Sabtu, 28 Mei 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Teringin sangat nak tengok perkara2 serius begini dijuarai oleh DPPP...

Posted: 28 May 2011 08:58 PM PDT

Dari terlalu sibuk mempertahankan jawatan, baik sangatlah DPPP mengutarakan perkara2 yang serius untuk memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat. Teringin bebenor ahli parti nak lihat ini menjadi kenyataan.

Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir

Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.

"Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

Menjaga kroni

"IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996," katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.

Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.

Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

"Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

"Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun," katanya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Bertahan semusim saja

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

"Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani," ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri," katanya.

Siapa Khalil Gibran Dalam Novel 'Dendam'?!!

Posted: 28 May 2011 07:47 AM PDT

'Dendam' novel karya politikus Affifudin Omar
K Pragalath May 28, 2011


Novel terbaru Affifudin cerminan realiti sosio-politik Melayu kontemporari
BOOK REVIEW

Mantan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Affifudin Omar yang menyepi buat sekian lama setelah bersara dari dunia politik nasional pada tahun 1999 kini bergelumang di dalam dunia penulisan.

"Inilah jawapan saya kepada soalan rakan-rakan media saya 10 tahun lalu berkenaan apa yang saya buat setelah bersara dari politik nasional," kata Afiffuddin yang ditemui ketika majlis pelancaran novel 'Dendam' terbitan Fixi Khamis lalu di Kiara Equestrian Park, dekat Kuala Lumpur.

Beliau yang mengakui rindukan aksi di persada politik nasional masih bergiat aktif di peringkat Umno Bahagian Padang Terap.

"Saya mengambil masa sebulan setengah untuk menulis 'Dendam'," tambah Afiffuddin yang telah pun menghasilkan enam karya novel.

Beliau juga bakal menulis buku bukan fiksyen bahasa Inggeris bertajuk 'Anecdotes of A Politician'.

Pemilik Fixi, Amir Muhammad menggelar Affifudin sebagai 'penulis remaja' memandangkan hanya mula menulis novel sejak Oktober 2009.

Bagi Fixi, 'Dendam' ialah novel bahasa Malaysia keempat penerbitan mereka.

Novel 'Dendam'

'Dendam' setebal 309 halaman menarik kerana mempunyai adunan peristiwa sebenar yang berlaku di negara kita.

Ia kisah seorang lelaki, Khalil Gibran yang ditolak badai antara kebaikan dan kejahatan dalam usaha mencapai matlamatnya. Adakah Khalil akan kembali ke pangkal jalan?
Selain itu, watak-watak di dalam kisah ini mempunyai persamaan dengan personaliti-personaliti terkemuka di negara ini.

Bagi penulis sendiri, watak Khalil dan lain-lain menarik kerana wujudnya unsur realisme kemanusiaan. Manusia akan bertindak mengikut emosi, bukan halal haram suatu tindakan. Ini tidak bererti baik atau buruk.

Kelebihan dalam karya 'Dendam' ialah ia boleh menggamit tumpuan pembaca dan jalan ceritanya juga pantas. Justeru, para pembaca tidak bosan dan tidak mungkin berhenti membaca sehingga muka surat terakhir.

Manifestasi cinta yang ditonjolkan juga amat berbeza dengan kebanyakan novel Bahasa Malaysia.

Uthaya Sankar SB dari Kumpulan Penulis Kavyan berpendapat bahawa pengolahan 'Dendam' mirip fiksyen manakala Amir berkata cerita ini 'juicy and shocking'.

Novel ini boleh diperoleh di kedai-kedai buku terkemuka seperti MPH

Umno Kembalikan Ciri-ciri Pemerintahan Firaun

Posted: 28 May 2011 07:36 AM PDT

Mari main masak2...guna duit palsu untuk rasuah pengundi. Pilihanraya olok-olok ma...hehe!!

Posted: 27 May 2011 09:44 PM PDT

Najib: BN Adakan Pilihanraya Olok-olok
May 27, 2011

Dalam pada itu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan simulasi pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang akan dijalankan pada pertengahan tahun ini.

Kata Najib, semua pemimpin parti akan turun padang untuk meninjau perjalanan sepanjang pilihan raya itu berlangsung bagi meningkatkan persediaan secara berterusan menghadapi pilihan raya umum.

"Simulasi (pilihan raya olok-olok) kita akan buat mengikut jadual pada pertengahan tahun ini. Itu (dibuat) berterusan dan akan ditingkatkan dalam usaha kita ke arah PRU-13," kata beliau.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bagi melaksanakan simulasi berkenaan.

Ditanya mengapa pendekatan turun padang seperti yang dilakukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam usaha mendekatkan diri dengan rakyat tidak diamalkan pemimpin-pemimpin lain, Najib berkata ia dijalankan dalam bentuk berbeza.

"Cuma kerana acara turun padang walkabout itu dilakukan oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri, ia menjadi acara formal tetapi sebenarnya semua peringkat pemimpin negeri turun padang," katanya.

Tiada ulasan: