MiLo SuaM |
- Timb Pengarah Kastam, Sarbani tidak bunuh diri, ada saksi
- Tidak perlu adakan PRU 13 sehingga 2012 - Dr M
- Kes buli Pelajar di SMK Raja Abdullah
| Timb Pengarah Kastam, Sarbani tidak bunuh diri, ada saksi Posted: 08 May 2011 12:30 AM PDT Berita yang pasti tidak akan disiarkan di TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain media arus perdana pro gerombolan songkok tinggi. The News Straits Time mendedahkan petunjuk baru melalui saksi yang tidak mahu dikenali bahawa Ahmad Sarbaini telah di bawa ke bilik siasatan oleh lebih seorang pegawai SPRM. Dan Ahmad Sarbaini tidak pernah dibiarkan sendirian dalam bilik tersebut. Keluarga Ahmad Sarbaini yakin 100 peratus, Ahmad Sarbaini tidak membunuh diri selepas bercakap dengan saksi penting tersebut. News Straits Time melaporkan kenyataan ini jelas sekali bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM [NST]. ![]() Bagaimana pun, kita sudah sedia maklum, berita tentang keadilan dan nyawa rakyat seperti ini tidak akan disiarkan di media arus perdana kerana akan memburukkan imej gerombolan songkok tingggi. Berita yang harus malah wajib disiarkan adalah berita video seks, meskipun terpaksa merosakkan minda anak-anak kita rujuk sini [TV3 Penyebar Video Lucah]. Akal yang waras akan menolak kenyataan bahawa seorang yang beragama Islam seperti Ahmad Sarbaini akan membunuh diri hanya kerana dakwaan rasuah yang belum tentu dia akan disabitkan kesalahan. Merengkok di dalam penjara tidak seteruk dan seburuk mati kerana membunuh diri itupun jika sabit kesalahan. Malah kebarangkalian beliau untuk terlepas dari kes ini sangat tinggi, maka mustahil dia akan membunuh diri. Bagaimana pun ada pihak yang mahu rakyat yakin dan percaya bahawa Allahyarham Sarbaini mati kerana membunuh diri akibat malu dengan kes rasuah yang didakwa ke atasnya. Hari ini saudara seagama kita mungkin dianiaya, barangkali esok atau lusa keluarga atau diri kita sendiri. Fikirkanlah... ReJaM© "Pergi mampos dengan nyawa rakyat, tiada keuntungan kepada kerajaan" |
| Tidak perlu adakan PRU 13 sehingga 2012 - Dr M Posted: 07 May 2011 10:25 PM PDT MENGULAS teka teki tentang tarikh Pilihan Raya Umum 13, Tun Mahathir mencadangkan agar kerajaan tidak mengumumkannya sehinggalah sekurang-kurangnya 2012. Kenyataan beliau itu dipetik daripada laporan Malaysiakini hari ini. ![]() Menurut Tun Mahathir, merujuk kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, nampaknya Barisan Nasional tidak yakin untuk menang. Maka BN harus melakukan Pilihan Raya di saat mereka benar-benar yakin untuk menang. Tun Mahathir sempat menyebut pihak yang memainkan sentimen perkauman yang melampau. Katanya "Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini. " Apa yang jelas Utusan Malaysia kini sedang giat memainkan isu-isu perkauman yang extrimist malah turut memainkan sentimen agama yang melampau yang bakal mengundang perpecahan di antara masyarakat. Malah ia dilihat mampu mencetuskan pertumpahan darah seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 di mana pada waktu itu Barisan Nasional kecundang di 5 buah negeri rujuk sini [Agama Rasmi]. Anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana sentimen agama yang dimainkan oleh Utusan Malaysia semalam benar-benar berjaya menaikkan kemarahan orang-orang Melayu terhadap Kristian. Darah pahlawan orang Melayu mendidih untuk berperang dengan orang-orang bukan Islam terutamanya Kristian, rujuk pada ruangan komen di sini [Agama Rasmi] Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak dilihat akan mencetuskan huru hara dan pertumpahan darah di antara rakyat untuk terus berkuasa. Apabila rakyat di dalam keadaan huru hara, maka mereka dengan mudah akan memohon agung mengistiharkan darurat serta merampas perlembagaan negeri-negeri yang bergolak. Kemudian Barisan Nasional akan kembali berkuasa kononnya demi keamanan. Hal ini telah berlaku pada 1969. Dengan cara itu Barisan Nasional dapat memerintah dalam masa yang lebih lama sekurang-kurangnya sehingga generasi yang terlibat dan trauma dengan pertumpahan darah ini semua kembali ke rahmatullah. Sepanjang tempoh masa itu rakyat akan terus memilih Barisan Nasional kerana trauma jika pembangkang menang lagi maka pertumpahan darah akan kembali tercetus. Bagaimana untuk mengelakkan perkara ini dari tercetus? Caranya mudah, jangan peduli dengan sentimen kaum dan agama yang dibangkitkan oleh kerajaan melalui Utusan Malaysia, TV3 dan media arus perdana yang lain. Kaum Melayu jangan cepat melenting, jangan mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah bodoh dan bangang daripada kerajaan yang gila kuasa ini. Maka kita tidak akan berperang dan bergaduh sesama sendiri. Jangan peduli juga dengan artikel-artikel serta VCD-VCD berbaur perkauman dan Agama yang anda terima. Itu semua bohong, sengaja nak naikkan darah anda supaya anda mahu berperang dengan orang bukan Islam. Sayangilah keamanan yang telah kita kecapi ini, jika kita bergolak sesama sendiri maka kuasa luar akan masuk campur dan mengambil alih negara ini dengan pelbagai cara. Hal itu janganlah sampai terjadi di negara kita. |
| Kes buli Pelajar di SMK Raja Abdullah Posted: 07 May 2011 03:47 AM PDT Sebuah Video yang dimuat naik di YouTube memaparkan satu Kes buli yang dikongsikan oleh salah seorang pembaca blog MiLo SuaM yang berbangsa cina. Pengirim email ini mahu pihak berkuasa memandang serius perkara ini dan segera mengambil tindakan terhadap pelaku yang melakukan jenayah buli di Sekolah yang didakwa Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah. Pengirim email ini juga turut mengirimkan gambar dua orang pelajar-pelajar yang terlibat melakukan jenayah buli ini. Di bawah ini gambar-gambar mereka. Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini sekaligus mengambil tindakan yang sewajarnya. ![]() ![]() ReJaM© "Perempuan pun nak jadi gangster..." |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan