Kami Sokong Tokguru |
Bahan Buat Kek DiSahkan Ada DNA Babi(Jakim) Posted: 15 May 2011 11:00 PM PDT
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu. Dua ramuan terbabit ialah 'Whole Egg Powder' dan 'Whole Milk Powder.' Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik. Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf. "Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam. Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM. Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut: 1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf; 2) mengemukakan resit pembelian produk baru; 3) melakukan proses samak; dan 4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri. -ijoks2009- Zaman ini zaman diambang kiamat,zaman yang penuh dengan fitnah inilah zaman yang ditakuti oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat. Zaman ini bukan macam zaman datuk nenek kita dahulu Kita perlu lebih waspada dalam zaman ini,apa yang kita dengar tidak semestinya betul,apa yang kita lihat ,mungkin berlainan dari hakikat sebenar dan berhati-hatilah sebelum menyuapkan makanan kemulut anak isteri kita.Setiap daging yang tumbuh dari hasil yang haram,api nerakalah yang layak untuknya. wasalam.. |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan