Ahad, 8 Mei 2011

Komentar Kini

Komentar Kini


Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim orang baik?

Posted: 08 May 2011 01:50 AM PDT

Saya bertemu dengan kawan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim semalam dan diberitahu bahawa Datuk Seri Dr orang baik.

Pelik juga. Kalau Dr Judin orang baik mana mungkin diturun dan ditukar ke jawatan sebagai ketua Eksekutif lembaga pembangunan industry pembinaan (CIDB).

Tidak lama dahulu Ketua pengarah pelajaran Malaysia juga dikatakan orang baik dan diturunkan dan diganti dengan orang Pahang yang masih belum layak menjawat jawatan tersebut.

Bekas Ketua polis Negara Tan Sri Musa Hassan dilantik kejawatan sama sebagai kontrak sebanyak dua kali.

Kalau Dr Judin Abdul Karim orang baik mustahil diturunkan sebagai ketua pengarah JKR dan diganti dengan timbalan ketua pengarah 11 Datuk Mohd Noor Yaakub yang dikatakan masih belum layak ke jawatan itu.

Ini kata kawan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim kepada penulis.
Saya tak tahu sama ada betul atau tidak.

Kalau dia orang baik mustahil diturunkan dari jawatan itu. Mungkin dia baik dari segi dasar dan sangat tak baik dengan menteri dan perdana menteri.

Bayangkan orang politik memang hala tujunya tak sama dengan orang parti politik yang mahu cari makan konon.

Menurunkan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dan menaikan Datuk Mohd Noor Yaakub pasti ada yang tersurat dan tersirat.

Tiada ulasan: