Di Singapura, LKY kata generasi baru Singapura sudah mula lupa....
Kat Malaysia pulak ada seorang tua tu dok meraban....Melayu mudah lupa...
Hmm...rupa2nya, inilah penyakit orang tua!!
Kuan Yew: Generasi baru Singapura sudah mula lupa
SINGAPURA, 9 Mei — Bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew dalam kenyataan pertama, secara tidak langsung mengenai pilihan raya republik itu berkata, tahun "2011 telah menyaksikan satu generasi yang tidak lagi ingat dari mana kita datang."
Pada pilihan raya umum yang berlangsung kelmarin Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan kerajaannya tetapi mengalami kemerosotan undi popular dan kerusi di Parlimen.
Pembangkang menguasai tujuh kerusi daripada 87 kerusi diperuntukkan.
Buat julung kali pembangkang, Parti Pekerja (WP) memenangi kerusi Perwakilan Kawasaan Kumpulan Pilihan Raya (GRC), yang turut menyaksikan kekalahan menteri luar.
"Tetapi itu yang perlu dijangkakan. Tetapi saya dan mereka di kalangan anda, (berusia) lebih 50 akan ingat (dari mana kita datang)," katanya di sini semalam.
Justeru Lee (gambar) yang kini merupakan Menteri Mentor mengingatkan bahawa, jangan mengharapkan "pesawat Singapura" akan bergerak menggunakan platform juruterbang auto.
Katanya, "pesawat Singapura" boleh bergerak dalam semua kesukaran dan kecemasan, tetapi "kita memerlukan juruterbang yang baik dalam kapal terbang."
Lee, yang mempertahankan kerusinya tanpa cabaran bercakap kepada penduduk kawasan Queenstown untuk meraikan penyempuraan pembinaan beberapa pavilion di plaza komuniti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan