang of all Bangangs!!

Belia bersama rakyat!! Selamatkan Putrajaya daripada lanun!!

Posted: 30 May 2011 11:55 PM PDT


Ari tu, aku terdengar Najib terjerit-jerit dalam radio. Bunyinya macam orang terkena sampokan polong. Weh... rupanyer dia terjerit terlolong minta belia pertahankan Putrajaya.

Apasal pulak Putrajaya mesti dipertahankan?? Putrajaya under attack ke?? Sebab, dia siap mention dan kaitkan dengan peristiwa di Tahrir Square di Mesir. Eh.... sasau ke orang tua tu??

Uisy.. rupanyer itu expressi diri dia yang sedang ketakutan. Takut peristiwa di Tahrir Square yang menjatuhkan pemimpin sombong bongkak, tamak dan haloba, si Mubarak keparat akan menimpa dia dan gerombolannya. Takut hilang kuasa rupanya....

Maka, dia pun membodekler para belia yang berkumpul di Putrajaya.... yang kononnyer mencecah sejuta orang dengan pelbagai janji manis. Lepas tu, siap puji si Sabery Chik, kononnyer telah berjaya mencapai KPInya kerana kejayaannya mengumpulkan sejuta belia untuk digula-gulakan dan dikunta-kintekan agar pertahankan Putrajaya.

Apa lagi... dengan pujian tersebut, maka kembangler si Sabery Chik!! Bangang.....!! Ada ke KPI seorang Menteri dinilai daripada kejayaannya mengumpulkan sejuta belia untuk diperbodohkan oleh PM 1Malaysia. Tak der task lain ke yang lebih penting?? Weh... kalau itu ler kriteria mengukur KPI seorang Menteri... aje nyer bangang ler!! Lepas tu... yang syiuknyer lagi, tahun depan, dia setkan pulak target.... 2 juta belia. Fuiyo... sah bangang!!

Tapi kan.... walau pun Najib terjerit-jerit dengan penuh semangat, respond daripada para belia tu, macam kena paksa jer. Tak bersemangat langsung. Najib macam syok sendiri pulak. Walau pun dia berucap dengan berkobar-kobar tetapi tak nampak dan tak feel pun aura dia. Tak der karisme whatsoever.. Itu sebab, dia kedengarannya macam orang terpekik terlolong kena sampuk polong jer...

Lagi syiuk dengar Mat Sabu punyer ceramah. Lagi hebat Anwar berucap. Lagi best dengar Khalid Samad bercakap.

Aku rasa, gesaan Najib agar para belia bangkit mempertahankan Putrajaya tu buang masa jer. Anak muda hari ini bukan bodoh lagi. Golongan belia daripada UMporNO mungkin termakan ler gula-gula Najib tetapi majoriti belia tahu... bertapa sia-sianya dan tak berfaedah langsung mempertahankan Putrajaya, sebab mereka tahu.... siapa gerombolan penyamun yang sebenarnya.

Mereka sekali-kali tidak akan mempertahankan Putrajaya daripada gerombolan penyamun dan perompak, sebaliknya mereka akan bersama-sama rakyat dan Pakatan Rakyat untuk perambat gerombolan penyangak dan perompak keluar daripada Putrajaya.

Jadi... para belia ayuh... jom kita bersama-sama rakyat, perhalau, merampas dan selamatkan Putrajaya daripada penguasaan gerombolan perompak haprak!!

Tiada ulasan: