Kelab Greenboc |
- Shazryl Eskay Mengaku 90% Pendedahan Wikileaks Benar
- [Video] Negara Eropah Terancam, Letusan Gunung Berapi Iceland Sebabkan Ruang Udara Ditutup
- Jadi Hamba Seks Bapa Saudara
- [Video] 89 Disahkan Terbunuh Akibat Taufan Di Amerika
- Rayuan Tian Chua Ditolak, Kerusi Parlimen Batu Kosong Sehingga PRU13?
- [Video] Pindahkan Demo Ke Stadium, KDN Cuba Gagalkan Perhimpunan Bersih 2.0
- Anak Mati Lemas Dalam Kereta Yang Terkunci
- [Video & Bergambar] Taufan Tornado Melanda Missouri AS
- Bersedia, Kerajaan Akan Umumkan Kenaikan Harga Minyak Minggu Ini
- Mohd Sabu Menang Besar Jika Tuan Ibrahim Masuk Tanding Timbalan Presiden
- Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim: Cerun Disahkan Masih Berbahaya
- Chegubard: SAMM Akan Sertai Himpunan Bersih 2.0
- Kes Rogol Amah: Dia Ada Lebih Seorang Anak Luar Nikah
| Shazryl Eskay Mengaku 90% Pendedahan Wikileaks Benar Posted: 24 May 2011 12:45 AM PDT Naka - Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku hampir 90 peratus maklumat yang didedahkan dalam laman Wikileaks adalah benar namun menyifatkan laporan itu sebagai tidak lengkap.Menurutnya, pendedahan Wikileaks adalah berdasarkan satu salinan kertas cadangan berhubung perdamaian di Selatan Thailand, yang diserahkannya kepada pegawai kedutaan Amerika Syarikat, Mark D Clark, pada 5 Februari 2006. "Kebanyakan informasi yang didedahkan menerusi laman itu adalah betul, hampir 90 peratus betul, saya tidak nafikan yang saya terlibat secara langsung dengan kumpulan pemisah Selatan Thailand, malah sejak dilantik sebagai Konsul Kehormat Thailand di Langkawi pada 2004, saya didatangi banyak kumpulan dari Thailand yang mengalami pelbagai masalah. "Bagaimanapun, laporan itu tidak lengkap, bukan salah Mark, cuma dia datang sebelum kertas cadangan sebenar dimeterai antara wakil Malaysia dan Thailand pada 14 Februari 2006," katanya pada sidang media, di rumahnya, semalam. Shazryl Eskay berkata, tujuan pertemuan yang diadakan dengan kumpulan itu adalah bagi mencari jalan penyelesaian di Selatan Thailand dan pada 2006, beliau dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan Raja Thailand ketika itu, dan Tun Mahathir diminta menjadi mediator untuk Selatan Thailand. "Langkawi Peace Talk ditubuhkan dan perbincangan turut melibatkan kumpulan peringkat bawah dan juga pemimpin atasan kumpulan pemisah terbabit, dan hasil dialog bersama mereka, kita menghasilkan pelan perdamaian yang yang dimeterai pada 14 Februari 2006 dan dihantar melalui Tun kepada Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra. "Kerajaan Thailand juga telah banyak melaksanakan permintaan kumpulan terbabit menerusi kertas cadangan itu dan ia jelas menunjukkan Kerajaan Thailand berusaha mencari jalan penyelesaian," katanya. -SH
|
| [Video] Negara Eropah Terancam, Letusan Gunung Berapi Iceland Sebabkan Ruang Udara Ditutup Posted: 24 May 2011 12:20 AM PDT Reykjavik(Iceland): Sebahagian ruang udara Greenland ditutup semalam ekoran debu ledakan gunung berapi di Iceland.Gambar: SEBUAH pesawat ringan terbang berhampiran kepulan debu daripada letusan gunung berapi Grimsvotn berdekatan kawasan glasier Vatnajokull di tenggara Iceland hari ini. Syarikat penerbangan mula membatalkan jadual ke Britain atas dasar keselamatan berikutan kejadian itu. - Foto REUTERS Jurucakap penguasa ruang udara Greenland, Naviair, Cik Helle Kogsbell, berkata langkah itu diambil kerana debu dari gunung berapi Grimsvoetn, yang meletup lewat Sabtu lalu, telah mula merebak ke wilayahnya. Denmark negara pertama selain Iceland yang telah menutup ruang udaranya ekoran letupan gunung berapi itu. Namun, penguasa penerbangan Iceland semalam berkata ia berharap dapat membuka semula lapangan terbang utama negara itu lewat semalam. 'Keadaan nampak lebih baik hari ini (semalam) dan kami berharap dapat membuka semula lapangan terbang Keflavik hari ini atau malam ini (semalam). Kami kurang pasti waktunya tetapi sekurang-kurangnya kami sedang meninjau kemungkinan itu,' kata jurucakap penguasa penerbangan, Cik Hjordis Gudmundsdottir. Pihak berkuasa negara-negara Eropah lain pula sedang memantau keadaan di tengah-tengah kebimbangan letupan terbaru itu akan menjejas penerbangan di serata benua itu, sebagaimana berlaku tahun lalu. Pakar keselamatan Eropah telah memberi amaran debu itu boleh merebak ke Scotland hari ini, sebelum sampai di Britain dan Perancis serta Sepanyol dua hari kemudian. Pengendali lapangan terbang Norway, Avinor, pula semalam berkata ia telah menghentikan penerbangan antara Norway dengan Svalbard di Arctic. 'Awan debu akan sampai ke ruang udara perairan yang memisahkan Norway dengan Svalbard. Oleh itu, tiada penerbangan ke atau dari Svalbard hari ini (semalam),' kata jurucakap Avinor, Encik Ove Narvesen. Letupan gunung berapi Eyjafjallajoekull di Iceland pada 14 April tahun lalu menyebabkan ruang udara Eropah ditutup enam hari dan 100,000 penerbangan dibatalkan kerana kebimbang debunya boleh merosakkan enjin pesawat. Kerugian pembatalan itu mencapai AS$1.7 bilion ($2.1 bilion). Seorang pakar geologi di Universti Iceland, Encik Magnus Tumi Gudmundsson, berkata sukar meramalkan bila letupan gunung berapi Grimsvoetn akan berhenti. -- Bloomberg, Reuters, AFP. |
| Posted: 23 May 2011 11:15 PM PDT Akibat kerakusan nafsu, seorang kanak-kanak malang berumur tujuh tahun menjadi hamba seks bapa saudaranya sejak setahun lalu di Kampung Sungai Tiang Baru, Rungkup.Bagaimanapun, perbuatan keji lelaki berumur 25 tahun itu terbongkar apabila ibu mangsa menyedarinya dan membuat laporan polis 19 Mei lalu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, bapa saudara yang juga adik kepada ibu mangsa melakukan perbuatan keji itu sejak kanak-kanak tersebut berusia 6 tahun. Menurutnya, pihaknya percaya, suspek yang juga seorang nelayan sering melakukan perbuatan keji itu ketika ibu bapa kanak-kanak tersebut tiada di rumah. "Suspek yang tinggal berhampiran rumah kanak-kanak itu dipercayai merogol mangsa lebih kurang 10 kali termasuk melakukan seks luar tabii sepanjang setahun lalu," katanya. Beliau memberitahu pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, semalam. Kok Liang berkata, pada 19 Mei lalu suspek dipercayai membawa mangsa ke sebuah rumah kosong di kawasan berhampiran untuk melakukan perbuatan keji itu tetapi abang mangsa ternampak suspek membawa adiknya keluar dari rumah. Menurutnya, abang mangsa memberitahu kepada ibu mangsa mengenai hal itu menyebabkan dia mengesyaki sesuatu berlaku terhadap anaknya. "Selepas mangsa dihantar pulang, ibu mangsa terus bertanya kepada anaknya dan setelah didesak beberapa kali, mangsa akhirnya memberitahu perkara sebenar," katanya. Beliau berkata, mangsa tidak memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya kerana diugut akan dicederakan jika berbuat demikian. Katanya, laporan polis dibuat sebelum pemeriksaan kesihatan ke atas kanak-kanak itu dijalankan dan pihaknya berjaya menahan suspek pada Jumaat lalu. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 (a) dan Sekyen 377 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 30 tahun serta sebatan jika didapati bersalah," katanya. -SH |
| [Video] 89 Disahkan Terbunuh Akibat Taufan Di Amerika Posted: 23 May 2011 09:30 PM PDT Kansas City: Sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh akibat puting beliung yang melanda bandar Joplin di Missouri, Amerika Syarikat, kelmarin.Puting beliung itu melanda bandar yang terletak dekat sempadan Oklahoma dan Kansas kurang sebulan selepas bencana serupa menyebabkan 354 orang mati di tujuh wilayah di Amerika. 'Ia bak zon perang. Ratusan penduduk cedera dan kini dirawat di (Hospital) Memorial Hall, tetapi hospital itu telah kehabisan bekalan perubatan,' kata seorang editor di akhbar Joblin Globe, Encik Scott Meeker. Sebuah lagi hospital setempat, Pusat Perubatan Daerah St John, mengalami kerosakan teruk ekoran puting beliung itu. 'Bumbung hospital hilang. Banyak tingkap pecah,' kata jurucakap hospital tersebut, Cik Cora Scott. Puting beliung itu menyebabkan banyak rumah musnah di bandar Joplin, yang didiami sekitar 50,000 penduduk. Seorang penduduk, Encik Jeff Law, 23 tahun, berkata beliau terkejut melihat keadaan bandar itu selepas bencana tersebut. 'Saya telah menetap di kejiranan ini sepanjang hidup saya dan saya tidak dapat cam di mana saya berada. Semuanya sudah berubah,' katanya. Seorang lagi penduduk, Cik Jill Scales, berkata: 'Kami tidak mempunyai rumah lagi. Kami masih dalam keadaan terkejut. Kami tidak tahu ke mana hendak pergi selepas ini. Apa yang harus saya lakukan?' Gabenor Missouri, Encik Jay Nixon, mengisythiharkan keadaan darurat dan mengerahkan bantuan askar bagi membantu usaha mencari dan menyelamat. 'Puting beliung ini telah menyebabkan kerosakan besar di serata Missouri dan ia terus membentangkan ancaman kepada kehidupan dan harta benda. 'Kami telah mengerahkan setiap agensi dan sumber yang ada bagi memastikan setiap keluarga di Missouri selamat, menjalankan kerja mencari mereka yang hilang, menyediakan bantuan perubatan kecemasan dan memulakan kerja pembangunan semula,' kata Encik Nixon. Sementara itu, Presiden Barack Obama telah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa bencana itu dan berkata pemerintah bersedia menghulurkan bantuan. 'Kami memuji usaha berani mereka yang telah memberi respons dan mereka yang sedang berusaha membantu jiran dan rakan-rakan mereka dalam masa-ma sa sukar ini,' kata Encik Obama. Pihak berkuasa berkata puting beliung turut melanda kawasan utara Minneapolis, menyebabkan seorang terkorban dan sekurang-kurangnya 30 cedera. -- AFP, AP, Reuters.
|
| Rayuan Tian Chua Ditolak, Kerusi Parlimen Batu Kosong Sehingga PRU13? Posted: 23 May 2011 08:40 PM PDT Rayuan Tian Chua ditolak, status MP jadi tanda tanyaKUALA LUMPUR, 23 Mei – Status Chua Tian Chang atau "Tian Chua" sebagai Ahli Parlimen Batu kekal tidak jelas selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuannya berhubung hukuman yang dikenakan atas tuduhan menggigit seorang anggota polis. Naib Presiden PKR itu (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa mahkamah menolak rayuan ekoran bantahan timbalan pendakwa raya bahawa ia difailkan selepas tempoh 14 hari yang dibenarkan oleh undang-undang. "Jadi hukuman tidak dicabar dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan dan status saya tidak berubah," kata wakil rakyat penggal pertama ini. Pertengahan Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara. Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan. Ketika itu, Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga seorang peguam berkata, sebagai contoh, pada 1975 anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan. Karpal berkata mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari. -TMI Ulasan GB Persoalan timbul, apakah ini satu taktik kerajaan BN untuk mengurangkan kerusi ahli parlimen PR demi untuk mencapai sasaran 2/3 di parlimen? Ini kerana jika Tian Chua diarah untuk mengosongkan kerusi parlimennya, sedangkan tiada lagi pilihanraya kecil diadakan, maka bererti kerusi parlimen Batu itu akan kosong sehingga pilihanraya umum ke 13 diadakan. |
| [Video] Pindahkan Demo Ke Stadium, KDN Cuba Gagalkan Perhimpunan Bersih 2.0 Posted: 23 May 2011 06:50 PM PDT Usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam disifatkan sebagai taktik kotor kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) untuk menggagalkan tujuan sebenar setiap demonstrasi tersebut khususnya yang melibatkan parti pembangkang.Malah menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan Persekutuan juga secara jelas khuatir setiap demonstrasi yang diadakan itu akan menggugat mereka sekali gus tidak membenarkan demonstrasi diadakan di jalanan. "Bagi kita, kita yang mahu melakukan demonstrasi. Jika demonstrasi itu diadakan di dalam stadium sahaja ia jelas sangat jauh dan terpisah daripada orang awam maka setiap demonstrasi yang akan diadakan tidak akan tercapai matlamatnya." katanya. Khalid Samad berkata demikian ketika di hubungi Tv Selangor bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bahawa pihaknya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Simpang Pulai, Johor Bahru, semalam. Hishammuddin berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis. "Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya. Hishammuddin berkata demikian sebagai respon kepada tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan. Parti Pas merupakan antara penganjur Bersih selain PKR, DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, yang pernah mengadakan demonstrasi di tempat-tempat awam dan jalanan sebelum ini. Ujar Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat, tujuan utama sesebuah demonstrasi itu dianjurkan adalah untuk menarik perhatian masyarakat umum akan setiap perkara yang diutarakan, dan jika ia dibuat di dalam stadium maka suasana demonstrasi akan menjadi hambar yakni seperti menonton permainan bola sepak yang hanya boleh bersorak ketika pemain menjaringkan gol ke gawang pihak lawan. Tegas Khalid lagi, setiap demonstrasi yang diadakan oleh rakyat semata-mata untuk menyuarakan rasa hati serta bantahan mengenai sesuatu perkara yang tidak mendapat persetujuan mereka dan bukan untuk membuat kecoh atau menimbulkan huru-hara seperti yang diputar-belitkan sesetengah media. "Seharusnya kerajaan pusat tidak menolak hak rakyat untuk berkumpul dan mengadakan demonstrasi secara aman bagi menzahirkan bantahan mereka terhadap sesuatu tindakan pihak kerajaan di jalanraya." ujarnya. Bagaimanapun Khalid Samad berakata, beliau menyambut baik usul tersebut dan berharap kerajaan benar-benar akan menggunapakai amalan sistem demokrasi mengikut aturan parlimen dan bukannya menyekat hak dan kebebasan rakyat di Malaysia. "Walaupun ini merupakan satu peningkatan dari segi amalan demokrasi di Malaysia, namun kerajaan perlu pastikan ia benar-benar dilaksanakan dan bukannya hangat-hangat 'tahi ayam' kerana sebelum ini di stadium juga tidak dibenarkan.Bagaimanapun tunjuk perasaan ini mesti dibenarkan di tempat awam juga."katanya. -tvsnews |
| Anak Mati Lemas Dalam Kereta Yang Terkunci Posted: 23 May 2011 05:45 PM PDT Machang: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat 'tertinggal' sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci. Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya. Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin. Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama. "Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) 'tertinggal' dalam kereta yang terkunci. "Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta," katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam. Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya. "Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung. "Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya. Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini. "Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati," katanya. "Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir," katanya. Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah. -hm
|
| [Video & Bergambar] Taufan Tornado Melanda Missouri AS Posted: 23 May 2011 03:30 PM PDT Taufan tornado melanda Kota Joplin, Missouri, Amerika Syarikat (AS) hari ini. Diberitakan ramai yang terkorban di dalam bencana ini, namun belum diketahui dengan pasti jumlahnya.Berdasarkan kesan selepas tornado berlangsung, tampak jelas kerosakan teruk yang diakibatkan oleh taufan tornado tersebut. Ketika ini jumlah yang terkorban ialah 24 orang, namun dilihat dari kerosakan dijangkakan jumlah yang terbunuh akan terus bertambah. Jumlah yang terkorban tersebut disiarkan oleh akhbar Springfield News, sementara pihak pemerintah setempat masih berusaha menentukan jumlah sebenar yang terkorban. Sedangkan jumlah korban tercedera masih belum diketahui secara jelas. Taufan Tornado juga mengakibatkan bekalan eletkrik terputus di beberapa wilayah Joplin. Sebuah gereja bahkan diketahui hancur dipukul badai dahsyat ini. "Aliran elektrik terputus, kami tidak dapat menghubungi mangsa korban," kata ahli cuaca dari Badan Cuaca Nasional Bill Davis seperti dikutip The New York Times, Isnin (23/5/2011). Sebelum ini pada Mei 2008 lalu, terjadi pula taufan tornado di dekat wilayah Joplin. Ketika itu kekuataan tornado serupa yang menyerang Joplin saat ini, namun beruntung badai tersebut tidak menyentuh Kota Joplin di kala itu. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Bersedia, Kerajaan Akan Umumkan Kenaikan Harga Minyak Minggu Ini Posted: 23 May 2011 08:30 AM PDT Langkah Rasionalisasi Subsidi Dijangka Diumum Minggu Ini - Ismail SabriKUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu. "Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95. Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat. Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin. Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa. Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA |
| Mohd Sabu Menang Besar Jika Tuan Ibrahim Masuk Tanding Timbalan Presiden Posted: 23 May 2011 07:00 AM PDT Tekanan meningkat untuk Tuan IbrahimKUALA LUMPUR, 23 Mei: Tekanan dari pelbagai pihak semakin kuat ke atas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini beliau telah memaklumkan tidak bersedia untuk ke jawatan itu. Tekanan itu semakin memuncak apabila ramai yang mula tahu pencalonan yang diterima beliau tidak jauh bezanya dengan dua lagi calon popular timbalan presiden iaitu penyandangnya Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Tuan Ibrahim dikatakan menerima 39 pencalonan untuk timbalan presiden manakala untuk naib presiden beliau menerima 97 pencalonan. Ini bermakna, hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan itu. Pencalonan tinggi yang diterima beliau dalam keadaan beliau sudah memaklumkan keberatan untuk bertanding jawatan timbalan presiden juga telah menambahkan tekanan untuk beliau. Ekoran itu, menurut sumber, ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu timbalan dan naib untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan. Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub. Sehingga kini, hanya Nasharudin dan Mohamad Sabu mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden manakala Salahudin membayangkan akan hanya mempertahankan jawatannya sekarang iaitu naib presiden. Kesemua calon-calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini. Jawatankuasa Pemilih 2011 akan mengumumkan calon-calon itu pada 27 Mei ini. -harakahdaily Ulasan GB Daripada tulisan di atas, nampaknya harakahdaily cuba menonjolkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Timbalan Presiden PAS kali ini bagi menggantikan Ustadz Nasharuddin Mat Isa. Tetapi laporan di atas nampak "berlebih-lebihan" dan keterlaluan terutama ayat berikut: Tuan Ibrahim dikatakan menerima 39 pencalonan untuk timbalan presiden manakala untuk naib presiden beliau menerima 97 pencalonan. Ini bermakna, hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan itu. Ayat yang ditebalkan itu ternyata salah dan mengelirukan. Ia sepatutnya berbunyi "hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk salah satu jawatan itu" 146 kawasan tidak menamakan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kedua-dua jawatan tetapi hanya salah satu daripada dua jawatan itu, iaitu 39 kawasan calonkan beliau sebagai Timbalan Presiden dan 97 calonkan beliau sebagai Naib Presiden. Jika 146 kawasan mencalonkan Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan, tentulah sudah menang Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dengan 146 pencalonan itu. Pelik betul bagaimana harakahdaily boleh melaporkan dengan cara untuk salah dan mengelirukan pembaca. Ia amat tidak beretika di dalam rangka cuba untuk menonjolkan calon favoritenya. GB kata sebelum ini GB terbuka, sesiapapun dialu-alukan bertanding. Tetapi kenalah menilai keupayaan dan kekuatan masing-masing. Ustadz Nasharuddin yang sebelum ini telah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya nampaknya seperti dipinggirkan oleh harakahdaily. Kita tidak tahu berapa pencalonan yang diterima oleh Ustadz Nasharuddin berbanding calon-calon yang lain kerana J/K Pemilihan kali ini TIDAK TELUS, tidak diumumkan secara terbuka jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon yang bertanding. Satu perancangan? Wallahu 'alam. Namun jika Tuan Ibrahim membuat keputusan untuk masuk gelanggang untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, ia akan memecahkan undi kumpulan Ustadz Nasharuddin bukan Mohd Sabu. Ini kerana perwakilan akan melihat Ustadz Nasha dan Ustadz Tuan Ibrahim adalah dari kumpulan yang sama (dua-dua berstatus ulamak/ustadz). Kedua-duanya satu ketika pernah dikaitkan dengan UG. Mohd Sabu sudah ada penyokongnya sendiri - iaitu solid dari kumpulan yang menentang gagasan UG. Justeru itu kemasukan Tuan Ibrahim Tuan Man ke dalam gelanggang Timbalan Presiden akan hanya memberi padah kepada Ustadz Nasharuddin, bukan Mohd Sabu, setidak-tidaknya akan memerosotkan undi bagi Ustadz Nasharuddin. Kedua, Tuan Ibrahim pula pernah menyatakan bahawa beliau mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini. ![]() Laporan The Malaysian Insider 27/03/2011 Jika Tuan Ibrahim menerima pencalonan Timbalan Presiden, ini akan meletakkan kedudukan Tuan Ibrahim sebagai calon yang mudah untuk dikritik perwakilan sebagai "cakap tak serupa bikin". Ketiga, peluang untuk Tuan Ibrahim memenangi jawatan Naib Presiden pula akan tipis jika Tuan Ibrahim turut bertanding sebagai Timbalan Presiden kerana tentulah perwakilan hanya akan memilih seseorang itu untuk satu jawatan sahaja, samada Timbalan atau Naib. Mereka yang telah mengundi Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden tidak akan mengundinya lagi sebagai Naib Presiden. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Tetapi, sebaliknya jika Tuan Ibrahim tidak bertanding Timbalan Presiden, sepastinyalah perwakilan akan memberikan undi kepada beliau untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden. Ramai sudah menghidu perancangan dan perencanaan pihak tertentu itu, tetapi wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin - Ali Imran(54). |
| Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim: Cerun Disahkan Masih Berbahaya Posted: 23 May 2011 04:40 AM PDT Kajang: Cerun belakang Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Al-Taqwa iaitu lokasi kejadian tanah runtuh disahkan berbahaya ekoran wujudnya pergerakan tanah.Pengarah Kanan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerjaraya (JKR), Datuk Dr Ashaari Mohamad berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati struktur tanah di cerun berkenaan masih lemah terutama dalam keadaan cuaca hujan sejak beberapa hari lalu. "Buat masa ini kedudukan cerun itu memang tidak selamat malah kita dapati masih ada pergerakan tanah di dalamnya," katanya ketika ditemui selepas majlis taklimat mengenai tragedi berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di lokasi kejadian di sini, Isnin. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis taklimat mengenai tragedi berkenaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melawat lokasi kejadian di sini, Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu, 16 orang terkorban manakala sembilan yang lain cedera. Selain itu Ashaari berkata, pihaknya difahamkan bahawa sebelum ini telah berlaku beberapa runtuhan kecil namun tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa. "Difahamkan ada runtuhan dan pergerakan kecil. Malah kami dapati ada pokok yang condong dan dipotong... itu mungkin tanda-tanda berlaku tanah runtuh," katanya. Mengulas lanjut mengenai kajian terperinci yang dijalankan JKR, beliau berkata satu mesyuarat khas akan diadakan petang ini bersama semua jabatan dan pakar berkaitan cerun dan tanah runtuh.Menurutnya hasil kajian mengenai kejadian berkenaan hanya akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan. "Selepas ini kita akan buat cadangan sama ada cerun ini akan dibaiki ataupun dilandaikan. "Tapi itu terpulang kepada kajian yang selewat-lewatnya mengambil masa tiga bulan, tapi mungkin kita akan percepatkan," katanya. Sebelum itu menerusi taklimatnya, Ashaari berkata jarak kaki cerun ke bangunan rumah anak yatim tersebut ialah sejauh tujuh meter. "Manakala sudut condong kecerunan adalah antara 75 hingga 80 darjah. "Apa yang terjadi ialah berlakunya pergerakan tanah yang bergerak ke bawah dan menggelungsur di sepanjang permukaan planar yang relatif dan mempunyai sedikit gerakan putaran atau miring ke belakang," katanya. -mstar |
| Chegubard: SAMM Akan Sertai Himpunan Bersih 2.0 Posted: 23 May 2011 03:30 AM PDT Seremban: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggerakkan semua rangkaian anak muda yang bergabung dengannya untuk turut sama terlibat dalam Himpunan Bersih (Walk for Democracy) bagi menuntut Pilihan Raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan telus.Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard berkata, selain dari anggota gabungannya SAMM akan terlibat dalam proses memobilisasi rakyat turun ke jalan raya terpilih dalam perhimpunan Bersih nanti. Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan Bersih dengan memobilisasi 100,000 ahli dari parti itu sahaja. "SAMM mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim Umno-Barisan Nasional (BN) yang langsung tidak mempedulikan empat tuntutan Bersih sejak Himpunan Bersih kali pertama November 2007," kata CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini. Menurutnya, selain dari empat tuntutan itu, SAMM menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Tuntutan-tuntutan tersebut ialah: Dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Umno-BN gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu. • Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain seperti warganegara Malaysia yang bekerja atau menuntut di luar negara. • Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang benar-benar telus dan meyakinkan. • Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik. • Penyalahgunaan institusi kerajaan dalam Pilihan Raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan. • Melanjutkan tempoh kempen Pilihan Raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat. Umno-BN pekak, angkuh Beliau berkata semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim Umno-BN seolah-olah pekak, angkuh dan tidak langsung mahu mendengar. "Tuntutan-tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim Umno-BN terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka mobilisasi rakyat untuk turun di jalan raya yang dipilih,' jelasnya. "Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat. "Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendirian SAMM," katanya. Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan Bersih 2007 dan tidak mengambil kira sama ada ahli PKR, DAP dan lain-lain gerakan pertubuhan bukan kerajaan serta kumpulan anak muda. |
| Kes Rogol Amah: Dia Ada Lebih Seorang Anak Luar Nikah Posted: 23 May 2011 01:50 AM PDT Aktres veteran, Jane Seymour, mendakwa Arnold Schwarzenegger memiliki sekurang-kurangnya dua lagi anak luar nikah yang dirahsiakan daripada pelbagai pihak.Menurut Jane, dia langsung tidak terkejut dengan pendedahan mengenai kelakuan bekas Gabenor California itu mengadakan hubungan sulit dengan pekerja wanita di rumahnya 14 tahun lalu. Jane yang tinggal di kawasan sama dengan Schwarzenegger di Malibu juga tidak terkejut apabila aktor terbabit akhirnya berpisah dengan isterinya, Maria Shriver. "Nampaknya Schwarzenegger bertindak terburu-buru sebelum berita kecurangannya diketahui dunia. "Berdasarkan maklumat yang saya ada, lebih banyak berita akan muncul selepas ini," katanya kepada stesen televisyen CNN, semalam. Pelakon siri Dr Quinn, Medicine Woman itu berkata, dia bertemu seseorang yang sangat mengenali hero filem Predator itu. "Saya diberitahu dia memiliki dua anak lain," katanya. Kenyataan Jane, 60, itu disiarkan ketika media melaporkan, bukan saja Maria tidak mengetahui Schwarzenegger menghamilkan pembantu rumah mereka, malah anak lelaki yang lahir daripada hubungan sulit itu, Joseph, tidak diberi tahu siapa bapanya. Akhbar New York Post melaporkan, amah Schwarzenegger, Mildred Baena, 50, tidak pernah mendedahkan identiti bapa Joseph kepada sesiapa, termasuk keluarganya. Saluran NBC pula melaporkan, sekurang-kurangnya seorang lagi wanita tampil menghubungi peguam Schwarzenegger bagi menuntut ujian DNA dijalankan. Laporan itu mendakwa, wanita terbabit mendakwa, hubungannya dengan Schwarzenegger menyebabkan dia melahirkan seorang anak lelaki lapan tahun lalu. Sementara itu, Schwarzenegger dilaporkan bukan saja berdepan dengan aib hasil hubungan sulitnya, malah sebahagian kekayaannya turut terpaksa dikorbankan. |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |























1 ulasan:
tramadol online tramadol hcl muscle relaxer - tramadol cod
Catat Ulasan