Ahad, 15 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Dia kasik suspense...

Posted: 15 May 2011 02:00 AM PDT


Esok.... 16 Mei ialah Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara.

Semoga amal bakti serta keikhlasan anda mencurahkan ilmu kepada para pelajar akan mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT. Pada aku, ganjaran itu lebih afdal.

Selain pahala..., ganjaran daripada Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Mungkin DIA beri, dalam bentuk rezeki wang ringgit, rezeki kesihatan, kebahagiaan dan juga kesejahteraan hidup. Mungkin... tidak direct kepada kita, tetapi kepada orang-orang yang kita sayangi.

Dan.... dengar ura-uranya, warga pendidik akan dapat 'surprise' esok. Apa 'surprise'nya, tunggu.... Apakah gaji guru akan dinaikkan?? Apakah elaun guru akan dinaikkan?? Apakah peluang-peluang guru untuk naik pangkat akan diperluaskan?? Wallhua'lam... Tunggu jer. ler. Jangan kena tipu sudah. Entah-entah, surprise indah khabar dari rupa... dan yang diharap tak menjadi nyata.

Ada rumours kata.... kerajaaan copy-cat UMporNo@BN akan menaikkan elaun guru macam yang terkandung dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat. Kalau ya.... kalau sungguh... kalau betoi dan kalau tak tak kena kencing.... bertuahler komer para guru. Dan.... syabas diucapkan kepada Pakatan Rakyat, kerana itu semua ialah berkat 'jolokan' mereka.

Jangan lupa, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana habuan rezeki wang ringgit itu dan berterima kasihlah kepada Pakatan Rakyat kerana 'jolokan' mereka, telah membantu mendatangkan hasil buahnya. Kalau Pakatan Rakyat tak 'jolok' mungkin anda tak dapat apa-apa pun. Oleh itu, PRU13 nanti.... berikan undi anda kepada Pakatan Rakyat.

Yes....!! Pangkah Pakatan Rakyat pada kertas undi anda!! Para guru lebih sejahtera dan terbela di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, insyaAllah...

Berita Gempaq!!

Posted: 14 May 2011 11:00 PM PDT


Ibrahim al-Kataki.... peneraju Perkasa telah mengeluarkan amaran. Amaran keras, beb!! Fullamaakk... Power punya amaran!! Amaran ditujukan kepada mereka yang ada hajat untuk merealisasikan agenda menjadi agama Kristian sebagai agama rasmi negara.

Gempaq!! Gempaq!! Ibrahim al-Kataki akan berjihad weh.... Berkobor-kobor dan berapi-api semangat al-Kataki ini. Kah... Kah... Kah... Pasti golongan yang dituduh dengan 'konspirasi kristian' tu, takuuuttt dengan jihad Ibrahim al-Kataki. Badut betoi la....

Cooll la bro.... Don't get too excited. It's not good for your heart. Kalau ia terhenti nanti.... tak dapat nak berjihad pulak. So, relax bro....

Usah cepat melatah pasal isu itu. Ia takkan terjadi punya. Semuanyer itu propaganda jahat dan persembahan 'sembor-sembor api' yang keluor ikut mulut jer tu. Persembahan, hasil ilham UMporNO untuk melekakan rakyat agar senang diperkunta-kinte dan diperdaya. Takkan tak tau kot?? Atau.... buat-buat blurr?? Bukan ke Perkasa itu UMNO dan UMNO itu Perkasa. Sehati sejiwa.... senada dan seirama!! Rakan tango yang serasi, beb!!

Well.... berjihad untuk mempertahankan agama tu baik, tetapi membuat onar dan fitnah, tak baik tau. Allah SWT tak berkenan. Walau pun, tohmah dan fitnah itu terhadap golongan bukan-Islam. Api fitnah ni bahaya. Jangan dibuat mainan.

Sebenarnya.... UMporNO serta juak-juaknyer kini ketakutan. Jika sedikit jer lagi undi kaum Melayu swing kepada Pakatan Rakyat, maka masuklah mereka ke dalam lubang kubor. That'll be the end of UMporNO@BN. They'll be history. Jadi sekarang, mereka cuba takut-takut bangsa Melayu dengan isu 'Konspirasi Kristian' ini pulak dengan harapan undi Melayu tak swing kepada Pakatan Rakyat.

Mereka juga tahu fitnah video lucah Anwar Ibrahim sudah kantoi dan fitnah seks yang melampau ini telah menimbulkan kemarahan Melayu-Islam. UMporNO semakin digetik oleh rakyat. Undi bangsa lain, memang dah sukar untuk mereka peroleh. Golongan bukan-Melayu khusus nyer, Cina terus ketegaq menolak UMporNO@BN. Lantas.... bangsa yang mudah untuk mereka perdaya ialah bangsa Melayu. Dengan itu, mereka mencuba nasib dengan mengapi-apikan isu agama untuk melaga-laga Islam dan Kristian.

Dan... Perkasa yang kita tahu ialah barua pencacai UMporNO... pun bikin gempaq ler dengan mengisytihrakan JIHAD!!! Ele... untuk sensasikan lagi isu. Taruk cili api, kasi pedas lagi!! Tujuannya kacang.... Untuk menbangkitkan semangat berapi-api bangsa Melayu terhadap agama mereka. Weh.... Melayu bukan lagi bodoh, ya??

Ini.... Melayu marhaen, nak beri nasihat kepada Melayu Perkasa dan Melayu UMporNO. Jangan bermain dengan api. Takut nanti api yang korang tiup dan nyalakan tu akan membakar diri. Terbakar di dunia dan terbakar di akhirat nanti.

Sekian terima kasih.

Kerja pandi kutty tak der telor

Posted: 14 May 2011 08:47 PM PDT


Jijiknya politik pandi kutty. Setelah wayang Datuk 3 Tongong kantoi dan tidak laku, maka puak-puak pandi kutty yang lahanat ini telah mengggunakan strategi baru, iaitu menyebarkan video lucah tersebut kepada umum.

Tidak cukup dengan menanyangkan di TV3 suku dan RTM, kini ia disebar dan diedarkan pula di masjid, di ceramah-ceramah PKR dan yang terbaru di tapak program Pakatan Rakyat di Selayang. Free of charge, beb!! Nah ambik... Nah ambik.... Free... Free... [sini dan sini]

Inilah dia kerja pandi kutty yang gillerr babi. Betul-betul bikin orang bertambah benci kepada UMporNO. Mereka nak memberi persepsi yang kononnyer Anwar itu tak bermoral tapi tindakan mereka menyebar bahan lucah ke masjid dan kepada orang awam lagi tak bermoral. Sudahlah pandi-pandi kutty ini tak bermoral.... lepas tu tak ber'telor' pulak. Ha... ha.. pandi kutty 'pondan'!!

Weh... usah ler buang duit dan tenaga komer. Orang tak percaya pelakon lucah itu Anwar. Pulak tu, kata polis Malaysia sudah identify siapa pelakon dalam video tu tapi ngapatangguh-tangguh untuk mendedahkannya kepada awam. Rasanya.... kalau betoi Anwar ler, sudah lama puak-puak pencacai ini dedahkan. Pulak tu lagi.... kalau sudah sahkan pelakonnya, mengapa pulak nak mintak Amerika pulak sahkan kesahihannyer. Pusing cakap sana.... konar cakap sini. Itu semua helah dan trik pendusta!! [sini]

Yang herannya... pandi kutty terbit wayang lucah, tayang video lucah, lakon video lucah, sebar video lucah tapi Polis Malaysia buat apa??

Persepsi rakyat.... Polis Malaysia bersubahat sama dengan melindungi pandi kutty. Polis Malaysia... barua UmporNO!!

Berbalik kepada video lucah tadi....

Public opinion.... si boroi pelakon lucah dalam bideo tu is NOT ANWAR!! FITNAH SEMATA-MATA!!

Namun... apa yang puak-puak pandi kutty itu lakukan, melambangkan permainan politik sempit dan kotor mereka. Keji... keji.... Keji betul kelaku dan perangai mereka!! Ya Allah.... begitu desperate sekali depa nak jatuhkan Anwar.

Wei.... hangpa pick the wrong person ler untuk buli dan ugut Anwar, sebab dia sekali-kali takkan tunduk dengan ugutan hangpa. Lawan tetap lawan!!

Buat puak dan juak pandi kutty serta semua dan termasuklah aku sendiri, baca dan renungkan. Lepas tu muhasabah diri kita....

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim. [sumber]

Oooo....patut ler Tok Guru Nik Aziz memberi ingatan bahawa siapa yang terlibat dengan fitnah ini secara langsung atau tidak langsung.... tidak akan masuk syurga, selagi tuan badan yang difitnah memaafkan dosa fitnah mereka terhadapnya. [sini]

Namun... ada sorang malaon tu, dia boleh pulak perli Tok Guru Nik Aziz... kononnya, beliau mengeluarkan fatwa baru. Kalau ingatan dan fatwa pun malaon ni tak boleh nak bezakan.... memang sah ler dia bangang. Ini bukan lagi tripple bangang tapi sudah 110% BANGANG. Ringkasnya.... MENANG SAH BANGANG!!! [sini]

Senjata yang akan bawa mala petaka kepada UMporNO Selangor.

Posted: 14 May 2011 09:27 AM PDT


Salah satu senjata yang digunakan oleh UMporNO untuk tawan semula Selangor ialah Umi Hafilda dan dongeng basinya.

Cemuih dan muak rakyat Selangor mendengar cerita dongeng dia tentang Anwar dan bertapa tak bermoral dan hipokrit nyer Anwar. Tak habis-habis dia menjaja cerita basinya ke hulu dan ke hilir.

Dalam sesi story-tellingnya yang terkini, dia menyarankan agar title Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik. Weh.... sapa lu?? Pi cermin muka dulu la oi. Aduhai.... Minah ni memang muka tembok betul ler.... Cerita dia semuanyer cerita X-rated, termasuklah cerita dia dan baginda yang cuba dia cover. Dia yang sebar fitnah, lepas tu... nak sarankan agar title 'Datu Seri' Anwar Ibrahim ditarik balik. [Baca sini]

Ha...ha... tarik balik title Anwar dan kasik pada dia. Orang akan tanya... apa jasa dia. Jasa Umi ialah jaja dongeng basi serata Selangor. Fuulaamakk.... Satu misi penting untuk tawan Selangor. Oleh itu.... Umi telah berjasa kepada UMporNO!! So.... apa kata UMporNO suggest pada Sultan agar menganugerahi Umi dengan sesuatu gelaran bagi membalas jasanya.

Lawak... Lawak.... Lawak sungguh, kalau Umi dapat anugerah!! Jasanya... menjaja fitnah!!

Sebenarnya.... senjata UMporNO yang bernama Umi Hafilda, ialah senjata makan tuan. Semakin Umi diheret ke sana dan ke mari, reputasi UMporNO Selangor semakin merudum masuk longkang. Umi is a disaster to UMporNO Selangor. Hmmm... bagus ler tu!!

Ini bermakna, kehadiran Umi dalam sesi story-telling nyer memberi advantage kepada Pakatan Rakyat. Makin Umi bercerita.... makin untung Pakatan Rakyat. Cerita Umi menimbulkan kebencian rakyat Selangor terhadap UMporNO.

Jadi... thank you Umi kerana telah membantu mempopularkan dan membuat hati rakyat Selangor semakin tertawan kepada Pakatan Rakyat.

Dan.... jangan bermimpiler untuk tawan semula Selangor.

Tiada ulasan: