Kelab Greenboc |
- Selamat Bertanding & Semuga Berjaya Untuk Mohd Sabu
- Mereka Mati Syahid - Mufti Selangor
- Doktor Hilang Selepas Ditepuk Gadis Bertudung Merah
- [Video] 9 Julai, Himpunan BERSIH Kedua! PAS Sasar 100,000 Ahli Turut Serta
- [Video] Tragedi Tanah Runtuh, Dewan Ranap &, Laporan Al-Jazeera
- [Video] TERKINI: Kesemua Mangsa Berjaya Dikeluarkan, 3 Faktor Kejadian [updated]
- [Video] Tragedi Tanah Runtuh: 10 Maut, 6 Masih Tertimbus, MB Kerah Bantuan Segera [updated]
- Lagi Foto-foto Tragedi Tanah Runtuh - 5 Maut Sehingga Jam 8 Mlm
- [Bergambar] "Dentuman Kuat, Tanah Kejar Saya" - Warden Rumah Anak Yatim [updated]
- Tanah Runtuh Di Hulu langat - 20 Hingga 30 Anak Yatim Tertimbus
Selamat Bertanding & Semuga Berjaya Untuk Mohd Sabu Posted: 22 May 2011 01:00 AM PDT Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan. Mohamad (gambar) atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, surat rasmi penerimaan pencalonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan dalam tempoh terdekat. Tarikh akhir menyerahkan borang makluman rasmi bertanding adalah 26 Mei ini. "Saya seperti sebelum ini berkata bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS. "Ya, saya sah akan bertanding dan borang maklumat rasmi bertanding akan saya serahkan esok atau lusa," katanya pada sidang media di sini. Ketika ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diperoleh, Mohamad bagaimanapun enggan memberikan jawapan, sebaliknya berkata, "ia memberangsangkan." "Kalau jawatankuasa pemilihan juga rahsiakan, saya juga akan rahsiakan, apa yang boleh saya katakan ia memberangsangkan. "Saya bersedia bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya ada pertandingan sebab saya tidak tahu siapa yang akan bertanding," katanya. Difahamkan Mohamad menerima pencalonan yang paling tinggi bagi jawatan itu. Seramai enam orang layak bertanding jawatan itu termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu, sebaliknya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan yang disandang sekarang. Mohamad pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas. Sementara itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Ramli yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden atau tidak. "Saya belum menerima surat rasmi lagi, saya akan lihat jumlah pencalonan dulu. "Kalau kehadiran saya bagi jawatan itu akan menaikkan PAS, saya akan bertanding," katanya. Setakat ini hanya Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad sudah mengesahkan akan bertanding jawatan itu. Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu. Ketua Penerangan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh memutuskan untuk tidak turun gelanggang dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain. -TMI Mohamad Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS Ulasan GB Selamat maju jaya kepada Sdra Mohd Sabu. |
Mereka Mati Syahid - Mufti Selangor Posted: 22 May 2011 12:05 AM PDT Anak yatim maut tertimbus syahid SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid. "Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya," katanya. Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam. Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan. Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah. "Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni," katanya. -SH
|
Doktor Hilang Selepas Ditepuk Gadis Bertudung Merah Posted: 21 May 2011 10:55 PM PDT Alor Setar – Kehilangan seorang doktor pelatih, Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, sejak lima hari lalu menjadi bertambah misteri apabila dia pernah hilang sebanyak dua kali bulan ini selepas dipercayai dipukau seorang gadis bertudung merah. Ibunya, Natrah Shaari, 52, memberitahu, anaknya menghilangkan diri pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini. Katanya, dalam kejadian pada 3 Mei lalu itu, anak sulungnya itu hanya pulang ke rumah dua hari kemudian. "Dia cerita kepada saya bahawa ada seorang wanita muda bertudung merah berusia lingkungan 20-an menegurnya ketika mahu naik lif di HSB kira-kira pukul 6.30 pagi. "Wanita itu bertindak menepuk dahi anak saya menyebabkan dia tidak sedar. Dia hanya tersedar di dalam kereta di kompleks beli-belah City Square di Sungai Petani dua hari selepas itu dan hilang sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM500," katanya di sini semalam. Ujarnya, pada 12 Mei lalu, Mohd. Noor Azam sekali lagi hilang ketika berada di kawasan HSB dan pulang ke rumah semula dua hari kemudian. -kosmo |
[Video] 9 Julai, Himpunan BERSIH Kedua! PAS Sasar 100,000 Ahli Turut Serta Posted: 21 May 2011 09:50 PM PDT PAS kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang. Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti. Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu. "Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut. "Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1. "Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini. Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007. Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan. Terlalu singkat Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan. Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat. "Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan. "Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya. Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara. "Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi. "Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya. Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad. Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu. PAS saja 100 ribu Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan. Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat. "Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong. "Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut. Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA. Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut. -mk
|
[Video] Tragedi Tanah Runtuh, Dewan Ranap &, Laporan Al-Jazeera Posted: 21 May 2011 08:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Kebanyakan penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, tergamam dan tidak sempat melarikan diri daripada runtuhan tanah kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Ada antara mereka menyedari pergerakan tanah kecil di tebing bukit berhampiran bangunan dan tidak menyangka akan berlaku runtuhan besar, sekali gus meranapkan dewan serba guna dan merosakkan sebuah surau. Penduduk kampung yang tiba awal di tempat kejadian juga menghadapi masalah mengeluarkan mangsa yang terselamat kerana hanya menggunakan cangkul untuk mengorek tanah runtuh serta tidak mampu mengangkut batu besar serta kesan runtuhan bangunan. Kebanyakan mangsa berjaya dikeluarkan apabila pasukan mencari dan menyelamat tiba bersama jentolak serta kelengkapan lain. Mohamad Faizal Ismi, 17, adalah antara penghuni yang terselamat kerana sempat melarikan diri sebaik saja ternampak tanah runtuh di belakangnya dan menyaksikan beberapa rakannya tertimbus. Ketika kejadian, dia sedang sibuk menyiapkan kerja menghias pentas untuk majlis khas bersama Perbadanan Kemajuan Filem Negara (FINAS) yang dijadualkan jam 5 petang semalam. Pelajar tahun lima, Mohamad Akmal Mohd Jafri, 11, turut terselamat daripada ditimbus apabila terlebih dulu dihempap sebuah basikal sebelum tanah runtuh menimpanya. Ketika kejadian, pelajar Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn 2 itu yang mengikuti program motivasi hujung minggu di madrasah berkenaan berada berdekatan dewan sempat menyaksikan bangunan bergegar sebelum runtuh menimpanya. Ibu mangsa, Marliza Sulong, 43, berkata, dia terus bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat panggilan mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu yang menerima rawatan di klinik Batu 14, Hulu Langat, dekat sini. "Anak saya selamat dan cuma luka ringan di kepala serta anggota badan, tetapi cukup sedih melihat mereka yang terkorban," katanya. Seorang saksi yang dikatakan paling awal tiba di tempat kejadian, Abdur Rahman Mohd Lazim, 43, terkejut apabila dua penghuni anak yatim berlari menemuinya meminta tolong. Ketika itu, Abdur Rahman sedang bersiar di kawasan itu menunggang motosikal. "Dua penghuni menangis sambil berlari meminta tolong. Ketika sampai ke tempat mereka, saya nampak enam penghuni tertimbus merintih dan meraung sakit. Hanya bahagian wajah mereka yang kelihatan manakala badan ditindih batu, kayu dan tanah runtuh. "Saya cuba membantu dengan menarik mereka keluar tetapi mereka meraung kesakitan. Beberapa minit selepas itu mereka terkulai, saya tak tahu sama ada masih hidup atau sebaliknya," katanya. Seorang lagi penduduk, Azri Ashraf, 17, berkata, beliau mendengar mangsa menjerit meminta tolong dan melihat beberapa lagi tersepit di bawah pintu, meja serta kerusi. Azri yang sedang berehat di rumahnya terdengar bunyi pokok tumbang dan tanah runtuh yang kuat menyebabkan beliau keluar daripada rumah kerana bimbang berlaku apa-apa kejadian. "Saya naik ke bahagian atas kawasan perumahan dan terkejut melihat rumah anak yatim itu tertimbusApabila terdengar jeritan, saya terus turun ke bawah dan melihat beberapa mangsa seolah-olah tidak sedarkan diri kerana tersepit di pintu dan meja. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut,'' katanya. -BH
|
[Video] TERKINI: Kesemua Mangsa Berjaya Dikeluarkan, 3 Faktor Kejadian [updated] Posted: 21 May 2011 05:50 PM PDT Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini. Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi. Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis. Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal. Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini. Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini Sabtu. Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan. 1) Azrel, 8, 2) Nael, 8, 3) Shahrul, 9, 4) Boboy, 10, 5) Farid, 34, 6) Eqim * 7) Zaim * 8) Angah * 9) Rahimi * 10) Zaid Ashwal, 18, 11) Riz, 9, 12) Fahad, 9 13) Hazim, 9 Sembilan yang terselamat iaitu: 1) Khairul, 9, 2) Hairis * 3) Harris * 4) Akmal * 5) Aizat * 6) Alaudin * 7) Irwan, 33, 8) Din, 30, 9) Syafiz, 22, Tidak diketahui keadaan tetapi telah dikeluarkan 1) Lokman, 11, 2) Aiman, 10, 3) Hasril, 11, * umur tidak diketahui
|
[Video] Tragedi Tanah Runtuh: 10 Maut, 6 Masih Tertimbus, MB Kerah Bantuan Segera [updated] Posted: 21 May 2011 03:40 PM PDT Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini. Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki. Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini. Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. "Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian. Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian. Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang. Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. Sementara itu, TV Selangor melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera. Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera. Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan. -tvsnews FOTO-FOTO TRAGEDI
|
Lagi Foto-foto Tragedi Tanah Runtuh - 5 Maut Sehingga Jam 8 Mlm Posted: 21 May 2011 07:00 AM PDT Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkaat sementara itu 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian. "Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya. -BH
|
[Bergambar] "Dentuman Kuat, Tanah Kejar Saya" - Warden Rumah Anak Yatim [updated] Posted: 21 May 2011 05:30 AM PDT Kajang: "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi. Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim. "Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya. Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid. Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki. Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah. Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku. "Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus. "Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH
|
Tanah Runtuh Di Hulu langat - 20 Hingga 30 Anak Yatim Tertimbus Posted: 21 May 2011 02:45 AM PDT Tragedi Tanah Runtuh: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi. Gambar: PENGHUNI Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis dirawat selepas dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Kajang, sebentar tadi. - Foto BH Online Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus. Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang. Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. -BH
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan