Khamis, 5 Mei 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Bayar jangan tak bayar

Posted: 05 May 2011 09:18 AM PDT


MB Kedah kata... UUM kena bayar cukai bagi tanah universiti tersebut pada kadar lama iaitu RM1.7 juta.

Sori... rayuan UUM untuk dapatkan rebat ditolak. Oleh itu, kena bayarler. Kalau tidak kena penalti... lagi susah. Asyik-asyik nak untung jer, mana boleh. Kerajaan negeri nak jugak merasa hasil cukai tanah negerinya untuk menambahkan pendapatan negeri. Udah ler Kerajaan Negeri asyik kena buli dengan kerajaan pusat jer... Awat.. kerajaan pusat tak boleh tolong hangpa, ka??

Ituler... dah mua. Masa BN memerintah dulu... 'manja' bebenor. Sekarang... pandai-pandailer bawak diri nak hidup. Ada sorang kangkung di UUU tu pulak... sombong bongkak bukan main. Eksen tak bertempat...!! La ni.... padan muka!!

Aaaa... pi mintak duit dengan kerajaan pusat. Suruh depa tolong hangpa. Depa pandai mentadbir dan pandai mengurus duit negara. Oleh itu, tentu depa banyak duit noooo. Apa salahnyer lanting sikit kat hangpa.

Jangan lengah-lengah lagi. Mintak cepat. Bayaq jangan tak bayaq?? Nanti kena penalti....

Ha.. ha... ha... Kalau kena penalti kalu.... takut nanti 'GOOOAALLLLL'!!

[sumber]

Masuk lubang jamban lagi...

Posted: 05 May 2011 07:00 AM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung projek pembinaan 'jambatan bengkok' bernilai RM20 juta.

Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim Datuk VT Singham yang berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak. [Lagi di sini]


Alahai... Saman RM20 juta Eskay pun masuk lubang jamban!!

Masuk lubang jamban jugak??

Nampak gaya nyer si Eskay semakin bengkok ler.... $$$$$ kasi yeillekk. Pohciikk!!

Agaknyer, ini satu lagi bala yang diterimanyer akibat sumpah laknat yang dibuatnyer ari tu. Wallahua'lam... Tapi, apa-apa pun padan muka!!

Osama ben Laden, hero umat Islam yang ditindas!!

Posted: 05 May 2011 01:00 AM PDT


Menarik dan aku tertarik akan N3 ini. Biar apa mereka kata... dia hero yang aku sanjungi. Bagi aku, dia sorang pejuang Islam. He fights@fought for a cause. Hanya Allah SWT lebih tahu niat suci perjuangannya.

May 5, 2011

Berita kematian Osama Bin Laden palsu??

Oleh Huzir Sulaiman

Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. "Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu," kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit.

Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain.

Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita 'kematian' itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda?

Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM.

Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas.

Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10 tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera.

Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas dunia yang berselindung disebalik ciptaan 'keganasan' Al-Qaeda untuk menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. Bersorak keriangan dengan berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia, dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan.

Wallahua'lam

[sumber]

Kantoi-mantoi. Masuk lubang jamban!!

Posted: 04 May 2011 10:15 PM PDT


Eskay dan dongengnya masuk lubang jamban!!

Mula-mula kata 'Ya'.... Lepas tu pulak kata... 'Tidak'... Kemudian kata nak bikin gempaq dengan pendedahan baru. Baca apa kata Mat Siam ni....

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Pttuuii!!! Dasar lidah bercabang. Lahabau punya sesumpah!!

Laknat dah termakan diri kot?? Tu yang cakap merapu-rapu... Dan, yang lawaknyer....
dia ada hati nak buat pendedahan baru. Namun, setelah satu dunia tahu siapa sebenarnyer, Eskay Mat Siam bewok hidup ni, ada ke orang nak percaya dia lagi??

Mampuh pi kamu ler weh!! Dedah... dedah... Dedah jangan tak dedah. Nanti dedah punyer dedah, hang yang terbogel.... Ha... ha... ha.. Tak dak kemaluan!! Shame... Shame..... Padan muka!!

Ek ele..... asyik-asyik citer Eskay Mat Siam porno ni jer. Mana dua ekoq Mat Porno lagi tu...?? Sonyap ajo... Idup lagi, ko?? Atau, sudah bisu terkono tempias laknat si Eskay, ko??

[Sumber: sini dan sini]

Naik di sana. Naik di sini.

Posted: 04 May 2011 07:37 PM PDT


Putrajaya naik... rakyat dahulu dibebankan.
Pulau Pinang naik... beban rakyat diringankan.

Pening... pening Najib dibuat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Depa naikkan harga minyak dan PR Pulau Pinang pulak naikkan elaun para pegawai masjid sebanyak 80%. [Baca sini]

Naik yang mana satu menguntungkan rakyat??

Jelas, Pakatan Rakyat lebih reliable untuk menjaga kebajikan rakyat daripada Barisan Nasional. Bullshit... 1Malaysia, Rakyat didahulukan... Pencapaian diutamakan. Hipokrit semuanyer!!

Ha... ha.... ha... Mereka tu, dah tak berduit ler tu. Sebab tu, gasak dan paw duit rakyat. Memang dasar kerajaan perompak!! Hampeehh!!

Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, syabas!!

Nampak gayanyer, tipislah harapan Barisan Nasional untuk menguasai semula Pulau Pinang. Di bawah PR... ekonomi Pulau Pinang semakin mantap dan sokongan rakyat juga bertambah kuat.

Kerap sangat Barisan Nasional merompak duit rakyat, menunjukkan bertapa 'pandai dan bijak' nyer mereka mentadbir dan mengurus negara. Fuuhh.... 'loaded' nyer mereka.

Sebalik nyer.... selalu sangat kerajaan PR Pulau Pinang menaikkan elaun para pegawai agamanyer, membuktikan bertapa 'bangang dan bodoh' nyer mereka mentadbir dan mengurus negeri. Mak aaiihh.... 'pokai' dan 'cikai' nyer mereka.

Pelik... 'Kebangangan dan kebodohan' PR mengurus dan mentadbir negeri telah berjaya mendapat sokongan hebat rakyat di sana serta membuka luas bijik mata rakyat 1Malaysia. Aha... itulah 'magic' nyer Pakatan Rakyat.

Well... tak mau cuba ke?? Satisfaction gerenti maaa...

Pulang buah keras

Posted: 04 May 2011 05:51 PM PDT



Nah ambik balik!! Kami tak mau terima sebab sumber wang itu diragui. Entah-entah duit haram.

Kah... kah... kah... kah...

Guan Eng pulang buah keras!!

[sumber]

Tiada ulasan: