Ahad, 22 Mei 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Bangang Macam Ni, Macam Mana La Najib Pilih Shahrizat Jadi Menteri. Bangang!

Posted: 22 May 2011 08:14 AM PDT

Bukan semua penghuni rumah anak yatim At-Taqwa adalah anak yatim: Shahrizat

PEKAN - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.

Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi.

Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, beliau telah meminta kementerian dan agensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumah terbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya.

"Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfiz dan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahu asal-usul kediaman itu," katanya sambil menyampaikan takziah daripada Wanita Umno kepada waris mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu.

Beliau berkata, daripada 47 penghuni yang terlibat dengan bencana yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu, 27 daripada mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara JKM di mana keluarga atau waris boleh menemui mereka di situ.

Shahrizat berkata sekiranya mana-mana penghuni terbabit disahkan sebagai anak yatim, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sesuai bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.- Bernama

Buku Jingga jamin hak, kebajikan pekerja – Rafizi

Posted: 22 May 2011 08:00 AM PDT

SHAH ALAM: Golongan buruh terus tertindas selagi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) memanipulasi pekerja bagi memastikan mereka kaya-raya manakala rakyat kekal miskin, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Dalam forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga', Rafizi berkata, kerajaan Umno BN hanya mementing golongan pemodal berikutan dasar ini dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tun Mahathir bertanggungjawab memulakan gerakan untuk melemahkan pekerja apabila membentuk polisi ekonomi berasaskan ekuiti.

"BN mahu tarik pelabur dan memberi jaminan bahawa gaji pekerja kekal rendah," katanya yang mengakui strategi itu diamal negara lain tetapi hanya di peringkat awal sahaja.

Beliau berkata demikian pada Kongres Buruh Berlandaskan Buku Jingga bertema 'Pemimpin Pakatan Rakyat bersama Kebangkitan Buruh' anjuran Biro Pekerja KEADILAN di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam hari ini.

Kongres sehari itu dihadiri 500 peserta kongres dan dirasmikan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim. Forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga' dikendali Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Hamid.

Selain Rafizi, ahli panel ialah Pengerusi Biro Buruh DAP, Sivanesan; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; mantan Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud dan pengasas Zentrum Future Studies, Dr Abu Hassan Hasbullah.

Penggulungan disempurnakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Kongres itu diakhiri ikrar pekerja dan penyerahan resolusi wakil Pemuda MTUC, Mohd Faizal Abu Bakar kepada wakil tiga parti gabungan Pakatan Rakyat.

Rafizi berkata, Buku Jingga menawarkan kerangka ekonomi bermatlamat meningkatkan pendapatan rakyat, bukannya menambah pemilikan ekuiti bagi diagih kepada pihak tertentu.

Dalam Buku Jingga, beliau berkata, Pakatan Rakyat mahu menggubal dasar gaji minimum bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat melalui pembelaan terhadap pekerja.

"Itu yang membeza kerangka ekonomi Pakatan Rakyat dan BN. Dalam masa lima menguasai Putrajaya, kita mahu purata pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan, bukan sasar pemilikan ekuiti 30 peratus tapi cuma 10 orang Melayu dapat," katanya.

Inisiatif kedua, Rafizi berkata, ialah merapatkan jurang gaji antara eksekutif berjawatan tinggi dengan golongan pekerja dengan menggunakan kayu ukur dikenali sebagai 'pekali gaji'.

Mengambil contoh di Eropah, beliau berkata, 'pekali gaji' ideal ialah lima kali tetapi ia tidak berlaku di Malaysia dengan merujuk gaji Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.

"Gaji Rozali RM425,000 sebulan, gaji tukang paip Syabas hanya beberapa ratus tinggit sahaja. Jurangnya beratus-ratus kali ganda. Ini tidak betul dan ini yang mahu kita perbetul," katanya.

PKR Selangor Seru Kerajaan Negeri Beku Segera Projek Tepi Lereng Bukit

Posted: 22 May 2011 06:17 AM PDT

SHAH ALAM 22 Mei - Parti Keadilan Rakyat Selangor menggesa kerajaan negeri untuk membekukan serta merta aktiviti berhampiran kawasan yang berstruktur lemah dan lereng bukit untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, kejadian lalu haruslah dijadikan iktibar apabila beberapa tragedi menyayat hati berlaku dan banyak nyawa yang terkorban.

"KEADILAN Selangor sedar, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor sudah mengambil inisiatif supaya kawalan lebih ketat dalam meluluskan sebarang aktiviti dan pembangunan di kawasan lereng bukit yang mempunyai potensi untuk berlakunya tanah runtuh dan bencana runtuhan," katanya.

"Namun terdapat rungutan melampau apabila ia mula dilaksanakan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor perlu mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan belasan nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda disamping perubahan ekologi persekitaran.

"(Bahkan) jika dikaji memang ada kelemahan dan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu menyebabkan banyak pembangunan yang diluluskan tanpa kawalan ketat dari segi keselamatannya dan inilah masanya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bertindak tegas," tambahnya lagi.

Negara semalam dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila 16 anak yatim termasuk seorang petugas Rumah Anak-anak yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat maut dalam runtuhan tanah kira-kira 2.30 petang semalam.

Justeru beliau mewakili KEADILAN Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seluruh tenaga pengajar dan anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

Beliau juga menggesa insiden sedih ini tidak dijadikan medan politik untuk berkempen.

"Marilah kita berjiwa besar berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor dan pihak keselamatan di peringkat kerajaan Persekutuan bersama-sama membantu mangsa kejadian tanah runtuh ini. Pihak Polis perlulah memberi kerjasama baik kepada wakil kerajaan Negeri yang hadir ke kawasan runtuhan setiap hari bagi membantu menyelaras bantuan,"ujar beliau.

Semalam, tindakan pihak polis menyekat EXCO Kerajaan Negeri Selangor menghampiri kawasan runtuhan, pada masa sama membenarkan pimpinan Umno dan wakil kerajaan Pusat masuk ke kawasan runtuhan adalah tindakan yang tidak wajar.

Dalam keadaan bencana seperti itu, semua pihak seperti Majlis Tempatan, BOMBA, Polis, Jabatan Kerja Raya dan semua agensi milik kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai tugas berat dan digesa berkerjasama bagi menyelamatkan mangsa dan Kerajaan Negeri punyai tanggungjawab lebih besar membantu mangsa.

Tragedi Tanah Runtuh :MB Selangor Pendek Lawatan Ke Amerika

Posted: 22 May 2011 03:00 AM PDT

SHAH ALAM 22 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini dalam perjalanan kembali ke tanah air selepas memendekkan lawatan beliau ke Amerika Syarikat susulan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan nyawa 16 anak yatim termasuk seorang dewasa.

Dalam twitternya Abdul Khalid berkata beliau akan terus melawat segera ke tempat kejadian sebaik sahaja tiba di tanahair.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, berkata Abdul Khalid kini sudah dalam penerbangan.

" Beliau kini dalam perjalanan balik,"jawabnya ringkas.

Ujar beliau, urusan perjalanan pulang Khalid diuruskan oleh Tourism Selangor dan memberitahu tidak mempunyai maklumat lengkap setakat ini bila Khalid akan tiba di Malaysia.

Sebalik sahaja dimaklumkan tentang tragedi itu, Khalid telah mengumumkan peruntukan RM50 ribu yang disampaikan melalui Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail untuk membantu usaha mencari dan menyelamat serta pengkebumian jenazah mangsa.

Abdul Khalid juga turut mengarahkan agensi keselamatan di Selangor seperti Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (Pantas) untuk turut serta membantu dalam misi menyelamat.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Kini 20 Tahun Tok Guru Nik Aziz Menjadi Menteri Besar Kelantan

Posted: 22 May 2011 02:30 AM PDT

Kini Tok Guru Nik Abdul Aziz sudah lebih 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan. Perkembangannya sudah dua dekad. Panduan menjalankan tugas menteri besar ialah prinsip dalam kaedah Islam, iaitu "siasah syariyyah" yang mengamalkan prinsip pentadbiran Ubudiah, Mas'uliah dan Itqan. Prinsip itu menjadi isi kandungan utama dalam dasar Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan. Kesan kandungan itulah telah merakamkan sekurang-kurang kemajuan 20 fakta program Dasar "Membangun Bersama Islam – Menerajui Perubahan" yang kini mendapat establishment dan manfaat besar pelbagai pihak.

Berikut adalah rumusan daripada 20 fakta:

Klik untuk fakta Selanjutnya

Tanah runtuh: Kerajaan Pulau Pinang hulur bantuan

Posted: 22 May 2011 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.

Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.

Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.

"DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan.

Mahfuz gesa Najib minta maaf label rakyat ‘ketagih subsidi’

Posted: 22 May 2011 12:30 AM PDT

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 22 Mei — PAS mendakwa pentadbiran Najib mengalih beban akibat defisit fiskal ke atas bahu rakyat dengan memotong subsidi ke atas barang-barang keperluan asas.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak mampu mencari jalan untuk memotong perbelanjaannya tetapi rakyat pulai terpaksa "membayar subsidi kepada kerajaan untuk membayar hutangnya."

"Ini sebuah kerajaan yang lemah, yang tidak boleh mengurangkan defisitnya tanpa membebankan rakyat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan kini mengambil wang daripada saku rakyat untuk membayar defisitnya.

Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memanggil pilihan raya tergempar tahun ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu meneruskan langkah pemotongan subsidi bagi mengurangkan beban subsidi yang dijangka mencecah RM21 bilion tahun ini.

Mahfuz juga mengkriitk Najib kerana menggambarkan subsidi sebagai "candu" ketika bercakap di depan khalayak luar negara.

"Beliau memberitahu komuniti antarabangsa bahawa rakyat Malaysia ketagih subsidi. Ini satu penghinaan dan beliau seharusnya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf," kata beliau.

Dalam satu kenyataan di London 16 Mei lalu, Najib berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau.

Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

"Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan," katanya lagi.

Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet.

Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.

Minggu lalu, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu.

Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa dua minggu lalu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, subsidi kepada barang-barang keperluan asas seperti minyak dan gula tidak seharusnya dilihat sebagai herot-benyot kepada pasaran, sebaliknya ia "tanggungjawab kerajaan untuk mengurangkan beban orang ramai."

"Ia satu mekanisme bagi pengagihan kekayaan. Kerajaan harus mengurangkan perbelanjaannya sendiri daripada menarik balik hak rakyat," kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim berkata kerajaan telah mengarahkan semua jabatan kerajaan agar memotong perbelanjaan ekoran peningkatan kos.

Mahfuz sah pertahan jawatan Naib Presiden PAS

Posted: 22 May 2011 12:30 AM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini.

Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.

Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menganggap keputusan itu sebagai mempertahankan jawatan kerana menurutnya jawatan bukan milik individu, tapi milik parti.

Sebaliknya tegas Mahfuz, beliau akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja parti,terutama untuk menumbangkan Umno BN.

"Saya tak suka guna istilah mempertahankan jawatan kerana jawatan bukan milik individu tapi milik parti.

"Kalau saya menumpukan soal pemilihan, saya akan hilang fokus sebenar. Jadi saya serahkan kepada kawasan untuk membuat penilaian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz turut menekankan '5K' yang menjadi prinsipnya dalam memastikan PAS terus diterima masyarakat dan mampu bersama-sama Pakatan Rakyat memerangi politik perkauman yang kembali dimainkan Umno BN untuk mewujudkan rasa tidak senang antara kaum.

'5 K' tersebut ialah kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesaksamaan, dan keprihatinan/kebajikan.

"5K ini yang saya nak bawa. Jadi menjadi tanggungjawab besar bagi saya, untuk menerima pencalonan untuk bawa PAS ke dalam 'green politic' di Malaysia," katanya.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding.

Ini katanya menunjukkan ahli memberikan sepenuh kepercayaan kepada Abdul Hadi untuk terus meneraju PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai presiden parti akan melicinkan lagi perjalanan PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Ahli ternyata memberi penghargaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau," katanya.

Sebanyak 152 kawasan menghantar pencalonan untuk jawtan tertinggi parti namun hanya 146 diterima selepas enam borang yang dihantar tidak lengkap.

PRU 13: Umno Pulau Pinang bakal hilang kerusi

Posted: 22 May 2011 12:05 AM PDT

Fakhri Ali

BAYAN LEPAS, 22 Mei: Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008," kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam.

Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Kita telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang mampu dimenangi dan ditawan oleh PR dalam pilihan raya yang akan datang.

"Berdasarkan kepada percaturan yang dibuat, PR yakin bukan saja 29 kerusi yang ada dikekalkan milik PKR, PAS dan DAP, sebaliknya kerusi-kerusi Umno yang sudah tidak layak diterajui oleh mereka akan jatuh ke tangan PR," tegasnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, tidak menolak kemungkinan ini berdasarkan kepada kenyataan sedia ada, di mana rakyat semakin condong untuk menyokong PR jika dibezakan dengan BN.

"Hentakan, serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Umno dan BN terhadap PR menyebabkan rakyat semakin menolak mereka. Dasar perkauman yang bersifat cauvanis diamalkan oleh BN memberi impak yang negatif kepada mereka.

"Umno dan BN menyedari hakikat penolakan rakyat di Pulau Pinang terhadap kepimpinan mereka, tetapi ia cuba dinafikan melalui provokasi yang dilakukan melalui pelbagai elemen, semata-mata untuk mengkaburkan pandangan rakyat," ujarnya lagi.

Malah katanya, niat Umno dan BN tidak akan kesampaian selagi kepimpinan PR mengamalkan sistem pentadbiran berdasarkan kepada amalan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).

Menyanggah Kenyataan Khairi Jamaludin

Posted: 21 May 2011 11:30 PM PDT

Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairi yang mendakwa bahawa umno pembela orang Melayu, hakikatnya umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa Pas ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tuanku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairi juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan Pas kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan Pas bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada umno dalam hukum agama.

Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan Pas memecah belahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan umno menyebabkan melayu berpecah, kerana sebelum umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau menuduh melayu terbela di bawah umno?. Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan China, India. Apa yang umno lakukan untuk orang melayu sehingga tertinggal kebelakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang melayu. Bukankah pegawai tertinggi orang melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan umno gagal membela melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang melayu.

2.Apabila jawatan di dalam umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, melayu merempat merata-rata.

3.Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.

4.Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.

5.Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailan 270 kilometer.

6.Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar umno pembela Melayu.

7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan(RMK 9).

8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil umno pembela Melayu.

9.Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana..
10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya Pas Ganti Umno. Pas terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong umno walaupun hakikatnya umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

http://idrisahmad.wordpress.com/2011/05/22/menyanggah-kenyataan-khairi-jamaludin/

Anwar perlu segera sahut cabaran - Zaid

Posted: 21 May 2011 11:10 PM PDT

JERANTUT 22 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menyahut cabaran pihak tertentu berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika polis belum mendedahkan siapa pelakunya walaupun mendapat pengesahan ketulenan video tersebut dari luar negara, ketua pembangkang itu perlu tampil menyahut cabaran tersebut.

"Namun dia (Anwar) masih menafikan segala pendedahan berkenaan serta menganggap itu perbuatan konspirasi untuk menjatuhkan maruah dan parti yang diketuainya.

"Sekarang ini, video tersebut tersebar dan rakyat sudah tahu menyebabkan mereka sentiasa tertanya bila lagi pihak berkenaan mendedahkan pelakunya," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan parti KITA, di Kampung Batu Balai, dekat sini semalam. - Utusan

Tanah runtuh: Senarai nama mangsa

Posted: 21 May 2011 10:28 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 22 Mei — Berikut adalah senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat Kajang semalam.

Sehingga awal pagi ini 16 mangsa disahkan maut.

Mangsa meninggal dunia

1. Mohd Kamarul Amizan, 11

2. Nurahimi Rosdi, 14

3. Dzahir Haziq M. Muin, 11

4. Ahmad Lokman Hakim, 11

5. Farid Ibrahim, 34

6. Mohd Azrel Azahari, 8

7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19

8. Zahid Assawal Zamri, 19

9. Mohd Mustakim Mamat, 12

10. Mohd Naerzein M. Nor, 8

11. Mohd Aiman Abdullah, 10

12. Shahrul Nurimran Adnan, 9

13. Mohd Zaim Azahawi, 14

14. Mohd Imal Fahad, 9

15. Mohd Riezman Ab Latif, 9

16. Mohd Hazim Sapri, 10

Mangsa dirawat di Hospital Ampang

1. Aizat Khusuiri, 12

2. M. Allaudin Sobri, 14

3. M. Syatiq Ibrahim, 21

4. Khairul Anuar Nasri, 9

5. M. Harris Izuddin Sharul, 11

6. Zulkhairi Aminuddin,

7. Izzuddin Abdullah

8. Izuan Zakaria, 33

Mangsa dirawat di KPJ Kajang

1. Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

14 jenazah tragedi tanah runtuh dibawa keluar HKL

Posted: 21 May 2011 10:25 PM PDT

Oleh Latifah Kasmuri dan Zulaikha Zulkifli


KUALA LUMPUR, 22 Mei — Empat belas daripada 16 mangsa terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam telah dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibedah siasat untuk tujuan pengebumian.

The Malaysian Insider difahamkan setakat pukul 10.40 pagi tadi, tiga jenazah telah dibawa ke kawasan Pantai Dalam di sini manakala lima lagi ke Hulu Langat, masing-masing seorang mangsa ke Kelantan, Ipoh, Temerloh dan Batu Caves.

Dua lagi dibawa ke kawasan Dengkil untuk dikebumikan.

Salah seorang ibu mangsa yang terkorban, Intan Anisah Alang, 40, berkata jenazah anak dan anak saudaranya telah dibawa ke Tanah Perkuburan Jenderam Hilir, Dengkil dekat sini.

Kedua-dua mangsa itu ialah Muhammad Reizman Abdul Latif, 9, dan sepupunya Muhammad Kamarul Amizan Johari atau Boboy, 11.



Dalam pada itu, enam daripada sembilan mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh kini ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang.

Dua lagi ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan dipetik Bernama Online.

Sembilan individu berkenaan adalah mangsa yang terselamat dalam insiden tanah runtuh tersebut, yang telah mengorbankan 16 nyawa.

"Kita tempatkan mereka di wad bencana yang diwujudkan berikutan tragedi ini yang berlaku semalam, buat ketika ini mereka semua sedang menerima rawatan masing-masing," kata pegawai itu.

"Keutamaan pihak hospital ialah untuk merawat mereka, jadi keadaan mereka perlu dipastikan sentiasa tenang," tambah pegawai itu.

Laporan itu juga berkata, operasi menerima mangsa dari kejadian tanah runtuh itu sudah dihentikan memandangkan kesemua mangsa yang tertimbus telah ditemui.

Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit.

Muhyidin Tau Ada Pemimpin Umno KO

Posted: 21 May 2011 08:12 PM PDT

Muhyidin sebenarnya tahu ada pemimpin yang ko. Ketika berucap di Kemaman, beliau bagi nasihat macam tu.

Biasa la perangai puak umno ni, semua laporan yang sampai kat atas bunyinya semua ok kan.

Apabila turun keperingkat bawah, kecoh bunyi. Hinggakan ada ketua bahagian tak bertegur sapa antara satu sama lain. Pakat dok berebut projek la katakan.

Umno bahagian indah khabar dari rupa. Muhyidin mesti tau. Masalah ini akan menjadi barah kepada umno menjelang pru13.

Live Blogging

Tragedi Tanah Runtuh : Senarai Mangsa Kejadian

Posted: 21 May 2011 04:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga pukul 11.30 malam tadi, 10 mangsa yang terkorban terdiri daripada lapan pelajar dan dua penjaga, sembilan mangsa cedera dan enam lagi masih tertimbus lapor Bernama.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

1) Azrel, 8,

2) Nael, 8,

3) Shahrul, 9,

4) Boboy, 10,

5) Farid, 34,

6) Eqim *

7) Zaim *

8 ) Angah *

9) Rahimi *

10) Zaid Ashwal, 18,

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Khairul, 9,

2) Hairis *

3) Harris *

4) Akmal *

5) Aizat *

6) Alaudin *

7) Irwan, 33,

8 ) Din, 30,

9) Syafiz, 22,

Enam yang masih tertimbus ialah:

1) Riz, 9,

2) Lokman, 11,

3) Fahad, 9,

4) Aiman, 10,

5) Hazim, 9,

6) Hasril, 11,

* umur tidak diketahui

Tragedi ketika latihan nasyid

Posted: 21 May 2011 03:52 PM PDT

HULU LANGAT - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala tiga lagi dilaporkan masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa blok dewan makan di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di sini petang semalam.

Sehingga pukul 11 malam tadi, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sembilan mangsa yang terselamat termasuk seorang warden asrama berusia 22 tahun.

Kesemua yang terselamat dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, seramai 49 penghuni yang kesemuanya lelaki bersama lima penjaga berada di dalam bangunan tersebut dan sedang mengadakan latihan nasyid serta menghias dewan makan untuk majlis sumbangan derma bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dijangka berlangsung pada pukul 5 petang.

Ketika kejadian, seramai 24 penghuni sempat melarikan diri manakala 25 yang lain termasuk lima penjaga dilaporkan hilang.

Kesemua penghuni yang terperangkap berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Runtuhan tanah itu dikatakan menimbus keseluruhan dewan makan yang terletak di bawah bukit tersebut.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, seramai lima mangsa pertama dapat dikeluarkan dengan bantuan orang ramai dan mereka dilaporkan selamat.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Mayat pertama semalam dibawa keluar pada pukul 4.30 petang oleh pasukan penyelamat selepas tertimbus di bawah runtuhan batu-bata manakala mayat kedua pula dibawa keluar kira-kira setengah jam kemudian.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Relawan Ikatan Rakyat (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, sebanyak tujuh ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan dalam operasi tersebut bagi mengesan mangsa yang tertimbus.

Seramai 384 anggota terlibat dalam operasi SAR yang bermula pada pukul 3 petang itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberitahu, operasi mencari dan menyelamat tetap akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.

Ketika ditemu bual menerusi saluran Astro Awani, Ismail turut meminta orang ramai menjauhi tempat kejadian bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku di samping untuk memberi laluan kepada pasukan operasi menjalankan tugas dengan lancar.

"Setakat ini, saya difahamkan masih ada pergerakan berlaku pada tanah kerana cuaca yang masih hujan," tegasnya.

Bangunan rumah anak yatim dan madrasah itu dibina sejak tahun 2003.

Tiada ulasan: