MIMPI SENJA |
- PANAS .. Najib Rosmah Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi - DSAI
- Hakim dah 'jatuh hukuman' sebelum bela diri : DSAI
- Culik anak Nurul : Zahid perlu mohon maaf, tarik balik kenyataan
- TGNA nasihatkan DSAI banyak bersabar
- Kes Liwat: Anwar Diarah Bela Diri
- hahahaha ... Ibrahim katak panggil Pak Lah 'stupid'
- 500 berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta
- Sodomy 2 - Hari penentuan
- Askar pengaman ke Bahrain, Najib dikecam
- Selepas dipukul, Datuk Husam sendiri turun gantung 'banner'
- Lagi remaja ditembak mati
- Umno halalkan apa saja
- UMNO Lah Sisa RadioAktif
PANAS .. Najib Rosmah Musa Hassan akan dipanggil sebagai saksi - DSAI Posted: 15 May 2011 11:23 PM PDT by Haider Yutim KUALA LUMPUR, 16 MAY, 2011: Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said he and his team of lawyers will defend their stand and will also call upon witnesses involved including Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor and also former IGP Tan Sri Musa Hassan to testify during the trials. According to him, this is because Najib, Rosmah and Musa were also involved in this case but never called upon. On commenting about the court's decision, he said he was not surprised. "It has not come as surprise that the judge's ruling but what's clearly shocking is that he has virtually pre-judged and taken not only prima-facie but extended beyond that by taking all the ingredients of the charge as something factual and acceptable without reasonable doubts," said Anwar. He said after discussing with his legal team, he has decided to go all out in his defense and declared this case in which he labels a conspiracy by calling upon Najib, Rosmah and Musa as witnesses. Anwar also argued that during the judgement, the first doctor wasn't called upon and the statement from the condominium's owner wasn't called upon in which all of them were put aside. "It looks like they have decided to prosecute," he said. Meanwhile, after the court's decision, lawyer Sankara Nair said though they disappointed by the decision but nevertheless they will do what they can to make their defense. "There's another chance. This is not the end, this is not the final verdict. There's another chance and then the final verdict," said Nair. He said they will interview about thirty witnesses including Najib and his wife. He added that after the interview only then they will make an assessment and decide on who they will call upon. The High Court Judge Justice Mohd Zabidin Mohd Diah has decided that Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to enter defense in the sodomy case after reading out the case notes has said the witnesses has proved all the facts and therefore has called the accused to enter his defense. The judge has set the trial on the 6 to 30 June, 2011. - Malaysiandigest.com |
Hakim dah 'jatuh hukuman' sebelum bela diri : DSAI Posted: 15 May 2011 11:01 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan 'prahukuman' meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri. Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama. "Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini. "Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya," kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun. Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara. "Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas," kata Ketua Umum PKR ini. The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi. Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini. Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar. "Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz. "Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini," kata Anwar. Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan. "Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri," kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan. Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan. "Beliau perlu (jadi saksi utama)," katanya. Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas. - TMI |
Culik anak Nurul : Zahid perlu mohon maaf, tarik balik kenyataan Posted: 15 May 2011 10:57 PM PDT KUALA LUMPUR: KEADILAN menggesa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf dan menarik balik kenyataan bahawa ugutan culik terhadap anak ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai helah mendapat simpati. Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak sepatutnya membuat kenyataan sedemikian kerana bersifat prejudis dan cuba mencampuri urusan siasatan polis. "Kenyataan Zahid itu tidak benar, tidak patut dan sangat prejudis ke atas siasatan polis yang dijalankan ke atas ugutan penculikan itu," kata Surendran. Tambahnya, Ahmad Zahid sepatutnya menunjukkan keprihatinan terhadap ugutan yang didakwa telah dilakukan ke atas anak Nurul. "(Sebaliknya) Zahid telah mencemarkan kedudukannya dengan bermain politik," kata Surendran lagi dalam satu kenyataan hari ini. Nurul Izzah, Jumaat lalu membuat laporan polis apabila menerima satu kiriman SMS dari seseorang yang tidak dikenali yang mengugut untuk menculik anaknya bagi memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim, berundur dari politik. "Kita juga memohon jaminan daripada polis bahawa siasatan ke atas ancaman penculikan ini dijalankan dengan cepat dan adil," tegas Surendran lagi. Beliau dalam masa yang sama turut mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang dituju kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Anwar adalah individu dalam video seks fitnah. "Kenyataan kedua-dua menteri ini menunjukkan para pemimpin UMNO tidak mempunyai kepentingan dalam memastikan sistem keadilan jenayah dan institusi bebas beroperasi secara adil. "Apabila ia melibatkan kepentingan UMNO, mereka bersedia untuk tidak mempedulikan undang-undang dan menggunakan pengaruh supaya mencapai tujuan mereka," katanya - KD |
TGNA nasihatkan DSAI banyak bersabar Posted: 15 May 2011 09:16 PM PDT Harakahdaily Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun," tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri. Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya - HD |
Kes Liwat: Anwar Diarah Bela Diri Posted: 15 May 2011 08:44 PM PDT Oleh SALWA SHA'ARI Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang perlu dijawab oleh Anwar. Pada penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata mahkamah berpendapat Mohd Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang bercakap benar tentang kejadian liwat tersebut dan kredibilitinya tidak dipersoalkan. Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini dipenuhi oleh penyokong-penyokong Anwar, yang turut melaungkan sorakan 'reformasi'. Difahamkan, ada dikalangan mereka yang datang dari Kedah, Perak dan telah mula berhimpun sejak pukul 4 pagi. |
hahahaha ... Ibrahim katak panggil Pak Lah 'stupid' Posted: 15 May 2011 07:42 PM PDT by Haider Yutim GOMBAK, 15 MAY, 2011: Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali called former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi stupid for dropping him as the Umno division chief in 2004. He said he has been the division chief for Pasir Mas for thirteen years, in the Umno Supreme Council for six years and an Umno Youth Exco member for six years, and constantly giving talks defending Umno. Ibrahim added that he suspects someone had poisoned Abdullah's mind so to drop him from his chief division post after the latter succeeded Tun Dr Mahathir Mohamad as prime minister and Umno chairman. "Because of that, I had suffered a major defeat in the 2004 election, "said Ibrahim yesterday at Info Komuniti 1Malaysia Program at Anjung Bestari in Kampung Changkat, here last night. According to Ibrahim, when he contested under PAS in the 2004 election, did not allow himself to be blinded by the compulsion to attain political power. He said if he had been too obsessed with procuring a high political post at that he would be like the other politicians like Khalid Samad (PAS Shah Alam MP). According to Ibrahim, Khalid id a brilliant leader but due to his quest of power and his political interests, he (Khalid) and these other politicians would even be inclined towards denying the truth. He also said he took a risk when he criticized PAS and this was because he loves his people and country more than anything. Commenting on the sex video implicating Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim said the Opposition leader is now gathering sympathy from the public by making himself look like he's been framed. He added that the recent police report by Anwar's daughter, PKR Lembah Pantai MP Nurul Izzah as a ploy to create sympathy for Anwar. Ibrahim said that it is rare for a kidnapper would inform in advance before doing the kidnapping. Ibrahim also said he speculates Anwar would create another ploy to get more sympathy before the Court drop its verdict on the PKR de facto leader on Monday. - Malaysiandigest.com STONE : Perkembangan terkini dari mahkamah Jln Duta di Twitter sebelah |
500 berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Posted: 15 May 2011 06:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penyokong berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi dan bilangannya dijangka semakin bertambah. Hari ini adalah hari penentuan ke fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anggota polis dilihat berkawal di mana-mana sahaja dalam perkarangan mahkamah. Mahkamah tempat perbicaraan Anwar juga dipenuhi kira-kira 200 orang termasuk wartawan, penyokong Anwar dan polis Cawangan Khas. Ia adalah tiga kali ganda jumlah kehadiran biasa. Berita lanjut menyusul. STONE : Untuk perkembangan terkini sila lihat Twitter sebelah |
Posted: 15 May 2011 05:15 PM PDT KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga tahun berlanjutan, kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi di sini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pendakwaan sama ada akan membebaskan Anwar atau memanggil bela diri. Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Anwar yang kini dihimpit kontroversi rakaman video seks pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan. Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat. Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008 r - sumber : Kelab Greeenboc STONE : Untuk laporan terkini. sila lihat Twitter sebelah |
Askar pengaman ke Bahrain, Najib dikecam Posted: 15 May 2011 07:31 AM PDT PULAU PINANG, 15 Mei: Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat menyelar idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar tentera tempatan di atas nama memelihara kestabilan serta keselamatan di Teluk untuk membantu kerajaan Bahrain, yang kini dikecam dari semua pelosok antarabangsa kerana kekejaman ke atas rakyat dan barisan pembangkang. Dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain. "Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC (Majlis Kerjasama Teluk) untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini," kata Najib Jumaat lalu di Arab Saudi, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau. Kenyataan tersebut turut menambah bahawa Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa untuk "menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan" di negara berkenaan. "Mengambil kira hakikat ini, Perdana Menteri Najib berbesar hati mengumumkan bahawa Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain," tambah kenyataan itu lagi yang turut menyifatkan jemputan daripada kerajaan Bahrain sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini. Sebagai reaksi balas kepada pendirian Najib, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong memberikan amaran bahawa perdana menteri sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah dengan menyatakan bahawa usaha memberikan bantuan kepada keganasan regim Bahrain sebagai satu usaha yang murni. "Saya cukup terkejut bahawa kerajaan Malaysia menyifatkan tindak balas kejam daripada kerajaan Bahrain untuk menentang orang awam yang mengambil peluang untuk menyatakan hasrat mereka sebagai satu usaha yang murni. Saya tertanya-tanya apakah Najib faham dengan kenyataan sedemikian, beliau sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah," kata Liew dalam satu kenyataannya hari ini. Liew turut menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dzirhan Mahadzir, seorang journalis pertahanan yang pro Angkatan Bersenjata Malaysia (MAF) di Twitter, di mana beliau menyifatkan idea Najib sebagai idea terburuk dan memberikan amaran bahawa penghantaran tentera pengaman negara akan hanya menyebabkan MAF muncul sebagai penindas rakyat Bahrain, dan bukannya pembela nasib mereka. "Kepada PM Najib Razak, ia adalah satu idea buruk untuk pasukan tentera kita melibatkan diri di Bahrain. Angkatan Bersenjata Malaysia membela orang awam, bukannya menindas mereka, dengan menghantar mereka ke Bahrain, kita akan terlibat dengan penindasan. "Bukankah menjadi prinsip bahawa Malaysia tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal negara asing, dengan menghantar tentera ke Bahrain, kita sedang melanggar prinsip ini. Jika National Security Division (Jabatan Keselamatan Negara) berkata semuanya ok untuk hantar tentera ke Bahrain, ingatlah mereka adalah orang yang sama yang menyatakan bahawa semuanya ok di Mesri," kata Dzirhan kepada Najib di Twitter. Sementara itu, Liew turut menyoal mengapa tiba-tiba Malaysia bersemangat untuk melibatkan diri dalam kemeluk di Teluk. "Bukan saja kerajaan Malaysia, yang menggelar dirinya sebagai pencetus idea di kalangan di dunia Islam, langsung tidak memberikan sokongan kepada kebangkitan demokrasi di dunia Arab pada awal tahun ini, bahkan sekarang bersedia untuk berdiri di sebelah diktator dengan menghantar tentera untuk menindas aspirasi demokrasi rakyat Bahrain," selar Liew. Bahrain berada di dalam kemelut semenjak pihak polis negara tersebut melancarkan tindakan keras dan kejam terhadap para penunjuk perasaan yang inginkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di ibu kota negara tersebut, yang mengakibatkan 3 orang terbunuh dalam serangan menggunakan pemedih mata, peluru getah dan buckshot pada Februari 17 yang lalu. Berdasarkan maklumat terbaru daripada Human Rights Watch, terdapat bukti baru bahawa ramai penunjuk perasaan yang telah ditangkat telah diseksa dan tidak dapat dihubungi setakat ini. "Satu perkara yang paling membimbangkan di Bahrain ialah kita menyaksikan lebih 1,000 orang ditangkap, dengan 600 masih di tahanan, selepas berminggu lamanya mereka ditahan. Kita tidak tahu di mana mereka berada. Peguam juga tidak tahu di mana mereka berada, keluarga pun tidak tahu di mana mereka berada. Mereka telah ditahan tanpa dapat dihubungi, dan inilah situasi di mana penyeksaan akan berlaku," Joe Stork daripada Human Rights Watch dipetik sebagai berkata. Mengikut pihak penguasa Bahrain, setakat ini, 24 orang termasuk 4 polis terkorban dalam kemelut di negara ini yang kini dikecam hebat oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi antarabangsa kerana keganasan regim itu terhadap para penunjuk perasaan. "Saya telah dimaklumkan bahawa pemimpin dalam Angkatan Bersenjata Malaysia tidak cenderung dengan keputusan ini kerana ia bukan tugas mereka untuk membunuh orang awam, lagi-lagi orang awan di negara asing," tambah Liew. HD |
Selepas dipukul, Datuk Husam sendiri turun gantung 'banner' Posted: 15 May 2011 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Mei: Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut. Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut. Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh. Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa. Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika. Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya. Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu. "Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri," katanya kepada Harakahdaily. Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri. Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu. -HD |
Posted: 15 May 2011 05:13 AM PDT Keluarga gesa siasatan bebas kematian remaja ditembak polis TERKINI @ Oleh Clara Chooi May 15, 2011 PETALING JAYA, 15 Mei — Keluarga Johari Abu Bakar menggesa kerajaan mengadakan siasatan bebas berhubung kematian seorang remaja berusia 17 tahun itu, memandangkan polis memberi maklumat tidak konsisten berhubung kejadian dia ditembak kelmarin. Keluarganya juga akan memfailkan petisyen di mahkamah esok, menuntut bedah siasat kedua dijalankan ke atas Johari ekoran tanda-tanda yang meragukan pada jenazahnya termasuk lenggan kanan patah. Johari, seorang pekerja rencam, terbunuh dalam kejadian ditembak polis di belakang sebuah hotel murah di Cyber Valley Commercial Centre, Dengkil, kira-kira 10.30 malam kelmarin. Laporan media semalam memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata, Johari yang dikehendaki polis maut ditembak selepas merempuh kereta polis. Suspek turut dikatakan melepaskan satu das tembakan sebaik menyedari kehadiran polis dalam kejadian pada pukul 10.15 malam. Dia yang bersembunyi di sebuah hotel dilihat turun melalui pintu belakang sebelum memasuki kereta jenis Alphard. Tindakannya cuba melawan anggota polis ketika dikepung membawa padah apabila dia ditembak mati. Katanya, suspek diintip sepasukan polis sejak pukul 5.30 petang kelmarin dan mendapati kereta yang diletakkan di belakang hotel itu dilaporkan hilang dalam kes samun bersenjata api di Taman Megah, Kelana Jaya, 2 Mei lalu. Laporan lain menyebut kereta itu dikatakan dicuri di Kelana Jaya 10 Mei lalu. "Sebaik memasuki keretanya, dua kereta polis mengepung kereta suspek dari arah depan dan belakang. "Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri ketika diminta keluar oleh polis apabila merempuh kereta polis. Malah, dia turut melepaskan tembakan," katanya. "Suspek maut di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati suspek menggunakan pistol jenis semi automatik. Polis turut menemui peluru dalam kereta berkenaan," kata Tun Hisan. Tun Hisan berkata, suspek menyewa dua bilik hotel sejak 9 Mei lalu dan polis percaya dia tidak bersendirian. Bagaimanapun ibu Johari, Salmah Mohamed Shariff menegaskan bahawa anaknya bukan seorang penjenayah dan tidak pernah memiliki sebarang senjata. "Dia seorang budak yang baik dan sentiasa menurut kata. Saya enggan percaya bahawa dia miliki senjata," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis Damansara di sini petang ini. Salmah, seorang suri rumah ditemani oleh dua anak lelakinya, Abdul Razak yang bekerja sebagai 'pub bouncer' dan Mohamad Rosli, 20, iaitu pembantu dapur serta nenek mereka Jamilah Magar Saib, 56. Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dan Pesuruhjaya Suhakam James Nagayam juga menemani mereka ketika laporan polis dibuat. Salmah mendakwa terdapat banyak percanggahan dalam persekitaran yang menyelubungi kematian Johari khususnya dalam keterangan diberikan kepada media dan kepadanya oleh seorang anggota polis bernama "Afendi". "Anggota polis itu memberitahu saya bahawa ada empat yang lain ketika kejadian dan mereka dipantau selama lima hari sebelum ditembak. "Mereka mendakwa anak saya menembak ke arah mereka dan empat yang lain melepaskan diri ketika tembakan. Saya mendapati yang ini sukar untuk dipercayai," katanya. Malah katanya, Afendi juga mendakwa Johari melepaskan lapan das tembakan ke arah polis sebelum mereka membalas tembakan. Ibu berusia 41 tahun ini dengan menitiskan air mata berkata, dia mengesyaki sesuatu berdasarkan keadaan mayat anaknya apabila dia dibenarkan menziarahinya di rumah mayat Hospital Serdang semalam. Sivarasa, yang berada di rumah mayat bersama keluarga itu semalam berkata, tangan kanan Johari juga patah. "Anda boleh lihat tangan kanannya patah, berbentuk V. Persoalannya ialah bagaimana dia boleh mematahkan tangan dia? Selepas atau sebelum tembakan?" katanya. Beliau menambah, apabila Afendi, dari balai polis Dengkil ditanya mengenai tangannya, dia memberitahu bahawa tiada apa-apa masalah dengan tangannya. "Keluarganya juga tidak gembira dengan hospital. Pertama, mereka hanya dibenar menziarahi jenazah Johari untuk beberapa saat. "Kemudian, apabila bedah siasat lengkap, mereka tidak dimaklumkan oleh doktor yang bertugas, yang secara kebetulan, ahli patologi yang mengendalikan bedah siasat pertama ke atas A Kugan, yang kemudian dipertikaikan di mahkamah," kata Sivarasa. Kata beliau, sehingga kini tiada rekod jenayah ke atas Johari. "Kami bukan menentang tahanan mengikut undang-undang, tetapi jika dia bersalah, dia seharusnya ditangkap dan dibicarakan di mahkamah dan bukannya ditembak mati," kata Sivarasa. "Saya hanya mahukan keadilan ke atas anak saya. Jika dia melakukan kesalahan, tangkap dan penjarakan dia, jangan tembak dia," kata Salmah. Salmah kali terakhir lihat anaknya seminggu lalu dan mendengar suaranya kelmarin, kemungkinan beberapa saat sebelum ditembak. "Dia memanggil saya tetapi sebelum saya menjawab, talian terputus. Saya merasakan itu ketikanya dia ditembak mati," katanya. Jamilah berkata, kali terakhir dia bertemu Johari adalah dua hari lalu di rumahnya di Kayu Ara di sini. Menurut laporan Kosmo, bapa Johari ditembak mati oleh polis dua tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kejadian penculikan dan beberapa jenayah lain di Selangor. TMI |
Posted: 15 May 2011 02:12 AM PDT SELAYANG, 15 Mei: Pemimpin Umno dilihat dalam keadaan kegilaan sehingga menghalalkan apa sahaja cara yang patut dilakukan untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Pekara ini telah terbukti apabila Umno dengan kerja gilanya sekali lagi mengedar risalah fitnah dan video lucah yang kononnya perlakunya adalah Anwar Ibrahim sewaktu di program 'Munajat Rakyat Menolak Fitnah' anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Selayang malam tadi. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Hal ini secara jelas dan keji tindakan yang dilakukan Umno untuk menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR. Beliau juga turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman lucah itu untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan kerajaan Negeri Selangor. Beliau juga menyifatkan penyebaran risalah fitnah dan video lucah itu sebagai tindakan yang bodoh dan kerja gila serta tak patut dilakukan semata-mata cara untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang yang belum didapati bersalah dengan tuduhan yang dilemparkan. Tegas beliau lagi dengan rasa kesal, "Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat, selesaikan masalah rakyat." Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela. "Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat. "Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan," katanya di hadapan lebih lima ribu hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum untuk memberi sokongan penuh terhadap pimpinan Pakatan Rakyat. Pekara ini juga telah menuntut tokoh ulama dan sarjana Islam dari Syria Dr Sheikh Wahbah Az Zuhaili yang sanggup terbang untuk memberi tarbiah supaya menghentikan politik fitnah dan keji yang dilakukan oleh Umno. Dr Sheikh Wahbah Zuhaili dalam ceramahnya selepas mengimani solat Isyak berjemaah dan solat hajat bersama untuk memberi sokongan kepada pimpinan Pakatan Rakyat itu berpesan kepada hadirin "Dengan iman yang tetap di hati dan jiwa serta istiqamah dalam berdoa dengan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya, maka usaha kita lakukan akan membuahkan hasil." Anwar Ibrahim dalam ceramahnya turut melahirkan rasa sedih dan kecewanya dengan tindakan Umno yang tak habis-habis untuk mengenakan beliau sejak beliau keluar daripada parti tersebut. Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor. Beliau menambah lagi, konsep 'merampas' yang digunakan oleh Umno adalah dengan menghalalkankan apa saja cara samaada yang haram, cara yang gila, cara yang melanggar hukum Islam asalkan matlamat mereka tercapai. Katanya lagi dengan nadanya yang mula bersemangat menjelaskan "Subsidi rakyat ditarik, subsidi rakyat diberikan kepada tauke judi, harga gula dan minyak naik, inilah yang dilakukan oleh penyagak Umno." Kata-kata Anwar disambut sorakan penuh dan tepukan gemuruh hadirin yang hadir. Suasan mula berubah menjadi ceria,"Dalam pada Umno dan Barisan Nasional bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain. "Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum? "Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula," sinis beliau yang mula tampak tenang dengan ucapannya. - HD |
Posted: 15 May 2011 01:01 AM PDT Oleh pemudatua2011 "Beberapa perkembangan terbaru dilihat sejak akhir-akhir ini cukup menjurus kepada tekanan perasaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang sudah memuncak tidak terkawal sehingga terpaksa bertindak 'semborono' melebihi mereka-mereka yang biasanya diklasifikasikan sebagai tidak waras atau gila sehinggakan mereka-mereka yang telah dikategorikan sebagai gila pun akan menuduh UMNO terlebih gila. Tahap gila itu jika dirujuk ke Hospital Bahagia pun, tidak akan melayakkan mereka untuk menerima rawatan kerana harapan untuk pulih sudah tiada. Provokasi melalui akhbar Utusan Meloya dan media TV3 suku yang diputar ulang kepada rakyat bermula dari isu tuduhan liwat Saiful, Video Seks DSAI, Kristian Agama Rasmi, Kerjasama PAS dan DAP ditambah pula dengan kemungkinan cubaan bunuh dan culik kepada keluarga DSAI cukup jelas menjurus kepada niat jahat dan terdesaknya pihak tertentu yang rakus untuk mengekalkan kuasa melalui kaedah hutan rimba walaupun ia dilihat oleh rakyat yang waras fikirannya cukup jijik dan jelek. Menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki adalah contoh matlamat yang tidak menghalalkan cara, tidak professional, tidak bermaruah, tiada berprinsip dan tidak demokratik lebih-lebih lagi jika sentimen perkauman di adu domba untuk mengekalkan kuasa memerintah. Aduan demi aduan salah laku SPR dan JPN yang dikaitkan dengan senarai daftar pengundi baru, tuntutan BERSIH, deklarasi 1 Mei dibakul sampahkan tanpa pertimbangan yang waras dari politikus-politikus yang berkuasa. Kezaliman kepada rakyat yang sudah menderita lama jatuh ditimpa tangga dengan kenaikan harga minyak secara senyap-senyap di waktu malam disusuli dengan kenaikan harga gula sebanyak 0.20 sen untuk kali yang ke-4 malah kebenaran membina infrastruktur LYNAS yang hampir 90 peratus siap di Gebeng Kuantan dan berpotensi mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran rakyat hasil daripada sisa radioaktif thorium dan uranium jelas terbukti bahawa mereka yang telah dilantik oleh rakyat membelakangkan pandangan rakyat secara total dengan memperlihatkan sikap yang cukup biadap, angkuh dan bongkak. Saya melihat perancangan strategik pihak musuh sedang giat dilaksanakan atas desakan itu. Walaupun kemenangan 2/3 majoriti di Pilihanraya Sarawak baru-baru ini seharusnya dilihat sebagai hamparan permaidani merah untuk mereka terus mengekalkan kuasa di Putrajaya, hakikat sokongan pengundi Cina yang konsisten tidak menyokong dasar perkauman sempit dan kezaliman ekonomi khususnya kenaikan harga barang, pengagihan peluang perniagaan yang tidak adil, pengurangan subsidi, ketirisan pengurusan kewangan rakyat dari projek-projek mega khususnya PKFZ, isu PPSMI dan ancaman sisa radioaktif dari Lynas dan 2 Reaktor Nuklear baru yang dicadangkan, jelas sekali, potensi kehilangan banyak kerusi Parlimen di Sarawak dan juga jangkaan yang sama di Semenanjung akan menjadi kenyataan mimpi ngeri di PRU-13 jika sesuatu langkah yang drastik tidak diambil segera. Harapan semakin tipis kepada Barisan Nasional (BN) khususnya MCA untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Cina dalam tempoh terdekat ini lebih-lebih lagi perbalahan MCA dengan UMNO dalam isu '1 Melayu 1 Bumi' dilihat jelas oleh pengundi cina bahawa UMNO sememangnya parti politik perkauman sempit yang hipokrit dari slogan 1Malaysia itu. Hipokritnya UMNO secara terang dan nyata khususnya kepada MCA adalah mesej jelas kekecewaan UMNO kepada parti komponen itu kerana gagal menguasai peratusan undi yang tinggi. Kedudukan MIC dan PPP juga ibarat telur dihujung tanduk dengan isu pergolakan dalaman kedua parti politik itu, isu kegagalan perlaksanaan gaji minimum khususnya gaji minimum pekerja estet yang sudah berpuluh tahun dibentangkan untuk kelulusan kerajaan yang memerintah dan isu Hindraf jelas terbukti UMNO lah yang kini memimpin parti itu, yang menjadikan dasar perkauman yang sempit sebagai dasar perjuangan parti mereka gagal melaksanakan keadilan sejagat dari aspek sosial dan ekonomi lebih-lebih lagi kepada parti komponen mereka sendiri MCA dan MIC yang mewakili kepentingan pengundi Cina dan India. Oleh kerana itu, pilihan drastik yang keji dan tidak waras menjadi pilihan utama mereka di waktu yang amat singkat ini tanpa harapan yang tinggi kepada MCA dan MIC lagi untuk membantu dengan mengerahkan semua 'senjata' yang mereka miliki untuk digembelingkan bersama menumpas gerakan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya. Jelas sekali dari pemerhatian saya sehingga ke hari ini, dengan tiadanya tindakan kepada Trio Dato' T dan juga kepada Utusan, semua wayang yang sedang dilakon layar khususnya oleh UMNO sudah dirancang rapi. Hon amaran PRU-13 sudah berbunyi nyaring untuk semua pihak yang berjuang bersiap-siaga mempertahankan setiap sisi jentera Pakatan Rakyat (PR) yang sedang bergerak maju ke Putrajaya. PRU-13 mungkin pilhanraya terkotor di abad ini dan kekotoran atau sisa radioaktif UMNO yang lebih bahaya dari sisa radioaktif thorium dan uranium itu adalah puncanya. Wallahua'lam. Huzir Sulaiman pemudatua.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan