Isnin, 16 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Satu cadangan...

Posted: 16 May 2011 03:30 AM PDT


Alang-alang selok perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang UMporNO@BN dah meroyan, biar kita royan dan royankan lagi mereka.

Sehubungan itu... aku dapat idea untuk buat UMporNO@BN jadi semakin meroyan. Idea itu datang daripada tajuk berita di Merdeka Review. Bunyinya macam ini...

Mat Sabu: Jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP

Aku masukkan sedikit sedutan tentang berita tersebut...

.... Calon Timbalan Presiden PAS ini berkongsi pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008. "Ramai anak muda Melayu berjumpa saya sekarang. Dia kata Pak Mat, bila Pak Mat nak join DAP? Kalau Pak Mat join DAP, kami akan bersama..."

Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar-dasar yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep "CAT" (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya....... [sini]

Komer dengar tu.... ramai anak muda Melayu sudah tertarik dengan DAP kerana dasar pentadbiran mereka. Mungkin sebab itu... Mat Sabu kata, jangan terkejut jika ada anak pemimpin PAS yang bertanding atas tiket DAP.

Jika, ini berlaku, satu fenomena baru bakal tercetus dalam arena politik Malaysia. Fenomena ini pasti akan mengeluporkan UMporNO@BN. Lantaran itu.... apa kata Pakatan Rakyat bikin mereka meroyan sakan dan mengelupor terketor-ketor. Apa kata Pakatan Rakyat bertukar-tukar calon, di tempat-tempat yang bersesuai dan strategik. Di kawasan PAS.... DAP bertanding atas tiket PAS. Di kawasan DAP.... PAS bertanding atas tiket DAP. Di kawasan DAP.... PKR bertanding atas tiket DAP dan begitulah seterusnya.

Tunjukkkan kepada mereka, yang walau atas tiket apa dan di kawasan mana sekali pun seseorang calon itu bertanding, mereka boleh menang. Tunjukkan semangat 'one for all and all for one' dalam Pakatan Rakyat. Ini ler baru dikatakan 1Malaysia versi Pakatan Rakyat.

Aku rasa jika kita buat macam ni.... UMporNO@BN pasti meroyan sakan!!

Alang-alang mereka sudah meroyan...why not kita terus tambahkan royan mereka itu!!

Kah... kah... kah.... kah... kah...

Amacam?? What say you people???

Eleh.....

Posted: 16 May 2011 01:00 AM PDT


Eskay tunjuk berani... Kata dia, dia bersedia didakwa di mahkamah berkaitan isu video lucah sebarannya.

Eleh.... didakwa di mahkamah 1Malaysia berani ler dia. Cer kalau kena dakwa di Mahkamah Singapore ke.... dia terkincit dia!! Weh... ater kalau dah ada joint-konspirasi dengan tangan-tangan ghaib yang ada kuasa, boleh ler berlagak berani.

Macam mana dia tak berlagak, kalau sehingga kini, polis masih belum menahannya,pada hal sahih-sahih dia dah mengaku bertanggung jawab menayangkan video lucah tersebut. Kalau polis pun tak berani nak 'usik' dia, camne nak bawa ke Mahkamah. Kertas siasatan polis pulak, asyik kena tendang balik jer oleh Peguam Negara.

Rasanya puak-puak ini takkan dakwa Eskay tetapi tunggu masa jer nak kenakan Anwar. Eleh... siap kata nak hantar video tu ke Amerika untuk disahkan ketulenannya. Ater... demer nak tunggu dapat kata 'ok' daripada Uncle Sam dulu dan berharap baru ler rakyat Malaysia akan percaya.

Uncle Sam ke... Bapak Sam ke.... Rakyat tak percaya punyer. Hero lucah itu BUKAN Anwar. Banyak perbandingan telah diberi sebagai bukti. Jelas lagi sahih itu bukan Anwar. Setakat nak sahkan ketulenan video baik tak payah susah-susah hantar sampai ke Amerika. Buang masa jer... Pelik, ngapa sampai saat ni mereka tak berani, nak bagi tahu yang hero lucah itu ialah Anwar. Sebabnya.... polis pun tau yang itu bukan Anwar.

Apa-apa pun... kalau ler si Eskay didakwa di Mahkamah Malaysia, sure lepas punyer.Ending storynya dah tahu... Tengo jer apa jadi pada kes Liwat2 Anwar-Sayfool. Semuanya dah di-expected!!

[sumber: sini dan sini]

Berjihad Perkasa dalam Perang Salib Perkasa-Gerakan

Posted: 15 May 2011 11:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Mei — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

"Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain. [Teruskan membaca di sini]

Yang sekor beriya-iya nak berjihad. Yang sekor lagi suruh polis siasat mamat yang beriya-iya nak berjihad tu.

Yang sekor daripada Gerakan dan yang sekor lagi daripada Perkasa. Semua ini i, gara-gara fitnah 'Konspirasi Kristian'... wayang terbaru daripada UMporNO and the geng.

Usiy.... beriya-iya mamat Perkasa tu nak berjihad sedangkan 'boss' dia dah kata, semuanyer dah setel. Elee.... Perkasa nak tunjuk kuat ler tu. Tidak ada orang lain yang kuat semangat keislamannyer selain dia, bapak Perkasa. Pooraahhh!!

Ater.... aku suggest, bior demer berperang salib antara demer. Kita jangan masuk campor. Puak-puak Perkasa yang beiya-iya nak berjihad, biorkan demer berperang salib dengan Gerakan. Lantak komer!! Mampuih pi la....

As for me.... tak sior aku nak sahut seruan jihad si bapak Perkasa tu. Tak nak aku mati katak!!

Tak masuk akai!!

Posted: 15 May 2011 08:31 PM PDT


Orang tua ditangkap kerana dituduh merogol. Dia berumur 62 tahun. Dia dituduh merogol amah hotel yang berumur 32 tahun.

Ini senario cerita rogol tersebut....

.... A maid in the hotel alleged she had been assaulted by the IMF chief when he got out of his shower naked.

According to an account published by local media, the maid entered Strauss-Kahn?s suite believing it was unoccupied.

As she worked in the foyer, he came out of the bathroom, fully naked, and attempted to sexually assault her, according to The New York Times.

According to the maid's account, the IMF chief grabbed her, pulled her into the bedroom and onto the bed and then locked the door.

She managed to fight him off, but he dragged her down the hallway to the bathroom, where he sexually assaulted her a second time.

MSNBC television reported that in the bathroom, Strauss-Kahn forced the maid to perform oral sex on him and tried to remove her underwear.

At some point during the assault, the woman broke free and fled, reporting the incident to other hotel personnel and calling the 911 police emergency line.

According to police sources, Strauss-Kahn left the hotel room in a hurry leaving behind his mobile phone and personal effects..... [ More here]

Itu berlaku nun di sana. Si tua merogol si muda tetapi si muda berjaya melarikan diri.... buat aduan, panggil polis dan buat repot dengan kadar segera. Tak bertangguh-tangguh dah....

Tapi si sini.... Si tua kononnya telah meliwat si muda trang tang-tang, berumur 24 tahun tak silap aku masa dia kena tetapi boleh relax jer... Apabila dah selesai kena dot... dot... dot.... siap boleh makan goreng pisang, tersenyum minum kopi.... pergi kerja.... bancuh kopi...

Awat tunggu sampai lubang dot... dot... dot... dah nak berulat baru nak pi lapoq. Pi lapoq pulak tu, pada orang nombor satu negara. Lapor pada orang nombor satu negara?? Fuiyo....

Apabila dah selesai kaw tim, baru ler pergi jumpa doktor dan bagi tau yang dia sudah kena dot... dot... dot....dengan orang tua kenamaan.
Doktor periksa tapi mendapati dot... dot... dot... dia tak der kesan kena dot... dot... dot... pun!!

Yang lelain senario cerita tu, hangpa pun dah sedia maklum.

Hari ini mahkamah akan buat keputusan terhadap si Tua yang didakwa kononnya me- dot-dot-dot si Muda trang tang-tang tu....

Keputusan yang masuk akai atau keputusan yang tak masuk akai???

Tu dia.... Berita baru masuk. Keputusan yang telah dijangka oleh semua orang. Ha... ha... ha... Keputusan tak masuk akai Mahkamah 1Malaysia but expected. Hakim Mahkamah 1Malaysia itu telah memerintahkan si Tua membela diri. Ada kes prima facie terhadapnya....

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," katanya.

Mendengar penghakiman itu, Anwar mengeluh manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata keputusan itu satu lagi hari yang sedih untuk keadilan.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan seketika untuk menentukan tarikh bagi mendengar pembelaan Anwar. [Mkini]

Oleh sebab,keputusan tak masuk akai, maka....

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Fokus kita: Tumbangkan UMporNO@BN!!

Posted: 15 May 2011 06:02 PM PDT


UMporNO@BN parti yang telah menerajui pemerintahan negara sejak merdeka hinggalah sekarang. Dulu... parti itulah satu-satunya parti dominan yang boleh rakyat bergantung harap bagi membela nasib bangsa dan memajukan negara.

Para pemimpinnya pula amat komited pada tanggung jawab mereka sebagai wakil rakyat. Mereka melaksanakannya dengan begitu baik sekali. Lantas... UMNO muncul sebagai parti Melayu yang amat disegani dan mendapat sokongan majoriti bangsa Melayu. Nama UMNO begitu gah sekali.

Namun.... masa dan keadaan telah mengubah semuanya itu. UMNO berubah apabila para pemimpin silih berganti dan penerajunya bertukar tangan. UMNO yang dulunya gah... kelihatan tempang selepas ia diharamkan pada tahun 1987/1988, apabila berlakunya krisis kepimpinan dan perebutan kuasa. Selepas itu, UMNO masih terus bernyawa dengan kelahiran (UMNO Baru) yang diterajui oleh Mahathir Mohamad.

Bermula dari era pemerintahan Mahathirlah, UMporNO semakin hancur. Bukan setakat UMporNO yang hancur tetapi sistem negara turut musnah akibat diperkosa oleh Mahathir dan para pemimpin UMporNO. Kemuncak kehancuran UMNO, bermula apabila berlakunya pemecatan Anwar Ibrahim. Dan... hingga kini, UMporNO kerkapai-kapai menunggu masa dan saat kehancurannya yang hakiki.

Tanda-tanda UMporNO akan tinggal sejarah adalah apabila mereka dilanda tsunami dahsyat pada PRU12 yang lalu. 5 negeri tumbang di tangan Pakatan Rakyat. Ini merupakan petunjuk jelas yang UMporNO@BN mula ditolak oleh rakyat. Selepas itu... PRN Sarawak. Pakatan Rakyat mula mengukuhkan tapaknya di sana apabila berjaya memenangi 15 kerusi dengan meningkatkan undi popularnya kepada 41.6%. Sebaliknya, undi popular BN merosot daripada 62.93 peratus kepada 55.24 peratus.

Lantaran itulah.... UMporNO@BN mula mengatur langkah dan strategi bagi mengelakkan mereka dikuburkan oleh Pakatan Rakyat yang semakin popular dan diterima rakyat. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan PAS-PKR-DAP, kini menjadi ancaman besar kepada survival politik UMporNO@BN. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Keutuhan pakatan ini mesti dilemahkan.

Well.... Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan yang mendokong ideologi dan dasar perjuangan yang berbeza, pasti tidak lepas daripada masalah. Namun.... setakat ini, alhamdulillah, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara musyawarah. Mengapa?? Kerana mereka berjuang atas landasan persamaan yang mereka ada dan bergerak dengan satu misi iaitu menjatuhkan UMporNO@BN yang menjadi musuh utama mereka.

Oleh sebab itu... UMporNO@BN tidak mempunyai banyak pilihan. Mereka kena serang parti-parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan. Sasaran utama mereka ialah PKR. Ini kerana.... Anwar Ibrahim berada bersama PKR dan semua orang tahu bertapa kuatnya aura dan karisme Anwar Ibrahim. Selain, mampu menarik sokongan rakyat kepada Pakatan rakyat, Anwar Ibrahim juga dilihat sebagai jambatan yang menghubung-eratkan PAS-PKR-DAP. 'Glu' kepada keutuhan PR ialah Anwar Ibrahim.

Sebab itu, Anwar Ibrahim menjadi sasaran serangan bertubi-tuni mereka. Tak cukup dengan Anwar, kini Nurul Izzah pulak diugut. Semua yang ber'brand'kan Anwar jadi sasaran serangan mereka.

Selain itu, PKR juga banyak diserang. Ini kerana PKR banyak dilanda masalah dalaman parti. Lebih malang lagi, PKR bukan setakat diserang oleh puak-puak UMporNO tetapi juga diserang dan disabotaj oleh orang-orangnya sendiri dan bekas-bekas PKR yang keluar parti, sama ada kerana masalah diri sendiri.... gelap mata dengan habuan yang ditawarkan, kedua-duanya sekali atau yang tidak puas hati, sama ada dengan dasar dan perjalanan parti atau pun dengan tindakan para pemimpin atasannya, terutama selepas Pemilihan 2011.

Serangan-serangan ini, sedikit sebanyak telah menjejaskan imej parti. Ia juga bertujuan untuk memberi persepsi yang negatif terhadap PKR di mata rakyat. Tidak dapat dinafikan bahawa PKR ada banyak flaws dan tujuan kritikan dan serangan anasir dalaman parti adalah untuk menyedarkan para pemimpin PKR akan kepincangan yang berlaku di dalam parti.

Tetapi... apakah dengan menghentam PKR, dapat membantu mengukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Kita kena terima hakikat bahawa PKR alone... malah DAP hatta PAS sekali pun tidak mampu menumbangkan UMporNO@bn secara solo. We need to stick together to topple the evil UmporNo@BN. Kita bukan saja mesti kuat tetapi mesti kelihatan kuat untuk menumbangkan setan bernama UMporNO@BN.

Inilah persepsi yag kita kena wujudkan untuk meyakinkan rakyat, terutama mereka yang berada di atas pagar. Tunjuk dan yakinkan mereka yang kita mampu dan boleh jatuhkan UMporNO@BN dan seterusnya memerintah negara ini. Apabila kita sudah berjaya memerintah.... barulah kita boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki sistem negara yang sudah rosak lunyai.

Sebab itu.... kita kena tahu priority perjuangan kita. Yang dahulu didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan. Sehubungan itu, aku sangat tertarik dengan slogan di blog sahabat blogger salehuddin yang berbunyi...

...pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting.

Ya... perkara penting yang kita kena fokus sekarang ialah menjatuhkan UMporNO@BN dan tawan Putrajaya terlebih dahulu. Kita mesti ada KUASA untuk memperbetul sistem dan keadaan negara yang pincang.

Dalam masa yang sama, baru kita beri tumpuan untuk memperkukuh parti kita agar terus mendapat sokongan rakyat. Parti mesti kelihatan kuat dan stabil untuk menyakin rakyat agar terus menyokong kita. Masalah dalaman biarlah diselesai secara bijaksana oleh para pemimpin parti. Jangan kita bertindak mengeruhkan lagi keadaan yang telah keruh. Keadaan yang kusut mesti dileraikan bukan dikusutkan lagi.

Tak guna kita menyalak dan terus menyalak.... menyalahkan pihak itu dan pihak ini dalam Pakatan Rakyat. Sebabnya.... salakan kita semata-mata tanpa KUASA, tidak akan dapat mengubah sistem negara yang pincang. Apa yang patut kita lakukan ialah bertindak secara berstrategi.

Buat sementara waktu... ketepikan perasaan marah, perasaan tidak puas hati, perasaan dendam dan jangan bertindak bagai batu api yang boleh memburukkan keadaan dan menjejaskan strategi dan peluang Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan musuh bersama kita iaitu UMporNO@BN dan mengambil KUASA daripada gengaman mereka.

Itu bab PKR dan orang-orang mereka serta bekas orang-orang mereka. Serangan UMporNO bukan setakat itu saja. Apabila mereka sedar... yang mereka sukar dan tidak mungkin dapat memperoleh undi bukan-Melayu lagi, khususnya Cina, maka DAP pulak diserang dengan 'lethal weapon' mereka iaitu api, sentimen agama.... melalui fitnah 'Konspirasi Kristian'.

DAP setelah PRU12 dan selepas PRN Sarawak baru-baru ini telah menjadi musuh utama UMporNO@BN dalam perebutan untuk mendapatkan sokongan dan undi bukan-Melayu. Kejayaan DAP memenangi hati rakyat dan seterusnnya menguasai kerusi DUN di kawasan pedalaman dan semi-bandar di Sarawak, bakal membuka lebih banyak laluan untuk Pakatan Rakyat memperolehi kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Ini menakutkan UMporNO@BN kerana selama ini Sarawak menjadi 'fixed deposit' mereka. Kegagalan di Sarawak bakal mengundang padah kepada mereka. KUASA di peringkat pusat tidak mustahil akan beralih tangan kepada Pakatan Rakyat. Oouuchh....!! Ngerinya mereka!!

Lantaran itu.... kemaraan DAP mesti disekat. Rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu-Islam mesti dimomok-momokkan dan diperdaya agar mereka tolak DAP. Kaum bukan-Melayu, non-Muslim pula mesti ditakut-takutkan kononnya DAP membawa kepada suasana tidak aman dan tidak tenteram yang mengancam keselamatan negara dan rakyat di negara ini.

Sebenarnya.. UMorNO@BN sedang memnimbulkan persepsi, yang kononnya hura-hara agama mungkin akan berlaku. Persepsi inilah yang sedang mereka manipulasikan. Ingat apa kata Najib tentang politik....

"Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi. [sini]

Inilah permainan yang sedang mereka mainkan dan itulah persepsi yang sedang mereka manipulasikan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Bagi mereka, fitnah ialah satu strategi permainan untuk kepentingan politik mereka.

Itu fitnah dahsyat yang melanda DAP. PAS bagaimana pula??

PAS juga sebagai sebuah parti berteraskan perjuangan Islam, tidak dapat lari daripada masalah. Masalah dalam PAS yang boleh merugikan Pakatan Rakyat, rasanya datang daripada para pemimpinnya yang masih mempunyai sifat perkauman Melayu, dalam hati mereka. Mereka inilah yang dulunya menyimpan hasrat untuk memadu kasih dan bersatu dengan UMporNO demi mengukuhkan perpaduan Melayu-Islam. Bukan Islam semata-mata, ya tetapi 'Melayu' pun ada sama.

Namun... rata-rata para pemimpin atasannya, termasuklah Tok Guru Nik Aziz serta akar umbi PAS, menolak perpaduan dengan UMporNO. Dalam isu ini, terdapat dalam kalangan pimpinan PAS yang termakan jarum, geng perpaduan. Mereka ini masih ada perasaan curiga akan DAP dan pengaruhnya dalam Pakatan Rakyat. Fuhh... heboh isu perpaduan PAS-UMporNO ini dulu. Tapi... alhamdulillah ia tidak menjadi kenyataan dan PAS terus bersama Pakatan Rakyat.

UMporNO menyalak mengatakan Melayu sudah berpecah-belah dan ini akan merugikan bangsa Melayu. PAS dituduh sebagai pemecah-belah bangsa Melayu, sedangkan hakikatnya, Melayu meninggalkan UMporNO untuk bersatu di bawah PAS. Ele.... jeles dan rasa terancam ler tu.

Kini, apabila kedudukan UmporNO semakin terancam dan mereka semakin hampir dengan kubur yang mereka gali sendiri, maka mereka mula memujuk PAS lagi, agar 'ber'cerai' dengan Pakatan Rakyat dan ber'kahwin'dengan mereka. Eeeiiyaa.... muka tak malu betoi!! Dulu semasa UMporNO sakit, mereka pernah ajak PAS ber'kahwin' dengan mereka, kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu. Tetapi... selepas ia dah sihat dan segar bugar semula, ditendangnya PAS macam sampah. Orang PAS jangan lupa kisah yang menyakitkan hati tu...

Sekarang.... apabila sedang nazak, mereka nak perdaya PAS sekali lagi. Katakan 'sorry' kepada mereka!! Jangan terkena patuk dengan ular yang sama. Bodoh namanya tu....

PAS-PKR-DAP dan rakyat semua... Pakatan Rakyat kini mempunyai peluang yang amat cerah untuk merampas KUASA daripada UMporNO@BN dan menguasai Putrajaya. dalam PRU13. Jangan dipersiakan harapan dan peluang tersebut dengan membiarkan diri kita diperdaya dan dipermainkan oleh UMporNO@BN. Elakkan perpecahan dan perselisihan. Berfikir secara rasional dan bertindaklah secara bijaksana.

UMporNO@BN musuh nombor satu kita. Fokus dan bersatulah untuk jatuhkan mereka. InsyaAllah... kita dan negara akan lebih sejahtera tanpanya!!

Tiada ulasan: