Ahad, 8 Mei 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


TGNA: MCA Sendiri Tak Percaya Utusan, Takkan Saya Nak Percaya

Posted: 08 May 2011 12:20 AM PDT

Nik Aziz ragui laporan akhbar

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui laporan sebuah akhbar arus perdana yang mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu jadikan Kristian agama rasmi negara.

"MCA pun tidak percaya akhbar ini, takkan saya mahu percaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Muamalat dan Perbankan Islam peringkat Kebangsaan, di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan terdapat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut laporan itu yang memetik sebuah blog menyatakan majlis itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi namun beliau menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu 'bigdog' menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku.

Difahamkan, majlis makan malam dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel kelmarin. -SH


Yang Lain Hangus Kecuali Al-Quran & Kain Ela

Posted: 07 May 2011 11:10 PM PDT

Kuala Krai - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram. -kosmo

Ulasan GB

Firmanullah s.w.t:

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan menjaganya." (Surah al-Hijr ayat 9)


Laporan Palsu Blogger UMNO & Utusan: Gereja Timbang Untuk Saman

Posted: 07 May 2011 09:50 PM PDT

Kristian-Islam: Gereja timbang saman Utusan siar laporan palsu

GEORGE TOWN, 8 Mei — Bishop Antony Selvanayagam (gambar) mendakwa Utusan Malaysia berbohong kononnya Gereja Katolik Pulau Pinang berperanan dalam konspirasi, didakwa mahu menjadikan individu beragama Kristian sebagai perdana menteri sambil menegaskan, ia akan berunding dengan peguamnya mengenai bakal tindakan perundangan ke atas akhbar tersebut.

Katanya, beliau dan pertubuhan itu tiada tahu-menahu mengenai pertemuan yang Utusan Malaysia dakwa telah diadakan untuk menjadikan perdana menteri daripada kalangan komuniti Kristian dan mengubah status agama rasmi negara ini.

"Laporan itu tidak benar. Tiada pertemuan sedemikian di mana-mana gereja Katolik atau kemudahan di sini. Sebaga biskop, saya pastinya tahu," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi malam tadi.

"Ini laporan palsu," kata Selvanayagam.

Katanya, tiada mana-mana pihak kecuali The Malaysian Insider yangmenghubungi beliau untuk mendapatkan kesahihan maklumat sebelum menerbitkan laporan tersebut.

Justeru ditanya sama ada beliau bercadang untuk mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia, katanya:

"Dengan segera, buat masa sekarang, saya tidak dapat memberitahu apa-apa. Saya perlu berunding dengan Gereja Katolik dan penasihat undang-undang saya."

Selvanayagam, yang menjadi biskop sejak 1980 juga menolak dakwaan mengaitkan Gereja Katolik dengan konspirasi politik untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

"Setahu Gereja Katolik, kami tidak terlibat," katanya sambil menafikan keras tindakan kumpulan-kumpulan Islam untuk membawa gereja ke dalam kontroversi ini dengan menimbulkan isu pertikaian kalimah "Allah".

Utusan Malaysia edisi semalam membawa laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi", berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan syarat agama atau kaum bagi seseorang menjadi perdana menteri.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan malam kelmarin.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi juga menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut sebagai tetamu.

Petang semalam, DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. -TMI

Renungan Hari Ibu: Apabila Perempuan Melahirkan Tuannya....

Posted: 07 May 2011 08:15 PM PDT

Anak ugut bunuh ibu guna SMS

GOMBAK: Seorang ibu kini berada dalam ketakutan apabila anak lelakinya mengugut untuk membunuhnya dan ahli keluarga lain jika tidak memberi wang kepadanya.

Dalam kejadian di Bandar Baru Selayang, di sini kelmarin, ibu malang berusia 55 tahun itu diugut anaknya yang berusia 24 tahun supaya memberi wang RM5,000 kepadanya.

Permintaan itu ditunaikan ibu berkenaan, namun anak nya itu bagaikan tidak mengenang budi apabila meminta wang tambahan sebanyak RM500 lagi.

Menurut sumber polis, walaupun diberikan wang, anak lelaki mangsa masih lagi mengganggu hidup ibunya itu dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyebabkan mangsa kini berada dalam ketakutan.

"Anak lelaki mangsa meminta wang RM100,000 dengan mengugut mahu membunuh mangsa, bekas suami mangsa yang juga ayah kepada suspek serta tiga ahli keluarga lain jika permintaan tidak ditunaikan," katanya di sini, semalam.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan itu.


Tergamak halau emak guna duit arwah bapa

KUALA LUMPUR: Ketika ramai anak memikirkan hadiah sesuai untuk diberikan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu, Ahad ini, seorang wanita pula 'berendam' dengan air mata selepas dihalau anak tunggal yang berang kerana ibu terbabit dikatakan menggunakan wang di dalam akaun arwah bapa tanpa pengetahuannya.

Dalam kejadian yang berlaku pertengahan bulan lalu, wanita malang berusia 61 tahun itu terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya akibat anak lelaki tunggalnya yang berusia lingkungan 30 tahun tidak lagi mempedulikannya sejak bapa meninggal dunia pada Oktober lalu akibat serangan jantung.

Penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin (gambar) berkata, berikutan pengeluaran yang dibuat warga emas itu anaknya tergamak menghalau wanita itu dari rumahnya di Shah Alam kerana berpendapat duit akaun itu wang pusaka dan dia sebagai anak lelaki tunggal mempunyai bahagian paling banyak.

Katanya, anak terbabit menuduh ibunya memakan duit haram, malah akibat marah mereka sering bertengkar dan keadaan menjadi lebih buruk apabila isteri si anak masuk campur serta menyebelahi suaminya.

Berikutan itu katanya, akibat terlalu marah, anak menghalau ibu keluar dari rumahnya April lalu dan walaupun ibu enggan tapi terpaksa mengalah kerana rumah terbabit dipindah milik nama anak pada 2008. Ariffin berkata, sehingga kini, kes pusaka itu belum boleh dimulakan kerana banyak dokumen peribadi milik arwah suami wanita itu berada di rumah berkenaan manakala anak enggan bekerjasama dengan ibunya malah melarang wanita itu memasuki kediamannya.

"Hari ini ibu malang itu terpaksa menumpang di rumah adiknya. Kes ini bermula semasa hidup, bapanya membeli sebuah rumah banglo di Shah Alam dan memindah milik rumah itu dari namanya kepada nama anak lelaki pada 2008 atas dasar kasih sayang. "Ketika pindah milik dibuat, perjanjian lisan antara mereka ialah anak akan menjaga kebajikan dan memelihara ibunya sekiranya dia meninggal dunia. "Bagaimanapun selepas bapa meninggal dunia Oktober lalu, anak mula mengabaikan ibu dan meninggalkannya dengan pembantu rumah ketika dia bersama isteri bercuti, malah tidak mempedulikan ibunya walaupun sakit menyebabkan wanita itu terpaksa guna wang dari akaun bersama dengan arwah suaminya untuk perbelanjaan seharian dan perubatannya sebelum dihalau," katanya. -HM


Ulasan GB

Sempena Hari Ibu - Satu renungan.

Firmanullah


Artinya : Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS, Al-Luqman 14)


Artinya: Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra' 23)

Hadith Nabi s.a.w.

Dari sahabat abu hurairah radiyalhu 'anhu beliau berkata : Datang seorang pria laki-laki kepada rasulullah kemudian dia bertanya : Wahai rasulullah, siapakah yang paling berhak untuk kuperlakukan dengan baik?" Beliau bersabda, "Ibumu", Orang tersebut bertanya lagi,"kemudian siapa?". Beliau bersabda,"Ibumu". Orang tersebut bertanya lagi,"kemudian siapa?". Beliau bersabda,"Ibumu". Orang tersebut bertanya lagi,"kemudian siapa?". Beliau bersabda,"Bapakmu" (HR. Bukhari dan Muslim)


Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), ………… kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim)








Pilihanraya Singapura: PAP Kembali Berkuasa, Populariti Menurun, Menteri Luar Tewas.

Posted: 07 May 2011 05:58 PM PDT

Parti pemerintah Singapura, People's Action Party (PAP) kembali berkuasa hari ini dengan majoriti besar namun menghadapi penurunan pada populariti dan tewas di satu daerah utama ke tangan pembangkang.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong, 59, mengakui pilihanraya parlimen semalam menunjukkan satu "anjakan ketara" di dalam lanskap politik Singapura, yang telah diperintah oleh PAP semenjak 52 tahun yang lalu.

Pembangkang menang enam kerusi yang dilihat prestasi sederhana diukur dengan nilai antarabangsa namun ia adalah prestasi terbaik mereka semenjak Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Parti PAP memenangi 81 dari 87 kerusi Parlimen, menurun dari kemenangan 82 dari 84 kerusi semasa pilihanraya 2006, dan jumlah undi popular keseluruhannya jatuh dari 67% kepada 60% sahaja dalam tempoh yang sama.

Di dalam satu saingan paling sengit, Menteri Luar Singapura George Yeo dan empat calon PAP yang lain tewas kepada Parti Pekerja di dalam parlimen Al-Junied GRC, memaksa beliau tersingkir dari kabinet.

Kawasan Aljunied GRC, yang mempunyai 143,000 pengundi, jatuh kali pertama ke tangan pembangkang.

Seorang pengundi AlJunied GRC, Nuraini Malik, 22, pelajar sebuah universiti memberitahu Yahoo! Singapura, "Saya amat gembira kerana Parti Pekerja menang... Saya turut sedih George bukan lagi seorang menteri, kerana beliau adalah seorang menteri yang bagus. Tetapi, saya tetap gembira kerana pasukan Parti Pekerja ini betul-betul cemerlang di dalam ceramah-ceramah dan manifesto mereka."

Beliau menambah, "Saya dapat rasakan angin perubahan sedang berlaku. Dan adalah bagus mereka menang untuk membenarkan kita hidup dan menghirup udara segar demokrasi. Sekarang kita berharap mereka dapat menunaikan tanggunjawab mereka!

PM Lee pula di dalam ucapan sulungnya menerusi televisyen selepas pilihanraya ini berkata, "Ini adalah pilihanraya yang mempunyai penanda aras. Ia diadakan selepas lima tahun yang penuh dengan pelbagai peristiwa. Ini adalah dunia yang berbeza dalam tahun 2011 berbanding 2006, dan sebuah Singapura yang juga berbeza."

PAP akan melakukan "kajian mendalam" dan meluahkan untuk bekerjasama dengan ahli parlimen pembangkang, yang memenangi 6 kerusi disamping memberikan tentangan hebat kepada PAP di seluruh pulau Singapura di dalam pilihanraya kali ini.

Pilihanraya semalam merupakan prestasi terburuk PAP semenjak kali pertama pilihanraya diadakan di Singapura pada 1959.



Blogger UMNO Tegur Najib: Lebih Baik Tumpukan Negeri Yang BN Masih Kuasai Drp Rebut Selangor

Posted: 07 May 2011 04:15 PM PDT

Satu pendapat: 'If you want to damage the country give it to UMNO to rule, if you want to make it worst give it to UMNO to repair' Oleh Aspan Alias (gambar)

Dato Seri Najib berkata yang UMNO akan melakukan segala-galanya dan apa jua caranya untuk menawan kembali negeri Selangor dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya maksud 'at all costs' yang disebut oleh PM Najib itu.

Adakah PM Najib memberi isyarat yang cara yang dikatakannya itu tidak dibatasi oleh undang-undang dan etika demokrasi? Saya menjawab, "manalah saya tahu. Takkan orang pencen yang duduk di rumah sahaja boleh mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Najib bagi UMNO kembali ke Selangor untuk memerintah".

Kalau dikira dari sudut matematiknya UMNO amat sukar untuk mendapatkan kembali negeri terkaya itu. Kita perlu mengkaji sebab yang menyebabkan UMNO Selangor itu rebah semasa pilihanraya yang lalu. Selangor memang sebelum ini merupakan kubu kuat BN khususnya UMNO dan tidak siapa pun terfikir yang UMNO akan mengalami kekalahan dalam mana-mana pilihanraya.

Dalam keadaan itu sekali pun kita telah menyaksikan UMNO tumpas dalam pilihanraya 2008 yang lalu dan hilang kuasa mentadbir negeri itu di tangan Pakatan Rakyat. Selalunya jika sesebuah parti memerintah kerajaan negeri, parti pemerintah itu susah untuk digulingkan kerana 'networking' yang terbina itu akan menjadi mantap dari masa kesemasa.

Kerajaan negeri selalunya akan menguasai pengaruh pemikiran rakyat di setiap kampong melalui JKKK yang merupakan struktor pentadbiran yang terendah di dalam sistem kerajaan kita. Tentunya rakyat yang kesemuanya ditadbir oleh JKKK ini akan menerima segala bentuk bantuan pembangunan kerajaan negeri kerana JKKK inilah saluran bantuan kepada rakyat akan disampaikan oleh kerajaan negeri.

Mahu tidak mahu kerajaan negeri Selangor telah menunjukan prestasi yang agak lebih baik dari apa yang diusahakan oleh kerajaan yang terdahulu. Jika kita lupakan isu politik partisan, maksud saya lupakan bab UMNO atau PR, Khalid Ibrahim merupakan Menteri Besar yang lebih berdedikasi dari MB-MB yang terdahulu. Jika kita dengar isu keburukan Khalid ia selalunya dinyanyikan oleh kumpulan politik yang bertentangan semata-mata untuk mendapatkan perhatian rakyat.

Satu perkara lagi yang menjadi perhitungan rakyat ramai ialah tentang momokan terhadap PR yang dimainkan oleh media perdana sejak berdekad-dekad dahulu yang tidak ada parti selain dari UMNO mampu memerintah sudah jelas tidak diterima rakyat lagi kerana momokan itu sudah terbukti meleset dari pandangan rakyat. Parti-parti pembangkang sekarang semua ada pengalaman memerintah sejak pilihanraya 2008 yang lalu dan nyata momokan terhadap PR sebelum ini tidak boleh lagi dijadikan isu oleh UMNO dan BN sekarang ini.

Kalau ada pun isu yang dimainkan oleh UMNO terhadap kerajaan PR Selangor ia hanyalah isu-isu yang dicari dan dibelek untuk diisukan seperti orang mencari kutu dalam rambut. Segala isu-isu remeh akan ditimbulkan untuk diskredit kerajaan negeri itu khusunya terhadap MBnya sebagai cara mendapatkan kembali pentadbiran kerajaan negeri itu selepas pilihanraya yang akan datang.

Yang menjadi perhatian sekarang siapa yang akan menerajui Selangor jika BN mengambil alih? Khir Toyo atau Noh Omar atau pun Mohd Zain Mohammed? Ramai berpendapat yang jika salah seorang dari nama ini dijadikan ketua untuk membawa perubahan di negeri Selangor, BN tidak akan mendapat sokongan kerana mereka bukanlah 'material' untuk membawa perubahan.

Mereka merupakan pemimpin-pemimpin yang telah membawa masalah kepada negeri itu yang menyebabkan BN tersembam di dalam pilihanraya yang lalu. Bagaimana pula mereka pula yang hendak membawa perubahan? Jika ini lah orang-orangnya yang akan dinamakan sebagai pengganti kepada kerajaan sekarang maka adalah tidak salah jika kita anggapkan yang ia akan terhempas sebelum terbang.

Rakyat sentiasa bertanya jika mereka yang telah merosakan sistem politik negeri itu bagaimana pula mereka yang kehadapan kononnya untuk memperbaiki keadaan yang dituduh sebagai tidak baik. Ada seorang rakan saya berkata, "If you want to damage the state give it to UMNO to rule, if you want to make it worse give it to UMNO to repair".

UMNO, kepada rakyat khususnya rakyat Selangor telah melihat bukti yang semasa memerintah negeri itu banyak ketidak telusan pimpinan di lihat oleh rakyat maka itulah sebab yang besar kenapa rakyat memilih pembangkang dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang puak ini jugalah yang sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Selangor.

Kita akui, didalam politik segala kemungkinan boleh berlaku tetapi kemungkinan itu tentulah beralaskan kepada situasi yang boleh diambil kira dengan tepat. Bagi Selangor kemungkinannya ada tetapi ia amat tipis selagi tidak ditentukan siapa yang akan menerajui kerajaan jika diberi mandat oleh rakyat.

Selain dari itu isu nasional juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan samada Selangor mampu ditawan oleh BN. Isu video seks jelas menjadi 'counter productive' bagi BN. Rakyat menjadi mual dengan isu itu diperbesarkan dengan keterlaluan. Ini yang BN gagal untuk memahaminya.

Buat masa ini saya secara peribadi lebih cenderung untuk melihat UMNO memusatkan tumpuannya kepada negeri-negeri lain yang masih dikuasainya agar negeri-negeri itu tidak hilang dari genggaman parti lawan.

Ramai pendapat umum bahawa N Sembilan, Pahang dan Trengganu adalah negeri-negeri yang keberangkalian akan kalah adalah besar. Isu yang terbesar bagi ketiga-tiga buah negeri ini adalah sama; iaitu isu kepimpinan Menteri Besar mereka.

Ramai bertanya kenapalah ketiga MB ini masih berada di Pejabat Menteri Besar sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba. Tetapi kalau rakyat menolak nanti, rakyat dan parti pembangang juga dipersalahkan.

UMNO tidak pernah bersalah. Yang lain semuanya bersalah termasuk mereka yang mengkritik untuk memperbaiki parti itu. -aspan alias

Ulasan GB

Di dalam UMNO, blogger-blogger sebegini biasanya akan tersisih. Dan kemudian akan di belasah secukup-cukupnya oleh blogger UMNO yang sifatnya kuat mencarut dan memfitnah.



Perkasa Buat Laporan Polis, PR Juga Patut Buat Laporan Polis Terhadap Blogger UMNO Dan Utusan

Posted: 07 May 2011 07:45 AM PDT

Negara Kristian: PERKASA buat laporan polis

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 3.20 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan polis dibuat, yang dipertua PERKASA Wilayah Persekutuan Sharifuddin Abdul Hamid berkata dakwaan yang timbul itu adalah satu hasutan.

"Jika benar seperti apa yang dilaporkan, ia merupakan satu hasutan kepada masyarakat Kristian untuk mengembangkan agama itu bagi menjadikan satu hari jumlah penganut Kristian adalah majoriti dalam negara ini (dengan) pelbagai cara.

"Saya bimbang pendekatan ini akan menyemarakkan kemarahan umat Islam dalam negara ini," laporan polis itu dipetik.

Sehubungtan itu, beliau mahu polis menyiasat laporan tersebut.

Pada sidang medianya selepas itu, Sharifuddin berkata pihaknya mengetahui perkara tersebut berdasarkan laporan akhbar tersebut.

"Ia boleh memporak perandakan keselamatan (negara) sedangkan Islam adalah agama persekutuan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan PERKASA selepas ini, Sharifuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua ahli PERKASA di semua negeri untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.

"Kita bertindak mengikut saluran undang-undang. Kita tidak akan bertindak sesuka hati. Harap polis dapat menyiasat," katanya.

Kira-kira 20 anggota PERKASA Wilayah mengiringi Sharifuddin membuat aduan polis tersebut.

Di Georgetown, Bernama melaporkan PERKASA Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.

Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Sementara itu, Jurucakap Pertubuhan Pembelas Islam (PEMBELA) Yusri Mohamad juga menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan blog pro-Umno dan Utusan tersebut.

"Jika jelas (berlaku) maka ia bercanggah dengan undang-undang dan boleh membawa kepada hasutan.

"(Negara) kita ada undang-undang, jika degil untuk dipatuhi, undang-undang perlu dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membentangkan resolusi forum "Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita? di ibu negara hari ini. -mk

Ulasan GB

Pakatan Rakyat juga perlu buat laporan polis terhadap dua blogger UMNO tersebut dan akhbar Utusan Malaysia kerana menimbulkan isu yang sengaja direka-reka untuk menghasut rakyat.

Tindakan melampau pihak berkenaan perlu dilaporkan kepada polis, kerana apa yang berlaku pihak tertentu membuat laporan polis terhadap isu berkenaan yang berpihak kepada blogger UMNO dan Utusan Malaysia. GB yakin polis akan membuka kertas siasatan terhadap Jeff Ooi dan bukan ke atas dua blogger UMNO dan Utusan.

Sekalipun umum mengetahui sukar untuk mendapatkan keadilan daripada tindakan polis nanti tetapi jika Pakatan Rakyat tidak membuat laporan polis, maka pihak polis boleh menyalahkan Pakatan Rakyat jika mereka tidak membuka kertas siasatan terhdap dua blogger UMNO dan Utusan tersebut. Jawapan klise mereka: Tiada laporan polis dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap mereka.

Justeru itu, pemimpin PR jangan tidur!



Chegubard Dicemburui, Ada Pemuka PKR Yang Tidak Senang Dengannya

Posted: 07 May 2011 06:24 AM PDT

Petaling Jaya: Badrul Hisham Shaharin yang kini menjadi tumpuan dalam PKR menegaskan beliau masih ahli parti dan menjadi ketua PKR cabang Rembau.

Bagaimanapun, bekas calon AMK itu tidak menafikan beliau tidak disenangi oleh beberapa 'pemuka' dalam PKR.

Menurutnya, beliau dituduh pengkhianat dan menyerang parti.

"Persoalannya apa pengkhianatan saya ? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat khianat?" katanya dalam blognya hari ini.

Bekas calon PKR parlimen Rembau dalam pilihan raya umum 2008 itu mendakwa ada pemuka parti yang cuba menggagalkan program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang beliau penyelarasnya.

Katanya, program SAMM berbentuk karnival pada Febuari lepas mahu dibatal oleh pemuka PKR dengan menemui pihak Majlis Kerajaan Tempatan supaya tidak dibantu atau dibatal lesen.

"Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung.

"Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan pilihan raya kecil sebagai NGO mendekati anak muda,

"Ketika sibuk di Tenang ada pula pemuka jahat yang cuba melagakan gandingan baik SAMM dan sebuah pertubuhan yang dinamakan ANAK (Anak Peneroka Felda Kebangsaan).

"Apa sebenarnya yang mereka mahukan?" katanya.

Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita tempatan semalam mengenai kemungkinan beliau meninggalkan PKR dan menyertai parti komponen Pakatan Rakyat.

Beliau menyifatkan portal itu silap memetik laporan kenyataan beliau di dalam blog miliknya. -FMT


Memang ada pihak PKR tak senangi saya, akui Chegubard

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shaharin, yang disebut-sebut akan keluar parti itu berkata, beliau masih ahli seumur PKR tetapi secara terbuka mengakui "memang tidak disenangi beberapa pemuka" dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Meskipun mengakui beliau ahli seumur hidup PKR, beliau yang turut dikenali sebagai "Chegubard" tidak menjawab sama ada akan keluar PKR untuk menyertai komponen PR iaitu PAS atau DAP.

"Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Malah tegas Badrul Hisham (gambar), ini bukan kali pertama isu keluar parti ditujah kepadanya dan mungkin ada yang seronok dan mengharap sangat jika meninggalkan PKR.

Katanya, mereka yang pro-BN sudah tentu kecewa dan "saya terus diserang kerana mulanya mereka mungkin seronok dengan berita Chegubard keluar parti, namun ternyata mereka makan hati apabila mendengar kononya keluar PKR tetapi masih bersama PR."

The Malaysian Insider dalam laporan semalam menyebut Badrul Hisham yang hujung tahun lalu tewas pemilihan jawatan ketua Angkatan Muda PKR disebut-sebut kemungkinan akan keluar PKR, dan jikapun keluar akan menyertai DAP atau PAS.

Pemimpin-pemimpin sayap muda DAP dan PAS pula menjelaskan mereka tidak tahu-menahu mengenai desas-desus itu.

Pengerusi Pemuda DAP pusat Anthony Loke ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan belum ada sebarang perbincangan mengenai isu itu.

"Belum ada permohonan atau perbincangan. Saya tidak boleh komen selagi tiada pengumuman daripada Chegubard sendiri. Dan jika ada, perkara ini akan dibincangkan di peringkat pemimpin kanan Pakatan, perlu dibincangkan bersama," kata beliau ketika dihubungi tengah hari ini, sebelum Chegubard mengeluarkan kenyataannya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat Suhaizan Kayat juga memberitahu, perkara tersebut perlu dibincangkan bersama dan menerima 'lampu hijau' PKR jika benar Badrul Hisham mahu menyertai PAS atau DAP.

"Kita ada konsensus bahawa komponen Pakatan Rakyat tidak boleh menerima ahli yang keluar parti komponen... kita kena menjaga keharmonian dalam Pakatan," katanya."Bagaimanapun jika hendak terima (Chegubard atau mana-mana ahli PKR), perlu ada persetujuan PKR, dalam kes ini, jika Chegubard mahu masuk PAS," katanya lagi.

Justeru kata beliau, setakat Dewan Pemuda PAS belum ada sebarang perbincangan mengenainya.

"Kalau peringkat atas (pusat) saya tidak pasti," kata Suhaizan.

Dalam penjelasannya hari ini, Badrul Hisham menambah, ketika ramai meninggalkan parti semasa tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih satu dekad lalu, "saya melihat suasana kosong yang mendesak, maka saya telah melangkah sepenuh masa bersama perjuangan ini."

"Saya dituduh pengkhianat dan menyerang parti. Persoalanya apa pengkhianatan saya? Adakah kerana bekerja tanpa henti tanpa menunggu arahan atau kerana saya tegas mendesak ketelusan dalam parti termasuk mendesak penyelesaian laporan penyelewengan ketika pemilihan menyebabkan saya dilihat kianat?" kata beliau lagi.

Badrul Hisham juga berkata, beliau tidak menafikan beliau berdepan dengan pelbagai masalah pascapemilihan selepas mendesak keadilan dan ketelusan.

"Tetapi saya pula dianggap musuh. Saya pertikaian laporan diselesaikan dengan langsung saya tak dipanggil menghadap mana-mana jawatankuasa," katanya.

Namun katanya, beliau tetap bersabar kerana ada agenda besar menumbangkan BN dan mendesak perubahan dalam negara.

Badrul Hisham juga berkata, pergerakannya sentiasa mengundang cuak puak yang dengki, termasuk program Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berbentuk karnival yang diadakan Febuari lalu mahu dibatal oleh sesetengah pihak dalam PKR dengan menemui Majlis Kerajaan Tempatan untuk tujuan "kami tak dibantu atau dibatal lesen."

"Ada pula yang menjaja nama Ketua Umum PKR menemui penganjur yang bukan PKR supaya membatalkan program saya di sebelah utara Semenanjung.

"Ini berlaku berulang di beberapa tempat. Untuk rekod SAMM cuba bereksperimen dengan turun ke kawasan PKR sebagai NGO mendekati anak muda," katanya yang juga pengerusi SAMM.

Kata Badrul, jika beliau mahukan jawatan banyak cara yang boleh digunakan untuk memperolehinya, malah "saya pernah menolak tawaran pun."

Badrul Hisham menolak pelantikannya sebagai penolong setiausaha agung selepas tewas pemilihan pusat tahun lalu.

"Selaku anak muda saya yakin tidak salah mengimpikan sebuah gerakan yang sempurna dan untuk itu saya terus dan akan terus mendesak dan mengasak untuk perubahan itu," katanya lagi. -TMI


Kristian Agama Rasmi, Utusan Penyebar Fitnah Blogger UMNO

Posted: 07 May 2011 05:30 AM PDT

Blog Anwar: Utusan Melampau, pendirian Pakatan Islam tetap agama rasmi

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Pakatan Rakyat (PR) tetap berpendirian Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara ini dan oleh itu tidak timbul soal perikatan tersebut akan mengambil langkah mengubah statusnya jika menawan Putrajaya, kata blog Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pandangan itu juga mendakwa laporan Utusan Malaysia bersifat melampau dan mengelirukan rakyat memandangkan status Islam sebagai agama rasmi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk "Kristian agama rasmi?"

Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog.

Nota pentadbir dalam blog rasmi Anwar (gambar), Ketua Umum PR itu berkata, Utusan Malaysia sekali lagi bertindak melampaui batas dan kini telah menghempas tanggungjawab selaku pengamal media demi tunduknya mereka kepada adikuasa.

"Amat malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan apabila saban hari disogok dengan berita fitnah dan hasutan," katanya.

Tulisan itu menambah, isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru "aparat pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat."

"Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan," katanya.

Entri itu turut menyiarkan kenyataan rasmi tiga pemimpin kanan PR yang ditandatangani bersama pada 8 September 2008.

Kenyataan tiga tahun lalu itu, antara lain menyebut, "kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan."

"Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan," katanya lagi.

Ia juga menggariskan, berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini "kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN." "Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini," kata kenyataan tersebut.

Entri blog Anwar hari ini menambah, jelaslah bahawa Utusan Malaysia tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, sbealiknya ia hanya layak menyandang gelaran 'tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti tersebut merupakan pemegang saham sekali gus merupakan majikan mereka.

"Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan oleh para pejuang pembebasan tanah air dahulu telah dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini," katanya lagi. -TMI


M'sia negara Kristian? Utusan bakar 1Malaysia

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'

Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog blog pro-Umno, Utusan sanggup "membakar 1Malaysia" dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

"Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang," kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

"Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?"

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.

Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu

Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan "selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa."

Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi."

Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri.

Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain.

"Ini permainan politik orang yang terdesak," kata Lim sambil menambah, "dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja".

Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai "tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia."

Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah.

Menurut kumpulan itu, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya.

"Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau menukar agama rasmi negara," kata mereka. -mk



Malaysia negara Kristian?

PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka,"
katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.-um




Ulasan GB

Apabila isu video seks dan gagasan 1Melayu, 1Bumi yang diwarwarkan oleh Utusan Malaysia gagal untuk mendapat sokongan pemimpin dan ahli UMNO sendiri, kini Utusan tampil dengan fitnah baru: Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Seperti biasa, fitnah dan kenyataan-kenyataan hasutan ini dibiarkan saja oleh pihak Keselamatan Dalam Negeri dimana sudah sepatutnya blogger berkenaan, wartawan dan editor Utusan tersebut diISAkan.

Justeru itu, kita desak supaya 2 blogger berkenaan dan wartawan serta editorny perlu ditahan dan disiasat setidak-tidaknya di bawah Akta Hasutan.

Dia Dihalau Keluar Dari Rumah Oleh Anaknya Sendiri

Posted: 07 May 2011 03:30 AM PDT

Ipoh: Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah.

Berikutan itu, bapa malang itu yang bersara sebagai penyelia sebuah ladang di Tapah, terpaksa berkeliaran dan hidup bergelandangan tanpa arah tuju.

Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini.

Beliau berkata, sejak kematian isteri akibat radang paru-paru pada 2005, kehidupannya mula berubah menjadi tidak terurus tambahan anak lelakinya sudah berumahtangga dan tinggal di Manjung.

Katanya, perasaan sunyi dalam hidupnya terubat apabila anak lelakinya bersama isteri serta tiga anak mereka mengunjungi rumahnya pada penghujung 2007 dan mempelawa beliau tinggal bersama mereka.

Bagaimanapun, kegembiraan tinggal bersama anak dan menantunya itu tidak lama apabila kehadirannya seolah-olah tidak diterima. Beliau juga mendakwa diberi pelbagai peraturan oleh menantu, termasuk soal remeh-temeh seperti mencuci kaki sebelum masuk rumah dan dilayan seperti orang tua nyanyuk yang tidak tahu mengurus diri sedangkan dirinya masih aktif dan sihat.

"Walaupun dilayan begitu, saya tetap sabar dan menurut segala peraturan serta kehendak anak lelaki dan isterinya itu. Ketika itu saya baru sedar pelawaan mereka tidak ikhlas dan mereka rimas kehadiran saya di rumah.

"Bagaimanapun, sebagai bapa, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan dihalau anak kandung sendiri dan diperlakukan seperti saya tiada maruah dan nilai hidup.

"Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib," katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini, semalam.

Ismail berkata, hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas. -BH

Guru Yoga Culik Semula Mangsa Rogolnya Sebaik Saja Dibebaskan

Posted: 07 May 2011 01:30 AM PDT

Guru yoga culik mangsa rogol selepas keluar penjara

KUALA LUMPUR: Seorang guru yoga yang kini dibicarakan di mahkamah atas tuduhan merogol dua gadis yang juga bekas pelajarnya sanggup menculik dua gadis itu sebaik dibebaskan sebelum membuat satu rakaman video dengan memaksa mereka membuat pengakuan kononnya dia tidak bersalah.

Difahamkan, guru yoga berusia 55 tahun bertindak menculik dua remaja itu berikutan takut menerima hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya.

Sumber polis berkata, guru yoga itu baru dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh selepas tiga bulan meringkuk dalam penjara sebelum bertindak mencari semula bekas pelajarnya itu.

"Sebaik dibebaskan, suspek memandu kereta dan menunggu mangsa di kawasan berhampiran sekolah mangsa di Batang Kali.

"Sebaik melihat mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun berjalan pulang ke rumah, suspek dengan segera bertindak memaksa mereka masuk ke dalam keretanya dan mengugut akan mencederakan keluarga mangsa jika enggan mengikut arahannya," katanya.

Sumber berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke rumah suspek di Batu Caves. Sebelum ini, mangsa pernah dikurung di rumah sama.-hm

Tiada ulasan: