MiLo SuaM |
- PM Najib main dam aji dengan Dj Radio hot FM
- Video cara gambar palsu mayat Osama Laden dibuat
- Siapakah Datuk Shazryl Eskay Abdullah? Bahagian 2
- Datuk T hanya suruh wartawan teka pelakon seks rupanya
PM Najib main dam aji dengan Dj Radio hot FM Posted: 05 May 2011 08:51 PM PDT Di dalam usahanya untuk mendekatkan diri kepada rakyat terutamanya golongan muda bagi mempersiapkan diri menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, Perdana Menteri Najib Tun Razak, terpaksa muncul di Radio Hot FM pagi ini. DJ Hot FM seperti biasa penuh dengan gelak ketawa mengampu Perdana Menteri saat mereka berbual. Apa yang menarik, demi menggambarkan diri beliau sebagai seorang Perdana Menteri yang "sporting" terhadap orang muda, Najib sanggup bermain dam aji bersama Faizal Ismail, DJ Hot FM (Namun portal Malaysiakini menulis Najib bermain catur). Inilah gaya ahli politik. Mereka sanggup bertukar-tukar wajah, bertukar-tukar rupa dan perangai demi memenangi hati pengundi dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Rakyat yang tertipu akan terpesona dengan gaya ini meskipun baru semalam kerajaan sekali lagi menaikkan harga minyak sebanyak RM0.20 di saat harga minyak dunia mengalami penurunan. Kononnya harga minyak RON97 diapungkan harganya mengikut harga minyak dunia, tetapi jelas di depan mata dan batang hidung bahawa kerajaan telah menaikkan harga RON97 di saat harga minyak dunia sedang mengalami penurunan. Rakyat yang kurang cerdik akan terus tertipu, lebih-lebih lagi dengan sandiwara "Orang politik bermain dam aji". ReJaM© "Untuk menaikkan harga RON95 barangkali Najib akan menyertai pertandingan fesyen pula" Update: Baru lepas terbaca blog sahabat yang bengang tahap bengong kerana mesejnya yang dihantar di dalam ruangan chat Hot FM tidak dikeluarkan, hanya mesej membodek yang dipaparkan di 8TV. Rujuk sini [AmenoWorld] |
Video cara gambar palsu mayat Osama Laden dibuat Posted: 05 May 2011 11:23 AM PDT Sebelum ini stesen televisyen Pakistan telah menyiarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah Osama Bin Laden yang terbunuh di dalam satu serangan komando Amerika Syarikat, didakwa di Pakistan, tempat persembunyian pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun gambar yang dipaparkan itu telah dibuktikan sebagai palsu, kerana ia sebenarnya adalah hasil gabungan dua gambar lain rujuk link ini [Gambar Palsu Osama]. Kali ini ReJaM© nak kongsikan sebuah video tutorial menunjukkan bagaimana gambar palsu Osama Bin Laden itu dibuat. Lihat video di bawah ini. ReJaM© "Sehingga kini kematian Osama Laden masih misteri" |
Siapakah Datuk Shazryl Eskay Abdullah? Bahagian 2 Posted: 05 May 2011 09:00 AM PDT Artikel ini sambungan [pendedahan pertama] yang dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada entry MiLo SuaM semalam. Di kalangan masyarakat perniagaan, Eskay cukup dikenali sebagai ahli perniagaan yang suka menjual nama pemimpin negara sebagai jalan mudah untuk mendapatkan kontrak. Beliau juga mendapat jolokan 'conman' atau kaki tipu kerana sering melakukan penipuan dan penyelewengan dalam perniagaan. 1) Penyelewengan dalam perniagaan arang batu di Indonesia Eskay pernah menceburkan diri dalam perniagaan jual beli arang batu di Indonesia. Beliau menggunakan nama Dr. Mahathir (ketika itu PM) untuk mendapatkan kontrak membeli arang batu di Indonesia menerusi Jeneral Probowo (bekas menantu Presiden Soeharto). Eskay menerima modal pusingan sebanyak RM2juta dari seorang Tan Sri taukey judi yang mendominasi perjudian mesin slot utama di Malaysia. Dengan kelicikannya, Eskay hanya menggunakan RM 1juta sahaja untuk urusan pembelian arang batu. Lebihan RM 1juta lagi dipindahkan melalui seorang pengurup wang bernama Haji Shah di Malaysia dan wang ini kemudiannya diterima oleh isteri Eskay. 2) Perniagaan membekal baja dari Thailand Sebuah syarikat yang telah diberikan kontrak oleh sebuah syarikat baja dari Thailand sebagai pengedar tunggal baja keluaran Thailand ke seluruh Malaysia telah disabotaj oleh Eskay. Eskay, dengan menggunakan jaringan politiknya telah menggunakan salah seorang anak Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) untuk melobi bagi mendapatkan hak membekalkan baja tersebut ke seluruh Negeri Sarawak. Eskay seterusnya ke Thailand dan bertemu dengan pihak syarikat pembekal baja tersebut dan mendesak agar kontrak sebagai pengedar tunggal baja ke seluruh Malaysia yang telah diberikan kepada syarikat asal dibatalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat milik Eskay iaitu Aman Agropreneur Sdn Bhd. Eskay berjaya dalam usahanya dan menjadi pembekal baja ke seluruh Malaysia termasuklah untuk Risda yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Tambi Chik bekas Ketua Menteri Melaka yang juga merupakan salah seorang Datuk T. Difahamkan Eskay kini sedang berusaha menyogok pengurusan Felcra untuk memberikan beliau kontrak membekalkan baja di ladang-ladang milik Felcra. 3) Komisyen RM 20 juta dalam tender 'jambatan bengkok' Eskay berbekalkan kelicikannya cuba mendapatkan "duit atas angin" sebanyak RM20 Juta daripada tender "jambatan bengkok" menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan Negeri Johor dan Singapura. Eskay berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan [Msian Insider] Bagaimanapun dari laporan Malaysiakini, kes saman beliau terhadap Merong Mahawangsa telah ditolak hari ini. Merong Mahawangsa tidak perlu membayar RM 20 Juta kepada Eskay berikutan projek itu tidak lagi diteruskan. Jelas sekali Eskay adalah seorang ahli perniagaan yang licik dan bijak mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya walaupun dengan cara menipu. Orang seperti ini sanggup berbuat apa saja termasuk bersumpah dengan nama Allah demi memenuhi cita-cita beliau. ReJaM© "Kata bidalan Melayu Rasis, kalau jumpa keling dengan ular, bunuh keling dulu..." |
Datuk T hanya suruh wartawan teka pelakon seks rupanya Posted: 05 May 2011 03:17 AM PDT Dalam sumpah laknatnya pada 29 April 2011 yang lepas, salah seorang Datuk T (Datuk Temberang), iaitu Datuk Eskay bersumpah mengaku bahawa pelaku di dalam video seks adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kalau dilihat sumpahnya itu merujuk kepada lelaki mirip Anwar Ibrahim yang melakukan hubungan seks di dalam rakaman video yang didedahkannya itu. Tetapi di dalam kenyataan medianya pada 4 Mei 2011, beliau tidak mengaku menuduh Anwar Ibrahim berzina. Datuk Eskay rupanya hanya menyuruh wartawan meneka siapa di dalam video tersebut kah kah kah. Jadi apakah perbuatan Anwar Ibrahim di dalam video yang didedahkannya sehingga beliau sanggup bersumpah laknat? Perlu diingat, kredibiliti Datuk Eskay yang melakukan sumpah laknat ini sangat-sangat diragui rujuk sini [Siapa Datuk Eskay?]. Barangkali Datuk Eskay, dah jadi biol kerana dimakan sumpahnya sendiri. Tambahan pula peluangnya untuk mendapat RM20 Juta di dalam perbicaraan kes samannya terhadap Syarikat merong Mahawangsa telah ditolak oleh mahkamah hari ini [Malaysiakini]. Berikut video rakaman kenyataan merapu oleh datuk Eskay. ReJaM© "Video tuduhan zina sudah bertukar menjadi video teka pelakon seks kah kah kah" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan