Kopitiam Bang Nan |
- Modus Operandi Yang Sama: Mula2 guna polis...lepas tu guna mahkamah..
- TABUNG MANGSA TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT
- 7anak yatim maut dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat...!!
- Inilah kandungan buku jingga yang paling ditakuti oleh BN. Orang melayu sila baca....
Modus Operandi Yang Sama: Mula2 guna polis...lepas tu guna mahkamah.. Posted: 21 May 2011 10:35 AM PDT Kedua2nya dah hilang kredibiliti yob....sudahlah!! Hisham: Mahkamah akan dedah kebenaran isu video Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan. "Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal. "Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini. Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara. - Bernama |
TABUNG MANGSA TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT Posted: 21 May 2011 03:33 AM PDT Masjid Bukit Indah, Ampang telah menubuhkan sebuah tabung untuk mangsa tanah runtuh rumah anak-anak yatim At-Taqwa. Kepada semua ahli qariah dan dermawan yang budiman, sila salurkan sedekah dan infaq tuan-tuan khusus untuk mangsa-mangsa tanah runtuh tersebut di atas terus kepada: 1. Masjid Bukit Indah (Cek) atau Masukkan terus ke Akaun No: 0676-11000-1048 (EONCAP Islamic, Ampang Point Branch).** 2. Saudara Izzudin Idris @ Bendahari MBI - 019-2002 876 3. Ustaz Mohamad Ariff Abdullah @ Imam 1 - 012-6207 039 4. Ustaz Saime Awang @ Imam 2 - 013-2210 097 5. Ustaz Mohd. Zaki Yaacob @ Imam 3 - 013-3838 727 6. Tn. Hj. Baharuddin Hamzah @ Bilal 1 - 017-2334 861 7. Tn. Hj. Hussin Manap @ Bilal 2 - 017-3293 216 8. En. Zakaria Bin Zainal @ Pembantu Tadbir - 019-2325 546 9. Tn. Hj. Ghazali Bin Omar @ Ketua Lajnah Kemasyarakatan - 012-3837 083 ** Untuk sumbangan yang terus dimasukkan ke dalam akaun, sila hantarkan salinan bukti bank transaction sebagai rekod. Sumbangan tuan-tuan dalam apa jua bentukpun, Insya'Allah akan disampaikan terus kepada mangsa-mangsa atau warisnya. Sekian, terima kasih. |
7anak yatim maut dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat...!! Posted: 21 May 2011 03:03 AM PDT Dalam satu kejadian tanah runtuh sebentar tadi yang menimpa sebuah rumah anak yatim, Al-Takwa, Felda Semungkus, Batu 14, Hulu Langat melibatkan 30 orang penghuni. Setakat ini 7 mayat telah berjaya dikeluarkan. Pasukan Bomba Dan penyelamat serta orang kampung sedang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa. PAS Kawasan Ampang menyeru para sukarelawan semua untuk ke tempat kejadian bagi membantu kerja-kerja menyelamat. Sekian harap maklum. Landslide hits orphanage; seven found deadBREAKING NEWS A landslide hit an orphanage with 30 residents and the bodies of seven children from the Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felda Semungkus, 14th mile, Hulu Langat, near Kajang have been pulled out. Firemen and villagers managed to pull out several others who were critically injured and have been rushed to the Kajang Hospital, said Hulu Langat MP Che Rosli Che Mat. |
Inilah kandungan buku jingga yang paling ditakuti oleh BN. Orang melayu sila baca.... Posted: 20 May 2011 11:09 PM PDT Setelah 53 tahun Merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal. Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat. Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai. Selengkapnya sila klik di bawah ini.... http://blog.marhaen.info/buku-jingga-pr/585-buku-jingga-ubah-sekarang-selamatkan-malaysia |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan