Rabu, 11 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Najib Yang Panik Rupanya, UMNO BN Kritikal, Gesa Pukul Gendang Perang

Posted: 11 May 2011 01:00 AM PDT

PRU: Najib mahu Umno 'bunyikan semboyan, pukul gendang perang'

Seluruh anggota parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pasti tiba, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.

"Ingatlah, jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. Umno perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Ulang Tahun Umno ke-65 yang akan disambut esok.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri (gambar) berkata, badai yang telah melanda parti pada pilihan raya umum yang lepas bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik dan kini bukan masanya untuk terus mengeluh serta mengenang perkara lalu.

"Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihan raya umum ke-12 berlalu, maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat.

"Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi," katanya.

Beliau berkata anggota parti harus bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya. Katanya, kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan anggota Umno silih berganti.

"Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli Umno untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendukung aspirasi mereka," katanya.

Najib berkata, dalam usia 65 tahun, Umno telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi. "Pengalaman dan sejarah telah menjadikan Umno parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai Umno dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan," katanya.

Najib berkata Umno dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.

"Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam BN untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini di tempatnya yang hak di persada antarabangsa.

"Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita, Umno akan terus berjaya," katanya. -TMI

Ulasan GB

Patutlah media massa arus perdana melenting sangat isu "Pandi Kutty" lalu dituduhnya Anwar menggunakan perkataan kesat tersebut terhadap Najib.

Dituduhnya Anwar kian panik, lantaran itu terpaksa menyerang Najib menggunakan istilah "Anak Babi" tersebut.

Rupa-rupanya yang panik iaah Najib, bukan Anwar. Jika tidak masakan Najib mengisytiharkan dan mahukan Umno 'bunyikan semboyan, pukul gendang perang' seperti berita di atas.

Ia menunjukkan UMNO BN kini menggelabah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang pasti tiba.

UMNO BN sudah kehilangan "depositnya" di Sarawak. Mungkin di Sabah juga.

Alahai.... UMNO BN mungkin dimasukkan ke ICU selepas ini... mintak nyawa...

Papagomo Suruh ISAkan "Anjing Besar", Blogger Marahku Gantung Keyboard?

Posted: 11 May 2011 12:10 AM PDT

Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog" berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.

Ekoran pendedahan penulis blog Bigdog itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi? yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Blog "Bigdog" atau nama sebenar penulisnya, Zakir Mohammed menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion? mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan"Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

"Dalam isu gereja dan negara Kristian ini memang dari awal saya merasakan sangsi berhubung laporan yang ditulis Bigdog ini sebab dalam laporan itu tiada asas yang kukuh untuk mengatakan perjumpaan paderi itu adalah untuk membentuk jemaah yang sebulat suara menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

"Secara logik mustahil pihak Kristian dalam Malaysia boleh berikrar secara terbuka dalam hal ini, mereka tahu kewajaran dalam nak menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian tidak dapat dilaksanakan.

"Jadi bagaimana pula Bigdog ini boleh mengeluarkan satu perkara yang tidak pasti yang mana sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa akibat dari kebodohan Bigdog ini," katanya.

Justeru kata "Papa Gomo", kerajaan harus peka dan memandang serius terhadap laporan palsu yang dikeluarkan blog "Bigdog" kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara agama.

Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.

"Jika blog Bigdog terbukti menyebarkan fitnah sehingga menggugat keselamatan negara adalah satu kewajaran untuk Bigdog ditahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman awam tergugat.

"Kerajaan harus memandang serius isu yang dimomokkan blog Bigdog kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah kerajaan BN dan bukannya Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kita bela blogger yang merosakkan keharmonian kaum di Malaysia?" katanya.

Tegasnya, konsep 1 Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan dapat direalisasikan jika kerajaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap "Bigdog".

"Apa guna 1 Malaysia jika hal begini tidak dapat dibendung oleh kerajaan Malaysia. Saya yakin dan amat pasti pembangkang (Pakatan Rakyat) juga akan turut sama bersetuju agar ISA dikenakan ke atas blogger Bigdog jika terbukti dia salah menyebarkan laporan.

"Sudah sampai masa KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin ketenteraman awam, bagi saya berbaloi jika Bigdog ditahan di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia," katanya.

Blog Bigdog juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan. -TMI


"Konspirasi Kristian' dipadam di blog 'Marahku'




Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya "konspirasi negara Kristian".

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

"Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?" soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.

"Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan," tulisnya lagi.

Blog Shamsul di marahku. blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.

Utusan memetik postingnya yang berjudul "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?" yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya.

Namun, seorang lagi penulis blog pro-Umno yang dipetik oleh Utusan - Zakhir Mohamed, yang menulis di Bigdog.com, masih menulis dan meneruskan isu berkenaan di blognya.

Utusan memetik tulisannya yang berjudul"Making Christianity the official religion?" yang mendakwa 35 paderi pada satu majlis yang dianjurkan oleh ahli parlimen DAP Jelutong mengambil ikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. -mk


[Video] Bahasa Umno-Utusan Lebih Kesat Dari Pandi Kutty : Surendran

Posted: 10 May 2011 10:20 PM PDT

Shah Alam : Parti Keadilan Rakyat menganggap sebagai lucu, fitnah terbaru Umno dan Utusan Malaysia menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya menggunakan ungkapan 'Pandi Kutty' terhadap Perdana Menteri Najib Razak pada satu ceramah Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR, N Surendran yang hadir pada ceramah berkenaan berkata, Ketua Pembangkang menggunakan ungkapan itu hanya untuk menggambarkan rasa jijik terhadap taktik Umno menggunakan video lucah dan fitnah untuk menjatuhkan beliau.

"Saya berada di sana dan saya dengar Datuk Seri Anwar menggunakan perkataan itu secara umum. Dia merujuk kepada kelakuan dan politik jijik (Umno).

"Surat khabar Umno memperbesarkan perkara ini tetapi mereka sendiri menggunakan perkataan dan tuduhan lebih teruk daripada perkataan 'pandi kutty' Utusan dan Umno menfitnah orang liwat tanpa bukti, menuduh kononnya Anwar adalah pelaku dalam video seks walaupun tidak ada bukti," tambah beliau.

Rakaman ceramah itu di Dewan Hamzah Klang, Sabtu lalu oleh TvSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik kotor politik yang digunakan untuk menjatuhkan beliau.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyifatkan Umno sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar di ceramah yang dimaksudkan Utusang :

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar , kerana kononnya menggunakan ungkapan "pandi kutty" terhadap Perdana Menteri .

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."

Surendran berkata fitnah "pandi kutty" terbaru yang cuba disebarkan oleh Utusan Malaysia dan Umno melucukan.

"Jika dibandingkan dengan politik kotor BN, saya ingin ketawa bila saya lihat mereka tiba-tiba buat bising mengenai satu perkara yang begitu remeh seperti ini, " kata Surendran.

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Antara yang mengecam akhbar itu adalah Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Presidennya Hatta Wahari bekerja di Utusan tetapi dipecat minggu lalu kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan syarikat. -tvsnews



Terengganu Dah Dapat Hampir RM1 Billion Royalti, Kelantan Terus Disisihkan

Posted: 10 May 2011 09:10 PM PDT

Terengganu Terima Baki Royalti Minyak Pada Jun

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dijangka menerima semua baki wang royalti minyak sebanyak RM118 juta daripada Petronas melalui Kementerian Kewangan bulan hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia merupakan sebahagian daripada RM938 juta yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

"Pembayaran pertama wang royalti berkenaan berjumlah RM670 juta telahpun dibuat pada Mac lalu manakala RM150 juta diterima minggu ini dan bakinya sebanyak RM118 juta dijangka diterima bulan hadapan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa sebagai menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) yang meminta penjelasan berhubung jumlah wang royalti yang telah diterima sehingga Mac 2011.

Ahmad berkata, tiada perjanjian atau terma baru yang ditandatangani dan ia kekal dibayar lima peratus oleh Petronas melalui kerajaan pusat.

Kepada soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berhubung penggunaan wang royalti oleh badan-badan kerajaan atau negeri-negeri lain untuk membina projek perumahan, Ahmad berkata tuntutan bagi perkara itu masih dijalankan.

"Kita mahu lihat ada berapa bakinya dan selepas ini kita mahu ia diselesaikan sekaligus," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Terengganu diberikan bayaran royalti setelah ia diperintah semula oleh UMNO-BN. Tetapi Kelantan terus dinafikan hak royalti kerana ia diperintah oleh PAS.

Memang dasar UMNO BN tidak menghormati federalisma.

Jika Kelantan telah mengheret Petronas untuk mendapatkan semula royalti minyak, Pakatan Rakyat sepatutnya bertindak mengheret kerajaan pusat ke muka pengadilan juga, ke mahkamah antarabangsa kerana mencabuli konsep federalisma kerana menyisih dan menzalimi kerajaan Kelantan.

Kepada semua rakyat, berdoalah agar Kerajaan UMNO BN tumbang lantaran kkezaliman dan kekejamannya itu. Takbir!


[Video & Bergambar] Ibu Lahirkan Anak Dua Kepala

Posted: 10 May 2011 08:00 PM PDT

Beijing - Seorang ibu melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di sebuah hospital di bandar Suining, wilayah Sichuan, China pada minggu lalu.

Bayi itu berkongsi dua tangan dan dua kaki dilahirkan menerusi pembedahan.

Kembar ganjil itu menghidap dicephalic parapagus kerana bayi berkenaan hanya berkongsi satu badan yang menyebabkan pembedahan untuk memisahkannya tidak boleh dilakukan.

Bayi seberat 4.05 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu dilahirkan selepas satu sel telur gagal untuk berpecah dengan sempurna dan dianggap jarang berlaku dengan kebanyakan kes seperti ini dikesan di Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimanapun, di Barat, pada 2009, Lisa Chamberlain dari Portsmouth melahirkan kembar Joshua dan Jayden yang berkongsi satu badan. - Agensi








Mullen: Teoh Dalam Kumpulan Berisiko Rendah Untuk Membunuh Diri

Posted: 10 May 2011 06:00 PM PDT

Psikiatri: Teoh dalam kumpulan berisiko rendah

Jika Teoh Beng Hock membunuh diri, ia ada kaitan dengan usaha menjejaskan kestabilan psikologinya ataupun cuba menakut-nakutkannya sehingga mengakibatkan kematian, kata seorang pakar psikiatri hari ini.

Menurut laporan oleh Dr Paul E Mullen, yang dikemukakan kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, mangsa diklasifikan sebagai "kumpulan berisiko rendah".

Mullen, seorang profesor psikiatri forensik di Universiti Monash, Melbourne, Australia, dibawa oleh Majlis Peguam bagi menentukan ciri-ciri keperibadian Teoh dan keadaan mindanya bagi membantu RCI menyiasat punca dan faktor-faktor yang menyuumbang kepada kematiannya.

"Soalan kepada mereka yang diwawancara menunjukkan Teoh seorang yang teratur, kemas dan menmpunyai kecederungan untuk menjadi sempurna.

"Tiada bukti yang dijumpai bagi menunjukkan mangsa mengalami perasaan pilu atau sedih keterlaluan atau juga ketegangan yang luar biasa.

"Personaliti Teoh dan kelakuannya tidak menunjukkan sebarang cadangan bahawa beliau mempunyai risiko untuk membunuh diri.

"Justeru, pendapat saya, Teoh Beng Hock jelas dalam kumpulan berisiko rendah untuk bunuh diri apabila beliau dibawa dalam tahanan SPRM,"
kata Mullen.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga mendapatkan pendapat sendiri dengan melantik perunding psikiatri forensik Dr Badi'ah Yahya dan psikiatri komuniti Dr Nor Hayati Ali.

Badi'ah iberkhidmat di Hospital Permai di Johor manakala Nor Hayati adalah dari Hospital Selayang, Selangor.

Kedua-dua Badi'ah dan Nor Hayati dalam laporan mereka tidak memberikan kesimpulan yang menyeluruh.

"Pada pendapat kami, Teoh mempunyai risiko untuk membunuh diri dan faktor melindungi dirinya yang mengurangkan risikonya bagi berbuat demikian," kata mereka.

Teoh dibawa ke ibu pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam Shah Alam pada 15 Julai 2009 untuk disoal-siasat berhubung dakwaan salah guna dana oleh majikannya ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

Beliau dijumpai mati pada koridor tingkat kelima bangunan yang sama pada keesokan harinya.

Keterangan oleh pegawai kanan SPRM semasa prosiding telah melepaskan Ean Yong daripada sebarang kesalahan.

Suruhanjaya yang bersidang sejak 14 Februari lalu, berakhir hari ini selepas saksi ke-70, iaitu Dr Ba'diah selesai memberi keterangannya. -mk


Siasatan kematian Beng Hock berakhir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock yang bersidang sejak 14 Februari lalu, berakhir semalam selepas saksi ke-70, pakar perunding forensik psikiatri, Dr Ba'diah Yahya selesai memberikan keterangannya.

Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, suruhanjaya sudah selesai mengumpulkan keterangan dan bahan bukti daripada semua saksi dengan dibantu barisan pegawai pengendali, peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam dari Majlis Peguam.

Cheng Yuen berkata, Suruhanjaya perlu mengemukakan laporan hasil siasatan itu kepada Yang di-Pertuan Agong pada 24 Jun ini, jadi semua pihak perlu menghantar hujahan secara bertulis masing-masing sebelum 24 Mei ini.

Sementara itu, Dr Ba'diah yang mengetuai Unit Forensik Psikiatri, Hospital Permai Johor Bahru, dalam prosiding semalam, mengemukakan laporan yang disediakannya bersama pakar psikiatri Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri, Hospital Selayang, Dr Nor Hayati Ali, untuk membantu suruhanjaya.

Merujuk laporan itu, Dr Ba'diah berkata, selepas mengambil kira semua perkara mereka berpendapat besar kemungkinan Beng Hock membunuh diri daripada sebab kematian yang lain.

"Pemeriksaan pihak forensik di pejabat SPRM tidak menemui sebarang senjata, tanda pergelutan atau kesan darah. Malah tingkap yang dikatakan Beng Hock terjun, dalam keadaan terbuka dan ada kesan comot cap jari, telapak tangan serta kesan berminyak pada cermin tingkap," katanya.

Dr Ba'diah berkata, berada dalam keadaan tidak dijangka (disiasat SPRM), Beng Hock dilihat cemas apabila dilihat pada tindakannya membuat 27 panggilan telefon termasuk majikannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ketika pegawai SPRM memeriksa pejabatnya.

Bagaimanapun, katanya, dengan mengambil kira kajian dibuat terhadap mereka yang berisiko tinggi membunuh diri, Beng Hock tergolong individu berisiko rendah untuk berbuat demikian.

Katanya, berdasarkan kajian kecenderungan seseorang membunuh diri dalam keadaan biasa adalah berbeza berbanding mereka yang berada dalam tahanan.

Dr Ba'diah berkata, disebabkan itu mereka berpendapat Beng Hock memiliki kedua-dua faktor iaitu yang mendorongnya dan menghalangnya daripada membunuh diri.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak berhak untuk menyatakan sama ada Beng Hock ditolak atau diheret keluar daripada tingkap kerana tiada bukti kukuh untuk mencadangkannya.

Sementara itu, profesor pelawat di Institut Psikiatri London, Dr Paul E Mullen, yang dijemput Majlis Peguam, berpendapat sebaliknya dan merumuskan sikap dan personaliti Beng Hock tidak menunjukkan dia seorang yang cenderung atau berisiko untuk membunuh diri. -bh




"Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahu Akbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan

Posted: 10 May 2011 04:30 PM PDT

Sultan Yang Prihatin

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai 'saya' bukannya 'beta' sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

> Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan "Daulat Tuanku" yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan "Allahu Akhbar". Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.

> Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik... Insya-Allah.

> Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)

> Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah "Alhamdulillah..."

> Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

> Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.

> Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)

> Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

> Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara...

> Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

> Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.

> Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

Ulasan GB

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya....

Sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa 'alif lam mim' satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang nih.


Waspada Jemaah Haji: Jangan Terbeli Air Zamzam Palsu

Posted: 10 May 2011 08:15 AM PDT

Makkah: Sejumlah besar pendatang haram dan sesetengah warga Arab Saudi menjadikan kerjaya menjual air Zamzam palsu kerana mampu meraih keuntungan lumayan.

Gambar: RAMAI pendatang asing dan warga Arab Saudi sendiri didakwa menjual air Zamzam palsu di Makkah.

Mereka mencampurkan air suci itu dengan air biasa dan menjual campuran terbabit sebagai air Zamzam asli.

Penjual air Zamzam palsu berleluasa di sepanjang lebuh raya, di sekitar jalan keluar dan masuk ke Makkah dan berhampiran masjid suci. Mereka terus menjalankan perniagaan haram tanpa mengendahkan pihak berkuasa yang sentiasa memburu mereka.

Arab News membuat tinjauan ke tempat di mana air Zamzam palsu dijual. Kunjungan bermula berhampiran Masjidil Haram di kawasan Al-Ghazzah, di mana ramai orang dari kalangan masyarakat Afrika melakukan kerja haram itu.

Mereka membeli tong kosong baru dalam pelbagai warna, meletakkan kuantiti sedikit air Zamzam di dalamnya dan memenuhkan bakinya dengan air biasa.

Mereka melakukan campuran air di tempat tersembunyi dan kemudian membawa produk palsu berkenaan ke kawasan Al-Ghazzah yang penuh dengan jemaah dan pelawat.

Operasi penjualan berterusan 24 jam sehari, namun mereka akan melarikan diri dan bersembunyi apabila dikesan pasukan keselamatan.

Di kawasan Kudai, yang mempunyai stesen pengepam air Zamzam, sejumlah warga Afrika, Myanmar dan Bangladesh, memenuhkan tong dengan air Zamzam.

Mereka mengosongkan bahagian air dalam bekas lain, memenuhkannya dengan air biasa dan menjual campuran itu kepada jurujual di sekitar Lebuh Raya Jeddah-Makkah.


Mereka melakukan kegiatan haram itu jauh daripada pandangan polis. Sepanjang lebuh raya, terutama berhampiran stesen minyak di sekitar tempat keluar Makkah ada sekumpulan orang menjual air palsu tanpa henti.

Mereka memuatkan bekas air dalam trak kecil yang diletakkan di sana dan kemudian menutupnya dengan kain.

Mereka balik ke rumah pada waktu malam dan kemudian kembali pada hari berikutnya untuk meneruskan kegiatan. Air yang dijual itu yang mungkin terdedah kepada cahaya matahari dan habuk, menjadikan produk palsu itu tidak bersih.

Penjual air Zamzam palsu mungkin mengaut keuntungan lebih SR400 (RM318.91) sehari dan meningkat sehingga SR600 (RM478.36) ketika hujung minggu dan cuti sekolah musim panas. Segelen besar air campuran itu dijual dengan harga SR15 (RM11.96), sederhana pada harga SR10 (RM7.97) dan kecil pada harga SR5 (RM3.98). Mereka membeli air Zamzam di stesen pengepam pada harga SR2 (RM1.59) segelen. – Agensi

[Video] Ada Cubaan Untuk Membunuh Anwar

Posted: 10 May 2011 06:45 AM PDT

Pemandu peribadi Ketua Umum PKR hari ini, membuat laporan polis mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga.

Abdullah Sani bin Said (gambar) yang berkhidmat dengan Anwar selama 28 tahun membuat laporan polis pada pukul 4.00 petang di Balai Polis di Merchant Square, Damansara. Beliau di iringi peguam Murnie Hidayah binti Anuar dan Afiq Mohd Noor.

Menurut Abdullah Sani, pada 19 April lalu, beliau memandu kereta jenis Mercedes Benz S350, membawa Ketua PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ke Perak.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Chemor dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekitar jam 1 pagi, secara tiba-tiba sebuah lori memasuki lorong kanan dan Abdullah terpaksa tekan pedal brek secara mendadak.

"Saya terasa kereta yang dipandunya bergegar kuat tidak seperti biasa.

Tayar kanan bahagian belakang terkunci dan tersekat," katanya.

Apabila berjaya menghentikan kereta dibahu jalanraya, Abdullah melihat serpihan brek disc brake di atas jalan.

Setelah menghantar kereta ke bengkel untuk membaikinya mekanik bengkel tersebut memberitahu bahawa brek disc belakang hilang satu caliper guide pin bolt.

"Saya terkejut kerana dalam pengalaman saya tidak mungkin pin bolt boleh tanggal sendiri atau jatuh. Saya percaya ini adalah satu muslihat oleh pihak tertentu untuk membuat sesuatu terhadap Anwar dan keluarganya," tambahnya.

Beliau mengambil masa satu bulan untuk membuat laporan polis kerana menunggu laporan bertulis daripada bengkel kereta.

Menurut laporan bertulis Azman Hassan, ketua mekanik bengkel RCY Benz Auto Service Sdn Bhd, agak mustahil 'pin bolt' yang mengikat 'brake caliper' boleh tercabut dengan sendiri.

Sementara itu, peguam Murnie Hidayah berkata pihaknya tiada mengesyaki sesiapa dalam hal ini dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.-FMT


Pemandu dakwa kesan usaha mahu bunuh Anwar, brek kereta diusik

PETALING JAYA, 10 Mei — Pemandu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.

Laporan polis dibuat di balai polis Tropicana di sini petang ini oleh pemandu Anwar, Abdullah Sani Said.

Balai polis itu terletak beberapa pintu dari ibu pejabat PKR di sini.

Abdullah Sani, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350 bernombor KCD 77.

Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada Anwar oleh rakan beliau.

Ketika kejadian kata Abdullah Sani, dia dan seorang pembantu Anwar iaitu Mohd Nurol Sayah baru sahaja mengambil isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dari satu majlis PKR di Chemor dekat Ipoh.

"Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 1 tengah hari, sebelum susur keluar Sungkai dekat KM353, sebuah lori secara tiba-tiba memotong ke arah laluan kanan dan memaksa saya menekan brek kereta," katanya dalam laporan polis dibuat hari ini.

Abdullah Sani berkata, ketika dia cuba menekan brek keretanya, Mercedes S350 dipandunya mula menggetar dengan kasar.

"Saya dengar bunyi seolah-olah ada yang bunyi kasar dari bahagian belakang.

"Secara tiba-tiba tayar belakang seolah-solah terkunci dan tersekat, memaksa saya sedaya upaya memandu kereta ke arah bahu jalan," katanya.
Kata Abdullah Sani, pemeriksaannya mendapati ada serpihan cakera brek kereta yang telah berpecah di atas jalan.

Katanya, dia dengan segera menghubungi kereta tunda di Slim River dan kereta itu dibawa ke bengkel RCY Benz di Glenmarie, Shah Alam untuk pemeriksaan.

Di bengkel, kata Abdullah Sani, dia dimaklumkan oleh mekanik bahawa cakera brek bahagian belakang kehilangan satu 'pin bolt', yang lazimnya berperanan sebagai penyokong kaliper brek.

"Saya dimaklumkan mustahil bagi 'bolt' terkeluar tanpa diusik," katanya.

Kata Abdullah Sani, berdasarkan penjelasan mekanik, adalah jelas bahawa "ada pihak" yang telah cuba untuk mengusik kereta dengan matlamat mahu "menyebabkan kecederaan atau membunuh" ketua pembangkang atau anggota keluarganya.

"Dan, atas nasihat mekanik, ini menunjukkan bahawa ada elemen sabotaj, dengan melihat kenderaan ini selalu digunakan oleh Anwar," katanya lagi.

Kata Abdullah Sani, dia khuatir tentang keselamatan dirinya dan ketuanya, oleh itu berharap polis akan menjalankan siasatan dengan segera.

Aduan Abdullah Sani disusuli dengan laporan daripada mekanik bengkel, Azman Hassan.

Dalam deklarasinya, Azman mengesahkan "mustahil bagi 'pin bolt' untuk terkeluar dengan sendirinya tanpa diusik oleh mana-mana pihak.

"Saya mendapati punca insiden disebabkan oleh kehilangan satu 'pin bolt' pada kaliper brek.

"Untuk pengetahuan anda, perlu ada dua 'pin bolt'. Kehilangan salah satunya yang menyebabkan keseluruhan sistem brek sebelah kanan di bahagian belakang kereta rosak," katanya.

Berdasarkan pengalamannya, kata Azman, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai mekanik dan pakar dalam kerja-kerja menyelenggara kereta Mercedes Benz selama tujuh tahun, mustahil bagi 'pin bolt' terkeluar dengan sendirinya.

Di luar balai polis, wakil Lawyers for Liberty Murni Hidayah Anuar yang menemai Abdullah Sani berkata, dia membuat laporan kira-kira sebulan selepas kejadian kerana mereka menunggu laporan siasatan mekanik.

Abdullah Sani berkata, dia pernah memeriksa sistem brek kereta itu Oktober lalu dan tidak mengesan sebarang kekurangan pada kenderaan itu. -TMI




Video Seks, Kristian & Kini "Pandi Kutty"

Posted: 10 May 2011 05:58 AM PDT

Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi didakwa difitnah apabila dituduh menggunakan perkataan kesat "pandi kutty' terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu.

TV Selangor yang merakamkan ceramah penuh itu dalam laporannya hari ini berkata pita mereka langsung tidak menunjukkan Anwar menghamburkan perkataan kesat itu terhadap Najib.

Sebaliknya, pada ceramah itu Anwar membidas Najib dan taktik kotor politik yang digunakan Umno untuk menjatuhkan beliau.

Katanya, Umno-BN sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," kata Anwar pada ceramah itu..

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .

Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami "sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya."

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

Mengulas isu yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Bernama juga melaporkan Najib berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar. -mk


Pemimpin UMNO, NGO selar gelaran 'pandikutti' diberi kepada PM

KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO dan badan bukan kerajaan menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pandikutti' dalam bahasa Tamil bermaksud anak babi sebagai tindakan tidak bertamadun dan menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang tidak cukup matang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mungkin merasakan bahawa dia cukup sempurna kerana sanggup melemparkan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri.

"Saya pun hairan kenapa digunakan perkataan yang sedemikian rupa.. kalau kita boleh panggil apa nak panggil (kepada seseorang) kita kena tengok diri kita ini dulu baik atau tidak baik.

"Yang jadi masalahnya, dia (Anwar) tak pernah tengok diri dia dalam cermin... dia tak sedar yang dia sebenarnya 'pandikutti' bukan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebuah portal berita Ahad lalu melaporkan Anwar ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 masyarakat India pada perhimpunan Malaysian Indian Voice (MI-V) di Dewan Hamzah, Klang Sabtu lalu menggelarkan Najib sebagai `pandikutti'.

Tengku Adnan berkata, kenyataan atau cercaan yang keluar dari mulut Anwar bukan perkara baru kerana sebelum ini beliau juga dilaporkan sering menuding jari menyalahkan orang lain dan menganggap dia langsung tidak pernah melakukan kesalahan.

"Saya harap dia akan lebih bertamadun dan berharap perkataan seperti itu tidak patut lagi digunakan kerana kami lebih mengenali siapa Anwar," katanya.

Ditanya sama ada Anwar perlu memohon maaf atas kenyataannya itu, Tengku Adnan berkata, tidak ada gunanya meminta orang yang mengeluarkan kenyataan seperti itu meminta maaf, apa yang penting Anwar perlu bertindak seperti orang matang bukan bersifat keanak-anakan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan mendesak Anwar menarik balik cercaan terhadap PM yang disifatkan sebagai biadap dan kurang ajar.

"Cercaan Anwar yang melabel Perdana Menteri sebagai `pandikutti' sebagaimana yang dilapor Free Malaysia Today pada 8 Mei lalu, adalah suatu tindakan biadab dan sangat kurang ajar.

"Ia menampakkan kejelekan serta kedudukan beliau yang kini amat terperosok dan tertekan dengan permasalahan peribadi serta perbalahan yang meledak sesama anggota pembangkang," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata kenapa Anwar perlu menjelajah seluruh negara dan memaki hamun Perdana Menteri berhubung isu rakaman video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang itu. -BH


Ulasan GB

Yang nyata, Anwar tak sebut perkataan "pandi kutty" itu terkhusus untuk Najib. Tapi puak UMNO "terasa macam begitu".

Kalau tak silap GB ada satu pepatah Inggeris menyatakan begini: "Whatever you think - you're right."

Isu Kristian: Hishamuddin Dan Rais Perlu Dipertanggungjawabkan

Posted: 10 May 2011 04:30 AM PDT

Kristian: Konspirasi Umno-Utusan?

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut memberi contoh tindakan terbaru akhbar Umno itu yang meletakkan laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu.

Hishammuddin juga jelasnya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, yang mendakwa Anwar individu dalam video seks tersebut, sewaktu berceramah kepada guru di sebuah sekolah di Kelantan.

"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ini satu agenda yang di belakangnya Umno, sengaja untuk meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut adalah termasuk dalam perancangan Umno menjelang PRU-13 iaitu untuk melihat orang Melayu jauh dari PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya begitu hairan bagaimana begitu banyak akta-akta, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, tiba-tiba semacam ada satu konspirasi.

"Sekarang ini waktu untuk ambil tindakan, bukan untuk merai semua pandangan," katanya.

Beliau juga mendakwa trend yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku tahun 1987 apabila ketegangan kaum dimainkan sehingga membawa kepada Operasi Lalang ketika itu.

Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 106 terutama pemimpin pembangkang ditahan.

"Seperti ada kecenderungan ke arah itu," katanya. -HD


PAS gesa Hisham, Rais minta maaf berhubung laporan Utusan

KUALA LUMPUR, 10 Mei — PAS menuntut dua anggota Kabinet pentadbiran Najib memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana bersikap lepas tangan terhadap Utusan Malaysia, yang menyiarkan laporan didakwa cuba menimbulkan ketegangan antara agama.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap diambil Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilihat cuba melindungi Utusan Malaysia walaupun akhbar itu mengeluarkan laporan yang berunsur fitnah dan salah.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?", yang diterbitkan Sabtu lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

"Dua menteri ini kena memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesengajaan mereka memberikan respons yang tidak sewajarnya dengan niat menjadikan keadaan ini semakin gawat.

"Sepatutnya Hishammuddin (gambar) menggantung Utusan Malaysia sebagai tanda kita serius kepada perkara-perkara yang mengundang kepada keadaan yang tidak harmoni ini, Utusan Malaysia harus diberikan pengajaran kerana perbuatan Utusan Malaysia ini sudah melampau dan kalau dibiarkan akan berlaku huru-hara dalam negara," kata Mahfuz pada sidang media di sini.

Tambah beliau, Hishamuddin juga harus menggantung permit Utusan Malaysia bagi "melegakan" rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara.

"Saya minta Hishamuddin hentikan provokasi perkauman, tunjukkan sifat sayangi Malaysia dan bukan sifat sayangi kerusi empuk singgahsana mereka

"Kalau Hishammuddin enggan hentikan saya bersedia untuk berdebat dengan beliau supaya masing-masing boleh bentangkan sama ada betul atau tidak Melayu diancam, biar rakyat adili dan kita akan buktikan Umno adalah pengkhianat yang sebenar," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, laporan Utusan Malaysia itu telah menimbulkan keadaan tidak kondusif dalam negara selain berniat membangkitkan lagi api perkauman dan keagamaan.

"Laporan Utusan Malaysia telah menimbulkan keadaan yang tidak kondusif dalam negara dan jadikan rakyat tidak tenang kerana dirasuk oleh berita yang bersifat jahat, saya kira laporan itu menambahkan api perkauman dan keagamaan sempit yang sering dimainkan media Umno-BN.

"Kita tidak boleh biarkan perkara sebegini dibiarkan, tindakan harus diambil segera," katanya.

Selepas pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia, Rais berkata perkara itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Rais berkata, penelitian perlu dibuat terlebih dahulu sama ada bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang memecahbelahkan masyarakat atau pun yang menyentuh soal hasutan.

Sementara itu, Hishammuddin pula menyifatkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, jika benar, adalah sesuatu yang serius.

Katanya, apa juga tindakan dari satu agama akan mengundang reaksi dari penganut agama lain.

Tegas Mahfuz, laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia itu memperlihatkan Umno kini berada dalam keadaan semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Laporan seperti ini memperlihatkan politik Umno kini berdepan dengan keadaan sesak nafas yang menyebabkan saluran pernafasan politik Umno semakin sempit sehingga terpaksa gunakan pendekatan yang tidak bermoral, saya anggap apa yang dilaporkan itu menggambarkan Umno-BN sudah menyimpang dari landasan... iaitu sudah bawa negara keluar dari landasan demokrasi yang kita amalkan.

"Oleh itu saya nasihatkan Umno-BN jangan sampai menagih simpati pengundi Melayu dengan merosakkan seluruh struktur negara yang telah kita bina, pemimpin Umno tidak harus ambil pendekatan seperti penagih dadah yang tegar yang sanggup buat apa sahaja termasuk sanggup bunuh ibu sendiri untuk dapatkan dadah," katanya.'

Malah kata Mahfuz, "jangan sebab nak dapatkan sokongan sanggup rosakkan negara, tidak wajar Utusan Malaysia mengeluarkan laporan yang tidak tepat, laporan itu sangat serius dan Hishammuddin dan Rais perlu ambil tindakan," katanya. -TMI


Cuaca Panas Luarbiasa - Disebabkan Ribut Tropika Aere

Posted: 10 May 2011 03:20 AM PDT

Kuala Lumpur: Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini sehingga mencecah suhu di antara 35 hingga 36 darjah Celsius dijangka berakhir dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata, fenomena itu disebabkan Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini.

"Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya di sini, semalam.
Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. "Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur," katanya. -BH

Tiada ulasan: