Kerabu Bersuara ® |
- Melayu Ibrahim Nak Jihad? Parti Gerakan Suruh Siasat!
- Rakyat Hargai Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat
- Bodoh Dan Bangang Betul Ibrahim Ali. Balik Jihad Kat Pasir Mas Dulu La
- Sudahlah tu, dalam Umno pun ada Kristian!
- Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah, bukan Umno
- Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini?
- Azmin: Pakatan boleh rampas Putrajaya jika pun PRU-13 bulan ini
- Nyawa keluarga saya terancam, kata Anwar
- Khairy: Pemuda Umno tak cukup jadi kumpulan pendesak
- Anwar : Sila Belajar Kejatuhan Tamadun Rom
- Ramai persenda agama akhir-akhir ini
- Utusan: Najib juga patut dikenakan tindakan
- Talibarut Umno di Perak dan Selangor
- Restu Utusan Malaysia wujud sentimen ancaman, Najib lakon dua watak- Husam
- Mat Sabu: Jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP
- 3,000 ikuti tazkirah Dr Wahbah dalam Munajat Rakyat Tolak Fitnah
Melayu Ibrahim Nak Jihad? Parti Gerakan Suruh Siasat! Posted: 15 May 2011 07:26 AM PDT Gerakan desak amaran perang jihad Presiden Perkasa disiasat KUALA LUMPUR, 15 Mei — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan. "Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat 1 Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain. "(Kenyataan itu) adalah sesuatu tidak wajar khususnya selepas pemimpin-pemimpin Kristian baru sahaja membuat pendirian tegas dan jelas bahawa mereka menghormati dan mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan berhubung status Islam dan kebebasan beragama," kata Koh lagi. Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya. Dalam reaksinya pagi tadi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Ibrahim tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Hishammudin. Dalam kenyataannya Koh menambah, pemimpin-pemimpin Kristian juga mengulangi pendirian mereka bahawa mereka akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian sambil pada masa yang sama mencari penyelesaian terbaik berhubung pelbagai isu yang timbul sekarang. "Jadi, bagaimana Ibrahim Ali boleh bercakap mengenai agenda Kristian mahu 'merampas (kedudukan) Islam'?" kata beliau. "Ibrahim juga ada mengatakan bahawa beliau mahu mempertahankan maruah Islam dan komuniti Muslim meletakkan keamanan dan keharmonian mengatasi soal-soal lain. Jika begitu, beliau tidak seharusnya menggunakan kata-kata sedemikian dan berkelakuan begini," katanya lagi. Koh menambah, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama, pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya menggalakkan kesederhanaan dan semangat perantaraan untuk menguruskan dengan baik pandangan-pandangan yang berbeza berbanding tindakan memprovokasi permusuhan. Justeru kata beliau, polis seharusnya menyiasat ucapan-ucapan Ibrahim sepanjang dua hari lalu berhubung elemen mencetuskan konflik dan sikap benci di kalangan rakyat. |
Rakyat Hargai Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Posted: 15 May 2011 05:17 AM PDT PETALING JAYA 15 Mei - Keprihatinan kerajaan negeri Selangor dalam menaik taraf penginapan kos rendah di negeri ini merupakan suatu usaha yang dinantikan oleh rakyat sejak sekian lama. Bagi penduduk Pangsapuri Taman Maju Jaya, petaling Jaya Selatan, projek pengindahan kawasan kediaman mereka yang dahulunya suram, sememangnya berita yang cukup mengembirakan. Dengan adanya pertambahan infrastruktur yang disediakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, ia pastinya lebih memudahkan kehidupan seharian penduduk. Salah seorang penduduk, Muslifah Tajuddin melahirkan rasa terharu beliau di atas keprihatinan yang ditonjolkan oleh kerajaan negeri terutama Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya mengucapkan terima kasih kepada semua, terutamanya daripada PKR dan kerajaan negeri. Saya harap projek ini tidak terbengkalai di sini sahaja. Kami berharap agar Datuk Seri (Anwar) selaku Penasihat Ekonomi Negeri memantau dari semasa ke semasa bersama MBPJ," katanya. "Ini adalah kali pertama projek sebesar ini diadakan di flat kita, khususnya Blok C. Kita juga berterima kasih lebih-lebih lagi kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan diharapkan selepas ini apa keperluan asas penduduk diberikan perhatian. Setelah hampir 20 tahun tinggal di kawasan ini, ini merupakan kali pertama mereka mendapat perhatian yang selama ini diharapkan, ujar Mohd Akram Manap. "Sebagai penduduk tempatan yang menetap hampir 20 tahun di sini, ini adalah kali pertama pemberian yang sangat bertuah. Selaku wakil penduduk juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang komited dalam membantu penduduk rumah kos rendah," katanya. Sementara bagi Hatijah Tajuddin, kawasan kediaman mereka akan bertambah ceria dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan. "Kita berterima aksih di atas sumbangan yang selama ini kami nantikan. Selepas ini kawasan kami akan bertambah cantik, Alhamdulillah," katanya. Kerajaan Selangor melancarkan program pemulihan bandar untuk menaik taraf penginapan kos rendah yang dibina dalam keadaan serba kekurangan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang lalu. Pengubahsuaian itu antara lain membabitkan penerapan ciri-ciri insani termasuk kawasan permainan kanak-kanak, ruang istirehat bagi penghuni dengan reka bentuk kediaman bertingkat dan yang moden dan mesra pengguna. Bangunan pangsapuri terbabit juga akan dicat semula dengan warna yang dipersetujui bersama oleh penduduk terbabit. Projek ini juga akan diperluaskan ke seluruh negara jika Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum akan datang. Projek perintis pembaharuan Pangsapuri Taman Maju Jaya ini dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak swasta yang turut menyumbang khidmat perunding dan reka bentuk pemuliharaan secara percuma sebagai tanggungjawab sosial mereka. |
Bodoh Dan Bangang Betul Ibrahim Ali. Balik Jihad Kat Pasir Mas Dulu La Posted: 15 May 2011 01:53 AM PDT Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu, kata Hishammuddin Oleh Melissa Chi SUNGAI BESAR, 15 Mei — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang malam tadi mengisytiharkan perang jihad ke atas masyarakat Kristian tidak mewakili keseluruhan kaum Melayu negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini. "Saya tidak melihat Ibrahim Ali mewakili keseluruhan orang Melayu atau (masyarakat) Muslim (negara ini). Seperti Osama bin Laden, beliau tidak mewakili keseluruhan umat Islam. "Ada pihak pelampau. Saya tidak mengatakan Ibrahim Ali ekstremis, tolong jangan salah petik saya, tetapi saya mengatakan ada tahap pemahaman yang berlainan," kata Menteri Dalam Negeri ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar di sini pagi ini. Oleh itu kata Hishammuddin (gambar), "biar rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu diwakili." Katanya, terdapat juga kumpulan ekstremis di kalangan orang Cina negara ini. Dalam ceramah dekat Kuala Lumpur malam tadi, Ibrahim memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam. Ibrahim juga berkata, darahnya sedang mendidih ekoran laporan terbaru kononnya wujud konspirasi antara pengikut Kristian dengan pemimpin-pemimpin agama dan ahli politik pembangkang. "Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan," katanya. Ketika ditanya sama ada Ibrahim, bekas ahli Umno, dilihat sebagai ahli politik berpengaruh, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, wakil rakyat itu hanya dianggap berpengaruh jika "anda semua" menjadikannya berpengaruh. Katanya, menjadi tanggungjawab media untuk memastikan suhu ketegangan mereda untuk negara menuju ke depan. "... tetapi ada pihak lain yang mencetuskan sentimen benci dan pecah belah," kata Hishammuddin. |
Sudahlah tu, dalam Umno pun ada Kristian! Posted: 15 May 2011 12:00 AM PDT Ahmad Tajdid MASIH ingat lagi John Ghani? Beliau ialah perwakilan Umno Sabah dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu. John Ghani menjadi popular kerana loghat Sabahnya apabila menyebut "zink" sebagai "jink" ketika berucap dalam perhimpunan agung Umno. Antara yang menyiarkan ucapan wakil Sabah dari etnik Kadazandusun beragama Kristian itu adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno. Keputusan Umno untuk bertapak di Sabah sebenarnya membawa banyak perubahan kepada dasar, perlembagaan dan landskap parti nasionalis itu. Jika sebelum masuk ke Sabah, Umno dikenali sebagai parti Melayu dan hanya menerima Melayu (yang ditakrif mesti beragama Islam) sebagai ahli; namun setelah masuk ke Sabah, Umno mula menerima ahli bukan Islam asalkan ia seorang Bumiputera. Seorang Kadazan atau Murut beragama Kristian layak menjadi ahli Umno kerana mereka ialah Bumiputera. Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang. Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung. Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2). Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno. Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya. Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno. Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera. Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik. Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk. Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam. Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman? Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah. Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak. Mungkin ada di kalangan penyokong fanatik Umno berpendapat bahawa keadaan ini khusus untuk Sabah sahaja dan tiada kaitan dengan politik Semenanjung. Bagaimanapun gerakan yang dipelopori Umno Selangor bagi memindahkan para pengundi Sabah ke Selangor khususnya di Shah Alam boleh menangkis hujah ini. Kesimpulannya, isu yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia bersumberkan dua laman blog pro-Umno itu sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkan DAP dan mengaitkannya dengan gerakan Kristianisasi. Ia tiada kaitan langsung dengan survival umat Islam mahupun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Semua episod ini dirancang bertujuan mengocak sentimen umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memastikan sokongan mereka terus kepada Umno. Apatah lagi parti itu ingin dilihat sebagai pembela dan benteng politik Melayu Islam. Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian. -------------- Sabah Umno out to woo non-Muslim bumiputras By RUBEN SARIO KOTA KINABALU: Sabah Umno is setting up a special taskforce to attract more non-Muslim bumiputras from the state's ethnic communities such as the Kadazandusuns and Muruts. Penampang Umno chief Datuk John Ambrose, the party's first non-Muslim division chairman, said the move was aimed at strengthening Umno in the state. Opening the Penampang Umno meeting at Kampung Limbanak here on Monday, he said both party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak had given the green light for setting up the taskforce. "Sabah Umno is open to all races as the party fights for the rights of all bumiputras in the state. If Umno in Sabah is just serving one community, what would happen to the others?" he said. John said Najib was scheduled to launch the taskforce in the remote interior district of Pensiangan soon. He said Pensiangan was among eight of Sabah Umno's 25 divisions where there were large numbers of non-Muslim bumiputras. The others were Penampang, Tenom, Papar, Kota Belud, Keningau, Kota Marudu and Kudat. John said the primary objective of the taskforce would be to create awareness among non-Muslim bumiputras that Umno was open to them and that the party's struggles was not merely for any particular community. - The Star Online, 28 Oktober 2008 |
Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah, bukan Umno Posted: 14 May 2011 11:30 PM PDT Hazayani Zakaria SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program 'Munajat Rakyat Menolak Fitnah' bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi. Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor. "Di setiap program solat hajat, ceramah saya, Umno edar video lucah. Apa Umno tak ada kerja lain selain nak 'membogelkan saya'?" soalnya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang hadir. Terdahulu, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan tazkirah maghrib bertajuk Qazaf dan Sumpah Laknat – 'Antara Syariat dan Adat' yang disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abd Ghani Shamsudin. Program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan solat hajat dipimpin Dr Sheikh Wahbah sendiri. Dr Sheikh Wahbah dalam ceramahnya selepas itu berpesan kepada hadirin agar istiqamah dalam berdoa dan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya jika kita menurut permintaan-Nya dan beriman dengan penuh keikhlasan. Anwar dalam ceramahnya turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr Sheikh Wahbah yang sanggup datang dari Syria semata-mata untuk bersama-sama rakyat bermunajat menolak fitnah Umno BN. Beliau berkata, dalam pada Umno BN bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain. "Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum? "Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula. "Saya nak tegaskan, yang boleh jatuhkan saya bukan Umno, bukan BN tapi dengan kuasa rakyat dengan izin Allah," katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh hadirin. Kerja Umno edar VCD, tak selesai masalah rakyat Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut menyampaikan ceramah meluahkan kekecawaan terhadap penyebaran VCD itu. "Satu perkara yang sangat menyakitkan hati saya, apabila malam ni masyarakat tak ada kerja lain, diedarkan pulak VCD yang kononnya melibatkan Anwar Ibrahim. "Ini saya anggap satu kerja bodoh dalam negeri yang kaya," katanya.katanya sambil menunjukkan VCD yang dipegang kepada hadirin yang diedarkan di luar stadium. Beliau berkata, Umno BN terlalu 'sibuk' menabur fitnah dan meracuni fikiran rakyat sehingga tidak ada masa memikirkan soal ekonomi dan pembangunan negeri itu. "Petang tadi saya pergi ke Kuala Selangor ada projek terbengkalai yang mana 6,000 mereka yang membeli rumah sudah lebih 15 tahun tak dapat dan kontraktornya lari. "Saya pergi dan selesaikan dengan pemaju dan pembeli. Ini lebih baik daripada edar VCD ini. "Umno di Selangor tak boleh selesaikan masalah penduduk, yang boleh buat hanyalah edar VCD bongok ini," katanya disambut gelak tawa hadirin. Deklarasi Anti-Fitnah turut dibacakan dengan dipimpin oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abd Hamid. Deklarasi daripada 60 NGO tersebut menurut Azmi akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan pihak-pihak tertinggi yang lain. Turut menyampaikan ceramah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. |
Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini? Posted: 14 May 2011 11:15 PM PDT http://www.blogger.com/img/blank.gif by Dr. Dzul Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya ( merujuk kepada laporan Malaysiakini yang disertakan). Mengapakah BN tertekan dengan penampilan dan kehadiran Buku Jingga ini? Ini jawapan ringkas saya kepada beberapa soalan yang diminta saya jawab. (Arah hentam, Najib memang takut Buku Jingga – Harakahdaily) Mengapakah PM Najib dan pimpinan BN takut sangat Buku Jingga ini? Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi yang berpanjangan. Ianya menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai penyelesaian alternatif. Betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik dan sekaligus Program 100 kerajaan Pakatan Rakyat, andainya kami mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan. Apakah yang membeza pendekatan dan dasar Pakatan dari Barisan Nasional? Saya simpulkan secara mudah perbezaan utama kami ialah dengan kata kunci "Political Economy" atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini. Political Economy bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan eokonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan 'seminal' Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara "Political Economy" begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848). Tokok kontemporari bidang ini di negara kita ialah Prof Jomo Sundram dan Prof Terrence Gomez. Justeru ketika kami berhujjah bahawa tidak akan dapat direalisasikan peralihan dan transformasi ekonomi selagi tidak berlaku reformasi politik, kami jelas dengan pendekatan kami, cuma BN macam buat-buat pekak sahaja. Tegasnya ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana "keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes" atau dengan kata lain mudahnya "Perubahan Ekonomi atau 'Economic Changes' hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan 'Reformasi Politik'. Sebaliknya bagaimana "Transformasi Ekonomi" akan gagal dihambat oleh "Kekangan Realiti Politik"." Ini pendekatan kami dan amat ketara kalau dibaca dari muka awal dalam "Dasar Bersama Pakatan Rakyat". Secara khususnya, di muka surat 21, dalam 10 program 100 Hari Program Buku Jingga. Program 1 (reformasi institusi kritikal SPRM, SPRM, Jabatan Peguam Negara, MCMC, PDRM dll) dan program 2 (bersabit dgn pemansuhan undang drakonian ISA, OSA dll) dari 10 program 100 hari Buku Jingga. Program 1 dan 2 semacam tidak ada hubung-kait langsun dengan ekonomi tetapi menyangkut langsung dengan aspek reformasi politik dan perundangan. Keyakinan kami tatkala demokrasi berfungsi ia akan mengembalikan keyakinan, kewibawaan dan integriti kepada institusi-institusi kritikal dalam negara sekaligus mewujudkan ketelusan dan pertanggungjawaban dalam pentadbiran yang baik atau 'good-governance', maka kegiatan ekonomi dan pelaburan akan dapat dirancakkan dalam satu eko-sistem yang menggalakkan (enabling environment). Ini akan serentak mewujudkan persaingan sihat dan menggalakkan pemacuan daya-saing melalui peningkatan produktiviti dan inovasi. Produktiviti pula mesti dipacu oleh peningkatan tahap pendidikan dan kebebasan berkarya dan bermula dengan mengiktiraf martabat pendidiknya. Sebab itu program 5 penting ( dari hal imbuhan guru dan tenaga pengajar dalam semua bidang hingga ke peringkat tinggi) Bukankah itu juga yang hendak dilakukan ETP, EPP dan Model Ekonomi Baru kerajaan BN? Pada kami, ETP atau Program Transformasi Ekonomi dan EPP Najib adalah satu lagi usaha raksaksa seperti apa yang dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai 'massive Pump-Priming atau Mengepam Ekonomi berskala besar" sekali lagi dengan perbelanjaan besar (G-factor) dan juga kesanggupan untuk berhutang besar yang ditanggung oleh kerajaan. Hingga kini sudah 70 projek mega diumumkan dengan pelaburan RM106 bilion. Yang jelas bagi kami, ia pusingan kedua Pelaburan Besar kerajaan dalam Infra-struktur dalam era Najib. Kononnya dikatakan Pelaburan Swasta akan berperananbesar tetapi MRT, contohnya diwawarkan sebagai pelaburan swasta oleh Najib awalnya, akhirnya semua ada dibiaya kerajaan. Sekarang Perkasa pun hendak juga diberikan projek ini. Bukanlah susah sangat nak pacu pertumbuhan 6% setahun kalau berani berbelanja besar dan teruskan dengan 'pump-priming' oleh kerajaan, sebab KDNK kita pun lebih kurang RM700 bilion dan kalau kita berbelanja RM70 bilion sudah10% KDNK. Tetapi persoalan yang ditanya dan diprtikaikan oleh pakar ekonomi ialah di mana Model Ekonomi Baru (NEM) nya? Di mana contoh 'keterangkuman' atau pendekatan ;inclusivity'nya dan Suruhanjaya Peluang Saksamanya (EOC)?. Juga ada yang bertanyakan bagaimana pula pendapatan per kapita akan dapat ditingkatkan dalam sebuah ekonomi yang punya pertumbuhan tinggi? Zaman Tun Mahathir-Daim, pertumbuhan lagi tinggi, hampir 1 dekad dengan 8-10% tetapi mengapa kita masih terperangkap dalam 'middle-income trap". Mungkin lebih penting dari itu ialah, Apakah akan semakin jauh jurang pendapatan yang kaya dan miskin. 40% warga kerja atau lebih 11 juta warga kerja punya pendapatan kurang dari RM1500 sebulan dan apakah ini akan dapat ditangani? Hanya 20% pula warga kerja yang punya pendidikan tertiari dan punya ketrampilan atau 'skilled'. ETP dan EPP tidak akan merubah dan meningkatkan apa-apa yang signifikan kepada rakyat. Yang jelas bagi kami sepereti yang ditegaskan oleh pakar ekonomi termasuk Bank Dunia, bahawa ekonomi Malaysia masih terperangkap dalam fenomena 'perangkap pendapatan-sederhana' dan jurang pendapatan yang terus melebar? Apakah kesedaran ini yang menjadikan Najib terus tertekan? Betul, pada saya tepat. Sebab Najib ada NEM atau MEB tetapi tidak boleh dilaksanakan kerana konsep dan matlamat dalam MEB bertentangan dengan Perkasa dan kelompok Ultra-Melayu dalam UMNO sendiri. Ketuanan Melayu Umno tidak dapat membenarkan "keterangkuman" atau Inclusivity" contohnya yang berlawanan dengan 'affirmative action' berdasarkan kaum. Ada konsep yang baik dalam MEB tetapi takut untuk dilaksanakan. Ini telah dikritik oleh tokoh-tokokh ekonomi seperti Allahyarham Dr Zainal Aznam dan Professor Mohd Arief bekas Pengarah MIER. Tetapi kami dalam Pakata Rakyat tidak ada kekangan seperti itu, sebab dasar-dasar kami kami diputuskan bersama dalam muakat politik Pakatan. Lihat sahaja Dasar Bersama Pakatan. Dasar adalah penting dan dasar menentukan matlamat dan program. Kemudian baru datang isu 'delivery' atau penghantaran. Ini ditentukan oleh efisiensi jentera 'delivery', 'tiris' atau tidak. Tetapi Najib semacam tak ada MEB hanya ETP dan EPP. Baru-baru ini Najib telah membubarkan think-tank yang mewujudkan MEB/NEM (yakni NEAC). Kenapa Najib serang Buku Jingga dengan tuduhan Muflis atau negara akan bankrap? Muflis atau bankrap adalah kata-kata yang emotif dan sensasi yang cepat difahami rakyat. Jadi itulah cara paling kuno dan konvensional untuk Najib menyerang kami. Rakyat takut negara bankrap. Tetapi seluruh prgram 100 Hari kami itu kalau dilaksanakan tak sampai pun menelan RM19 bilion. Tidak dengan itu negara akan bankrap. Negara pastinya bankrap dengan hutang kerajaan Pusat dan GLCs yang mencecah 60% KNDK dan terus meminjam lagi. Tahun ini kerajaan akan mewnerbitkan RM82 bilion bon dan sukuk. Sebahagian diguna untuk bayar hutang dan koupon bon yang telah matang. Bankrap mungkin, tapi bukan kerana Buku Jingga. Pahang dan Johor mungkin bankrap kerana hutang, tidak Selangor dan Pulau Pinang dan tidak juga Kedah dan Kelantan. Apa contoh program 100 Hari yang boleh diterangkan? Saya ambil tentang cadangan pengambilan semula aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol. Kami cadangkan pengambilan semula PLUS. Kami tahu jumlah pendapatan atau kutipan PLUS setiap tahun RM2.2 bilion. Pampasan dari kerajaan pula RM800 juta. Jumlahnya RM3bilion. Kos operasi dan pengurusan PLUS adalah RM720 juta. Pada asalnya pegangan kerajaan melalui KWSP dan Khazanah ialah 65% dengan 35% pegangan minoriti yang sebahagian besarnya ialah milik pengurus dana asing. Hujung tahun lalu, kami mencadangkan pengambilan balik oleh kerajaan dalam Buku Jingga, sekarang ini, pada bulan Julai akan datang segalanya akan dimilikki oleh kerajaan 100%. Urusan kesemua perkara atau 'exercise' ini tidak akan menelan lebih dari RM7bilion. Nah, pada hujung Julai PLUS bakal milik kerajaan dan tol boleh dihapuskan dengan rakyat mendapatkan menafaatnya. Ini adalah satu contoh program Buku Jingga! Pendekatan Buku Jingga adalah berpaksikan rakyat (Rakyat-Centred)– memakmurkan dan mensejahterakan rakyat, sementara kami mahu menjana persaingan sihat dan meningkatkan daya-saing dengan menamatkan amalan kronisme dan rasuah dalam sistem 'delivery'. Kami bukan 'tidak mesra bisnes', tetapi bukan bisnes yang mengorbankan rakyat dan negara. Kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat hari ini adalah buktinya! Buku terbitan kerajaan negeri Selangor "The Road to Reform" (2010) adalah bukti terbaik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pendekatan reformasi "Political Economy" kami secara ilmiah. Kami bukan sahaja bercakap tentang pertumbuhan dan pendapatan per kapita tetapi mempastikan pertumbuhan mapan dan berakhir dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat – antara lain dengan agihan kekayaan negara yang adil dan rakyat dapat meningkatkan "pendapatan boleh berbelanja-disposable income" yang tidak ditelan oleh inflasi. Kami lakukan reformasi politik bersekali dengan peralihan struktural dengan mendekati isu contohnya, subsidi dan kaedah penswastaan yang tidak akan membebankan rakyat dan menguntungkan kroni semata-mata. Kita mendekati perkara ini dengan menentukan keutamaan dalam pelaburan kerajaan berpandukan 'Fiqh Al-Awlawiyyat'. Nak bina Menara Warisan ke atau nak mendayakan rakyat dengan memberikan perkhidmatan asas (essential services) dengan harga yang munasabah (affordable) – air, tenaga, pengangkutan- lebuhraya, perumahan, pendidikan dan kesihatan. Ini kesemua adalah keputusan politik dan komitmen politik. Tetapi Najib-BN hanya bercakap tentang projek mega – mutakhir keretapi laju ke Singapura, dulu Bakun – yang hingga kini tak ada pembeli tenaganya (no takers), dll. Sebabnya untuk kroni jadi bilionaire dan jutawan segera! Impak kewangan, hutang dan alam sekitar bukan perhitungan utama bagi mereka. Yang penting angka pertumbuhan di pacu! Kami juga merungkaikan masalah perbezaan pembangunan wilayah dengan pendekatan desentralisasi polisi fiskal dengan mendayakan pihak negeri dalam isu royalti dan peruntukan per kapita yang lebih adil untuk kerajaan negeri dalam amalan Federalisme yang lebih demokratik. Bukan seperti yang 'rompakan' yang dilakukan atas royalti minyak negeri Kelantan dengan mencerobohi kesucian perjanjian atau 'sanctity of contract' yang menakutkan pelabur asing dan tempatan. Kalau Najib nak tahu samada negara akan bankrap, cara yang baik adalah mengizinkan pakar-pakar ekonomi membahaskan cadangan Buku Jingga bersekali dengan Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan BN dipersilakan hadir sama! |
Azmin: Pakatan boleh rampas Putrajaya jika pun PRU-13 bulan ini Posted: 14 May 2011 10:53 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 15 Mei — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan berkeyakinan untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) jika pun ia dipanggil bulan ini. Kata Azmin , sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat parti perikatan itu tetap berkeupayaan menumbangkan BN. Sambil merujuk kepada nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Razak agar pilihan raya umum diadakan tahun depan, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, "pada pilihan raya umum akan datang Pakatan Rakyat akan menumbangkan BN dengan kuasa yang ada pada rakyat." "Sama ada pilihan raya umum diadakan pada bulan ini... bulan depan... tahun ini atau tahun depan, saya nak katakan di sini Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya daripada BN. "Oleh sebab itu. kita harus bergabung tenaga, bekerja dalam satu pasukan, ini bukan untuk mempertahankan individu tapi sistem yang dapat mengangkat martabat rakyat dan negara," kata beliau. "Tapi ia tidak mudah, kita harus bekerjasama, bersatu hati dan beriman kepada Allah... insya-Allah dengan kesungguhan ini bukan hanya Selangor dapat kita pertahankan, tapi Putrajaya akan jadi milik rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang. Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor membidas kenyataan Najib yang menggesa Umno negeri untuk menggunakan apa sahaja "senjata" yang dimiliki untuk merampas negeri dimenangi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008. "Perdana Menteri kata guna apa jua cara, Umno mesti rampas Selangor... saya nak tanya apa maksud rampas itu? (Beri) rasuah, (ugut) bunuh, sogokan atau rampas? "Kalau kenyataan itu datang dari ketua cawangan Umno saya faham tapi ini datang dari Perdana Menteri, pemimpin ini tidak faham demokrasi?" katanya. Awal bulan ini, Najib menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya "sudah hampir tiba." Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka. |
Nyawa keluarga saya terancam, kata Anwar Posted: 14 May 2011 10:52 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 15 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nyawa beliau dan keluarganya terancam ekoran beberapa siri insiden termasuk yang terbaru melibatkan anaknya, Nurul Izzah yang menerima SMS berbaur ugutan. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menegaskan, insiden yang melibatkan kereta Mercedes Benz juga membuktikan lagi dakwaan tersebut. Awal minggu lalu pemandu Anwar mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu. Abdullah Sani Said, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350. Ekoran insiden itu, Abdullah Sani telah membuat laporan polis. Tegas Anwar, mekanik yang memeriksa kenderaan itu memberitahu sistem brek yang diusik adalah satu perbuatan sabotaj. "Saya tidak mahu buat laporan polis sehingga mekanik itu membuat satu keputusan hitam putih dan dia memberitahu saya ia adalah satu perbuatan sabotaj. "Bila sudah dapat laporan itu baru kita buat laporan polis, nyawa (isteri saya Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) terancam... mungkin tujuan itu pada saya, tapi isteri saya (jadi mangsa)," katanya pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam tadi. Dr Wan Azizah merupakan Presiden PKR. Insiden terbaru, kata Anwar melibatkan anak sulungnya Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai telah menerima mesej SMS, yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Anwar. Kata Nurul Izzah, individu yang menghantar mesej itu memberi amaran agar tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar, yang merupakan ayahnya, dan jika tidak, perlu bersedia menghadapi nasib menimpa Sharlinie Mohd Nashar tiga tahun lalu. Sharlinie, 5, diculik pada 2008 dari tapak permainan dekat rumahnya di Petaling Jaya dan sehingga kini masih belum ditemui. Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri karier politik ayahnya. "Kelmarin Nurul Izzah buat laporan polis kerana terima mesej ugutan yang mengatakan kalau beri sokongan kepada saya, anaknya akan diculik... cucu saya akan diculik seperti Sharlinie. "Ini mesej politik... bolehkah politik seperti ini? Saya, Wan Azizah dan Nurul Izzah diugut... pada mula Nurul Izzah tidak peduli bila ada orang hubungi tapi bila dapat mesej baru dia buat laporan polis," tegas Anwar. Nurul Izzah telah membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi kelmarin. Nurul Izzah berkata beliau menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua pada 12 Mei, yang mengingatkannya tentang mesej ugutan. |
Khairy: Pemuda Umno tak cukup jadi kumpulan pendesak Posted: 14 May 2011 10:51 PM PDT PONTIAN, 15 Mei - Pemuda Umno tidak harus lagi hanya menjadi kumpulan pendesak politik, sebaliknya menjadi penyedia penyelesaian kepada masalah yang dihadapi golongan muda di negara ini, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin. Khairy berkata, ia perlu sebagai terjemahan pergerakan itu terhadap transformasi politik yang dilaksanakan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. "Tidak cukup bagi Pemuda untuk menjadi kumpulan pendesak sahaja tetapi akan turut menjadi penyedia penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan muda di negara ini," katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Pontian semalam. Dipetik Bernama Online, Khairy berkata, langkah itu dapat membawa kembali golongan muda yang semakin menjauhi Umno dan Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen Rembau itu berkata, antara masalah yang dihadapi golongan muda ialah kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan juga gaji minimum yang rendah. Beliau turut mengingatkan anggota pergerakan itu bahawa BN kini sudah tiada lagi simpanan tetap bagi meletakkan gagasan itu di tempat yang selesa untuk menubuhkan kerajaan. Khairy berkata, mereka juga harus memantapkan lagi perjuangan dalam memperkukuhkan parti dengan menarik sokongan ramai golongan muda kepada Umno dan BN. Beliau berkata, anggota pergerakan itu harus menolak kepentingan diri dan bekerja keras meningkatkan perpaduan dalam parti. |
Anwar : Sila Belajar Kejatuhan Tamadun Rom Posted: 14 May 2011 10:48 PM PDT SELAYANG 15 Mei – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyebaran berleluasa video fitnah lucah tanpa sebarang tindakan tegas kerajaan Pusat seumpama mengulangi kesilapan dan kegagalan pemerintahan Tamadun Rom suatu ketika dahulu. Kerana keengganan itulah kata Anwar, sistem ini seperti zaman Gaius atau Carigula, Maharaja Rom yang terkenal dengan skandal seks dan kehidupan hedonistik hingga hampir memusnahkan empayar Rom pada Abad pertama dahulu. "Kerana keengganan sistem ini menghukum, ia menjadi sistem paling lucah di dunia. Kita tahu sistem lucah ini dulu ialah 'Maharaja Gila' Rom Carigula. Nombor dua kita, lucah secara terang-terangan," terang Anwar di hadapan kira-kira lima ribu hadirin di Program Munajat Umat Tolak Fitnah di Stadiuam Selayang semalam. Anwar menyatakan ini merupakan usaha 'merampas' negeri Selangor oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menandingi dasar dan cara kerja Pakatan Rakyat. "Kenapa ini berlaku, sebab tak mampu nak lawan kerja. Rakyat Selangor tahu apa yang dilakukan PAS, DAP dan PKR. Nak menang di Selangor Najib guna istilah 'rampas'. Rampas ni sudah biasa pada dia, rampas bini, rampas tanah, rampas macam-macam," sindir Anwar. Program Pakatan Rakyat di Stadium Selayang sekali lagi menjadi sasaran pengedaran VCD rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu dan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin Pakatan mendakwa perbuatan itu didalangi oleh Umno. Selain mengedarkan VCD itu, risalah berkaitan video seks turut diedarkan di luar stadium – yang secara jelas mahu menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR. Anwar menyatakan betapa hal bukan lagi rahsia dan tidak boleh disembunyikan tetapi dibiarkan begitu sahaja oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun Pakatan Rakyat akan terus bekerja membantu negeri ini dan mengubah negara mengikut dasar dari 'Buku Jingga' mereka. "Seperti kata Tan Sri Khalid, kita kerja. Tadi saya ada program di PJS..Itu kerja kita tapi apa kerja Umno-BN? Tiap-tiap program kita sama ada solat hajat, di masjid, tempat awam, dia edar video seks terang-terangan. Apa polis kata? "Menang hari ini BN, air naik 35 peratus. Tan Sri Khalid tahu menang BN, dia tahu balanya kepada rakyat. Kita telah buktikan kalau bantah perjanjian tidak adil dan menekan rakyat. Kita boleh bertahan," tegas Anwar lagi. |
Ramai persenda agama akhir-akhir ini Posted: 14 May 2011 09:00 PM PDT Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM MEMPERSENDA agama bukan perkara baru, ia sudah tercatat dalam sejarah sejak kewujudan Nabi Adam a.s. lagi, iaitu pertembungan antaranya dengan iblis yang pernah mengetuai barisan para malaikat di dalam syurga. Tetapi kerana iri hati, marah, cemburu dan dendam terhadap Adam yang muncul kemudian daripada itu iblis menjadi takbur kerana tiba-tiba Allah SWT memerintahkannya dan malaikat untuk sujud kepada Adam. Atas dasar marah, dendam, cemburu dan iri hati, maka iblis mengambil langkah untuk tidak sujud kepada Adam kerana baginda dicipta daripada tanah sedangkan dia dicipta daripada api, sedangkan api adalah lebih hebat daripada tanah. Maka berlakulah siri penentangan iblis terhadap perintah Allah serta mempersenda arahan-Nya dengan pelbagai helah dan tipu daya. Sesungguhnya peranan iblis dan syaitan tidak berakhir dengan ketiadaan Nabi Adam a.s. Tetapi diteruskan oleh anak pinaknya bernama syaitan dan manusia-manusia yang bertopengkan syaitan setiap kali muncul dan lahir para anbiya seperti Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Penentangan mereka hingga ke peringkat mempersendakan agama yang dibawa oleh para anbiya. Walau bagaimanapun tindakan mempersenda agama yang dilakukan oleh masyarakat silam di kalangan umat para anbiya adalah terdiri daripada mereka yang tidak menganut Islam atau tidak berkesempatan langsung untuk duduk dalam majlis-majlis ilmu kerana ia masih belum diperkenalkan ketika itu. Namun apa yang berlaku pada hari ini amat berbeza sekali dengan apa yang berlaku pada zaman silam. Ini kerana orang hari ini mempunyai peluang yang banyak untuk memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan, sekali menjauhkan diri mereka daripada bertindak menghina atau mempersenda agama. Mereka boleh faham Islam melalui pengajian yang diadakan di masjid-masjid atau surau-surau dan mungkin juga di kelas-kelas yang berbayar dan mungkin melalui laman-laman sesawang yang membicarakan persoalan agama, jadi tidak ada sebab orang hari ini tidak faham dengan baik. Larangan Allah ke atas umat Islam mempersenda agama Firman Allah dalam ayat 70 surah al-An'am bermaksud: "Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (daripada perbuatan yang buruk dan keji), tidak ada baginya Pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)." Sementara dalam ayat 74 surah at-Taubah pula, Allah mendedahkan satu lagi bentuk sendaan terhadap hukum Allah seperti yang termaktub dalam ayat 74 surah at-Taubah, maksudnya: "Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu), dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan Rasul-Nya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi Pelindung dan juga yang menjadi Penolong." Begitu juga golongan yang mengingkari ayat-ayat Allah serta ingkar pertemuan dengan Allah pada hari kiamat. Golongan seperti ini disifatkan Allah sebagai golongan yang kafir dan layak memasuki neraka-Nya, perkara ini telah ditegaskan Allah sejak lebih 14 abad lalu menerusi ayat 105 dan 106 surah al-Kahfi yang maksudnya: "Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (105) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai bahan persendaan." (106) Rasulullah lali dengan persendaan kaumnya Sirah Nabawi telah mencatatkan perihal keadaan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah melalui dan merasai kepahitan tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh golongan yang suka mempersendakan agama Allah. Mereka cuba menjatuhkan martabat baginda sekali gus menjauhkan manusia dari dakwah dan jihad yang dibawanya. Mereka telah menyakiti baginda seperti mana orang kafir Quraisy menyakiti baginda dengan mengeluarkan baginda dari kampung halamannya sehingga baginda terpaksa meninggalkan semua harta benda, sanak saudara dan rumah tangganya yang dikasihinya, namun kerana perintah Allah, maka baginda pasrah dan menyegerakan perintah-Nya itu. Setelah baginda wafat, golongan yang mempersenda Islam muncul dan menampilkan diri, mereka tidak berani untuk berterus-terang di hadapan baginda Rasulullah s.a.w. kerana kononnya takut dijatuhkan hukuman ke atas mereka. Akan tetapi perkiraan mereka meleset kerana di zaman para Khalifah Rasyidun juga menjatuhkan hukuman ke atas golongan yang mempersenda agama seperti yang ditunjukkan oleh Musailamatul Kazzab yang mengaku nabi terakhir selepas Muhammad s.a.w. Sayidina Abu Bakar r.a. yang memerintah Negara Islam Madinah ketika itu telah mengadakan mesyuarat untuk berbincang dengan sahabat-sahabat yang lain bagi menentukan kedudukan Musailamah, sama ada dihukum ataupun tidak. Kebanyakan daripada anggota mesyuarat termasuk Sayidina Umar bin al-Khattab sepakat menjatuhkan hukuman pancung kerana tindakannya itu dianggap sebagai mempersenda agama Islam. Inilah sikap mereka yang mewarisi kerja dan tugas Nabi Muhammad s.a.w. di kalangan sahabat, ilmuan atau ulama yang pernah disabdakan beginda sebagai golongan pewaris Nabi. Iaitu tugas yang penuh mencabar kerana melibatkan individu-individu yang tegar menentang Islam dan takut kepada perubahan jika Islam memerintah. Bentuk persendaan di kalangan orang Islam Walau bagaimanapun persendaan terhadap agama Islam tidak terhenti dengan kecanggihan teknologi terkini, malah bentuknya lebih dahsyat jika dibandingkan dengan apa yang berlaku pada zaman silam termasuk era pemerintahan Islam dan zaman kebangkitan Islam yang dipelopori oleh para sarjana dan ilmuan Islam terkemuka. Antara bentuk penghinaan, persendaan di abad moden ini lahir golongan Islam Liberal yang terlalu banyak melakukan persendaan ke atas hukum-hukum Islam seperti yang dilemparkan oleh kumpulan Sisters In Islam (SIS). |
Utusan: Najib juga patut dikenakan tindakan Posted: 14 May 2011 08:00 PM PDT OLEH Afiq Hizami, Pelatih UKM Perdana Menteri juga perlu dikenakan tindakan undang-undang ekoran laporan provokasi akhbar Umno, Utusan Malaysia berhubung isu Kristian agama rasmi di samping tindakan yang lebih tegas ke atas akhbar Umno itu. Salah seorang mangsa sekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zulkiflee S.M. Anwar Ulhaque atau Zunar berpendapat PM perlu diambil tindakan manakala AJK PAS Pusat, Dr Mujahaid Yusof berpendapat, permit Utusan patut digantung. Zunar, Ketua Pengarang Suara Keadilan, berpendapat langkah ini perlu ini kerana Datuk Seri Najib sendiri terlibat dalam menentukan agenda mingguan Utusan seperti yang didedahkan oleh bekas wartawan kanan akhbar itu, Hatta Wahari. "Amaran dikeluarkan kepada akhbar Utusan dan bukannya kepada pengarahnya, editor yang mengarahnya atau pengarang itu sendiri. "Justeru pihak berkuasa harus menggunakan tindakan undang-undang juga terhadap Najib,"katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Hatta yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan semalam bahawa agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib. Sehingga kini tidak ada sebarang penafian dari Utusan atau Umno mengenai dakwaan Hata ini. Sementara itu, AZIZ MUDA melaporkan, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berpandangan, dengan hanya memberikan surat amaran kepada Utusan tidak memberikan sebarang makna. Menurut beliau, sebaliknya dengan kesalahan yang sebegitu besar, akhbar Utusan Malaysia paling tidak mestilah ditarik balik permit penerbitannya seperti yang pernah dikenakan oleh KDN terhadap beberapa penerbitan lain sebelum ini. Katanya, Umno BN bagaimanapun tidak mungkin akan mengenakan tindakan seperti itu terhadap akhbar Utusan kerana akhbar itu sendiri adalah akhbar kepunyaannya yang menjadi alat utama bagi parti itu dalam menyebarkan propaganda buruknya. "Malah penyiaran berita itu sendiri diyakini dirancang oleh Umno sendiri, memandangkan ia diambil dari blog penyokong Umno, walaupun amat lemah dan penuh provokasi," katanya ketika dihubungi, hari ini. Pohon maaf Sementara itu, Najib diminta memohon maaf kepada penganut agama Kristian kerana kegagalannya bertindak tegas. "Najib sepatutnya meminta maaf kepada mereka (penganut Kristian) kerana kegagalannya mengambil tindakan tegas seperti memecat Ketua Editor Utusan. Ini bukan pertama kali Utusan memainkan isu kontroversi termasuk Pergerakan 1Bumi. Ini semua memperlekehkan 1Malaysia," kata pensyarah undang-undang UIA, Profesor Dr Aziz Bari kepada laman web Free Malaysia Today. "Jika Najib serius (dengan 1Malaysia), dia sepatutnya telah memecat mereka (Ketua Pengarang Utusan) dihari pertama beliau. Untuk memecat mereka sekarang sudah terlewat," tambah Aziz. Sandiwara Umno Zunar pula ketika mengulas tindakan KDN ini berpendapat, ia hanya sandiwara Umno. Katanya, akhbar Umno itu sekurang-kurangnya perlu digantung atau diharamkan terus kerana laporannya boleh mengancam keselamatan negara. "Sama ada Utusan ini patut diharamkan, permitnya ditarik balik, pengarangnya letak jawatan dan Najib sendiri juga harus mengambil tindakan ke atas dirinya dengan meminta maaf kepada rakyat Malaysia," katanya yang mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap akhbar itu. Baru-baru ini, Najib memohon maaf kepada Perdana Menteri China hanya kerana terjemahan Mandarin pada latar belakang pentas untuk menyambut kedatangan PM China itu tersilap. Oleh itu, jika kepada PM China Najib boleh minta maaf apa salahnya dia juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia khasnya DAP dan penganut agama Kristian kerana laporan palsu media milik Umno itu. Mengulas lanjut, Zunar yang juga seorang kartunis berkata, di era pemerintahan Najib, akhbar Utusan telah berubah dari akhbar rakyat kepada akhbar lidah rasmi Umno. Oleh kerana itu jelasnya, apa yang dilapor Utusan menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran Najib termasuklah membenarkan video seks, fitnah, perkauman dan memainkan isu agama. Selain tidak berpuas hati dengan tindakan 'ringan' yang dikenakan terhadap Utusan, beliau mendakwa kerajaan juga jelas bersikap 'double standard' berbanding tindakan yang dikenakan terhadap akhbar pembangkang. "Cukuplah dengan kartun-kartun saya diharamkan kerana dituduh dengan bermacam-macam tuduhan dan juga Suara Keadilan diharamkan kerana mengeluarkan sesuatu berita berbanding dengan 'double standard' yang diberi terhadap Utusan," tegasnya. Suara Keadilan tidak diberikan permit Suara Keadilan sehingga kini tidak diberikan permit hanya kerana kesilapan menyiarkan berita 'Felda Bankrap'. Padahal berita sebegitu tidak melibatkan keselamatan negara sebagaimana berita Utusan baru-baru ini. Pada 7 Mei lalu, Utusan Malaysia pada muka hadapannya melaporkan dengan tajuk 'Kristian agama rasmi?' yang boleh mengancam keselamatan negara. Akhbar itu memetik laporan dua laman blog sebagai mendakwa satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Ianya diambil dari entri blog Bigdog bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu. Laporan itu bagaimanapun didakwa tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan kerana Utusan menyiarkannya tanpa melakukan siasatan berhubung kesahihan maklumat tersebut. Penjelasan DAP mengenainya juga tidak disiarkan oleh Utusan. Meskipun dikecam hebat, KDN semalam hanya mengenakan amaran dengan memanggil Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan diberikan surat teguran kepada akhbar tersebut. |
Talibarut Umno di Perak dan Selangor Posted: 14 May 2011 07:00 PM PDT Oleh Subky Latif KETIKA Perak setahun di bawah Pakatan Rakyat hampir setiap hari beberapa kumpulan mendakwa anti penyelewangan kerajaan negeri itu keluar di TV dan akhbar memburuknya begitu dan begini. Beberapa muka anak Perak yang tidak pernah muncul dalam media sebelumnya menjadi jurucakap segera yang baru hingga dikenali sekalian orang.Kerjanya mereka mengatakan kerajaan negeri itu buruk belaka. Lepas kerajaan itu digulingkan nama dan muka mereka hilang langsung. Tidak kedengaran lagi suara mereka. Tidak ada apa-apa yang mereka kata tentang kerajaan yang merampas kuasa di Perak itu seolah-olah kerajaan itu betul semua. Sebagai kumpulan yang mendakwa prihatin tentang apa yang kerajaan buat, tidak pernah mereka berkata apa-apa tentang kerajaan negeri sebelum Pakatan itu seolah-olah kerajaan itu kerajaan malaikat. Lepas itu beralih pula Perdana Menteri Najib ke Selangor. Diambilnya jawatan ketua Umno yang pernah diberi kepada Tan Sri Mohamad Mohd Taib dan Dr. Khir Toyo. Maka ada pula badan anti penyelewengan kerajaan negeri Selangor. Hari-hari pula gilirannya keluar dalam media mencerca kerajaan dan menteri besarnya begitu dan begini. Lebih sering gambar dan nama mereka dari gambar Sultan dan menteri besar keluar dalam media. Gambar dan nama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerap juga keluar tetapi mereka lebih kerap. Bagi tokoh anti penyelewengan itu Tan Sri Khalid tak betul bekala. Kerajaan Selangor yang dipimpinnya buruk saja. Seolah-olah lebih buruk dari Presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe. Ada baiknya juga wujud orang dan kumpulan seperti itu supaya kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berhati-hati dan supaya kerajaan tidak berbuat sesuatu ikut suka hati. Seperti kewujudan pemerhati hak asasi manusia di Amerika dan Eropah yang bergerak di serata dunia bagi memastikan kerajaan-kerjaan di dunia tidak melanggar hak asasi manusia. Mereka itu terdiri dari orang-orang profesional dan diiktiraf oleh banyak pihak membuat kerja-kerja profesional. Banyak teguran dan pendedahan mereka tentang keburukan yang berlaku. Kebanyakan yang dikatakan keburukan itu berlaku di Afrika dan Asia termasuk China dan Pakistan. Iran pula buruk saja. Tegurannya kepada Amerika dan England ada juga tetapi macam tak berapa ada. Israel yang menjadi raja pelanggar hak asasi manusia khususnya terhadap Pelestin tidak berapa dipedulikannya. Mungkin kerana regim terlalu banyak melanggar hak asasi manusia, kalau tidak tidak dipedulikannya pun dunia tahu ia kaki langgar hak kemanusiaan itu. Bahkan apabila badan pemerhati hak asasi manusia itu terlalu sering menegur perjalanan di Malaysia ini pun menyebabkan orang naik muak juga. Pada hal badan itu diakui profesional. Laporannya yang terlalu selalu memuakkan juga. Begitulah juga dengan apa yang dikatakan golongan anti penyelewengan Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor ini. Muak juga orang dibuatnya. Sehingga ada yang menunggu apa yang ia hendak kata esok dan lusa? Sejak Najib menjadi ketua Umno Selangor, maka badan itu tidak pernah diam. Malah suaranya lebih terdengar dari suara Umno dan suara Noh Omar. Kalah Menteri Perusahaan Hasil Tani itu dibuatnya. Tidak dapat hendak dikatakan kerajaan Khalid Ibrahim itu bersih dari sebarang kelemahan. Ada kelemahannya di sana sini. Kalau Almarhum Tun Dr. Ismail pun ada kelemahan, masakan Khalid tidak ada kelemahan. Tetapi tidaklah seperti yang golongan anti penyelewengan itu kata. Pentadbiran Selangor sebelum Khalid juga tidak bebas dari penyelewengan. Banyak yang dibawa ke mahkamah dalam dan luar negeri. Ada yang dihukum dan ada yang belum dihukum. Tetapi selemah-lemah Khalid tidaklah seteruk kerajaan-kerajaan terdahulu. Masalah mereka tidak pernah dibandingkan dengan pentadbiran Khalid dan tidak pernah perbuatan terdahulu itu disentuh. Mengapa? Badan anti penyelewengan itu diadakan bukan untuk melihat penyelewengan secara menyeluruh tetapi ia diadakan untuk Khalid, kerajaan dan partinya. Ia lebih tepat dinamakan anti Khalid Ibrahim. Kiranya kerajaan Khalid tidak ada lagi, ia pun ghaib macam jenisnya yang di Perak dulu. Siapa sebenarnya mereka? Ia tidak lain nama lain bagi Umno kalau pun tidak talibarut Umno. Apabila ia Umno, pada Umno yang lain daripadanya adalah tidak betul. |
Restu Utusan Malaysia wujud sentimen ancaman, Najib lakon dua watak- Husam Posted: 14 May 2011 06:00 PM PDT Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Paduka Husam Musa percaya, Najib selaku presiden Umno melakonkan dua watak untuk mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap BN. "Perdana Menteri sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Dia bermain dua watak sekaligus dan membawa 'dua pancing satu umpan'. "Ini sama seperti sentimen dari isu 'tengkolok bersalib' yang dikenakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya pada 1986. "Utusan Malaysia bertindak bagi pihak Umno menimbulkan sentimen terancam (fear psychology) supaya orang Melayu kekal menyokong Umno-BN," kata Husam dalam kenyataannya semalam. Beliau memberikan reaksi berhubung kenyataan Najib yang kononnya menuntut semua pihak membendung perasaan emosional untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara. "Sikap lepas tangan Perdana Menteri, adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan bahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia. Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi. "Apabila agenda ini bergerak, ia memakan tuan. Langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat. "Kemudian, Perdana Menteri mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan. "Persoalannya, jika Najib sedar gerakan ini membahayakan negara, kenapa Utusan Malaysia terus bebas menjadi 'anak nakal' yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati?. Trend Utusan Malaysia mengapikan sentimen perkauman dan agama dengan isu terbaru kononnya wujud 'ancaman Kristian' membahayakan keamanan negara dan kemakmuran masyarakat majmuk Malaysia. "Suka saya mengingatkan, langkah ini bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang menggunakan provokasi kaum dan agama. "Larangan memaki hamun sembahan penganut agama lain boleh menimbulkan kebencian agama. Ini dinyatakan dalam Al-Quran seperti firman Allah SWT dalam surah Al-An'am, ayat 108 boleh dijadikan contoh," jelas Husam. |
Mat Sabu: Jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP Posted: 14 May 2011 05:00 PM PDT Oleh Lim Hong Siang "Sebagai seorang muslim, saya mesti percaya bahawa ia sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum pelaksanaan Hukum Hudud ini, banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan, kebaikan Islam itu. Misalnya good governance (urus-tadbir yang baik), akauntibiliti, tidak rasuah, tolak nepotisme. Dan sekarang ini saya nampak, kalau PAS slow (perlahan) dalam bidang ini, for the future, DAP will take over." Demikianlah kegusaran yang menyelubungi seorang pemimpin politik veteran, Mohamad Sabu yang menyertai PAS sejak tahun 1977. 34 tahun daripada pemimpin yang berusia 56 tahun ini dicurahkan untuk perjuangan PAS. Kesetiaannya bersama parti sukar dipertikai, pada masa yang sama beliau juga sahabat akrab kepada pemimpin DAP yang menerajui tampuk pimpinan sekarang. Lanskap politik tanahair berubah dilanda "tsunami" pada 8 Mac 2008. PAS dan DAP yang sering bertentangan pendirian dalam isu "Hukum Hudud" dipaksa untuk duduk semeja berikutan sentimen rakyat untuk menentang Barisan Nasional. Namun demikian, "Hukum Hudud" kekal sebagai isu kontroversi, khususnya apabila berdepan dengan masyarakat bukan muslim. Mohamad Sabu mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud bukannya sesuatu yang senang, melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, dan hasrat ini perlu dirunding bersama dan direstui rakan-rakan partinya. Tetapi, beliau lebih mengambil berat bagaimana Islam diterjemahkan kepada "urus-tadbir yang baik", untuk peringkat ini. "Boleh capai atau tidak (pelaksanaan hukum hudud), itu soal cita-cita," Mat Sabu sekali lagi berjenaka, "Macam kita-lah, nak kahwin seorang puteri. Mungkin kita tidak dapat puteri itu, kita dapat kahwin dengan kerabat diraja pun cukuplah!" Anak muda Melayu teruja nak sertai DAP Calon Timbalan Presiden PAS ini berkongsi pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008. "Ramai anak muda Melayu berjumpa saya sekarang. Dia kata Pak Mat, bila Pak Mat nak join DAP? Kalau Pak Mat join DAP, kami akan bersama..." Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar-dasar yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep "CAT" (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya. Secara terus-terang Mat Sabu berkata, pembangkang tidak boleh hanya mendakwa dirinya menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi pada masa yang sama tidak menawarkan sesuatu apabila menguasai kerajaan negeri. Mat Sabu menganggap ini adalah kehendak orang ramai, dan beliau amat bimbang seandainya PAS tidak merobah konsep ini. Beliau enggan mengulas secara terperinci, walaupun wartawan MerdekaReview membangkitkan kerajaan negeri Kedah yang dikuasai PAS, yang kelihatan tidak mendahulukan agenda reformasi sebagaimana yang disebut di atas. Cuma, Mat Sabu mengingatkan, bahawa rata-rata wakil rakyat DAP mampu mempersembahkan "kehidupan yang tidak mewah", sebagaimana yang diamalkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Meskipun diserang bertubi-tubi dengan media kawalan UMNO, namun Mat Sabu berkata pemerintahan DAP di negeri Pulau Pinang berjaya menonjolkan ciri-ciri atau nilai Islam, jika dilihat dari substance (intipati) dan bukan form-nya (bentuk luaran). Malah beliau memberi peringatan bahawa jangan terperanjat seandainya terdapat anak tokoh PAS peringkat negeri bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya umum yang akan datang! Mat Sabu ingin berkongsi idea-idea ini dengan PAS, kerana beliau menganggap seandainya PAS berjaya menjelmakan Islam kepada urus-tadbir yang baik, maka mungkin komuniti bukan Islam tidak bermasalah untuk menyokong PAS. "Kalau keadilan ini tak dapat dipamerkan dahulu, macam mana mereka lihat keadilan yang lain?" "Kalau ditonjolkan Melayu sebagai Islam, orang Cina melihat apa yang ada pada Melayu? Ini yang saya nak fikirkan," kata Mat Sabu dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di Hotel Armada Petaling Jaya, semalam. Enggan telan bulat-bulat pemikiran yang disogokkan Mat Sabu terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi. Namun, untuk polis cawangan khas (special branch), keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan mungkin lebih digeruni. Malah bukan rahsia jikalau dikatakan Mat Sabu lebih cenderung kepada "haluan kiri" dari segi pemikiran politiknya, berbanding dengan pemikiran arus perdana dalam masyarakat Melayu-Islam, malah dalam PAS sendiri. "Saya dalam memahami politik ini, saya membaca, termasuklah buku-buku Lenin, Mao Ze Dong, dan dalam Islam, Ikhwan Muslimin dan sebagainya," katanya. Mat Sabu mungkin pemimpin PAS yang paling rapat dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), sehingga ada yang berjenaka bahawa hubungan PAS dengan DAP dan PSM akan bertambah baik seandainya Mat Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden. Mat Sabu menolak untuk menelan sesuatu konsep secara bulat-bulat, misalnya Komunis dikaitkan dengan jijik, bunuh orang dan sebagainya - yang ditanamkan oleh penjajah British dan pemerintah selepas merdeka kemudiannya. "Selepas perjanjian Damai, saya melawat ke Betong di Thailand. Saya juga melawat kem Rejimen 10 Komunis Malaya, (berjumpa dengan pemimpin seperti) Rashid Maidin, dan juga Abdullah CD. Saya dialog, bercakap dengan mereka, sesetengah-setengah mereka ini, yang orang Melayu, yang beragama Islam dalam Rejimen ke-10 itu, mempertahankan amalan Islam jauh lebih baik daripada orang Melayu "so-called" (kononnya), yang ada di luar, dan termasuk yang ada dalam UMNO." Mat Sabu pernah mengutarakan pandangan-pandangan yang "menggemparkan", untuk masyarakat Melayu-Muslim, misalnya berkata orang Melayu seharusnya berterima kasih kepada Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). "Saya tidak suka disogok begitu, tanpa kita buat sedikit kaji selidik (research). Saya rapat dengan, dari awal dulu, dengan Syed Husin Ali (bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia), Dr.Nasir Hashim (Pengerusi PSM)..." secara terus-terang Mat Sabu berkata, pertukaran regim pemerintahan bergantung kepada kuasa rakyat. Mat Sabu mengakui bahawa dalam isu-isu seperti fahaman komunis, institusi Raja, malah agama, PAS kadang-kala terikut-ikut dengan rentak UMNO, malah termakan dengan retorik itu. Beliau menganggap masalah yang paling besar didepani masyarakat Melayu sekarang adalah "pemikiran". "Masalah pemikiran yang susah nak sebut... Pergi kepada Islam yang ditafsirkan dalam satu aliran. Tidak terbuka untuk berbincang dengan aliran lain," katanya yang mencadangkan agar setiap aliran dan fahaman dikaji dan bukan ditolak begitu sahaja. "Saya amat tidak bersetuju, di Malaysia ini, dia letakkan Islam itu seolah-olah agama Melayu. Melayu itu Islam. Melayu berugama Islam saya amat bersyukur. Tapi nilai Islam ini, jauh lebih berada dalam kalangan orang Cina berbanding dengan orang Melayu." Mat Sabu menjelaskan selanjutnya, bahawa sikap seperti kerja kuat, tidak bergantung kepada pertolongan subisidi, berdikari dan sebagainya dalam kalangan Cina ini adalah penjelmaan nilai Islam, cuma masyarakat bukan Islam ini tidak menerima Allah sebagai Tuhan mereka. Malah, beliau menyifatkan warga Jepun sebagai "umat Islam sejati", kerana tidak merampas makanan, beratur untuk dapatkan bantuan, menghormati hak orang lain dan sebagainya selepas masyarakat itu dilanda tsunami. Beliau menolak "semangat asabiyah", misalnya kaum Islam dan Melayu tetap dibela walaupun telah melakukan kesilapan. (Bahagian pertama, bersambung) *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. |
3,000 ikuti tazkirah Dr Wahbah dalam Munajat Rakyat Tolak Fitnah Posted: 14 May 2011 03:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang hadir pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam ini, termasuk pimpinan utama Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) . Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah Perdana di samping pimpinan lain termasuk Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF), Azmi Abd Hamid. Slot utama program malam ini ialah tazkirah yang akan disampaikan ulama terkenal dunia yang juga bekas Mufti Syria, Dr Sheikh Wahbah Al Zuhaili. Turut hadir ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohammad Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Senator Dr Syed Husin Ali. Dr Wsehbah mengimami solat hajat bersama ribuan umat Islam di Stadium Selayang Dalam tazkirah Maghrib kira-kira jam 7.30 malam tadi, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mengingatkan semua pihak betapa haiwan dan tumbuh-tumbuhan pun mendapat pembelaan dalam Islam, apatah lagi manusia. Beliau berkata, konsep keadilan itu bukan sahaja dari sudut pengurusan kes pertikaian semata-mata tetapi meliputi keadilan apabila seseorang itu menghadapi sebarang pertuduhan. "Ia tidak boleh dibuat di padang-padang, bahkan ia juga tidak boleh dibuat masjid-masjid. Setiap warga mesti punya hak pembelaan manakala kerja mencegah kemungkaran itu adalah tanggungjawab semua. "Justeru, yang paling jelas pemerintah adalah wajib memberikan keadilan, apatah lagi dalam soal kepentingan ummah dan negara," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan