Selasa, 24 Mei 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


pendapat Ustaz Azhar Idrus mengelirukan?

Posted: 23 May 2011 09:21 PM PDT

Seorang lelaki berkata kepada saya pelik dengan pandangan ustaz Azhar. Apa yang membuat awak rasa pelik?

Jawapan lelaki itu, pelik kerana dalam kelasnya bahawa lelaki boleh pakai "gelang", kecuali emas. Saya kata, kan Itu pandangannya.

Lelaki itu berkata, setahu saya lelaki diharamkan pakai gelang tangan hatta yang dibuat dari tembaga.

Sejak akhir akhir ini saya keliru,kata lelaki tadi, kerana sudah banyak pendapatnya bercanggah dengan ustaz Awang Bakar.

Hari ini juga sudah ramai pemuda yang meminatinya memakai gelang yang diperbuat daripada "besi putih".

Tidak lama dulu saya ada menulis mengenai pendapat seorang lelaki lain yang mempertikaikan pendapat ustaz Azhar bahawa nikah di Golok tak sah.

Tulisan itu mendapat banyak komen menyokong ustaz Azhar dan mengatakan saya tak betul . Malah ada tulisan balas menjawap segala kemuskilan yang berlaku.

Tiada ulasan: