Isnin, 30 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lelaki Malaysia Ke Sambas Untuk Nikah Lagi

Posted: 30 May 2011 01:00 AM PDT

Kuching: Serendah RM18 ($7.36).

Dengan hantaran itu, lelaki dari Malaysia boleh berkahwin dengan gadis negara jiran yang tinggal di kawasan Sambas, Kalimantan Barat, melalui kegiatan dikenali sebagai 'nikah siri'.

Kegiatan ini kebanyakannya dicari oleh lelaki yang mahu berkahwin dua, tiga atau empat, dengan menggunakan orang tengah bagi melicinkan kemasukan mereka bagi urusan pernikahan di kampung terpencil itu.

Tinjauan mendapati daerah Paloh, yang terletak sekitar 80 kilometer dari Sambas, menjadi tumpuan lelaki Sarawak mencari isteri baru kerana kedudukannya berhampiran sempadan.

Mereka hanya perlu membayar sekitar RM1,000 bagi orang tengah menguruskan persiapan, termasuk mencari gadis Sambas, yang sanggup menjadi isteri dengan hantaran serendah 50,000 Rupiah ($7.36).

Dianggarkan lebih 10 rumah di Kampung Sekura, Paloh, terletak paling hampir dengan sempadan Semantan (Malaysia) dan Paloh (Indonesia), dibina suami dari Malaysia, yang hanya pulang menemui isteri dan anak di seberang pada cuti hujung minggu.

Kegiatan yang dikenali penduduk jiran sebagai 'nikah siri' atau 'nikah buah tangan' ini popular di kalangan keluarga gadis yang tidak segan silu membenarkan anak mereka berkahwin walaupun sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.

Ketua Kantor Urusan Agama Sambas, Encik Karlan Hanafi, berkata 'nikah siri' bermula dikesan berlaku di kalangan masyarakat Islam di situ sejak 1990-an selepas Bahagian Urusan Agama Indonesia memperketatkan urusan perkahwinan.

Beliau berkata pihaknya percaya wujud sindiket menawarkan lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Indonesia tanpa perlu melalui proses ketat antara pihak berkuasa agama kedua-dua negara.

'Nikah siri ini mudah kerana upacara akad nikah boleh diadakan di mana saja. Malah, boleh di kampung berdekatan sempadan Indonesia-Malaysia tanpa pengetahuan kami.

'Cuma perlu persetujuan keluarga dengan dinikahkan ketua atau imam kampung, selain bapa gadis juga boleh melakukannya tanpa melalui pejabat urusan agama,' katanya.

Sementara itu, seorang bekas kakitangan awam di Kuching, yang mahu dikenali sebagai Abang Bakar, 59 tahun, berkata beliau mempunyai isteri kedua di Paloh dan isteri ketiga di Kartiasa, selain isteri pertama di Kuching.

Menurut beliau, taraf kehidupan rendah, selain kecantikan gadis desa menarik perhatian ramai lelaki Malaysia berkahwin secara diam-diam.

'Wanita Indonesia ini berasal dari kampung. Layanan yang diberikan mereka memang baik. Malah, kehidupan desa menyebabkan mereka berdikari, taat kepada suami serta boleh dipercayai.

'Setiap bulan, saya memperuntukkan antara RM1,200 hingga RM1,500 untuk dihantar kepada keluarga di sana dan ia lebih daripada mencukupi kerana taraf kehidupan di Sambas sangat rendah,' jelasnya.

Namun, bagi Cik Nursheila Bujang, 48 tahun, pengalaman bernikah siri dengan suami berasal dari Serian, Kuching, hanya membawa penderitaan.

Beliau diceraikan suaminya apabila tidak mengizinkannya berkahwin buat kali ketiga bersama seorang lagi wanita Indonesia.

'Ketika berkahwin, saya tidak mengetahui akan menjadi isteri kedua,' katanya. -- BM.

Lynas: Penduduk Kuantan Bawa Sepanduk: Najib, Kotakan Janji Rakyat Didahulukan!

Posted: 29 May 2011 11:45 PM PDT

Lynas: Penduduk cuba serbu panel semakan


Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel semakannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Kumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.

Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.

Sambil melaungkan "Stop Lynas" (hentikan Lynas) dan"Lynas go back Australia" (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku.

Bantahan itu turut mengundang perhatian penginap hotel, termasuk pelancong asing yang mengambil kesempatan mengambil gambar dan menepuk tangan tanda sokongan.

Kelihatan pekerja hotel menarik kain langsir untuk menghalang kelibat penduduk itu kelihatan mereka terus berganjak ke tempat lain.

Pihak hotel bagaimanapun tidak menghentikan bantahan itu.

Pengawal kesalaman yang bertugas hanya memerhatikan manakala polis pula hanya tiba selepas kumpulan itu bersurai pada jam 8.40 pagi.

Bantahan ini antara beberapa siri sebelumnya. Ia sentiasa berlangsung walaupun kerajaan memberi jaminan operasinya akan selamat dengan mendakwa panel apakar akan menelitinya. -mk



Batal Kilang Lynas Jika Bahayakan Penduduk, Kata Pakatan

SUBANG JAYA 29 MEI : Kerajaan Persekutuan sepatutnya melaksanakan kajian berwibawa dan bebas keatas kesesuaian membina kilang pemerosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang sebelum meluluskan projek kontrovesi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya kelulusan diberikan untuk syarikat Lynas dari Australia membina kilang RM700 juta itu tanpa menangani isu radiasi dan aspek-aspek keselamatan lain secara telus dan bertanggungjawab, tambah beliau.

"Macam Lynas, mereka kata tak apa, pakar IAEA telah mengkaji, IAEA Malaysia? Kita kena ada pandangan bebas mengenai perkara ini kerana ini berkaitan dengan nyawa manusia, kadang-kadang saya tak faham.... senang-senang sahaja mereka luluskan."

Anwar berkata demikian pada sesi dialog bersama 400 golongan profesional belia di Hotel Empire, Subang petand tadi.

Beliau berkata Putrajaya sepatutnya tidak berkompromi dengan syarikat terbabit tidak mementingkan keuntungan pelaburan semata-mata.

"Kalau tanya saya, apa yang patut buat adalah mendapatkan khidmat pakar untuk melihat dan berbincang terlebih dahulu mengenai perkara yang patut dan tidak boleh dilakukan dan yang paling penting (menilai) risiko besar projek ini. Jangan terus laksanakan tanpa memikirkan kesan kepada orang awam," tegas beliau.

Anwar berkata kerajaan Umno-Bn sepatutnya mengambil iktibar daripada pengalaman negara luar. Terbaru adalah radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda Mac lalu.

"Macam mana keperluan pun, kalau ia membawa risiko kepada nyawa dan keselamatan kepada manusia, adalah lebih baik jangan mengambil risiko (itu) langsung." kata Anwar.

Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di Gebeng menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang membahayakan orang ramai. -tvsnews




[Video] Orang Bukan Islam Hairan Mengapa Umno Takut 'Hudud'

Posted: 29 May 2011 10:18 PM PDT

Kuala Nerus - Apabila orang-orang bukan Islam di negara ini memahami dan mula menghayati Islam, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi gusar serta menggelepar.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Terengganu Dr. Balachandran, berkata hanya satu sahaja perkataan yang boleh diberikan kepada Umno terhadap Islam, iaitu 'munafik'

Katanya, Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau keatas pemikiran orang-orang Umno terhadap hukum Hudud.

"Bila kita dah mula menghayati Islam, yang serabut dan menggelepar itu (adalah) Umno dan Barisan Nasional, sebab kita tahu setelah kita membaca, memahami dan menghayati Islam, satu sahaja perkataan yang boleh digunakan untuk Umno (iaitu) munafik,

"sebab bila (ketika) kita tak tahu pasal hukum Hudud, ini pengalaman saya sendiri, banyak (rmai) kawan-kawan MIC dengan Umno sekali mengatakan hukum Hudud itu terlalu kuno, potong tangan sisni, potong kaki sana,"
ujarnya ketika berucap dalam Majlis Ceramah Sempena Sambutan Hari Keluarga Teluk Pasu, dekat sini 26 Mei.

Menurutnya, beliau tidak faham bagaimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional boleh memisahkan hukum Hudud daripada perlaksanaan Islam.

Katanya, beliau hairan, ramai orang Islam bersembahyang lima waktu, berpuas di bulan Ramdhan, mengeluarkan zakat dan lain-lain tetapi menolak perlaksanaan hukum Hudud.

"Hukum Hudud sebahagian daripada Islam, ia bukan hukum PAS ataupun hukum (yang dicipta oleh) sesiapa, ia adalah Hukum Allah,

"bila orang Islam bersembahyang, berzakat dan (membuat) amalan-amalan lain, (semua) amalan itu ikut hukum Islam,"tegasnya.

Namun begitu, beliau hairan mengapa orang-orang Umno dan Barisan Nasional menolak hukum Islam termasuk hukum Hudud yang adil kepada semua manusia. -buletinonline



Pancutan Air Di Masjid Di Sulawesi Disangka 'Ajaib' Rupanya Dari Paip Bocor

Posted: 29 May 2011 09:30 PM PDT

Sulawesi: Kewujudan pancutan air di sebuah masjid di Polewali Mandar, Sulawesi Barat, Indonesia, tiba-tiba menggemparkan penduduk kerana air itu dipercayai mempunyai 'keajaiban' atau sakti yang dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Kejadian yang berlaku di Masjid Al-Mubaraq itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu datang ke masjid berkenaan untuk mendapatkan air tersebut baru-baru ini.

Menurut penduduk tempatan, air yang keluar di tengah-tengah masjid itu boleh menyembuhkan penyakit kulit seperti gatal-gatal, kurap serta banyak lagi jenis penyakit lain.

Selain didakwa bersih dan boleh di minum, ia juga dikatakan boleh mempermudahkan jodoh seseorang.

Selepas tersebarnya berita itu, penduduk luar turut datang untuk mendapatkan air 'sakti' itu, sehingga menyebabkan ruang solat yang dilimpahi air pancutan dikerumuni orang ramai dan menjadi tempat mandi kanakkanak.

Laman berita Kompas.com melaporkan bahawa kepercayaan penduduk tentang kemujaraban air itu semakin menebal selepas ketua mukim dan daerah sendiri turut mengesahkannya.

Pihak masjid yang bimbang orang ramai akan terpengaruh dengan halhal mistik ekoran kejadian ini segera melekatkan peringatan di masjid itu.

Malangnya, ia tidak diendahkan pengunjung yang semakin ramai.

Bagaimanapun, empat hari selepas kejadian itu, punca sebenar air pancutan tersebut akhirnya terbongkar apabila petugas Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) mendapati ia sebenarnya daripada paip yang bocor.

Perkara itu disahkan lagi apabila pekerja PDAM menggali di tempat besar yang bocor di situ.

Ini sekali gus menyebabkan penduduk kawasan itu, yang sebelum ini berebut-rebut mendapatkan air tersebut, bertindak membuang air yang mereka telah kumpulkan sebelum ini. -- Agensi.

UMNO Hanya Tetamu Di Putrajaya, Tiada Hak Untuk Kekal Di Situ

Posted: 29 May 2011 07:40 PM PDT


Tiada parti politik berhak pertahan Putrajaya

Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.

Adalah sesuatu yang membimbangkan apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak berulang kali menyeru supaya mempertahankan Putrajaya. Terbaru, ketika beliau berucap pada perhimpunan Hari Belia Sedunia di Putrajaya semalam.

Kepada para belia, Najib bertanya, "adakah anda akan mempertahankan Putrajaya bersama saya," dan setelah mendapat jawapan yang positif, beliau bertempik, "Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya! Pertahan Putrajaya!"

Seruan beliau yang menyakitkan hati dan bernada sama ialah ketika Perhimpunan Agung Umno ke 61 apabila beliau menempik,

"walaupun badan kita hancur lebur dan nyawa melayang, saudara saudari, walau apa pun yang terjadi, kita mesti pertahankan Putrajaya."

Bagi mereka yang kurang mengerti menjangkakan bahawa negara Malaysia ini sedang diserang oleh orang luar, jika tidak…….masakan Najib bermati-matian mahu mempertahankan pusat pentadbiran Putrajaya?

Tetapi kita rakyat Malaysia tahu bahawa kenyataan Najib ini bukan bermakna terdapatnya kemasukan orang asing tetapi melambangkan mentaliti yang sakit tentang pergantungan kepada kuasa kerana sekian lama memerintah negara ini secara berterusan sejak lebih seabad yang lampau.

Putrajaya milik parti atau milik rakyat?

Umno telah bergayut kepada hegemoni politiknya sejak sekian lama sehinggakan mereka tidak dapat membezakan apa yang menjadi milik parti dan apa yang menjadi milik rakyat.

Putrajaya bukannya milik harta peribadi mana-mana parti politik tetapi aset awam yang menjadi milik semua rakyat Malaysia. Oleh itu, tidak ada sesiapa yang berhak untuk bercakap soal mempertahankan Putrajaya, melainkan negara ini menghadapi penaklukan kuasa asing.

Malahan Umno hanya sebagai tetamu di Putrajaya, dijemput oleh rakyat untuk mentadbir negara ini untuk suatu tempoh tertentu.


Selepas habis tempoh, tuan tanah, iaitu rakyat, akan menjemput pembida-pembida, iaitu parti-parti politik, untuk menyertai tender bagi menduduki Putrajaya semula.

Pembida yang berjaya kemudian akan dijemput untuk menandatangani perjanjian sewa di Putrajaya dan mentadbir kerajaan persekutuan sehingga tamat tempoh akan datang.

Oleh yang demikian, tidak ada apa-apa yang hendak dipertahankan oleh Umno, melainkan tempoh kuasa mereka yang singkat sehinggalah tempoh perkhidmatan mereka di Putrajaya ditamatkan.

Najib tidak berpijak pada bumi yang nyata apabila bercakap tentang mempertahankan Putrajaya, apatah lagi untuk mempertahankannya dengan nyawa dan darah.

Apakah nanti rakyat Amerika Syarikat fikirkan, jika Presiden Barrack Obama menyeru supaya mempertahankan Washington DC apabila menghadapi penentangnya pada pilihan raya presiden akan datang?

Sudah tentu mereka akan fikirkan bahawa Presiden mereka telah gila! Dan jika terus bercakap mahu menumpahkan darah dan berkorban nyawa, ramai rakyatnya akan pengsan.

Konsep ketuanan ke atas pusat pentadbiran sebagai hak peribadi yang eksklusif oleh mana-mana parti politik tersangat asing kepada prinsip demokrasi dan tidak ada sesiapa yang seharusnya bermimpi untuk menuturkan kata-kata seperti itu untuk tujuan meraih kuasa politik.

Tetapi di Malaysia, Najib kelihatan bangga dan bongkak kerana dengan menuntut Putrajaya beliau disorak dan diipuji kerana bertindak sedemikian.

Tindakan ini memperlihatakan Najib dan Umno telah jauh menyimpang dari landasan asal demokrasi berbanding ketika mana pemimpin-pemimpin terdahulu membentuk negara ini.

Hegemoni politik Umno

Bukan sahaja Umno begitu kemaruk untuk bergayut kepada kuasa politik mereka sebagai hak milik eksklusif dan pertarungan hidup mati tetapi minda rakyat telah dibentuk oleh hegemoni politik yang telah sekian lama memerintah.

Ramai yang tidak dapat melihat penampilan Najib yang berselindung di sebalik prinsip-prinsip asas perlembagaan sedangkan rakyat adalah tuan dan bukan parti yang memerintah.

Lebih buruk lagi dari tuntutan beliau ke atas Putrajaya, adakah ancaman Najib untuk melakukan sesuatu yang melangkaui batas-batas perlembagaan seperti rusuhan dan pertumpahan darah untuk mengekalkan kuasa apabila menghadapi kekalahan atau berpotensi untuk tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Jika ia benar-benar berlaku, ia merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan negara ini. Perlembagaan negara merupakan kontrak sosial di antara semua kaum di mana mereka bersama-sama berjuang untuk mencapai kemerdekaan.


Rakyat Malaysia harus merenung sejenak sama ada mereka boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa politik yang tidak teragak-agak untuk merobek-robek Perlembagaan dan menentang pilihan rakyat, apabila mendapati keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

Sementara itu, kita juga harus menentang sekeras-kerasnya eksploitasi Barisan Nasional terhadap majlis perhimpunan belia ini di

Putrajaya ini bagi melancarkan propaganda politik mereka.

Acara ini, yang dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat, seharusnya menjadi perayaan belia, dan sepatutnya menjadi perayaan bukan politik.

Tetapi BN telah menukarnya menjadi platform politiknya di mana mereka menyerang musuh-musuh politik mereka. Ini merupakan salah satu dari salah guna kuasa yang berleluasa dan penggunaan dana awal bagi mencapai kepentingan politik mereka.

Makanya, ia menjadi satu lagi pertimbangan untuk rakyat untuk sekali lagi merenung sejenak apabila membuat pilihan mereka nanti. -FMT

Koma & Buta Kerana Disimbah Asid

Posted: 29 May 2011 06:20 PM PDT

Johor Bahru: "Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup," kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata, kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.

"Saya difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah. Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami.

"Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke hospital," katanya. -hm

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Bukti Kiamat Makin Hampir

Posted: 29 May 2011 04:15 PM PDT

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari | Bukti Kiamat Makin Hampir

Di dalam Al-Quran ada menyebut bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya
kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan
perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa
takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan
pengejek dalam masyarakat.
12. Semakin ramai golongan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.


Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena 'Retrograde Motion' yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.


Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat. Amin. -princess momoy

Waspada! Ribuan Ikan Mati Di Manila, Ada Pengajaran Disebaliknya

Posted: 29 May 2011 08:30 AM PDT

Kira-kira 500,000 kilogram ikan bernilai RM3.5 juta terapung di Tasik Taal, Batangas selatan Manila, dilaporkan mati kerana perubahan iklim secara tiba-tiba.

Pulau yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dan terletak 65 kilometer dari selatan Manila itu didiami seramai 7,000 orang petani, nelayan dan pemandu pelancong.

Permukaan tanah juga menggelembung dan suhu di sekitar Tasik Taal mula menaik dimana ia boleh menyebabkan letusan gunung berapi.

Lawatan ke 2,500 hektar pulau kawah yang merupakan tumpuan utama pelancong kini diharamkan dan pegawai tempatan menaikkan poster meminta mereka meninggalkan pulau itu.

Taal merupakan antara 22 buah gunung berapi yang paling tidak stabil di dalam negara dengan rekod sebanyak 33 kali letusan dan kali terakhir berlaku pada tahun 1977.

Tasik di sekitar kawah tersebut menghalang berlakunya kematian pada tahun 1977 dan ketika letusan lain berlaku kerana air tasik itu melindungi dari terkena lahar. -kijang59

Ulasan GB

Peristiwa ikan mati secara banyak pernah dilaporkan di blog ini pada 10/3/2011 iaitu berjuta ikan mati di Los Angeles, yang kemudiannya pada hari berikutnya iaitu pada 11/3/2011 benar-benar berlaku bencana tak terperi dasyatnya iaitu Tsunami di Jepun. Ia ada kaitan kerana kedudukan pantai Los Angeles berada di sebelah timur Jepun.

Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan [Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand.

Peristiwa ikan mati nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya.

Sekarang berlaku pula di Manila, sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, petunjuk apakah itu ....?

p/s bererti entri-entri di blog Kelab Greenboc sebelum ini ada pengajarannya, bukan sekadar menyiarkannya untuk suka-suka.

Mungkin Betul Polis Itu Bodoh?

Posted: 29 May 2011 07:00 AM PDT

Pekerja Butik Didakwa Kerana Guna Perkataan Kesat

Gambar: Nur Shafa Watiha Wahab didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis, diiringi anggota polis sewaktu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA TERENGGANU: Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 petang semalam di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.

Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur tentang kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis tersebut. -BERNAMA

Ulasan GB

Sepatutnya Polis bersikap terbuka dengan TEGURAN rakyat sekalipun ia pahit.

Cuba lihat di sebelah, sebuah rakaman kebodohan polis yang membahayakan keselamatan bukan sahaja dirinya tetapi nyawa orang lain.

Dan sudah wujud satu ketika Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengemukakan 125 cadangan, tetapi terdapat beberapa cadangan yang ditolak oleh polis dan pada ketika itu rakyat menempelak polis bukan sahaja sebagai bodoh tetapi tidak menghormati sebuah Suruhanjaya yang dibentuk oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

"Polis Bodo" satu ungkapan ikhlas sama seperti "Polis Zalim". Dan kerana keengganan mengakui "kebodohan" polis kini bertindak zalim pula.

Remaja belasan tahun, perempuan pula, tahu polis Malaysia bodoh!


Mayat Rentung Dalam Kereta

Posted: 29 May 2011 05:20 AM PDT

Kuala Lumpur: Mayat ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di susur masuk ke sebuah kilang di KM 20 Jalan Kuala Lumpur-Rawang di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata mayat itu ditemui oleh seorang pemandu lori, Sivaraman T. Ramasamy kira-kira pukul 5.45 petang yang pada masa itu melalui kawasan terbabit sejauh 500 meter dari jalan besar.

"Lelaki itu melihat sebuah kereta berasap di kawasan tersebut dan menjumpai mayat rentung di bahagian bawah tempat duduk belakang kereta sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di kawasan lain sebelum mayat dan keretanya dibakar di kawasan sunyi itu.

"Kita tidak dapat kenal pasti identitinya kerana kita tidak temui sebarang dokumen pengenalan diri di tempat kejadian dan kita percaya kejadian ini berlaku awal pagi tadi," katanya.

Sesiapa yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sementara itu, Sivaraman berkata beliau yang dalam perjalanan ke sebuah kilang ternampak sebuah kereta berasap sebelum terhidu bau daging bakar berhampiran kereta itu.

"Masa saya lalu di situ api sudah tidak ada, hanya tinggal asap saja. Saya tengok bahagian belakang kereta ada satu mayat sudah rentung dan ada bau daging bakar. Saya terus bertindak untuk hubungi polis," katanya. BERNAMA

Lelaki Baru Kahwin Mati Ditikam Hingga Perutnya Terburai

Posted: 29 May 2011 03:20 AM PDT

Seremban – Seorang lelaki yang baru mendirikan rumah tangga, mati dalam keadaan mengerikan apabila isi perutnya terburai selepas ditikam seorang daripada dua lelaki bermotosikal di sebuah lorong belakang rumah kedai, Taman Paroi Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, seorang pembantu kedai runcit dikenali sebagai Arip, dalam lingkungan usia 30-an, sedang berjalan ke tempat kerja di sebuah bangunan bersebelahan rumah kedai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang berkata, mangsa seorang warga indonesia dikatakan baru turun dari tingkat dua sebuah rumah kedai disewanya sebagai tempat penginapan.

"Semasa berjalan, tiba-tiba dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri mangsa lalu seorang daripada mereka menikam perut mangsa de-ngan senjata tajam.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini dan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban melalui talian 06-6033222 atau hotline 06-6014999 untuk membantu siasatan. -SH

Kasihannya Anak Dan Ibu Ini..

Posted: 29 May 2011 02:50 AM PDT

Kami rindukan papa'

Gambar: MAZLINA sayu melihat dua anaknya, Nur Athirah dan Adib Irfan (kiri) yang kerap jatuh sakit kerana merindui bapa mereka yang diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina sejak 8 Mei lalu.

KUALA LUMPUR – Semalam genaplah 20 hari seorang ahli perniagaan, Nazaruddin Saidin, 38, tidak pulang ke rumah ekoran menjadi mangsa penculikan kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

Sepanjang tempoh tegang itu, enam anak mangsa dan isterinya, Mazlina Mohamad, 38, begitu terasa kehilangan mangsa hinggakan ada antara mereka kerap jatuh sakit lantaran teramat rindu kepada Nazaruddin.

Selain itu, mereka kerap bermimpi yang bapa mereka pulang ke rumah di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh dekat sini.

Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar, Mazlina memberitahu, sepanjang tempoh itu juga, mereka sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar suaminya selamat.

Mazlina tetap yakin suaminya masih selamat berikutan Polis Antarabangsa (Interpol) memaklumkan bahawa pihak berkuasa Filipina sedang berunding dengan kumpulan bersenjata tersebut untuk membebaskan suaminya.

"Hari ini (semalam) genaplah 20 hari abang (Nazaruddin) diculik. Sepanjang tempoh itu juga, saya tidak pernah mendengar suaranya. Saya dan enam anak amat merindui dia hinggakan ada antara mereka yang demam. -kosmo

Ulasan GB

Marilah sama-sama kita turut mendoakan keselamatan dan kepulangan Nazaruddin Saidin.

Tiada ulasan: