Kami Sokong Tokguru |
Apa yang kita Patut Tahu Tentang Sejarah Hari Ibu Posted: 08 May 2011 04:17 PM PDT Assalamualaikum dan salam blogger,saya dapat info ni dari sini, benar atau tidak wallahua'lam,saya cuba ulang siar disini untuk kita sama-sama berbincang. Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/ Ada dua pendapat berbeza tentang sambutan hari ibu,ada yang membolehkan dan ada yang agak keras,mengharamkannya atas alasan ianya dimulakan sebagai upacara agama. Bagi yang membolehkan,antara hujjah mereka ialah hdis dibawah Dari Ibnu 'Abbas, ketika Nabi Muhammad saw. tiba di Madinah dia melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi saw. bertanya: 'Apakah ini?' Orang-orang Yahudi berkata: 'Ini hari yang balk. Pada hari inilah Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa a.s. berpuasa pada hari itu.' Kata Nabi saw.: 'Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.' Maka Nabi pun melakukan puasa dan menyuruh orang untuk melakukannya juga." (Riwayat Al-Bukhari) Maksudnya : "Ketikamana Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura dan baginda mengarahkan para sahabat untuk berpuasa hari hari tersebut. Para sahabat berkata kepada baginda : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari 'Asyura ini adalah hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani." Lalu Nabi saw bersabda : "Apabila sampai tahun hadapan, insyaallah kita akan berpuasa bermula hari ke sembilan." Seterusnya Ibn 'Abbas menceritakan : "Belumpun sampai tahun hadapan (yang nabi berazam untuk memulakan puasa pada hari ke sembilan), baginda telah diwafatkan oleh Allah." (Hadith riwayat Imam Muslim) Antara hujjah mereka lagi ialah Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya: "Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam. Golongan yang mengharamkannya pula beralasan dengan hadis ini Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin 'Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-'Asqalani (w. 852H) menyatakan ia 'hasan' dan demikian juga al-Albani. Saya seteju dengan pandangan ini Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Apa pula pandangan anda? | ||
Pelik Tapi Benar(kerenah Politik Malaysia) Posted: 08 May 2011 08:39 AM PDT Santai
Dulu Usung Tilam, Lepastu Usung seluar dalam, Kini Dok Sibuk Jaja vcd lucah Lepasni nak usung apa pulak tak tahulah. Kesian pulak dengan saiful,sejak ada hero baru ni. dah tak popular dah dia sekarang |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan