Kopitiam Bang Nan |
Posted: 22 May 2011 08:57 PM PDT Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dipercayai berada dalam keadaan kritikal setelah terjatuh di Wad ED, Hospital Putrajaya pagi ini. Beliau dipercayai mengidap tekanan darah rendah dan komplikasi jantung, lapor Utusan Malaysia. Bagaimanapun, beliau kini dilaporkan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan. Malaysiakini difaamkan, keluarganya kini mahukan privasi dan tidak mahu bercakap dengan pihak media buat masa ini. Sebagai ketua hakim yang keenam, Zaki, 66, dilantik pada 21 Oktober 2008, menggantikan Abdul Hamid Mohamed. Beliau juga berkhidmat sebagai hakim mahkamah persekutuan dan presiden mahkamah rayuan. |
Apa punya kelaslah mak andeh ni?? Posted: 22 May 2011 02:49 AM PDT Inilah masalahnya bila menteri2 recond dilantik menduduki kabinet Najib. Dalam PRU12 Shahrizat kalah teruk di Pantai Dalam. Di antara punca kekalahan beliau ialah prestasi buruk beliau ketika memegang jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Masyarakat masa zaman Pak Lah. Setelah Najib jadi PM, dia dipilih semula. Berdaftar atau tidak rumah anak-anak yatim ni bukan tanggungjawab Madrasah Al-Taqwa semata2. Jabatan Kebajikan Masyarakat SEWAJIBNYA memainkan peranan mereka secara proaktif. Patutnya mereka mengenalpasti mana2 anak yatim yang perlukan bantuan di seluruh negara dan tentunya Rumah Anak Yatim Al-Hidayah yang telah bertahun2 wujud ini berada di dalam radar mereka. Come on lah oiii. Buatlah kerja dengan ikhlas dan bersungguh2. Shahrizat: Rumah Al-Taqwa tak berdaftar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain. "Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam. Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu. Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan