Kerabu Bersuara ® |
- Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori
- Ladang Rakyat: Nik Aziz mahu saman media, pihak tuduh kerajaan negeri
- DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa
- Anwar dakwa hakim kes jatuh ‘hukuman’ sebelum bela diri
- Sokong BN=Sokong Barang Naik
- Jangan guna ISA, AMCP kepada Utusan
- Malaysia Today kerjasama dengan WikiLeaks
- Fitnah 2 : Hakim Arah Anwar Bela Diri
- Bus Angkut Gelombang Merah
- Gelombang Merah Serang Nik Aziz
Kerajaan mansuh ‘Super Subsidy’ diesel sembilan kategori Posted: 16 May 2011 09:20 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 Mei — Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel super subsidy kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuat kuasa 1 Jun ini. Berdasarkan keputusan Majlis Ekonomi pada 9 Mei lepas, kategori kenderaan itu tidak lagi membeli bahan berkenaan pada harga RM1.481 seliter. Bagaimanapun, kenderaan-kenderaan itu masih lagi menikmati subdisi dengan pengambilan di stesen minyak pada harga RM1.80 seliter. Kategori kenderaan yang terlibat adalah Kepala Lori (Prime Mover), Kargo Am, Luton Kotak, Van (Panel Van, Semi Panel Van dan Window Van), Lori-Rigid Minuman Botol, Lori Tangki Rigid-Tepung, Lori Rigid-Refrigerated, Lori Tangki Air dan teksi limosin. Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata rasionalisasi pemansuhan itu dilakukan memandangkan trend harga minyak yang terus meningkat sejak Oktober lalu, yang mengakibatkan peningkatan dalam tanggungan subsidi kerajaan. "Selaras dengan keputusan rasionalisasi pemansuhan ini, kerajaan dianggarkan dapat menjimatkan tanggungan subsidi sebanyak RM659.30 juta bagi tahun ini. "Bagaimanapun, kerajaan masih menanggung subsidi bagi sektor pengangkutan awam sebanyak RM116 juta," demikian menurut kenyataan itu dipetik Bernama Online malam ini. Pun begitu, diesel subsidi untuk pengangkutan awam dan bot penumpang sungai dikekalkan selain turut mengekalkan subsidi petrol dan diesel kepada nelayan. Katanya, subsidi bagi kenderaan pengangkutan seperti bas ekspres, bas henti-henti, bas pengantara, bas mini, bas sekolah, kereta sewa, teksi, bomba, ambulans dan kenderaan mayat dikekalkan pada harga RM1.481 seliter. Dalam pada itu, kementerian berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kaedah dan langkah baru pada masa akan datang untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti nelayan. Oleh kerana itu, katanya, kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor ini pada harga RM1.25 seliter. |
Ladang Rakyat: Nik Aziz mahu saman media, pihak tuduh kerajaan negeri Posted: 16 May 2011 09:11 AM PDT TUMPAT, 16 Mei — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan pihak yang menuduh kerajaan PAS Kelantan merampas tanah rakyat bagi membangunkan projek Ladang Rakyat. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, hakikatnya kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri. "Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran," katanya dipetik Bernama Online hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 1,000 anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini. Perhimpunan secara aman yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang kehilangan tanah mereka akibat projek itu. Laporan itu juga memetik Nik Aziz berkata, beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat. Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat. "Projek itu melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta," katanya. |
DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa Posted: 16 May 2011 01:26 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 16 Mei — DAP menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang melahirkan kesediaan melancarkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian jika meneruskan agenda mahu "merampas" kedudukan Islam di negara ini. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengambil tindakan terhadap mana-mana individu termasuk Ibrahim yang menyemarakkan api perkauman dan keagamaan. "Keengganan Umno mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan Perkasa akan mewujudkan suasana tidak aman selain akan berlaku ketegangan di kalangan rakyat Malaysia. "Selain itu, ia menunjukkan seolah-olah Umno melindungi Perkasa walaupun Perkasa cuba menghasut rakyat membenci komuniti Kristian. "Keengganan Menteri Dalam Negeri mengesahkan lagi Umno sekadar berlakon untuk melindungi Ibrahim dan Perkasa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan laporan berunsur fitnah terbitan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", 7 Mei lalu, memberi peluang keemasan Ibrahim untuk mewujudkan kebencian kepada komuniti Kristian. "Pembohongan yang berbahaya oleh Utusan Malaysia telah memberi satu peluang keemasan kepada pelampau-pelampau seperti Ibrahim Ali untuk mecetuskan kebencian dan menghasut permusuhan di kalangan rakyat Malaysia. "Hishammuddin terus mempertahankan Ibrahim Ali dan Perkasa walaupun mahu melancarkan jihad menentang komuniti Kristian, bayangkan bagaimana jika komuniti Kristian melancarkan jihad menentang orang Islam... sudah pasti dia akan ditangkap dengan segera," katanya. Dalam ceramah di Gombak kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. Bagaimanapun Hishammuddin menegaskan apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," katanya. Semalam, Presiden Gerakan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meminta polis agar menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sejak beberapa hari lalu. |
Anwar dakwa hakim kes jatuh ‘hukuman’ sebelum bela diri Posted: 16 May 2011 01:00 AM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal Anwar: Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie. KUALA LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh hakim kesnya Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah menjatuhkan 'prahukuman' meskipun beliau belum lagi melangkah ke proses bela diri. Ketua Pembangkang berusia 63 tahun ini berkata, meskipun beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini, tetapi terkejut dengan alasan-alasan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menerima hujah pihak pendakwa bulat-bulat meskipun telah dibantah oleh pembela terhadap kredibiliti pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga saksi utama. "Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini. "Ini membuat kedudukan pembela lebih bahaya," kata Anwar kepada pemberita selepas mahkamah memerintah beliau agar membela diri dalam kes liwat keduanya ini dalam 13 tahun. Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara. "Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas," kata Ketua Umum PKR ini. The Malaysian Insider difahamkan pasukan pembela akan memanggil 30 saksi. Kes peringkat pembelaan akan bermula 6 Jun ini. Antara saksi yang akan dipanggil ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Mumtaz Jaafar. "Kami akan mempertahankan kedudukan kami. Kami akan memanggil kesemua saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa Hassan dan Mumtaz. "Adalah jelas dalam keterangan sebelum ini, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara terlibat dalam kes ini," kata Anwar. Salah seorang peguam pasukan pembela Sankara Nair berkata, mereka juga akan membawa saksi pakar untuk memberi keterangan. "Kami kecewa dengan keputusan dipanggil membela diri," kata beliau sambil menambah, tertuduh seharusnya telah dibebaskan. Beliau juga mengesahkan Anwar akan menjadi saksi pertama pembela untuk memberi keterangan. "Beliau perlu (jadi saksi utama)," katanya. Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Perbicaraan bermula awal tahun lepas dan pendakwa menamatkan kes mereka bulan lepas. |
Posted: 16 May 2011 12:30 AM PDT Kos subsidi naik, TPM bayang kenaikan harga barang PUTRAJAYA, 16 Mei — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011. Justeru kata timbalan perdana menteri, negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan. "Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi. Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi. Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu. Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan. "Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan. Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik. "Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," kata beliau. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Harga RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter pada awal bulan ini. |
Jangan guna ISA, AMCP kepada Utusan Posted: 16 May 2011 12:08 AM PDT Ahmad Lutfi Othman Utusan Malaysia memang kebal. Ya... apalah nak dihairankan, bukankah Utusan dan Umno sukar dicerai tanggal, berpisah tiada? Ketua Pengarang Kumpulannya, Aziz Ishak hanya mendapat surat teguran daripada Kementerian Dalam Negeri walaupun paparan berita utamanya pada 7 Mei lalu dilihat telah menimbulkan keributan dan kegemparan. Seksyen 7, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) cukup tidak gemar dengan hasil penerbitan "yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai" tetapi apabila ia membabitkan Utusan, segalanya okey, 'kan? Seksyen 8 dan 73, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) memberi kuasa kepada menteri dan polis untuk menahan mana-mana orang yang "telah bertindak atau hampir bertindak atau mungkin bertindak dengan apa-apa cara yang mendatangkan mudarat kepada keselamatan negara", tetapi ia hanya digunakan kepada seteru politik Umno-BN sahaja, 'kan? Seksyen 3, Akta Hasutan 1948, antara lain mentafsirkan "kecenderungan menghasut" ialah "kecenderungan bagi mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia", tetapi pentafsiran akta ini bergantung rapat dengan kehendak politik penguasa, 'kan? Saya tidaklah faham sangat dengan undang-undang, terutama yang berkaitan dengan amalan kewartawanan di negara ini, termasuk Akta Fitnah 1957 dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. apatah lagi sepanjang terbabit dengan dunia penulisan hampir 30 tahun lalu, saya berpegang dengan nasihat agar "jangan merujuk kepada peraturan atau akta sebelum mula berkarya, nanti tiada apa yang boleh ditulis". Lebih istimewa lagi, sehari selepas "hanya ditegur" KDN -- satu bentuk 'hukuman' yang paling ringan -- Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berkata 'ada asas' dalam laporan Utusan berhubung konspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi di negara ini dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan. (Imuniti Utusan lebih terjamin berbanding The Star dan Sunday Star, milik MCA, yang pernah digantung pada Oktober 1987 ekoran Operasi Lalang). Beliau merujuk kepada laporan polis terbaru yang dibuat di Pulau Pinang, pada 13 Mei, yang khabarnya dapat mengukuhkan lagi berita muka depan Utusan 7 Mei. Ini bukan kali pertama sikap memihak Hishammuddin terserlah. Ketika video seks yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim mula ditayangkan, awal-awal lagi beliau menyalahkah Ketua Pembangkang itu. Pihak polis pula seperti melupakan orang yang membuat tuduhan palsu (blogger) dan pihak yang menghebahkannya (Utusan). Amat memalukan apabila Utusan, seperti kata pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah, hanya bersandarkan rujukan yang sangat daif dan lemah, iaitu blog peribadi yang diragui wibawanya. Dakwaan itu tidak diperkuatkan dengan sumber yang kukuh dan jelas, sebaliknya lebih bersifat tohmahan, tuduhan, prasangka dan prejudis. "Tentulah perbuatan ini bukan sahaja bertentangan dengan etika dan disiplin kewartawanan, malah tidak pernah digunakan dalam mana-mana amalan media profesional dan intelektual lainnya, yakni dengan menumpang sejenis tulisan prasangka sebagai sumber utama," ujarnya, sambil menambah ia "kemalangan besar buat maruah sebuah akhbar perdana." Banyak pihak tidak berpuas hati dengan tindakan KDN terhadap Utusan, termasuk daripada kalangan komponen BN sendiri. Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek mahu pemberita dan editor Utusan Malaysia digantung tugas jika laporannya mengenai isu Kristian dan agama Islam adalah tidak benar. Baginya, teguran KDN ke atas akhbar milik Umno itu tidak mencukupi. Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon mahu pihak polis menyiasat kebenaran laporan Utusan itu. Baginya, adalah tidak benar bagi sesebuah akhbar melaporkan sesuatu berita hanya berdasarkan khabar angin. Tambahnya, tindakan melaporkan sesuatu secara berlebih-lenih boleh mengakibatkan ketegangan antara agama, mengganggung keharmonian dan menggugat perpaduan rakyat. Tidak kurang juga desakan agar editor Utusan ditangkap ISA, selain akhbar itu digantung atau diharamkan. Kerajaan negeri Pulau Pinang memfailkan satu aduan rasmi mendesak KDNM mengambil tindakan terhadap Utusan. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Dun sebulat suara menyokong usul itu termasuk dua wakil rakyat Umno yang tidak mempercayai laporan tersebut. Keengganan mengambil tindakan terhadap cetusan berbahaya Utusan menunjukkan Umno terlibat secara langsung dengan laporan itu, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. "Bila Suara Keadilan siarkan berita Felda mungkin bankrap, begitu pantas KDN menggantung permit akhbar itu. Tetapi bila Utusan siarkan berita tanpa bukti kononnya Kristian hendak dijadikan agama rasmi yang jelas boleh mencetuskan rusuhan antara agama dan kaum, Menteri Dalam Negeri bukan sahaja tidak mengambil tindakan, malah memberi respon yang dilihat menyokong perbuatan Utusan itu," tambahnya. Sebelum itu, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari, ketika bercakap kepada Free Malaysia Today, mendakwa agenda mingguan Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib Razak. Wartawan kanan Utusan yang dipecat itu berkata, agenda dalam mesyuarat itu akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri. Secara peribadi, saya membantah apa jua saranan agar ISA digunakan kepada wartawan, selain tidak bersetuju AMCP diperalatkan untuk mengharamkan atau menggantung akhbar, termasuk kepada Utusan. Malah saya sejak sekian lama berusaha melobi agar akta-akta drakonian itu dimansuhkan sama sekali. Kedua-dua akta itu memberikan kuasa mutlak kepada menteri untuk mengambil apa-apa tindakan perlu, dengan mengetepikan fungsi mahkamah dan menafikan hak membela diri. Saya yakin banyak lagi undang-undang lain yang boleh dirujuk bagi mengadili Utusan, misalnya kanun kesiksaan, asalkan bukan ISA dan AMCP. "Permainan" Utusan memang merbahaya, sekali gus mengundang sengketa dan permusuhan di atas imiginasi jahat. Saya lebih suka "hukuman" ke atas Utusan dibuat oleh pasaran atau pembaca, bukannya melalui penguatkuasaan undang-undang zalim. Apa pun, kemunafikan KDN jelas sekali. Jika membabitkan media bebas atau propembangkang, hukuman paling berat dijatuhkan tanpa sebarang belas kasihan. Keangkuhan Seksyen 13B AMCP terus menjerut, iaitu peruntukan "tiada seorang pun boleh diberi peluang untuk didengar berkenaan dengan permohonannya untuk mendapatkan lesen atau permit atau berhubungan dengan pembatalan atau penggantungan lesen atau permit". Kepada media talibarut BN, segalanya dibolehkan, dan kalaupun ada desakan daripada publik, tindakan sekadar "teguran". Janganlah bermimpi untuk melihat Utusan digantung, apatah lagi diharamkan, hatta untuk mendengar wartawan atau ketua pengarangnya digantung tugas pun mustahil berlaku. Hipokrasi ini akan terus berlanjutan. Ini baru babak-babak awal, plotnya akan berkembang menjadi lebih mendebarkan. Harapnya anda jangan terkejut. Putar-belit, penipuan, pendustaan sudah menjadi kelaziman Najib dan Umno-BN. Ingat, PRU13 penentu hayat politiknya. |
Malaysia Today kerjasama dengan WikiLeaks Posted: 15 May 2011 11:33 PM PDT Harakahdaily LONDON, 16 Mei: Laman web yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today dijangka akan meningkatkan pelawatnya lagi apabila memulakan kerjasama dengan laman dari Australia, WikiLeaks. Kedua-dua laman itu melalui pemiliknya, Raja Petra dan Julian Assange menandatangani perjanjian kerjasama antara kedua-duanya hari ini di the Sunday Roast lunch dekat the Duke of York. Turut serta di majlis itu adalah anak Raja Petra, Sara Petra. WikiLeaks menggegarkan dunia apabila membuat pelbagai pendedahan tentang dokumen yang kebanyakan dimiliki oleh kerajaan Amerika Syarikat. Turut didedah adalah dokumen-dokumen berkaitan dengan Malaysia. Raja Petra pula banyak menggegarkan politik Malaysia apabila membuat pelbagai pendedahan. Antaranya adalah membuat pendedahan melalui Kenyataan Bersumpah kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut berada di tempat pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Puncak Alam. Baru-baru ini, Raja Petra melalui TV3 menegaskan itu bukan kenyataan beliau tetapi kenyataan seorang pegawai kanan tentera sebagaimana yang dinyatakan dalam Kenyataan Bersumpahnya. Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan itu. Ekoran itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan pegawai tentera berkenaan telah digantung tugasnya. |
Fitnah 2 : Hakim Arah Anwar Bela Diri Posted: 15 May 2011 08:53 PM PDT Kuala Lumpur 16 Mei – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memerintahkan tertuduh dalam Fitnah 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam keputusan yang dibacakan di sini pagi ini. Sebelum itu Zabidin mengambil masa lebih dua jam untuk membacakan penghakiman kes fitnah 2 tersebut. Zabidin memutuskan bahawa pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti-bukti "prima facie" dan Ketua Pembangkang itu perlu membela diri. Zabidin mendakwa keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan boleh diterima sebagai kebenaran dan beliau seorang yang "berwibawa". Dalam keterangannya Saiful antara lain mengaku beliau sempat makan karipap dan minum kopi setelah "dipaksa" oleh Anwar melakukan jenayah itu. Penyokong Anwar mula tiba seawal jam 4.30 pagi ini dan berkumpul ke Masjid Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu. Mereka juga sempat bersarapan nasi lemak yang berbungkuskan akhbar Utusan Malaysia sebagai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap Pakatan Rakyat. Dalam pada itu, Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau percaya Anwar tidak bersalah dan kes itu perlu digugurkan dari awal lagi. "Jelas (pendakwa raya) tiada kes sejak dari awal lagi," kata Sankara. Pasukan guaman Anwar menegaskan Ketua Pembangkang itu sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Anwar kini mempunyai tiga pilihan bagi mempertahankan dirinya – menjawap melalui keterangan sumpah dari kandang saksi, membaca kenyataan dari kandang tertuduh dan tidak boleh disoal-balas ataupun memilih untuk mendiamkan diri. Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dan dianggotai oleh timbalan ketua bahagian pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Hanafiah Zakaria, serta timbalan pendakwaraya CK Wong dan Noorin Badaruddin. Pihak pembelaan pula terdiri daripada peguam kanan Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, Sankara Nair, CV Prabhakaran, Marissa Christopher Fernando dan Ram Karpal Singh Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan. |
Posted: 15 May 2011 08:31 PM PDT Sempat berbual dengan beberapa orang asal dari gua musang. Mereka mereka hanya ikut kepala yang bawa. Sekarang kepala entah hilang kat mana. |
Gelombang Merah Serang Nik Aziz Posted: 15 May 2011 08:20 PM PDT Tadi geng gelombang merah berhimpun depan pejabat suk kerajaan negeri. Sekarang penjilat2 yang berhimpun tengah berteduh. Panas sekarang, kepala mereka tengah makan nasi lemak. Mereka angkut orang asli untuk buat demo. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan