Kopitiam Bang Nan |
- Bagaimana pula dengan tragedi Memali ha Che' Det????
- 80,000 pengundi baru dalam masa 3 bulan di Selangor....
- Sayang orang macam Pak Khalid cuma diberikan peranan yang kecil...
Bagaimana pula dengan tragedi Memali ha Che' Det???? Posted: 05 May 2011 07:12 PM PDT Setuju bebenor teman dengan Che' Det bahawa pembunuhan Osama adalah tidak bertamadun. Bagaimana pula dengan pembunuhan Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan anak2 muridnya? Siapakah Perdana Menteri Malaysia ketika itu? Renung2kan.... Dr M says killing of Osama 'uncivilised' Husna Yusop newsdesk@thesundaily.com PUTRAJAYA (May 4, 2011): Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has described the US as being "uncivilised" in killing Al Qaeda leader Osama bin Laden during a shootout in Pakistan on Sunday. "He is indeed guilty, but to send a team to kill someone, that is not the way to enforce the law. If you can catch him, catch him. "But instead, you encroach there, with him (Osama) being unarmed, killed him, then put him in the sea. To me this is like being uncivilised people," he said here today. Mahathir said this when asked whether he think it was right for the US to kill Osama and whether the authorities should instead bring him to court. He was speaking to reporters after presenting prizes to winners of the Perdana Leadership Foundation-MPH "Nurturing the minds of future leaders" essay competition 2010. Mahathir said although Osama has been killed, the incident could possibly lead to more anger and more violent actions from amongst the people or his followers. "Perhaps now they tone down for a while as they have lost their leader. But in the end, they will react. This is not a way to curb violence. This is actually revenge. "Revenge by the US for the Sept 11 attack," he said, referring to the coordinated attacks by Al Qaeda in 2001 whereby two hijacked airlines crashed into the Twin Towers of the World Trade Centre in New York, killing 2,752 people. He was also asked whether Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak's call for the Chinese to support Barisan Nasional or risk losing representation in the government is a cause of worry to the community. To this, he said: "It is a cause of worry for the whole nation. Once we divide ourselves into Chinese and Malays, and we fight each other, that's the end of cooperation and there will be no stability in this country." Meanwhile, the grand prize winner of the essay competition was Eric Lee Vui Loong of HELP University College, followed by Koh Aun Qi of University of Sydney (1st prize), Calvin Lee Eng Siong of Sunway University College (2nd prize) and Chua Jack Yune also of HELP (3rd prize). |
80,000 pengundi baru dalam masa 3 bulan di Selangor.... Posted: 05 May 2011 06:17 PM PDT Di DUN Lembah Jaya lebih 5,000 pengundi baru telah didaftarkan termasuk 132 orang di Taman Bukit Indah. 35,000 pengundi baru adalah di DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh PAS. Tempoh bantahan telah tamat pada hari Rabu dan PAS cuma diberi masa 3 hari untuk semakan walaupun sepatutnya 7 hari bekerja. Tahniah SPR. Makanya, cakap2 Najib bukan retorik kosong sebenarnya. Gesaannya kepada Umno tetapi peralatannya termasuklah SPR dan JPN. Selamat berjuang!! Guna apa saja senjata rampas Selangor, Najib gesa Umno May 06, 2011SHAH ALAM, 6 Mei — Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 — yang disifatkannya "sudah hampir tiba." Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. Pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini. Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini. Pakatan Rakyat kuasai Selangor tiga tahun lalu. "Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas. "Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya dipetik Bernama hari ini. Berucap pada majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan di sini semalam Najib (gambar) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap ahli Umno negeri tanpa mengira usia. "Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas). "Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya. Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka. "Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi. "Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan," katanya. |
Sayang orang macam Pak Khalid cuma diberikan peranan yang kecil... Posted: 05 May 2011 03:55 AM PDT Salah satu ciri2 kepimpinan yang efektif ialah keupayaan pemimpin itu mempermudahkan isu yang komplikated. Dan seterusnya menawarkan jalan keluar yang praktikal. Semua itu ada pada Pak Khalid. Coretan ringkas isu semasa. 1. VIDEO SEKS FITNAH TERHADAP DSAI Bagi saya, ini merupakan bukti muktamad betapa terdesaknya UMNO. Sebuah video yang jelas bersifat lucah, diambil entah dari mana, kemungkinan besar dari Siam, ingin digunakan untuk menjatuhkan DSAI. Pertama, orang yang menayangkan video mempunyai niat jahat kerana ditayang dihadapan wartawan dan meminta 'pemimpin pembangkang dan isterinya' (pastilah DSAI dan Wan Azizah) meletakkan jawatan, kalau tidak maka akan didedahkan kepada umum. Kalau tiada motif politik, serahkan sahaja kepada Jabatan Agama dan minta disiasat. Kedua, jelas juga Dato T mendapat layanan istimewa. Sepatutnya ditangkap polis tetapi seperti yang dilihat semasa acara angkat sumpah mubahalah, dilindungi Polis! Ketiga, boleh disiarkan petikan video lucah di dalam akhbar dan TV! Hebat, bila ada kepentingan politik, semua boleh! Beginilah, semua yang kenal DSAI secara dekat telah mengatakan pelakon yang berlakon (dibawah sinaran spotlight supaya mudah dirakam) itu bukan DSAI. Termasuk Wan Azizah sendiri. Lagipun sudah ramai yang timbulkan isu perut yang boroi, misai dan janggut, rambut, pinggul dan bahu dan sebagainya. Yang duk sibuk bab sumpah mubahalah ni pula satu hal. Ini merupakan bukti bahawa UMNO ingin rosakkan Islam, bukan mahu ikut Islam! Islam tuntut apabila tuduh seseorang berzina, bawa 4 saksi yang adil. Bukan suruh buat sumpah mubahalah yang diguna untuk kes Li'an. Kalau tidak bawa 4 saksi, maka kena hukum Qazaf dan orang yang menuduh itu diistiharkan tidak boleh diterima lagi persaksiannya! Sekarang orang yang menuduh tidak dikenakan Qazaf dan persaksian melalui sumpah mubahalah itu dijaja merata sedangkan persaksiannya sudah tidak boleh diterima. Inilah undang-undang syariat UMNO yang sesat lagi menyesatkan. 2. KES LIWAT 2 Skrip lama hendak diguna pakai kembali - recycle. Adakah UMNO fikir rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu bodoh dan boleh ditipu lagi dan lagi dengan menggunakan skrip lama? Soal DNA masyarakat umum sudah mengetahui bahawa ianya diambil dari DSAI semasa beliau ditahan dahulu. DNA boleh dimasukkan ke dalam sampel, tiada masalah. Itulah sebabnya, kerap sangat mencuba sampai ada 5 DNA dalam exhaust yang sama! Termasuk DNA dirinya sendiri! Ini merupakan bukti yang nyata bahawa sampel itu telah dirosakkan dan tidak boleh digunapakai. Tapi oleh kerana dianggap Melayu mudah diperbodoh, maka terus digunakan juga. Bukti muktamad adalah pengakuan tuan punya kondo, En. Hassanuddin Nordin, bahawa pada hari itu, dia dan keluarganya berada di dalam kondo tersebut. Menurutnya lagi, si penuduh tidak masuk dalam kondonya! 3. TAWARAN MASUK BN DAN KELUAR PR PM sudah pening kot? Adakah PAS ingin masuk BN dan keluar dari PR sedangkan semua tahu sebab musabab dia menjemput PAS masuk adalah kerana BN sudah mula karam? Kalau bukan kerana karam, mengapa hidung tak mancung, pipi tersorong? Hakikatnya, politik perkauman adalah politik dunia ketiga. Politik dunia pertama adalah berhubung hak dan keadilan, pentadbiran dan urus kelola yang bersih dan baik. Politik UMNO politik dunia ketiga. Jijik, fitnah, lucah, zalim, perkauman dan rasuah. Maka biarkanlah UMNO karam dengan labu-labunya. Namun, dalam pada itu ini peluang baik untuk membuktikan bahawa PAS tidak gila kuasa. Ada yang kata PAS kemaruk kuasa sehingga sanggup, kononnya gadaikan Islam untuk berkuasa dengan DAP. Hakikatnya, kalau PAS gila kuasa, sudah tentu akan bersama BN yang sedang berkuasa! Kan lagi mudah kalau kuasa adalah apa yang diutamakan! Oleh kerana kuasa bukan matlamat utama tetapi sebaliknya perubahan dan soal mendidik rakyat berhubung politik dunia pertama dan politik Islam, maka PAS menolak jalan mudah untuk berkuasa. PAS memilih jalan yang sukar, jalan yang akan berjaya hanya apabila rakyat sedar. 4. SOAL 'AL-KITAB' Dalam soal Al-Kitab jelas kelihatan UMNO menyerah kalah atas desakan politik. PAS sejak awal lagi sudah konsisten mengatakan bahawa ianya tiada masalah menurut syariat Islam dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang bernas untuk menyokong pendirian tersebut. UMNO sebaliknya hari ini kata 'NO' tetapi esok tiba-tiba kata 'YES' tanpa mengemukakan hujjah atau alasan. Jelas bagi yang mahu berfikir, UMNO menentukan hukum berdasarkan kepentingan politik mereka semata-mata. 5. PILIHAN RAYA UMUM KE 13 Akhir sekali, isu PRU ke 13. Saya bersetuju dengan pandangan DSAI, bahawa ianya akan diadakan pada bulan Jun atau Julai ini. Ini rancangan BN buat masa ini tetapi sudah pasti mereka akan pantau keadaan dan suasana. Kalau pihak SB kata jangan lagi, mereka akan tangguh tetapi buat masa ini, itulah rancangan mereka. Kearah mencapai kemenangan, BN telah berkerja keras mendaftar para pengundi di kawasan sasaran mereka. Termasuklah Shah Alam yang melihat pendaftaran 5,000 pengundi baru dalam masa 3 bulan pertama tahun ini. Hebat, hebat BN. Dalam soal menipu tiada yang boleh menafikan kehebatan UMNO, juara penipu dunia. Namun, strategi mereka boleh dipatahkan dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, Selangor khususnya, untuk jangan membenarkan UMNO menafikan hak tuan-tuan sekalian untuk memilih kerajaan tuan-tuan sendiri. Ke arah ini, semua perlu berkerja keras untuk memenangkan PR dengan berkempen kepada jiran, rakan taulan dan semua yang dikenali, jadikan PRU ke 13, PRU yang bersejarah di mana BN ditukarkan dengan PR di perkingkat Pusat! WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan