Rabu, 4 Mei 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bukti Sahih! Anwar Ibrahim akan menembak dirinya sendiri!

Posted: 03 May 2011 11:09 PM PDT



Semakin hari tuduhan kepada anwar Ibrahim semakin menggila. Tidak cukup dengan tuduhan liwat pembantu, adik angkat, pemandu, abang angkat, sahabat, berzina dengan bini kawan, dengan pelacur, ada anak haram, dengan bapuk siam.

Anwar juga dituduh menjadi ejen Yahudi, Amerika, Arab Saudi. Anwar Ibrahim dituduh juga mahu membankrapkan negara, memecah belahkan masyarakat, malah pelakon video lucah yang memiliki lebih 18 buah rakaman video sejak 1998. Dituduh juga sebagai pendukung ajaran sesat dan banyak lagi sampai tak ingat dah nak tulis.

Kali ini tuduhan terbaru yang sahih lagi terbukti benar di mata gerombolan songkok tinggi, Anwar dituduh mahu mencipta konspirasi menembak diri sendiri pula. Bukti kukuh ini diperolehi daripada mimpi seorang badut sarkas yang mendakwa mimpinya itu melibatkan kepentingan awam, kepentingan rakyat.

Sila tonton video di bawah.



Gerombolan songkok tinggi akan terus jadi bodoh dan percaya bulat-bulat bukti sahih ini kah kah kah... (ketawa sambil kepala di bawah kaki di atas)

ReJaM© "Inilah yang dipanggil bangang tulen, tahap tertinggi gerombolan songkok tinggi"

Karnival 1 Malaysia Batu Pahat cetuskan ketegangan kaum

Posted: 03 May 2011 04:14 PM PDT



SEBUAH vcd berbaur perkauman diedarkan kepada orang-orang Melayu di sebuah Karnival Satu Malaysia yang dianjurkan di Parit Raja, Batu Pahat Johor baru-baru ini. VCD tersebut sengaja menaikkan darah masyarakat Melayu khususnya terhadap kaum Cina. VCD ini dilihat sengaja menimbulkan kebencian orang-orang Melayu kepada kaum Cina.

Jelas sekali VCD ini berunsur hasutan, kerana dilihat ingin memecah belahkan masyarakat. Malah VCD ini seolah-olah mahukan peristiwa pergaduhan kaum besar-besaran 13 Mei 1969 berulang kembali.

Gerombolan songkok tinggi sengaja mencetuskan kemarahan masyarakat Melayu dengan cara menaburkan fitnah terhadap pentadbiran DAP yang bekerjasama di bawah Pakatan Rakyat. Jelas sekali Najib Tun Razak sudah berputus asa untuk meraih sokongan masyarakat cina kepada Barisan Nasional melihatkan sokongan masyarakat cina dalam PRN Sarawak dilihat cenderung kepada Pakatan Rakyat.

Dengan ini Kerajaan Sapu Malaysia kini memainkan sentimen bangsa dan agama mengharapkan sokongan 'solid' dari masyarakat Melayu. Kepada kaum Melayu semua, jangan terperdaya dengan taktik memecah belahkan masyarakat yang dijalankan oleh Barisan Nasional ini.

AMARAN! Pertumpahan darah boleh berlaku bila-bila masa sekiranya masyarakat Melayu tertipu dengan dakyah dan taktik jahat kerajaan untuk meraih kuasa. Berikut video yang dimaksudkan.



Sekiranya anda cintakan keamanan, sayangkan perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Ayuh bangkit, tumbangkan Barisan Nasional yang telah sedia menanti rebah. Inikah Slogan 1 Malaysia yang dibanggakan oleh Najib? Karnival 1 Malaysia hanya untuk memecah belahkan dan mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.

Seperti biasa, kerana hasutan ini berpihak kepada kerajaan gerombolan songkok tinggi, maka tiada Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA akan dikenakan kepada penyebar video ini. Retorik satu Malaysia hanya alat Barisan Nasional untuk terus mengekalkan kuasa.


ReJaM© "Jangan sampai anda dijangkiti virus perkauman sempit gerombolan songkok tinggi"

Penduduk bukan Islam minta masjid dipindah kerana bising

Posted: 03 May 2011 04:14 AM PDT

SEPUCUK surat aduan dikongsikan oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM yang didakwa diambil dari salah sebuah blog terkenal gerombolan songkok tinggi. Surat ini memaparkan aduan seorang lelaki bukan Islam bernama Tan dari Pulau Pinang, kononnya beliau mahu Majlis Perbandaran Pulau Pinang memindahkan sebuah masjid di hadapan rumahnya di Lebuhraya Batu Lanchang kerana mengganggu ketenteraman beliau dan keluarga.

Menurut surat ini lagi, setiap hari Jumaat banyak kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran masjid, sekaligus menimbulkan kemarahan penduduk setempat. Malah surat ini mendakwa perbuatan itu membahayakan penduduk setempat serta kenderaan pelanggannya. Surat ini ditulis dengan bahasa dan tatabahasa yang salah bagi menggambarkan penulisnya bukan seorang yang berbangsa Melayu.



Bagaimanapun, kesahihan surat yang disiarkan oleh blogger gerombolan songkok tinggi ini sangat diragui. Ini kerana, hasil carian di Google Map menunjukkan tiada masjid terletak di sepanjang Lebuhraya Batu Lanchang. Hanya sebuah surau kecil dikesan. Sebuah surau kecil mengadakan solat Jumaat setiap minggu adalah tidak masuk akal. [Google Map]

Salah seorang rakan MiLo SuaM yang tinggal di Pulau Pinang juga mengesahkan bahawa tiada masjid di sepanjang Lebuhraya Batu Lanchang. Ternyata blogger gerombolan sengaja mencetuskan isu kaum dan agama untuk menaikkan darah orang-orang Melayu, seterusnya meraih sokongan masyarakat Melayu kepada Barisan Nasional dengan fitnah yang jijik.





ReJaM© "Politik Lucah, Fitnah, Provokasi Perkauman dan Agama, untuk mengekalkan kuasa"

Ulasan TG Nik Aziz berhubung kematian Osama Laden

Posted: 03 May 2011 01:36 AM PDT

JIKA benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Tiada ulasan: