Kerabu Bersuara ® |
- Golongan Guru Mula Tunjuk Perasaan Tidak Puas Hati. Golongan Guru Tertipu Dengan Pengumuman Najib!
- Angkara 'Madey kutty', 'pandy kutty' dan Big Dog
- Teori cara Beng Hock bunuh diri
- Umno parti talam dua muka
- Pemuda PAS sertai Umno hanya propaganda
- AMK sedia tembung Perkasa di depan Utusan Jumaat ini
- Ribuan VCD, risalah lucah diedarkan, apa tindakan polis?
- Video seks: Jangan desak kami dedah identiti pelaku, kata PDRM
- Subsidi: Hapus dulu ‘candu besar’ sebelum sasar ‘candu kecil’
- Guan Eng: Anwar akan kekal ketua pembangkang selagi MP
- Kenyataan Media : Kelantan akan bina stadium muat 40,000
- MB Pahang tidak peduli kepada rayuan orang Pahang – Fuziah
- Skim Pangkat Baru Perguruan Pupuk Budaya Tidak Sihat
- 6,532 Video Fitnah Lucah Dijumpai
- Nak Jihad Tapi Bodoh
- Presiden TI-M sahkan tiada ikrar PM Kristian, agama rasmi ganti Islam
- Mahathir di IJN kerana demam dan batuk
- Toleransi politik yang sudah luntur
- Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?
Golongan Guru Mula Tunjuk Perasaan Tidak Puas Hati. Golongan Guru Tertipu Dengan Pengumuman Najib! Posted: 18 May 2011 08:49 AM PDT Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan. Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat. "Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka. Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa. Ramai tak puas hati Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik. "Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya. Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah. Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang. "Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya. Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya. "Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya. |
Angkara 'Madey kutty', 'pandy kutty' dan Big Dog Posted: 18 May 2011 06:30 AM PDT Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my SEHARI dua ini negara Malaysia semakin dipopularkan dengan pelbagai istilah baru yang berkaitan dengan keburukan orang-orang politik dan juga beberapa gelaran yang sengaja dijadikan nama pena para bloggers tertentu. Perihal gelar menggelar orang politik dengan nama-nama tertentu bukannya baru dalam politik Malaysia. Seingat penulis, gelaran yang ketara dibuat orang-orang politik kepada lawan politiknya, ialah pada era Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Gelar mengelar ahli politik dengan pelbagai nama yang buruk ini sebenarnya dimulakan oleh orang-orang Umno dan bekas orang-orang Umno. Jika kita imbau kembali apa yang berlaku pada zaman 1980-an. Antara yang terbabit memaki hamun Dr Mahathir adalah di kalangan ahli politik parti haram Umno (diharam pada tahun 1988). Jika hendak dicatatkan di sini cukup ramai. Juga termasuk dengan bekas-bekas pemimpin muda KeADILan yang sudah mendapat laba yang besar dalam Umno. Apa gelaran yang mereka tidak sebutkan sewaktu memaki hamun Dr Mahathir? Ada yang kata 'Madey Kutty' ada yang kata 'Mamak Tongkang' dan sebagainya. Tercatat dalam sejarah PAS pernah bersama dengan pemimpin-pemimpin Parti Melayu Semangat 46 (1989-1995), sewaktu di dalam ceramah, mereka menggunakan bahasa yang kasar lagi kesat terhadap pemimpin Umno, khususnya Dr Mahathir. Begitu juga sewaktu era reformasi sehingga 2003, di mana ramai pemimpin muda KeADILan, yang bersama PAS di atas pentas ceramah, menggunakan bahasa yang teramat kesat, yang tidak sanggup diulang dalam ruangan ini. Sebahagian besar 'kaki hamput' Umno ini 'sudah menjilat ludah mereka sendiri'. Mereka kini menjadi pengampu Umno nombor wahid, bagi menjilat segala dosa yang mereka lakukan terhadap Umno. Sewaktu era Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM juga berlaku gelar-menggelar. Bekas PM, Dr Mahathir digelar 'beruk yang menggoncangkan pokok' oleh menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Lebih teruk lagi apabila Umno Terengganu dengan sikap yang amat kurang ajar menggelar Sultan mereka sebagai 'binatang'. Ini fakta berfoto yang dirakam dalam demonstrasi penyokong Dato' Seri Idris Jusoh di hadapan Istana Terengganu di Kuala Terengganu. Jika ditanya balik kepada semua penceramah dan pendemonstrasi yang kurang ajar ini, mengapa mereka mengeluarkan kata-kata kesat, kasar dan kurang ajar ini? Bukankah kerana amarah yang sudah tidak terbendung? Bukankah kerana tekanan hebat yang diterima? Justeru apa yang dihairankan jika terkeluar kali ini istilah 'pandy kutty' daripada mulut Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau anak-beranak dikecam, dimaki hamun dan dicerca dengan begitu menjijikkan oleh pemimpin Umno, media tali barut Umno dan macam-macam lagi. Walaupun KeADILan menafikan Anwar menggunakan perkataan 'pandy kutty' kepada Dato' Seri Najib Razak pada satu majlis di Klang, tetapi hakikatnya ia terkeluar akibat daripada tekanan yang melampau dikenakan Umno-BN ke atas beliau. Kata Naib Presiden KeADILan, N Surendran,"Perkataan ini (pandy kutty) bermakna babi kecil. Saya berada di majlis tersebut dan mengesahkan di sini bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib. "Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang diamalkan oleh Barisan Nasional," kata beliau yang juga seorang peguam. Kata Surendran, "kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera." Jadi soal gelaran anak babi ini benda kecil sahaja. Orang-orang Melayu, kadang-kadang kalau marah akan terpacul perkataan babi kepada orang yang dimarahi. Malah ada istilah dalam kamus Melayu disebut 'jahat macam setan (syaitan)'. Apa beza gelaran anak babi dengan syaitan jika diungkapkan kepada golongan yang jahat? Penulis masih ingat sewaktu berada di sekolah menengah. Guru disiplin menangkap empat orang budak-budak nakal. Budak-budak yang nakalnya terlampau ini dibawa ke hadapan perhimpunan untuk dirotan. Sebelum merotan budak-budak nakal ini, penulis mendengar dengan jelas celoteh guru disiplin terhadap mereka. Antara lainnya beliau mengatakan, "Kau orang ini, kalau syaitan jumpa kamu, mesti dia tabik kat kamu. Sebab kejahatan yang kamu lakukan, syaitan pun tak tergamak nak buat." "Hahaha," gelak besar semua murid dan guru dalam perhimpunan tersebut. Berbalik soal politik Malaysia, di sebalik gelaran-gelaran yang melampau ini, mutakhir ini tercetus pula polemik dalam negara apabila seorang blogger Zakhir Mohamed atau terkenal dengan gelaran Big Dog yang mencetuskan kontroversi isu negara Kristian baru-baru ini. Zakhir menerusi blognya bigdogdotcom.wordpress.com mendedahkan, kononnya terdapat ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini. Posting yang dibuat oleh Big Dog disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, sekali gus boleh mencetuskan ketegangan agama di antara umat Islam dengan golongan Kristian. Oleh kerana akhbar Utusan Malaysia dijadikan pegangan akidah sebahagian besar ahli-ahli Umno dan golongan pelampau Melayu, apa sahaja yang dipaparkan, walaupun ianya berita bohong dan jijik, akan ditelan bulat-bulat mereka. Akibat daripada akidah yang diciptakan Utusan Malaysia, maka golongan pelampau yang jahat ini, dengan api yang bersemarak di hati mereka, mula membuat pelbagai ancaman dan kecaman kepada golongan Kristian dan kaum bukan Melayu. Selain daripada penegasan pemimpin Pakatan Rakyat, menolak agenda jahat Utusan Malaysia dan Big Dog ini, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, terus menyerang Zakhir dalam satu posting di laman sosial Twitter. Khairy selaku Ketua Pemuda Umno tidak dapat menyembunyikan kemarahan beliau terhadap blogger Big Dog. Penulis mendapat khabar, di sebalik serangan Khairy terhadap Zakhir, difahamkan, pertikaian antara kedua mereka sudah lama berlaku. Zakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir. Dalam satu posting di Twitter 12 Mei lepas, Khairy mengulas saranan pihak tertentu supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan. Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang. "Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap-tiap hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup! "Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy dengan nada yang agak keras. Dalam reaksi kepada laporan Utusan Malaysia, Dr Mahathir mendakwa desakan daripada ekstrimis agama meningkat kerana Kerajaan Persekutuan (Umno-Barisan Nasional) berada dalam keadaan yang lemah. "Semasa saya menjadi PM perkara ini tidak berlaku, saya mendapat sokongan daripada semua Kristian, Hindu, Buddha, tiada apa-apa desakan," kata beliau. Bagaimanapun Dr Mahathir enggan mengulas lanjut kerana dakwaan paderi mahukan Kristian menjadi agama rasmi Malaysia, tidak ada bukti. Apa pun jika kita fahami kata-kata mantan PM ini, jelas pada beliau, kerajaan yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Razak sekarang ini berada dalam keadaan yang lemah. Akibat kelemahan Najib, diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan kontroversi dan polemik agama dan perkauman. Ada andaian Umno-BN sengaja menciptakan polemik ini, untuk menarik perhatian rakyat, kononnya dengan kembali menyokong Umno-BN sahaja, polemik ini akan dapat diselesaikan. Masalah besar yang dihadapi Umno bukannya polemik yang dicetuskan oleh pihak luar kerajaan, sama ada daripada golongan Kristian, Hindraf, DAP dan sebagainya. Hakikat sebenar yang cuba diselindungkan adalah kepercayaan komponen BN terhadap Umno selaku ketua mereka sudah tidak ada. Komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC sering berpolemik dengan Umno dalam banyak isu berkait hak kaum dan agama. Umno tidak boleh menyelesaikan perkara ini. Apabila Umno gagal, ia cuba mencetus polemik lain di luar kerangka BN, untuk menarik sokongan rakyat pula. Sebaliknya Umno tidak sedar bahawa cara politik mereka sudah tidak boleh diterima rakyat. Politik 'menyembunyikan pekung' sudah tidak wujud kerana rakyat sudah menghidu bau kebusukan daripada pemimpin Umno. Justeru, untuk menghilangkan kebusukan ini, kita tiada cara lain, selain menumbangkan Umno-BN dalam PRU yang akan datang. |
Teori cara Beng Hock bunuh diri Posted: 18 May 2011 06:00 AM PDT Subky Latif DALAM sepanjang penyiasatan tentang kematian Teoh Beng Hock perkembangan yang tersiar mengaitkan dia membunuh diri. Macam-macam teori dibuat cuba mengaitkan dia membunuh diri dengan terjun dari tingkat pejabat SPRM ke tingkat bawah yang dijumpai mati. Oleh kerana tiada siapa yang melihat kejadian itu maka berbagai teori timbul baik tentang dia dibunuh dan dia membunuh diri. Dalam semua penyiasatan itu saya belum terjumpa teori tentang cara dia terjun bagi membunuh diri itu. Kalau dia dibunuh, maka tidak banyak yang hendak dibangkitkan bagaimana dia dicampakkan ke bawah dari tingkap di atas itu. Dia boleh dicampak hidup-hidup atau dia dilemparkan ke situ sesudah mati. Tetapi dia terjun ikut tingkap itu macam mana. Saya terjumpa keterangan yang tersiar tentang teori dia melompak ke bawah. Kalau dia melompat ikut tingkap tentulah dia memanjat tingkap di situ dan kemudian terjun dari tingkap itu ke bawah. Bila dia memanjat tingkap tentu tangannya memegang mana-mana bahagian di tingkap itu baik di dinding sekitar bawah tingkap dan sebagainya. Biasanya kesan cap jari menjadi keterangan penting dalam banyak penyiasatan dan perbicaraan. Mungkin ada tersiar hal ini tetapi saya mis atau tidak terbaca. Apa pun saya percaya kalau dia membunuh diri dia mesti menjamah mana-mana bahagian tingkap itu dan kesan cap jari dan cap tangannya dapat membantu menyelesaikan parkara itu. Tetapi jika kesan cap jari dan tangan itu tidak ada, maka bagaimana dia boleh terjun tanpa meninggal sebarang kesan cap jari dan tangan? Adakah dia melompat dari lantai di bawah tingkap itu dan meloloskan dirinya melalui tingkap tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap itu? Payah difikirkan ada orang berdiri di bawah tingkap boleh melompat ke paras tingkap dan meloloskan diri melalui tingkap. Yang boleh dia berundur beberapa kaki dari tingkap dan kemudian berlari ke arah tingkap. Agak beberapa kaki dari dinding yang ada tingkap itu dia pun melompat melalui tingkap seperti yang selalu dilakukan oleh ahli sukan lompat tinggi. Dengan cara itu dia boleh melompat tanpa menyentuh mana-mana bahagian tepi tingkap dan terus jatuh ke bawah. Adakah boleh kita buat teori begitu? Dan orang dapat terimakah teori seperti itu? Kalau dia memanjat tingkap sebelum terjun, dia misti pegang bahagian bawah tepi tingkap dan pegang bingkai tingkap baik yang di kiri atau di kanan. Dia tidak boleh berdiri di tingkap tanpa berpaut kepada bingkai tingkap. Kecuali dia berpaut kepada tepi bahagian bawah tingkap dan lonjak kuat-kuat dengan kakinya melepasi tingkap. Apa pun kesan cap jari mesti ada di mana-mana di tepi tingkap. Kesan itu mungkin hilang atau padam disebabkan ramai orang kemudian datang berpegang pada bidang tepi tingkap untuk menjenguk bahagian lantai bawah tempat dia dijumpai mati. Apabila ramai orang datang ke situ memegang tepi tingkap itu boleh menyebabkan kesan cap jari boleh hilang. Tetapi pegawai-pegawai SPRM tentu peka tingkap yang dia dikira terjun dari situ tidak disentuh dan diraba kerana cap jari amat diperlukan dalam penyiasatan. Pegawai penyiasatan adalah lebih arif dalam kerja-kerja yang boleh menghilangkan kesan cap jari atau apa-apa kesan lain bagi dijadikan saksi keterangan. Apabila kesan seperti itu hilang, maka payah hendak menguatkan satu-satu teori. Teori tanpa sokongan tidak menjadikan teori itu kukuh. Kesan cap jari di sekitar tingkap itu amat perlu bagi menguatkan teori bunuh diri itu. Ia terpaksa bergantung kepada pendapat pakar dari isu-isu lain. Apa pun kalau dia membunuh diri, maka cara dia terjun tingkap itu amat menarik dan semua orang mahu mengetahui bagaimana ia dilakukan. Memang ajaib bila kesan cap jari tidak disertakan kerana orang tidak terfikir manusia boleh jadi seperti burung terbang membolos tingkap yang terbuka. Orang tidak tahu Beng Hock ada kepakaran kungfu boleh melompat jauh seperti yang disaksi dalam filem-filem Cina. |
Posted: 18 May 2011 05:30 AM PDT Aziz Muda KUALA LUMPUR, 18 Mei: Umno disifatkan sebagai parti talam dua muka, ekoran tuduhannya yang tidak berasas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, khususnya membabitkan isu peniaga Melayu di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menyifatkan demikian berkata, bukti Umno bersifat talam dua muka boleh dilihat apabila mereka mengatakan Kerajaan Pulau Pinang membelakangi kaum lain sekiranya diberikan pertolongan kepada orang Melayu. Namun, menurut beliau, apabila kerajaan negeri menolong kaum lain pula Kerajaan Pulau Pinang akan dikatakan membelangi orang Melayu pula oleh Umno BN. "Ini jelas menunjukkan Umno BN adalah parti talam dua muka. Apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang serba tak kena pada mereka. "Pada hal, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memang bertindak adil kepada semua kaum dan tidak pernah membelakangi apatah lagi menzalimi orang Melayu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Festival George Town 2011, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Umno BN bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus menzalimi peniaga-peniaga Melayu di negeri itu seperti yang disiarkan akhbar Umno, baru-baru ini. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, beliau berkata, dakwaan Umno BN itu dirujuk kepada peniaga-peniaga yang diberikan pilihan untuk berpindah ke tapak perniagaan lain yang lebih strategi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan ia melibatkan semua kaum. "Jumlah peniaga-peniaga Melayu yang terbabit itu sebenarnya hanya kecil sahaja iaitu sebanyak 20-30 peratus sahaja, manakala selebihnya adalah kaum-kaum lain yang berjumlah 70-80 peratus. "Jadi dengan itu, di mana bukti yang mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi orang Melayu, khususnya peniaga-peniaga Melayu?" tanya beliau yang juga Setiausaha Agung DAP. Selain itu, katanya, peniaga-peniaga yang terbabit itu jelas tidak dizalimi. Sebaliknya, mereka diberikan pilihan sama ada mahu berpindah atau tidak. "Peniaga-peniaga itu sendiri yang memilih untuk tidak berpindah. Jadi bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam hal ini," jelas beliau. Di samping itu, tegasnya, selain mempunyai tapak perniagaan di kawasan itu, Kerajaan Pulau Pinang juga tahu, peniaga-peniaga itu sendiri juga turut mempunyai tapak-tapak perniagaan di kawasan lain di negeri itu. "Itulah sebabnya mereka enggan berpindah, tetapi akhirnya dijadikan alasan pula oleh Umno BN untuk menuduh Kerajaaan Pakatan Rakyat dengan tuduhan seperti itu," katanya kesal. Sehubungan itu, beliau menasihatkan Umno BN agar tidak membuat tuduhan yang tidak berasas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana setiap dakwaan mereka itu sehingga kini sememangnya tidak mempunyai bukti langsung. "Malah rakyat Pulau Pinang sendiri cukup faham dengan apa yang berlaku, sehingga setiap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang akhirnya berpusing balik kepada mereka sendiri," tegas beliau. |
Pemuda PAS sertai Umno hanya propaganda Posted: 18 May 2011 05:15 AM PDT Harakahdaily HULU SELANGOR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor (DPPKHS) melihat laporan 'pemuda PAS sertai Umno' hanyalah merupakan propaganda Umno. Ketuanya, Mohd Nizam Abdul Rahim menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan '60 orang pemuda PAS sertai Umno' yang disiarkan Sinar Harian semalam, 17 Mei. Katanya, Azhar yang menyerahkan kepada Datuk Idris hanyalah bekas ketua pemuda ketika PAS Sungai Tengi masih dalam peringkat penaja. Jelasnya, dia telah meninggalkan PAS cawangan tersebut sejak lebih setahun lalu. "Namun PAS cawangan langsung tidak merasakan kehilangannya kerana sebelum itu pun beliau tidak aktif menggerakkan PAS cawangan tersebut," katanya. Selain itu, katanya kenyataan bahawa Azhar menyertai Umno bersama 59 orang yang lain adalah meragukan. Ini, katanya kerana semasa dia menyertai PAS dahulu juga menyatakan terdapat jumlah pemuda yang sama akan turut menyertai PAS. "Namun apabila diminta menyenaraikan nama-nama pemuda yang dimaksudkan ternyata beliau gagal," katanya. Di samping itu, jelas Mohd Nizam lagi, sebelum Azhar mengumumkan menyertai Umno, jumlah ahli pemuda PAS cawangan Sungai Tengi hanyalah 45 orang. "Bagaimana beliau boleh mengisytiharkan seramai 60 orang pemuda PAS menyertai Umno?" soalnya. Menurutnya, hasil siasatan DPPKHS juga berpendapat Azhar menyertai Umno bukanlah dengan alasan sebagaimana yang dinyatakan. Sebaliknya, kata beliau disebabkan beberapa perkara yang ingin dia perolehi melalui PAS cawangan Sungai Tengi tetapi tidak dapat dipenuhi kerana ia adalah untuk kepentingan peribadi. Ini juga, ujarnya membuktikan kelemahan pimpinan Umno bahagian Hulu Selangor yang begitu terdesak untuk menunjukkan kekuatan mereka kepada pimpinan tertinggi mereka. "Kesimpulannya DPPKHS ingin menyatakan bahawa kami sedikit pun tidak merasa tergugat dengan apa yang disiarkan," ujarnya. |
AMK sedia tembung Perkasa di depan Utusan Jumaat ini Posted: 18 May 2011 05:00 AM PDT Oleh Zulaikha Zulkifli KUALA LUMPUR, 18 Mei — Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak gentar, sebaliknya akan meneruskan rancangan mengadakan himpunan di depan pejabat Utusan Malaysia di sini Jumaat ini meskipun Perkasa juga memutuskan mahu mengadakan perhimpunan balas menyokong akhbar Umno itu. "Kami tak gentar jika Perkasa mahu datang ke perhimpunan itu kerana mahu membela Utusan," kata timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rozan Azen Mat Asip kepada pemberita di sini hari ini. Rozan berkata, tujuan himpunan tersebut bukan mengenai kebebasan media, sebaliknya ia berkaitan isu penyalahgunaan media seperti dipraktikkan Utusan Malaysia. "Kami bukan datang untuk buat huru-hara di sana. Kami datang sebagai simbol protes terhadap Utusan," jelasnya. Menurut Rozan lagi, ketika himpunan tersebut, AMK akan mengedar 'Suara Keadilan' secara percuma kepada kakitangan Kumpulan Utusan dan mahu menyampaikan surat terbuka kepada Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak. "Bagaimanapun kami akan mengkaji kesesuaian suasana himpunan kerana kami tidak ingin lakukan huru-hara pada hari tersebut," katanya. Mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, Perkasa juga akan berhimpun di hadapan ibu pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Chan Sow Lin di sini bagi mempertahankan syarikat itu, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo, jika AMK tetap dengan rancangan mengadakan bantahan Jumaat ini. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau menganggap tindakan AMK itu biadab dan tidak menghormati kebebasan bersuara. "Kalau mereka mahu mengganyang Utusan Malaysia, Perkasa berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan akhbar itu," katanya lagi. Akhbar itu juga membawa laporan menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya AMK yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, 'tukang-tukang' kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan kes liwat Anwar. Justeru, AMK hari ini menasihatkan Perkasa terutama Ibrahim agar berhenti dari mencari publisiti murahan dengan memperlihatkan sokongan kepada BN dan Utusan Malaysia. Rozan berkata, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas sepatutnya berasa malu dengan tindakannya yang dilihat menyokong kerajaan BN dan Utusan Malaysia. "Beliau sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas, agak memalukan kerana beliau seperti mewakili Ahli Parlimen BN. Jadi kami harap, ahli politik seperti dia berhentilah dari mencari publisiti murahan," katanya. Dalam pada itu, Rozan berkata, beliau turut berasa dukacita terhadap akhbar Utusan Malaysia yang dianggap bertindak menjadi wadah oleh pihak tertentu yang pro-BN. "Utusan dilihat semakin hari semakin hilang integriti mereka... seperti hari ini mereka dilihat menyerang AMK," katanya. |
Ribuan VCD, risalah lucah diedarkan, apa tindakan polis? Posted: 18 May 2011 04:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan mengedarkan VCD lucah adalah taktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib. Dalam satu sidang media bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), beliau mendedahkan penemuan 6,532 VCD lucah pada program 'Munajat Umat Tolak Fitnah' di Stadium Selayang baru-baru ini. "Tindakan Umno ini sangat keji. Anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut. Mereka tidak fikirkan sensitiviti dan kepentingan umum. "Mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita. Semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat dan lucah. Ini akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat kita. Remaja-remaja dan belia kita, terutamanya anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti. "Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka. Mereka yang terdiri daripada orang tua, remaja sekolah, lelaki, perempuan mahu pun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini," jelas beliau dengan nada marah. "Yang menghairankan saya, bagaimana mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan. Sedangkan, program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam," kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan. Beliau memaklumkan pihaknya mengesan VCD dan risalah lucah selepas solat Maghrib dan diletakkan secara terbuka di cermin-cermin kereta, ditaburkan di tepi stadium dan diletakkan di motosikal. "Kami sangat terkejut dengan polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang berlaku pada malam tersebut. Kami sangat kecewa," katanya sambil menuntut polis melakukan siasatan segera dan teperinci. Sementara itu, Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Selayang, Asri Buang membongkar satu lagi taktik keji Umno, iaitu dengan menyebarkan sebuah akhbar menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi 'Selangor Terkini'. "Pada program tersebut hadirin diedarkan risalah "Selangor Terkini" di dalam sebuah beg kertas yang terpapar muka Najib. Ini seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa Najib yang mendalangi taktik keji ini. Asri mengutuk tindakan Umno yang menyedarkan akhbar palsu dengan menggunakan logo rasmi kerajaan negeri Selangor. "Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggugjawab. Kami telah membuat laporan berkenaan perkara tersebut dan menggesa pihak polis melakukan siasatan segera serta tidak bersikap 'double standard'. "Kami sanggup beri kerjasama sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan," kata Zaidi. |
Video seks: Jangan desak kami dedah identiti pelaku, kata PDRM Posted: 18 May 2011 02:30 AM PDT JOHOR BARU, 18 Mei — Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang. Dipetik Bernama Online, Datuk Khalid Abu Bakar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya. "Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik." "Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif. Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu. Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya. "Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya. Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengemukakan lima cadangan untuk menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks. Cadangan itu termasuklah mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tidak tulen. "Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya dipetik Bernama Online. Ahmad juga mencadangkan supaya Anwar menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika benar pendedahan itu ialah fitnah selain bersumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam skandal video seks berkenaan. Beliau juga meminta polis supaya segera mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah untuk menamatkan pelbagai spekulasi serta mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja. Polis sebelum ini enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan. "Kesemua cadangan itu dibuat untuk menghentikan kekeliruan orang ramai dan juga menghentikan tuduhan-tuduhan bahawa Umno di belakang ini dan hentikan kita ini fitnah dan hentikan Utusan Malaysia akhbar fitnah. "Kalau satu cadangan ini pun tidak dibuat, ia akan mengganggu pemikiran masyarakat. Kita nak tahu siapa yang benar. Dalam kepala rakyat nak tahu siapa yang benar. Saya sendiri ingin tahu apa perkara sebenar," katanya. |
Subsidi: Hapus dulu ‘candu besar’ sebelum sasar ‘candu kecil’ Posted: 18 May 2011 02:00 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 18 Mei — DAP menasihatkan pentadbiran Najib agar menghapuskan "candu besar" - pemberian subsidi bernilai RM19 bilion kepada Pengeluar-pengeluar Tenaga Bebas (IPP) daripada menekan rakyat dengan memotong subsidi keperluan mereka. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Putrajaya sepatutnya menghapuskan pemberian subsidi gas kepada IPP terlebih dahulu daripada menghapuskan subsidi yang hanya akan membebankan rakyat. "Kerajaan Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan terlebih dahulu candu besar pemberian RM19 bilion subsidi gas kepada IPP dan sektor komersial sebelum menghapuskan 'candu kecil' subsidi gula, diesel dan petrol untuk rakyat. "DAP menentang sekeras-kerasnya penarikan subsidi diesel sejak 1 Jun 2011 tanpa terlebih dahulu menghapuskan subsidi gas kepada IPP yang telah menyebabkan inflasi yang teruk kepada peniaga dan pengguna," kata Lim dalam satu kenyataan. Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pentadbiran Najib sepatutnya menghapuskan "candu besar" itu yang telah menyebabkan kerugian minimum sebanyak RM28 bilion setahun dengan anggaran beberapa lagi kerugian mencecah AS$100 bilion (RM303.06 billion) sejak 1980. "Mengapa 27 juta penduduk Malaysia terpaksa menanggung kenaikan harga ketika beberapa syarikat raksasa dalam IPP tidak sedikitpun berasa terbeban walau satu sen dengan pemotongan subsidi tersebut? Penghapusan subsidi kepada masyarakat miskin menambah derita berikutan upah yang rendah sementara keuntungan IPP meningkat. "Justeru kerajaan harus memadamkan candu besar dari subsidi gas yang sepatutnya boleh diselamatkan puluhan bilion ringgit setahun sebelum menghapuskan candu kecil yang hanya menjimatkan ratusan juta ringgit," katanya. Dalam ucapannya di London kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi. "Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford. Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan BN sebenarnya telah gagal mengatasi ketagihan subsidi menerusi pendekatan-pendekatan alternatif sambil mencela pentadbiran Najib hanya menyalurkan "candu subsidi" yang memanfaatkan kroninya. Mereka juga mendakwa kos hidup semakin meningkat sedangkan kadar upah tidak bergerak telah menyebabkan rakyat terpaksa bergantung pada subsidi. Malah, mereka juga memberi amaran bahawa tindakan menarik balik subsidi akan menyebabkan rakyat muflis, sebaliknya kerajaan perlu menggalakkan daya saing dan mengatasi manipulasi harga barangan. |
Guan Eng: Anwar akan kekal ketua pembangkang selagi MP Posted: 18 May 2011 01:21 AM PDT Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 18 Mei — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen jikapun dipenjarakan atas tuduhan liwat kelak. Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju agar Anwar terus memegang jawatan itu "selagi beliau masih Ahli Parlimen" dan sehingga tiada lagi ruang penyelesaian dari segi undang-undang. "Selagi beliau (Anwar) masih Ahli Parlimen, beliau tidak akan digantikan," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Festival George Town 2011 di sini. Lim menegaskan walaupun Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat, Ketua Umum PKR itu masih mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan. "Beliau tidak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya kerana beliau dipenjarakan. Sama seperti saya ketika saya dipenjarakan, saya masih Ahli Parlimen. Saya masih Ahli Parlimen sehingga rayuan saya diterima. "Jadi jika anda akan dipenjarakan, anda boleh mengemukakan rayuan dan meminta agar diberi pengampunan. Saya telah menjadi Ahli Parlimen selama enam hingga sembilan bulan sehingga permohonan diberi pengampunan diterima," katanya. Lim juga berkata perkara itu telah dipersetujui dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. "Anda boleh mempercayai saya. Ia juga dari semua pemimpin Pakatan Rakyat... saya boleh umumkan... saya boleh katakan. Perkara lain saya tidak boleh," katanya. Lim bagaimanapun menolak daripada menjawab sama ada Pakatan Rakyat mempunyai apa-apa rancangan andaikata Anwar gagal rayuan. "Kami akan umumkan bila tiba masanya," katanya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan Pakatan Rakyat akan tetap bersama walaupun Anwar dipenjarakan. "Kami tidak akan berpecah. Tidak kira sama ada ia positif atau negatif," katanya. Apa sahaja khabar angin mengenai perpecahan Pakatan Rakyat, kata Lim, ia akan dipromosikan akhbar yang dimiliki Barisan Nasional (BN). "Pakatan Rakyat teguh dan kami akan teruskan perjuangan untuk membawa perubahan Malaysia," katanya. Kelmarin, Anwar diperintah membela diri atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar. Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun 2008. Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat. Ini merupakan tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar. Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara. |
Kenyataan Media : Kelantan akan bina stadium muat 40,000 Posted: 18 May 2011 12:15 AM PDT Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti. Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah. Sekian. YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M *kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011 |
MB Pahang tidak peduli kepada rayuan orang Pahang – Fuziah Posted: 18 May 2011 12:00 AM PDT KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak peduli kepada rayuan orang Pahang apabila mengambil sikap berdiam diri sahaja dalam pemilihan pakar yang menganggotai panel penilai loji memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang. Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga merupakan Naib Presiden KEADILAN. Fuziah mempersoalkan sikap Adnan yang pada mulanya bersetuju panel itu sepatutnya membariskan pakar dari pelbagai disiplin tetapi kini berdiam diri sahaja apabila panel itu tidak langsung membariskan jurutera alam sekitar, pakar toksikologi alam, pakar kesihatan awam, dan juga pakar sains sosial. Malah, panel itu juga tidak membariskan mana-mana pakar yang mengkaji kesan pendedahan radiasi tahap rendah dalam jangka masa panjang. "Pakar-pakar dalam dalam bidang ilmu yang saya sebutkan itu tiada dalam panel itu tetapi amat mustahak dalam menentukan keselamatan orang Kuantan," kata Fuziah. Fuziah seterusnya menjelaskan bahawa pakar yang dipilih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sebenarnya terdiri daripada pakar yang sememangnya mengambil pendirian pro-nuklear. "Saya tidak nafikan kepakaran mereka tetapi panel itu perlu dibarisi oleh pakar dari bidang ilmu yang betul," kata Fuziah. Beliau turut kesal apabila Adnan kini hanya meminta orang ramai menunggu hasil siasatan panel itu. Fuziah seterusnya menggesa agar Adnan tidak melakukan kesilapan lagi apabila mengambil sikap berdiam diri kali ini. "Kita harap beliau tidak melakukan satu lagi kesilapan kali ini. MB Pahang sudah melakukan kesilapan kali pertama apabila memberikan Lynas lesen premis untuk beroperasi tanpa merujuk kepada orang ramai terlebih dahulu," kata Fuziah. Orang Pahang kini memerhatikan dengan teliti tindakan kerajaan BN Pahang jika benar mereka mahu membantu menangani kerisauan penduduk Pahang berhubung isu pembinaan loji memproses nadir bumi ini, kata Fuziah. Loji itu yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan negeri Pahang kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar. Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri malah empat peserta perhimpunan aman membantah loji itu pula ditangkap polis 15 Mei lalu. Usaha membantah loji itu kini giat digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. |
Skim Pangkat Baru Perguruan Pupuk Budaya Tidak Sihat Posted: 17 May 2011 11:30 PM PDT SHAH ALAM 18 Mei - ADUN Kota Damansara Dr Mohd Nasir berkata kenaikkan skim pangkat baru untuk guru dan gurubesar yang diumumkan kerajaan hanya meraih undi menjelang pilihanraya umum dan akan memupuk "budaya pautan" yang tidak sihat dalam profesyen itu. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan bahawa 300,000 guru berpeluang menaiki pangkat hingga ke gred 54 walaupun berkhidmat hanya 25 tahun. "Apabila kerajaan menyatakan sebegitu ia seolah-olah telah mencipta harapan atau budaya pautan dan ini amat bahaya kerana ia boleh menghancurkan orang yang hendak diampu,"tegasnya. "Imbuhan itu dibuat kerana kerajaan hendak pancing undi bukan kerana mahu memperkasakan mereka (guru)," kata beliau. Beberapa kesatuan guru semalam melahirkan rasa kesal dengan skim baru itu kerana ia tidak memenuhi permintaan dan keperluan utama warga pendidik. Skim itu dilihat sebagai tidak memberi manfaat kepada keseluruhan guru tetapi hanya segmen terpilih lagi terbatas profesyen itu. Contohnya skim itu terus meminggirkan guru besar sekolah kurang murid yang ramai terdapat di kawasan pendalaman dan di Sabah dan Sarawak. Dr Nasir meskipun skim itu mempunyai pelbagai kepincangan, ia digembar-gemburkan dalam usaha Barisan Nasional mencari kelebihan politik. "Terang-terang ia memang pancing undi,"katanya. "Secara automatiknya ia memang untuk memancing undi dan mereka tahu kuasa pekerja itu adalah lubuk undi yang boleh membayangkan pelbagai perkara sekali gus menaruh harapan padanya," kata beliau. "Kita memang alu-alukan kenaikan gaji itu tetapi janganlah dilakukan sekarang semata-mata kerana pilihanraya sudah hampir. Kenapa tidak dilakukan sebelum ini? Kerana hendak pancing undi, itu yang menyedihkan. "Walaupun kita berhak mendapatkan kenaikkan gaji itu, tetapi sebenarnya kenaikkan itu adalah tuntutan ataupun penindasan terhadap apa yang sepatutnya kita perolehi sebelum ini,' tambah beliau. Jelas Dr Nasir, pelbagai bentuk pemberian imbuhan oleh Umno-BN merupakan sejarah perikatan itu dimana mereka akan berusaha keras untuk memenangkan partinya dengan menabur gula-gula politik. "Dan perkara ini adalah sejarah, jadi rakyat sudah tidak hairan lagi.Jadi kalau dikata pancing undi memang betullah, ia tidak dapat dinafikan lagi kerana perkara itu ada sejarahnya dan mereka tidak dapat lari dari sejarah sebab itu sahaja yang mereka tahu iaitu wang, agama dan kaum. Skim naik pangkat itu yang akan dilaksanakan Januari depan, menyaksikan guru dikategorikan sebagai Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta. Mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga Gred DG54 dalam tempoh 25 tahun. |
6,532 Video Fitnah Lucah Dijumpai Posted: 17 May 2011 11:15 PM PDT BANDAR BARU SELAYANG 18 Mei – Sejumlah 6,532 video cakera padat (VCD) dikaitkan dengan aksi seks mirip pemimpin pembangkang ditemui semasa Majlis Munajat Umat Tolak Fitnah, Solat Hajat dan Ceramah diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 14 Mei lalu. Yang Dipertua Pas Kawasan Selayang, Zaidy Abdul Talib berkata, jumlah tersebut adalah yang berjaya dirampas semasa program itu, belum termasuk yang sudah terlepas ke tangan orang ramai. "Kita kecewa dengan insiden itu sedangkan program dijalankan adalah solat hajat untuk menolak fitnah," katanya semasa sidang media berkaitan diadakan di Pejabat Pas Kawasan di sini. Hadir sama dalam program berkenaan, Timbalan Ketua PKR Cabang Selayang, Asri Buang; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, Rahimi Ibrahim dan Pemuda Pas Kawasan Mohd Fauzan Madzlan. Zaidy berkata, perbuatan disifatkan permainan sabotaj pihak politik tertentu di negeri ini itu dipertikaikan dan dilakukan sewenang-wenangnya dengan edaran video seks di tempat awam dalam versi penuh. "Kita minta polis dapat respon perkara ini dan kita sanggup bekerjasama dengan polis dalam perkara ini. "Ini memandangkan kita ada maklumat mengenai kenderaan yang digunakan oleh pihak tertentu bertanggungjawab mengedarkan bahan berkenaan. Kita mahu polis beri amaran keras kepada pengedar terbabit," katanya. Menurut Zaidy, pihaknya kini sedang meneliti fakta kes itu memandangkan pada malam kejadian sama, pihaknya mendapat laporan akhbar 'Selangor Terkini' diedarkan dalam satu program anjuran parti politik di surau kampung berhampiran. Katanya, sekiranya fakta kes diterimanya mencukupi, pihaknya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan tertentu bertanggungjawab. Terdahulu, ribuan risalah dan CD untuk diedarkan kepada orang ramai diletakkan hadapan pintu masuk stadium mengandungi gambar dalam video terbabit oleh pihak tertentu 14 Mei lalu. Bagaimanapun cubaan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Unit Amal untuk menangkap sekumpulan pemuda disyaki membuat edaran bahan terbabit, bagaimanapun gagal kerana mereka sempat melarikan diri. Laporan polis dibuat AMK dan Unit Amal di Balai Polis Selayang sekitar jam 1.30 pagi selepas program munajat berkenaan selesai. |
Posted: 17 May 2011 11:00 PM PDT Jihad: Salahkah saya beri ingatan, kata Ibrahim pertahan kenyataan KUALA LUMPUR, 18 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan kenyataan bersedia mengadakan perang jihad ke atas Kristian, yang dibuatnya minggu lalu, adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili keseluruhan masyarakat Melayu negara ini. Ibrahim berkata, kenyataan itu merupakan satu mesej daripadanya kepada pihak yang selama ini mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan agar menghentikan segera perbuatan mereka itu. Katanya, beliau tidak berniat menimbulkan rasa tidak hormat kepada agama lain tetapi kenyataannya semata-mata mahu mempertahankan kedaulatan agama Islam yang sebelum ini telah diganggu gugat oleh pihak tertentu. "Saya berceramah di Kampung Changkat, Gombak dua hari lalu dan saya akui apa yang saya kata iaitu kalau posisi dominan dan kedaulatan Islam serta kedudukan orang Melayu terus diganggu gugat, saya bersedia berjihad ke jalan Allah. "Mesej saya adalah supaya mereka hentikan melakukan perbuatan yang tidak patut itu. Bukan bererti saya nak menimbulkan atau tidak menghormati lain-lain kaum atau agama," kata dipetik Utusan Malaysia, selepas mengadakan perhimpunan secara aman bertujuan menerangkan isu jihad yang disertai kira-kira 500 ahli Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini semalam. Ibrahim berkata, beliau bertindak sedemikian selepas timbul cerita tuntutan paderi di akhbar Utusan Malaysia yang kemudian dikecam oleh pelbagai pihak di negara ini. Beliau menegaskan bahawa tindakannya itu sebagai satu langkah awal untuk mengingatkan kepada orang ramai agar tidak lagi menyebut atau menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama. "Saya buat kenyataan ini hanya apabila seorang ahli DAP yang hadir (pada majlis itu) membuat laporan polis dan selepas membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di akhbar yang mengatakan laporan Utusan Malaysia itu ada asasnya. "Jadi salahkah apabila saya mengaitkan perkara ini untuk sekadar mengingatkan. Lainlah kalau saya mencetuskan sesuatu yang tidak ada. Memang saya patut dianggap salah atau patut diambil tindakan. "Saya sedar apa yang saya kata dan bertanggungjawab dengan kenyataan yang saya buat kerana saya tahu ia untuk kebaikan negara dan rakyat serta keselamatan negara," katanya. Ekoran kenyataan Ibrahim banyak pihak - pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional menggesa kerajaan mengambil tindakan ke atas Presiden Perkasa itu. Antaranya, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan. "Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional," kata beliau. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain. Dalam ceramah hujung minggu lalu, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya. Dalam reaksinya Ahad lalu, Hishammuddin berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini. |
Presiden TI-M sahkan tiada ikrar PM Kristian, agama rasmi ganti Islam Posted: 17 May 2011 10:45 PM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tiada sebarang bentuk pakatan atau konspirasi antara komuniti Kristian dan pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan ini untuk menjadikan Malaysia negara Kristian, kata Datuk Paul Low. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu yang hadir sebagai penceramah undangan pada program Unashamedly Ethical Conference (UEC) 5 Mei lalu di George Town berkata, ikrar yang dibuat hanyalah berkaitan dengan pendekatan antirasuah. "Saya boleh mengesahkan bahawa tiada pakatan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi atau kata sepakat mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dibuat pada 5 Mei atau bila-bila masa ketika persidangan itu," kata Low pada sidang media di sini hari ini. Low menambah, beliau amat risau ekoran dakwaan-dakwaan dibuat oleh beberapa blogger dan juga akhbar Utusan Malaysia kononnya ada sesi ikrar mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian. Pada sidang media khas ini, beliau beberapa kali menekankan bahawa dakwaan sedemikian adalah tidak benar. Sambil mempertahankan penganjuran persidangan itu, Low berkata, tujuannya adalah untuk menggalakkan amalan "beretika, nilai-nilai baik dan kehidupan yang bersih" di kalangan penganut Kristian. Katanya, ikrar atau kata sepakat yang dibuat termasuklah yang berkaitan dengan lafaz Integriti Korporat kendalian Institut Integriti Malaysia (IIM), Pemandu dan TI-M. Sehubungan itu kata Low, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya kepada polis. Low juga berkata, beliau melihat isu semasa semakin membesar dan ia tidak baik bagi negara. "... saya merasakan bertanggungjawab untuk mengatakan bahagian saya. Saya tidak boleh duduk diam. Saya telah hadir pada majlis itu, saya ada dalam gambar yang disiarkan di Internet," kata Low lagi. Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian agama rasmi?" pada 7 Mei lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu. Akhbar harian milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP. Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang. Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu "pembohongan yang bahaya." |
Mahathir di IJN kerana demam dan batuk Posted: 17 May 2011 10:32 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal pagi ini kerana demam dan batuk. Jurucakap IJN memberitahu The Malaysian Insider bahawa bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN kira-kira 6 pagi. "Ya, beliau (Dr Mahathir) dimasukkan ke IJN pagi tadi dan mengikut laporan perubatan beliau hanya batuk dan demam sahaja. "Keadaan beliau stabil dan kita telah menjalankan fisioterapi, kemungkinan beliau akan berada di IJN selama seminggu," katanya kepada The Malaysian Insider. Sementara itu, pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusoff yang dipetik beberapa media tempatan berkata, perdana menteri keempat itu dimasukkan ke wad normal pagi tadi setelah dua hari menghadapi masalah demam dan batuk. "Beliau kini menerima rawatan antibiotik intravenous selain menjalani fisioterapi dada. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu. "Selain itu, doktor turut menasihatkan beliau berehat dengan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali ahli keluarga terdekat," kata Sufi dalam satu kenyataan. Tahun lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi rawatan jangkitan kuman di dada. Dr Mahathir, 85, telah menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan kali kedua di IJN September 2007. |
Toleransi politik yang sudah luntur Posted: 17 May 2011 06:00 PM PDT Kerana terlalu banyak politiking kita lupa kepada asas politik yang sebenarnya. Kesungguhan dalam politik sudah tiada bagi kita orang Melayu. kita melebihkan tumpuan kepada politiking; siapa yang menang dan siapa yang kalah, siapa yang berkuasa dan siapa yang tidak berkuasa. Politik yang asasi, iaitu politik yang membawa penyatuan secara jujur sudah tiada. Politik dan kuasa adalah empunya orang yang berkuasa. Apabila kita menjadi ahli sesebuah parti matlamatnya ialah untuk menyatukan pemikiran dia antara ahli-ahli dan jika ada perbezaan kita 'co-exist' dalam parameter toleransi yang luas. Diawal zaman kemerdekaan negara dahulu pemimpin-pemimpin kita dari berbilang kaum telah meletakan asas kerjasama di antara parti yang di asaskan kepada kaum-kaum di negara ini. Orang Melayu dengan UMNOnya, orang Cina dengan MCAnya dan India dengan MICnya. Orang Melayu, Cina dan India bekerjasama di antara satu dengan lain melalui kekuatan sokongan parti masing-masing dan telah berjaya membawa negara kearah kemajuan yang pesat dan imej Malaysia yang mundur telah menjadi sejarah. Perbezaan pendapat bukannya tidak wujud tetapi oleh kerana ketelusan di antara pemimpin-pemimpin puak dan kaum maka perbezaan itu mampu dikawal dalam semangat toleransi yang tinggi. Dalam pada itu, seperti juga negara-negara demokrasi yang lain kita ada beberapa buah parti pembangkang yang dibenarkan wujud dan membenarkan parti-parti itu bergiat mengikut undang-undang yang sedia ada. Semua parti itu adalah parti yang halal di sisi undang-undang tubuh dan ditadbir oleh pendaftar pertubuhan. Hanya Parti komunis Malaya (PKM) sahaja yang telah diharamkan kerana parti itu memilih untuk mengangkat senjata bagi mendapatkan kuasa pemerintahan negara. Tidak menjadi kesalahan jika sesiapa menyokong parti-parti ini, kerana parti ini adalah halal di sisi undang-undang negara. Di dalam sebuah negara demokrasi parti-parti pembangkang ini merupakan parti-parti alternatif yang mempunyai hak untuk memerintah jika diberikan mandat oleh rakyat yang memilih. Itu adalah asas demokrasi yang tulin. Di Amerika Syarikat parti-parti Demokrat dan Replublican bergilir-gilir mendapat mandat dari rakyat untuk memerintah. Begitu juga di Britain; Parti Buruh dan Conservative bergilir-gilir memerintah negara itu mengikut kehendak rakyat. Sekarang ini pula Britain ditadbir oleh kerajaan capuran Coservative dan parti Liberal Demokkrat dan itu juga kehendak rakyat dan bukannya kehendak parti-parti itu. Di negara demokrasi seperti di Britain parti yang memerintah menghormati kehendak dan selera rakyatnya. Tidak terdapat tekanan kepada rakyat di kawasan yang diwakili oleh parti pembangkang. Tidak ada pula mana-mana parti yang memerintah mengingatkan rakyat supaya berterima kasih kepada kerajaan yang telah membekalkan air bersih, membekalkan api letrik, memberikan subsidi gigi palsu dan membina jalanraya kecil ataupun lebuhraya. Di dalm pilihanraya di Germany tidak ada kedengaran kerajaan yang memerintah meminta rakyatnya mengenang jasa parti pemerintah kerana memberikan pelajaran percuma kepada rakyat sehingga keperingkat universiti dengan buku teks percuma. Begitu juga di kesemua kesebelasan negara-negara Scandinavia. Tidak pernah kedengaran pemimpin Parti Buruh semasa memerintah Britain mengingatkan rakyat dalam kempennya supaya mengingati jasa parti itu kerana telah membekalkan boat-boat nelayan dan sebagainya. Kalau kita memandu di Lebuhraya M25 di kotaraya London tidak ada pula papan tanda yang mengingati rakyat yang projek perumahan yang ada di tepian lebuhyara itu sebagai 'satu lagi projek kerajaan campuran Conservative dan Lib Demokrat.' Pemimpin-pemimpin negara-negara seperti ini menumpukan sepenuh masa untuk perancangan membangunkan negara. Tidak ada Ahli Parlimennya turun padang untuk melepaskan anak itek atau anak ayam atau mengadakan majlis penyerahan lembu pawah di depan kamera TV3 dan TV1 dan sebagainya kononya sebagai kaedah mendekati rakyat. Di negara itu pemimpin-pemimpinnya secara fisikal tidak mendekati rakyat. Tetapi yang mendekati rakyat ialah dasar-dasar dan perlaksanaan dasar yang sempurna yang tidak ada ketirisan dalam membelanjakan wang dan harta rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka tidak ada progran turun padang kerana yang turun padang ialah dasar serta perancangan pembangunan yang baik untuk mereka yang di gubal oleh pemimpin-pemimpin mereka yang berkerja keras sebagai ahli Legislatif. Dasar-dasar yang baik amat dirasai rakyat itu mendekati mereka. Parti Conservative atau Parti Buruh tidak mempunyai ahli yang berjuta-juta orang orang seperti parti kita di sini. Yang rakyat hendak tengok ialah dasar-dasar yang baik yang dihormati orang ramai yang boleh meyakinkan mereka sebagai dasar yang mesra rakyat, bukannya pemimpin yang mesra rakyat. Tidak guna mempunyai pemimpin yang mesra rakyat tetapi dasar yang digubal tidak memberikan impak secara terus kepada orang ramai. Zaman berkempen dengan hanya menepuk belakang pengundi sudah lama menjadi sejarah. zaman bercakap dengan manis mulut sudah tidak laku lagi. Slogan yang sedap di dengar tidak membawa apa-apa lagi. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat ialah pemimpin yang dirasakan mempunyai kemampuan untuk berfikir dan melunaskan tanggungjawab untuk menggubal dasar yang baik bagi negara…. tidak kira dari parti kerajaan atau pembangkang kerana parti kerajaan membawa bersama pemimpin pembangkang untuk membina dasar yang baik untuk negara tadi. Apabila ada pihak di sini memuji sistem di negara-negara maju ini pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang mengidap penyakit 'inferiority complex' akan menyelarnya dengan mengatakan yang kita mempunyai demokrasi adunan sendiri dan tidak perlu ikut demokrasi orang lain. Kita wajar memulakan langkah untuk memperkayakan demokrasi di negara kita ini. Alangkah eloknya jika semua pihak diberikan peluang untuk menhubungi rakyat melalui saluran media perdana seperti saluran TV nasional supaya masing-masing parti boleh mendekati rakyat dengan mudah. Pembangkang yang dituduh bertalu-talu kononnya membuat fitnah tidak akan dapat berbohong seperti yang cuba dimomokan kerana mereka bercakap terus kepada rakyat melalui TV dan saluran media yang lain. Lagi pun stesyen TV itu dibangunkan dengan wang rakyat yang terdiri dari cukai-cukai yang dikutip dari semua rakyat termasuk ahli-ahli UMNO, DAP, PAS, PKR dan parti-parti yang lain. Jika peluang ini terbuka kepada semua pihak maka barulah rakyat dapat menilai parti mana yang baik pada pandangan masing-masing pengundi dan memilihnya di dalam peti undi semasa pilihanraya yang di adakan. Salah benar tentang apa yang dikatakan oleh mana-mana pihak biar orang ramai yang menilainya. Ianya penting kerana negara ini adalah kepunyaan rakyat bukannya kepunyaan Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan sahaja. Di negara kita jiwa pemimpin-pemimpin kita terlalu kecil dan fakir yang menyebabkan mereka tidak berani memberikan ruang untuk parti-parti lain untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran perdana tadi. Banyak negara yang dahulu menekan pihak yang membangkang sudah mula terbuka demokrasinya. Contohnya Indonesia telah melakukan transformasi yang besar di dalam sistem pilihanrayanya. Pemimpin-pemimpin pembangkang sekarang boleh menyampaikan pesanan kepada rakyat melalui media perdana elektronik dan cetak, malahan Indonesia sekarang ini merupakan sebuah demokrasi yang terbesar di Asia selain dari India. Di Singapura baru-baru ini rakyat bebas bercakap melalui media perdana dan akhirnya rakyat membuat pilihan dengan mengekalkan kerajaan yang sedia ada dengan undi popular yang jauh lebih rendah dari dahulu. PAP merasakan yang popularitinya telah menurun maka sebelum rakyat terus menyiahkan sokongan kepada parti itu maka Lee Kuan Yew telah menolak tawaran untuk berada di dalam kabinet baru Singapura. Sebabnya isu beliau merupakan isu besar dalam pilihanraya itu walaupun beliau sendiri memenangi kerusi kawasannya tanpa bertanding. Beranikah mana-mana pemimpin yang jelas tidak di senangi oleh rakyat menarik diri walaupun mereka tahu keadaan itu adalah 'real' dan nyata? Jawabnya; tidak berani, kerana kononnya kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Pemimpin kita rela partinya jatuh bersama dengan mereka. Untuk berhenti dan berkorban untuk menyelamatkan negara tidak sekali. Kalau parti kalah rakyat akan dipersalahkan. Dulu ada pemimpin besar kita kata, "menang satu undi pun saya tetap menang. Kalau kalah sekali pun saya boleh meminta sokongan dari Parlimen". Itulah dia demokrasi acuan kita sekarang ini. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/05/toleransi-yang-sudah-hilang.html |
Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ? Posted: 17 May 2011 04:00 PM PDT Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa." "Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu. Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa . Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita. Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri. Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ? Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakawa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan. Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri. Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi. Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu. Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!! Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ? Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar. Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!! http://peguampas.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan