Kelab Greenboc |
- Timbalan Presiden PAS: Nasharuddin Lawan Mat Sabu
- Logi Gebeng: Kesihatan Rakyat Malaysia Diperjudikan Dengan Nilai RM50 Juta
- Kes Pengawal Istana Kelantan Ditembak: Inkues Buang Masa, Pembunuhnya Terlepas.
- Jenazah "Osama" Dicampak Ke Laut, Tidak Ikut Peraturan Islam
- Isterinya Dilarikan Mat Indon?
- Gambar Osama Yang Terkorban Adalah Palsu
- Pelajar UITM Dungun Murtad kembali Kepada Islam
- UMNO Dilanda Perpecahan Hebat, Rafidah Turut Tolak 1Melayu
- Osama: Jika Saya Mati, Misi Saya Tetap Hidup
- 5 Pasangan Dicekup Buat Maksiat Di Cuti Hari Pekerja
- MCA Lagi Teruk Daripada DAP - Nizar
- Video Seks Gagal: Selepas Manicka, Uthaya Juga Sahkan Ia Bukan Anwar
| Timbalan Presiden PAS: Nasharuddin Lawan Mat Sabu Posted: 03 May 2011 12:34 AM PDT Mat Sabu dahului pencalonan no 2 PAS'Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini. Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan. Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan. Sumber turut memberitahu tiga lagi pemimpin PAS turut mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu. Mereka adalah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meraih 13 pencalonan dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat tiga pencalonan. Seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - memperolehi satu pencalonan. PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara. Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk mendapat jumlah pencalonan yang pemimpin PAS yang lain itu masih belum berhasil. Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk bersaing merebut jawatan timbalan presiden. Pada pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi. Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad sekadar meraih 261 undi. Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung pada selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak. Sebelum itu, muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - turut akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan mereka masing-masing dua hari sebelum itu. -mk
Ulasan GB Sikap GB terbuka. Seperti yang GB katakan sebelum ini, sesiapa juga boleh menawarkan diri untuk bertanding. Tetapi apa yang GB harapkan selepas menang, laksanakan amanah yang diberikan "sehabis baik" untuk parti. Jangan jadi seperti muktamar yang lalu, ramai tawar diri untuk Timbalan Presiden, tetapi bila menang, termagu-magu, tak tahu nak tunaikan amanah. Kosong dari awal hingga akhir. Tiada sebarang kemajuan yang dilakukan untuk parti malah menghancurkan. PAS tewas di dalam hampir semua pilihanraya kecil "selepas" muktamar tersebut kecuali Manek Urai, itupun dengan majoriti yang menurun. Sebab apa? Semua sudah tahu. Tak payah GB nak ungkit di sini. Tapi yang nyata gagasan UG itu menghancurkan parti. Maaf jika ada pihak yang terasa, sekalipun sebenarnya sikap apologetik tidak diperlukan. |
| Logi Gebeng: Kesihatan Rakyat Malaysia Diperjudikan Dengan Nilai RM50 Juta Posted: 02 May 2011 11:40 PM PDT EELB: Lynas 'didenda' RM50 juta bagi setiap bencana radiasiSementara panel antarabangsa sedang meneliti aspek kesihatan dan keselamatan, Lynas Corporation akan dipertanggungjawabkan dengan syarat 'denda' sehingga RM50 juta bagi setiap bencana jika loji pemprosesan nadir bumi mereka di Gebeng menyebabkan kebocoran radiasi. Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata syarikat Australia itu juga perlu menamakan individu yang perlu bertanggungjawab bagi sebarang kejadian tidak diingini sebelum ia boleh dibenar beroperasi di zon industri Gebeng dekat Kuantan, dijangka akhir tahun ini. "Dalam undang-undang, entiti yang diberi lesen perlu menamakan seseorang yang bertanggungjawab bagi lesen dan ia akan bertanggungjawab sehingga RM50 juta bagi setiap insiden," kata Ketua Pengarahnya Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider. Katanya, ia selaras dengan Seksyen 59(1) Akta Pelesenan Tenaga Atom. Pada 22 April lalu, Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang nadir bumi di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan. Lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu, yang ditubuhkan susulan maklum balas daripada orang ramai. Mustapa berkata sehingga kajian itu selesai, dan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh AELB. Syarikat itu juga tidak dibenarkan untuk mengimport bahan mentah dari Australia sementara kerajaan membuat keputusan terhadap hasil kajian itu. "Mereka membuat keputusan (untuk melabur RM700 juta) sebab mereka percaya bahawa mereka boleh memenuhi syarat-syarat yang ketat," kata Raja Aziz. Kata beliau, syarikat itu perlu membuat pradeklarasi dan mematuhi paras torium . — elemen radioaktif yang ditemui di kesemua simpanan nadir bumi dan uranium di kedua-dua bahan mentah dan sisa buangan. Raja Aziz menambah, Lynas belum memenuhi keperluan permohonan bagi mendapatkan lesen praoperasi yang akan menyediakan tempoh selama tiga tahun bagi AELB untuk memantau dan mengesahkan sama ada keseluruhan proses pemprosesan adalah selari dengan perancangan pradeklarasi. "Lynas ada menghantar kepada saya permohonan. Tetapi jika anda menghantar satu surat tanpa dokumentasi, ia bukan permohonan. Kami sudah melihatnya dan ia tidak lengkap," kata beliau. -TMI
Ulasan GB Demikianlah, RM50 juta sahaja "nilai" seluruh rakyat negara ini apabila itulah denda yang dikenakan bagi setiap bencana jika loji pemprosesan nadir bumi mereka di Gebeng menyebabkan kebocoran radiasi sedangkan syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013. Ia seperti sesuatu syarat mudah yang sengaja dikenakan ke atas Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk diberikan lesen sebelum ia boleh dibenar beroperasi di zon industri Gebeng dekat Kuantan, dijangka akhir tahun ini. Ia amat bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia sendiri bahawa tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh AELB sebelum kajian oleh panel lima hingga tujuh pakar antarabangsa selesai. Penipuan ke atas rakyat Malaysia dilakukan terang-terangan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan rakyat Malaysia bakal menanggung risiko terhadap sebarang salah-tindakan oleh AELB. |
| Kes Pengawal Istana Kelantan Ditembak: Inkues Buang Masa, Pembunuhnya Terlepas. Posted: 02 May 2011 10:10 PM PDT Inkues gagal cari penembak RamliTUMPAT - Mahkamah Koroner di sini semalam memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad pada 1 Mei 2010 sebagai penghakiman terbuka kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu. Semasa membaca keputusan itu, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat berkata, keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula pada 10 Januari lepas tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa. "Sepanjang inkues dijalankan, tidak ada keterangan daripada saksi-saksi yang melihat kejadian tembak berlaku dan tidak ada bukti yang menunjukkan siapa pelakunya sehingga menyebabkan kematian mangsa. "Berdasarkan keterangan saksi dan pemerhatian, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes penghakiman terbuka di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan," kata beliau. -kosmo
Ulasan GB Rakyat menjadi hairan sudah tiga inkues membuat keputusan yang hampir serupa - tidak menemui "pembunuh sebenar" kepada mangsa. 1) Inkues kematian Gunasegaran di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan "keputusan terbuka" berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad. 2) Inkues kematian Teoh Beng Hock di mana koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa kes inkues itu juga adalah satu kes "keputusan terbuka" dengan beralasan yang serupa di atas: keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan. 3) Kini, inkues kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat juga memberikan "keputusan terbuka" kerana dikatakan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu. Apa cerita ni? Buang masa, buang wang negara dengan pewujudan inkues. Hakim-hakim seperti "takut" untuk menetapkan hukuman dan seperti mahu melindungi pihak tertentu kerana ketiga-tiga kes di atas melibatkan pihak polis. Jika demikianlah keadaannya, rakyat wajar persoalkan peranan Istana Keadilan (Palace of Justice), peranan hakim-hakim dan peranan institusi kehakiman negara yang sepatunya menjadi payung kebenaran dan keadilan tetapi kini musnah akibat dari sikap para hakim yang tidak bertaggungjawab. |
| Jenazah "Osama" Dicampak Ke Laut, Tidak Ikut Peraturan Islam Posted: 02 May 2011 08:45 PM PDT Kaherah: Islam menentang keras mayat Osama disemadikan di laut, demikian kenyataan seorang jurucakap Universiti Al-Azhar, di sini semalam selepas pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama. "Jika benar jenazah itu dicampakkan ke laut, maka Islam menentangnya sama sekali," kata Mahmud Azab, penasihat kepada Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb, memberitahu AFP. "Jenazah siapa pun, jika ia dimilik oleh seseornag yang terbunuh atau mati kerana benncana alam, hendaklah dihormati. Batang tubuh orang beriman atau tidak beriman, Islam atau Kristian, mesti dihormati," tambahnya. Universiti Al-Azhar adalah pusat pembelajran yang amat berprstitij di kalangan dunia Islam Sunnah. Seorang pegawai kanan AS mengesahkan kepada mereka bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut tanpa mengulas lanjut. "Kami ingin mengelakkan situasi di mana makam itu akan dijadikan seperti keramat," kata seorang pegawai AS kepada AFP, dan menambah sekarang tiada masa untuk berunding dengan lain-lain negara untuk mengaturkan pengkebumian yang wajar. Sebelum itu, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, jenazah ketua Al-Qaeda berusia 54 tahun itu dikebumikan menurut syariat Islam. "Kami memastikan bahawa ia (jenazah Osama) dikendalikan menurut amalan dan tradisi agama Islam," kata pegawai berkenaan. Ulasan GB Meskipun Amerika berjanji untuk mengkebumikan jenzah Osama mengikut amalan dan tradisi Islam, ternyata mereka penipu. Mereka mengambil keputusan untuk mencampakkan jenazah ke laut, yang menurut ulamak Universiti Al-Azhar bukan merupakan peraturan dan amalan Islam. Masyarakat semakin mempertikaikan benarkah Osama dibunuh? Apakah mencampakkan mayatnya ke laut adalah usaha untuk menutup terus cerita Osama supaya dia tidak lagi boleh dicari dan dikaji untuk menentukan kesahihan dan kebenaran bahawa itu adalah Osama? Sedangkan gambar yang dikatakan Osama ditembak itu adalah sebenarnya sekeping gambar palsu? -AFP |
| Isterinya Dilarikan Mat Indon? Posted: 02 May 2011 06:30 PM PDT Suami terima SMS minta lupakan RoslinaKuala Lumpur: Suami seorang kakitangan bank, Roslina Awang Kechik yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak 22 April lalu menerima empat khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan nombor telefon talian dari Indonesia. SMS itu dihantar seorang lelaki menggunakan nama Adi Satano pada jam 4.04 petang, 4.16 petang, 4.27 petang dan 4.33 petang semalam. Dalam salah satu SMS itu, Adi meminta Sabri Man supaya melupakan isterinya kerana wanita itu dikatakan sudah tidak mahu bersamanya lagi dan mereka juga sudah berkahwin. Kiriman ringkas lain yang dihantar juga mengatakan Roslina berada di Medan, Indonesia dan meminta Sabri untuk ke sana sekiranya ingin menemuinya. "Saya cukup kenal dengan dia (Roslina), sudah 10 tahun kami bersama, dia seorang isteri yang baik dan taat. Mustahil dia akan buat begitu kepada saya dan anak-anak."Saya menganggap ini bukan keinginan isteri saya, dia mungkin telah diugut oleh seseorang yang mempunyai perancangan tersendiri," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Dalam SMS lain yang diterima, Roslinda juga meminta Sabri mengirimkannya sedikit wang untuk menghubungi anaknya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kehilangan Roslina. "Polis masih menyiasat mangsa mengikut siasatan kes orang hilang, di samping turut melihat kejadian dari sudut jenayah. "Bukti yang diberikan kepada polis tidak cukup untuk diklasifikasikan sebagai kes penculikan," katanya. |
| Gambar Osama Yang Terkorban Adalah Palsu Posted: 02 May 2011 05:40 PM PDT Wajah Osama bin Laden yang terbunuh berlumuran darah tersiar luas di internet dan diterbitkan oleh Agence France-Presse. Televisyen Pakistan menyebutkan, foto tersebut belum disahkan secara rasmi kebenarannya.Agence France-Presse (AFP) menyebutkan, kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar paling mungkin merupakan pengklonan dan ditampalkan pada gambar tubuh yang bukan milik Bin Laden. Kesimpulan sementara, kemungkinan besar foto Bin Laden yang terkorban (kiri) adalah palsu. Bandingkan dengan foto Bin Laden (kanan) semasa hidup yang bahagian janggut dan bibirnya sangat sama. ![]() Bin Laden terkorban dalam operasi perisikan di pinggiran bandar Abbottabad, 50 km (30 batu) di barat laut ibu kota Pakistan, Islamabad, Isnin (2/5/2011). Kematian Bin Laden rasmi diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam sebuah pidato yang dilukiskan dramatik. Berkaitan operasi ketenteraan yang menewaskan Bin Laden itu, sumber tentera AS mendedahkan, Bin Laden terkejut oleh serangan pasukan kecil Navy SEAL yang mendarat di halaman kompleks tempat ia bersembunyi. Dikatakan, Bin Laden sempat ditawarkan untuk menyerah, tetapi ia menolak dan kemudian terjadi serangan tembak. Tiga penyokong Bin Laden, termasuk anak lelakinya sendiri, ikut terkorban bersama seorang wanita yang cuba bertindak sebagai perisai manusia dalam serangan tembak tersebut. Rakyat AS bersukacita Rakyat AS melimpah ruah ke jalan dan bersukacita atas kematian Bin Laden. Beribu-ribu orang berkumpul di depan Rumah Putih di Washington DC dan di Times Square. Bendera AS berkibar di tengah jeritan kemenangan dan lagu kebangsaan. Rakyat AS juga berkerumun dan bersorak-sorai di Ground Zero, lokasi menara kembar World Trade Center pernah berdiri. Seorang bekas pegawai pemadam kebakaran New York, yang terpaksa bersara kerana menderita penyakit paru-paru akibat pendedahan debu di Ground Zero ketika serangan yang meruntuhkan menara kembar itu berlaku, berkata, dia hadir di Ground Zero to 343 petugas pemadam kebakaran yang meninggal dalam serangan itu tahu bahawa "mereka tidak mati sia-sia"."Ini sebuah perang dan saya merasa kami menang," katanya. "Saya ke sini untuk memberi tahu mereka bahawa keadilan telah ditegakkan." Namun, kematian Bin Laden akan menempatkan Timur Tengah dalam siap sedia tinggi atas kemungkinan serangan balasan. AS pun telah mengeluarkan amaran perjalanan global bagi warganya untuk berhati-hati dan waspada. -kompas
|
| Pelajar UITM Dungun Murtad kembali Kepada Islam Posted: 02 May 2011 04:15 PM PDT Penuntut murtad kembali IslamSeorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, bahawa dia sudah insaf dan kini kembali memeluk Islam. Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuatkuasa hari ini. Mohd Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah. Abu Bakar turut membatalkan perintah menempatkan Mohd Fariz Ilham di Pusat Bimbingan Akidah Kuala Kubu Baharu di Selangor selepas berpuas hati dia mampu membaca al-Fatihah dengan baik, selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar. Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian. Mahkamah Tinggi Syariah kemudian mengarahkan dia ditahan reman selama seminggu selepas menerima permohonan bagi mendapatkan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam. Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara. - Bernama |
| UMNO Dilanda Perpecahan Hebat, Rafidah Turut Tolak 1Melayu Posted: 02 May 2011 08:15 AM PDT 1Melayu jejaskan 1Malaysia, kata Rafidah AzizGerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz. Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini. Beliau berkata 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini. "Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Rafidah diminta mengulas saranan bahawa Umno perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi". Bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan. Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras Datuk Faridah Abu Hassan. Dalam pada itu, Rafidah berkata Wanita Umno perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat. "Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya. Beliau berkata walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan.--Bernama Ulasan GB Ahli-ahli UMNO khususnya kini telah terperangkap di antara dua: mahu sokong 1Melayu atau tidak. Utusan Malaysia, PERKASA, Muhyiddin Yassin, para blogger pencacai UMNO mendokong gagasan berkenaan, manaka Mahathir, Najib dan Rafidah menolaknya. Malah TDM kata ia bakal bawa malapetaka kepada negara. Hebat perpecahan UMNO kali ini. Apakah ini bakal merupakan "perpecahan terakhir" untuk membawa UMNO terus ke jurang kehancuran? Sama-sama kita tunggu. |
| Osama: Jika Saya Mati, Misi Saya Tetap Hidup Posted: 02 May 2011 06:50 AM PDT Pada tahun 2004, Osama bin Laden telah menawarkan gencatan senjata kepada negara-negara Eropah agar tidak menyerang umat Islam.Dia pun menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) boleh terhindar dari serangan 11 September jika mereka menghentikan tindakannya untuk mengancam keamanan umat Muslim. Namun, setelah sekian lama berdiam diri, Osama kembali muncul pada 2006. Kali ini pesanannya lebih cenderung ke politik. Pada Januari 2006, dia memberikan komentar kepada rakyat Amerika, dia memberi komen jejak pendapat yang menyatakan bahawa rakyat Amerika menginginkan penarikan pasukan dari Irak. Dia pun menyarankan para warga Amerika sebuah buku berjudul "Rogue State: A Guide to the World's Only Superpower" yang menawarkan jalan perdamaian. Dalam kurun waktu beberapa tahun ini, setelah serangan 11 September, pencarian terhadap Osama semakin mendekati titik terang. Setelah ditangkapnya Khalid Shaikh Mohammed, yang dikatakan menjadi otak serangan 11 September, pada Mac 2003, para pejabat di Islamabad dan Washington selalu memberikan pernyataan adanya khabar angin tertangkapnya Osama bin Laden. Pasukan AS pun diterjunkan di wilayah perbatasan untuk mencari Osama, para mantan anggota Taliban mengatakan bahawa Osama selama ini selalu berpindah-pindah, dia selalu melakukan perjalanan di wilayah pegunungan dengan sekelompok kecil rombongan pasukan keamanannya. Osama selalu berjanji berulangkali bahawa dia bersedia mati dalam perjuangannya untuk mengusir Israel dari tanah Jerusalem dan Amerika dari tanah Arab Saudi dan Irak. "Amerika tidak akan dapat menangkap saya hidup-hidup," demikian pernyataan Osama pada saat wawancara dengan wartawan Pakistan sesaat setelah ipencerobohan AS dimulai di Afghanistan, seperti disiarkan oleh Associated Press. "Saya mungkin dapat dimusnahkan, namun misi saya tidak akan pernah berhenti," demikian pesanan Osama. -okezone
|
| 5 Pasangan Dicekup Buat Maksiat Di Cuti Hari Pekerja Posted: 02 May 2011 05:00 AM PDT Batu Pahat – Lima pasangan ditangkap berkhalwat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam operasi khas sempena cuti Hari Pekerja yang dilakukan empat pegawainya, kelmarin.Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, dalam serbuan yang dilakukan turut tertangkap ialah seorang warga Indonesia bersama pasangannya warga tempatan yang sudah beristeri dan mempunyai empat anak. Menurutnya, serbuan dilakukan di sekitar pusat bandar Batu Pahat yang disyaki menjadi sarang maksiat terutamanya golongan yang berumur 20-an dan sasaran utamanya ialah tiga hotel yang menjadi kegemaran kerana harga tidak terlalu tinggi. "Daripada tangkapan yang telah dilakukan, kesemua pasangan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. "Jika sabit kesalahan, mereka yang ditahan dalam operasi khas ini akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah," katanya. Menurutnya, dalam operasi berkenaan juga, terdapat cubaan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan seperti enggan membuka pintu, selain memberikan alasan terlalu penat untuk pulang ke rumah. Menurut Anuar, operasi yang dilakukan secara berterusan ini akan tetap dilaksanakan terutamanya pada cuti umum dan juga hujung minggu bagi mengelakkan perlakuan maksiat terutamanya golongan remaja. Katanya, sekarang ini kegiatan berkenaan semakin bertambah akibat pertambahan hotel dan juga rumah tumpangan di daerah ini terutamanya yang menawarkan harga sederhana sekitar RM50 hingga RM150. "Masalah khalwat seperti ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan menularnya kes pembuangan bayi yang banyak melibatkan golongan remaja yang berumur sekitar 20 tahun. "Masalah seperti ini perlu dibendung dengan segera dan pelbagai pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah ini terutamanya para remaja itu sendiri. "Dengan adanya operasi seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada mereka selain dapat membanteras kegiatan maksiat di daerah Batu Pahat," katanya. Menurut Anuar, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat ini, mereka boleh menghubungi terus talian hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-4341141. -SH |
| MCA Lagi Teruk Daripada DAP - Nizar Posted: 02 May 2011 03:00 AM PDT MCA lebih teruk: NizarIPOH - Barisan Nasional (BN) dilihat semakin tertekan apabila menuduh perjuangan Pas sia-sia dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana kononnya DAP lebih berkuasa dari rakan pakatan lain. Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, lontaran kenyataan Perdana Menteri itu disifatkan sengaja untuk menutup kelemahan yang dihadapi BN. Menurutnya, apa yang diperkatakan Perdana Menteri terhadap DAP yang dikatakan tidak seiring dengan Pas mengenai negara Islam hanya berlaku sebelum kami melaksanakan perjanjian buku jingga. "Tapi perjanjian dimeterai melalui buku jingga yang merangkumi tiga dasar bersama iaitu pertama, meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. "Kedua, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan dan ketiga, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu," katanya, di sini, semalam. Mohammad Nizar berkata, dasar bersama yang termeterai itu sudah tentunya memberi ancaman kepada BN yang kini dilihat terpaksa mengikut kehendak serta tunduk kepada permintaan MCA. "Di Tenang, MCA bertindak kurang ajar apabila mempersoalkan tindakan calon Pas, Normala Samsudin atau Cikgu Mala yang tidak menyambut salam pengundi walhal mengikut ajaran Islam bukan muhrim tidak boleh bersentuhan. "Jadi, secara tak langsung tindakan Soi Lek ini telah menghina agama Islam. Namun, presiden mahupun timbalan presiden BN langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap Soi Lek," katanya.-SH Ulasan GB ![]() |
| Video Seks Gagal: Selepas Manicka, Uthaya Juga Sahkan Ia Bukan Anwar Posted: 02 May 2011 02:15 AM PDT Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu. Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas. Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas. Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand. Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand. Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam. "Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. -mk
![]() |
| You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan