Komentar Kini |
Najib wajar sekat kegiatan mengaib aibkan Anwar Posted: 16 May 2011 05:34 PM PDT Walaupun ada pihak mendakwa kepuasan hati rakyat Negara ini semakin naik berbanding sebelum ini, tapi pada saya sokongan terhadap Anwar semakin naik dan Najib semakin menurun dek betapanya muak dengan kegiatan mengaib aibkan menerusi pelbagai fitnah terhadap Anwar. Sama ada Najib sedar atau tidak, tapi pada saya rakyat Malaysia sangat meluap dan muak dengan dengan cerita dan fitnah yang disebar secara meluas oleh madia massa, terutama sekali media milik umno. Mustahil tiada satu kajian yang buat mengenai implikasinya sepanjang penyebaran video seks yang sudah dikenapasti bahawa pelakunya bukan Anwar, cuma ia hanya mirip Anwar yang menjadi kemarahan kebanyakan rakyat. Anwar Ibrahim ketika melawat Terengganu berjaya membasah segala keburukan dengan mengatakan wajah macam saya, tapi perutnya buncit. Kebanyakan yang menonton klip video seks yang dipapar baik dalam media masa TV dan internet sudah boleh buat keputusan bahawa pelaku itu bukan Anwar. Lebih lebih lagi pihak polis tak berani nak dedahkan siapakah pelaku sebenar dalam klip sideo seks kepada rakyat. Ini menunjukkan ada yang tak kena dengan dakwa yang dibuat terhadap Anwar. Inilah punca rakyat begitu marah dengan kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak yang masih menerima nasihat yang "salah" dari Tok Gurunya ( Tun Mahathir). Kini orang mula sempati dengan Anwar kerana dianiaya berbanding Najib yang banyak memberi insentif itu dan ini disamping tak pernah kosisten dengan kenaikan harga barang yang sinonim dengan singkatan huruf BN (barang naik). Pada saya, jika Najib tidak bertindak menyekat kegiatan memburuk buruk Anwar jalan menuju ke putrajaya kelihatan begitu cerah. Tun Mahathir dalam satu kenyataan terbarunya mengatakn adalah tak munasabah pilihanraya umum ke 13 akan diadakan pada tahun 2012 ini. Maknanya pilihanraya umum ke i3 masih tak sesuai diadakan atas sebab sokongan rakyat menurun secara mendadak. Bermakna status sokongan rakyat terhadap kerajaan sudah menurun mendadak serta tak menentu dek kes memburuk burukkan Anwar. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan