MANDOR.BLOGSPOT.COM |
Posted: 30 Apr 2011 08:26 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSPERTANYAAN untuk Eskay dan geng `three strooges', apakah lagi yang kamu mahu? Hajat kamu bersumpah laknat telah pun tertunai semalam. Adakah lagi hajat yang lain yang belum tertunai? Jika kamu berhajat untuk melihat Anwar pula melakukan kerja bodoh seperti kamu itu, lebih baik kamu belajar menyebut `Bismillahirrahmanirrahim' dan belajar menyebut dua kalimah syahadah dengan betul tidak seperti semalam sehinggakan anak-anak sekolah PASTI pun ketawa mendengarnya. Saya lihat semalam ada seorang pendakwah telah membekalkan kepada kamu sebuah buku agama mungkin berkaitan hukum menuduh orang lain melakukan zina. Maka, berpakatlah kamu bertiga mengaji dan berguru betul-betul bab berkaitan di dalam buku tersebut setelah kamu mampu menuturkan dengan betul dan lancar kalimah dua syahadah itu nanti. Jika kamu sudah tamat mengaji, barulah kamu boleh menyalak menggesa Anwar bersumpah pula. Sekarang, apakah lagi hajat kamu selepas hajat bersumpah dan memakai baju kalis peluru tercapai? Ingin bersumpah di depan Kaabah pulakah? Kamu tentu banyak duit, bila-bila masa saja kamu boleh ke sana untuk bersumpah berapa ribu kali sekalipun. Baiklah, setelah hajat kamu tertunai, saya rasa tibalah masanya hajat rakyat jelata yang ingin melihat orang yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa itu ditangkap. Jangan ingat, bila sudah bersumpah maka isu tayangan video lucah akan ditenggelamkan. Rakyat tidak lupa dan tidak bodoh seperti kamu. Jangan pula fikir apabila sudah bersumpah, maka kamu akan terlepas dari kes qazaf yang telah dibawa ke JAWI untuk dibicarakan. Mungkin kamu berharap ada sesuatu keistimewaan akan diberikan oleh JAWI ke atas kamu dan kes Qazaf tidak boleh dibicarakan sepertimana di dalam kes Liwat Saiful sebelum ini. Jika itu berlaku, kamu beruntung di dunia ini tetapi belum tentu kamu selamat di Akhirat kelak. Kepada Jamil Khir, saya bukan tidak kenal beliau sewaktu di dalam KAGAT (Kor Agama Angkatan Tentera) dulu. Apa yang Jamil Khir buat semasa dia dalam KAGAT? Adakah tentera semakin kuat aspek kerohaniannya? Adakah tentera diwaktu itu tiada melakukan program maksiat? Jamil Khir tahu jawapannya. Harap kali ini, Jamil Khir jangan ganggu urusan mahkamah syariah jika kes Qazaf dibawa oleh Anwar terhadap Eskay. Jika Jamil Khir masih berhajat untuk menganggu, lebih baik Jamil Khir belajar agama dari Eskay./wfauzdin.blogspot.com |
ESKAY TIADA PILIHAN, TERPAKSA BERSUMPAH JUGA, KERANA APA? Posted: 30 Apr 2011 02:00 AM PDT SYABAS dan tahniah kepada sebilangan besar jemaah Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini kerana berani meluahkan kebenaran dan hak agar kelakuan sesat dapat dihindarkan berlaku di dalam Rumah Allah itu. Sejurus selepas Solat Jumaat, wajah Eskay tidak kelihatan untuk mengadakan perbuatan karut iaitu Sumpah Laknat, melainkan yang lebih awal muncul adalah Pengarah JAWI. Petikan dari Malaysiakini, keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong PKR pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini (Malaysiakini). Meskipun difahamkan Eskay tetap akan hadir bersumpah selepas Jumaat kemungkinan lewat tiba, apa yang penting kita patut bersyukur masih ramai yang sedar dan insaf bahawa perkara sumpah di dalam Islam tidak boleh dipersendakan. Masih ramai yang tidak sejahil puak mereka yang mahu agar tuduhan zina ini boleh diatasi dan diselesaikan dengan sumpah. Eskay sedar, beliau tidak mampu untuk menghadapi kes Qazaf kerana hukum tersebut akan memberi keadilan yang sebenar. Adakah Eskay mahu kepada keadilan Islam ataupun hanya mahu mengaibkan musuhnya? Pelik bin ajaib, permohonan untuk membicarakan kes Qazaf terhadap isu ini lebih awal dipohon bagi pihak DS Anwar melalui Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar bahkan beliau telah pun dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat JAWI. Tetapi, mengapa Pengarah JAWI memilih untuk hadir lebih awal ke Masjid berkenaan semata-mata untuk upacara sumpah tersebut? Mengapa beliau memilih membelakangkan kes Qazaf tetapi segera malah lebih awal dari Eskay untuk menyaksikan sumpah laknat? Kita masih ingat kes sumpah laknat oleh Saiful dahulu, siapakah Pengarah dari Jabatan Agama Islam yang terlibat memaksa Imam Raml;an Poringgi mengadakan sumpah laknat buat Saiful? Alhamdulillah, akhirnya Imam Ramlan sedar betapa beliau telah dipergunakan oleh bosnya yang berkepentingan politik. Apa jadi pada Imam Ramlan selepas itu? Beliau digantung dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan. Itulah cabaran bagi sesiapa sahaja yang ingin menegakkan kebenaran. Seandainya Eskay tetap mahu bersumpah hari ini kita merasa sedih kerana berkemungkinan ada Imam lain yang turut menjadi mangsa politik lagi. Saya tetap yakin Eskay akan terus bersumpah kerana beliau tahu tiada jalan lain untuk beliau menghilangkan rasa malu akibat fitnahnya yang kini ditertawakan orang. Siapa mahu percaya cerita Eskay yang pada awalnya menyebut beliau tahu kes zina tersebut apabila terjumpa kamera tersembunyi sewaktu beliau ingin mengambil jam DS Anwar yang tertinggal. Beliau pun memanggil beberapa rakannya terlebih dahulu untuk menontonnya bagi memastikan kebenaran siapa pelaku di dalam video yang kununnya beliau jumpai itu sebelum ditayangkan kepada para wartawan. Tetapi semalam, beliau membuat pengakuan berbeza dengan menyebut bahawa beliau tahu watak lelaki tersebut adalah DS Anwar kerana beliau ada bersamanya ketika kejadian. Dari segi fakta fizikal lelaki di dalam klip video siri I hingga setakat Siri II yang disiarkan oleh youtube dan dipanjangkan juga oleh media porno kita, jelas penipuan mereka. Tambahan pula apabila Eskay berbelit di dalam ceritanya. Sebab itu Eskay terlalu ingin untuk bersumpah kerana beliau tidak perlu menjawab apa jua kemusykilan. Kita tidak pelik berapa ribu kali Eskay mahu bersumpah kerana yang kita inginkan adalah kes ini mesti mengikut apa yang Allah ajar pada kita. Sebelum itu, kita juga mahu tindakan ke atas Eskay dan juak-juaknya yang telah mengaku menayangkan video lucah berkenaan agar didakwa segera. Eskay boleh bersumpah setiap hari, ada kita kisah?/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan